Monday, December 30, 2013

budak mudah terhibur


Emo is elmo

yang sebenarnya semua orang tak tahu.akibat daripada putusnya urat masa bersalin kaum emak-emak ni ada tinggal satu kesan emosi yang maha power kalau orang bercakap pasal anak dia. *percaya.tolong.

sensitip sangat orang kata anak kurus. sentap memanjangggg kata anak takde rambut. sentap bertahun orang kata anak lambat berjalan,, ha kau cubalah cakap mcmtu dekat perempuan berstatus emak. tengok dahi dia kerut berapa lapis.

hal aku:

pergila berjalan jauh mana pon ke hujung dunia pon semua orang akan kata kenapa anak kau putih? aku ni maha gelapnya. senang je nak jawab,

"aku ni sebenanrnya putih tapi main panas banyak, itu yang hitam." atau "hey! suami i mix tahu dengan cina.dia main rugby sebab tu hitam jugak sekarang."

oklah hal anak putih hitam ke itu tak kesah sangat sebab dah besar nanti entah tak tahu tona warna apa pulak terhasil.

tapi bila ada yang mengata belakang-belakang dan terang-terangan, anak aku entah ikut muka sapa entah. bapak tak emak apatah lagi.

itu memang bukan sentap je tapi merentap jantung.

"dah anak aku tuhan nk bagi macam muka emma maembong,, nak salahkan aku pasaipa."- selepas puas mencarut.



*urut dada!









Thursday, December 26, 2013

Bajet ur face lah #paukacang

bagi yang berzaman dengan aku (90's) mestilah pernah jadi ultraman, jadi gaban, selain jadi power rangers.
zaman kanak-kanak aku kurang sangat bergaul. pernah sekali aku terlepas dari pagar rumah dan menjadi seorang power rangers kaler pink.

Maili, entah dah jadi ayah pada berapa orang anak sekarang ni. diala pengaruh kuat suruh aku jadi power rangers. kami panjat pokok jambu tepi rumah dia. power rangers nak nampak power kenala terbang nak lawan penjahat/raksaksa. lompat dari atas pokok jambu.

Maili patah kaki.

Rotan patah dua mak bagi dekat kaki aku.

zaman sekarang ni mcam tak relevan mak ayah nk bagi anak-anak tengok cerita-cerita aksi cenggitu. ah kamonla so yesterdayla la cerita-cerita mcmtu.

adele umur 10 hari dah letak depan tv. sampai hari ini (usia 8 bulan) dia cepat sangat terpengaruh dengan cerita-cerita kartoon saluran disney atau cerita seangkatan dlm channel 613. sampai bergaduh dengan opah yang nak tengok rancangan tanyalah ustaz tiap-tiap pagi. haih.

kartoon paling kuat pengaruh dia setakat ni selain pocoyo dengan pororo adalah mickey mouse clubhouse. ah klise sangat.

semua benda yang merupai mickey atau minnie kalau boleh semua milik dia.













ah tolonglah! bajet cute konon minnie mouse!



*gambar agak tidak berkualiti akibat dirakam secara candid.

Monday, December 9, 2013

In memories of loved ones

yang sebenarnya dalam hidup ini aku kira patutnya  tak ada istilah 'menyesal' dan tak ada apa yg nak dikesalkan. karma, karma yang orang selalu sebut yang sebenarnya tak ada dalam Islam. yang ada hanya berpandukan percaya pada 'qada dan qadar' tuhan.

dulu aku pernah jatuh teruk sebab hati. tapi aku bangun dengan berlandaskan percaya pada ketentuan tuhan. aku yakin apa yang tuhan beri, apa yang bakal tuhan turunkan ganjaran buat orang yang istimewa seperti aku. akhirnya aku tenang. - tapi entah kalau belum ada pengakhirannya.

aku selalu berjanji dan pujuk pada diri sendiri, sesuatu yang lebih baik akan datang jika gagal dalam suatu perkara. anggap saja tuhan tak izin, ada sebabnya.

sekarang ini aku nampak mereka yang dulu jatuh yang dulu luka yang dulu perit, semua sedang bergembira. semua sedang menikmati ganjaran tuhan yang terpaling istimewa. yang lebih baik dari sebelumnya.

pesan aku, bersangka baiklah dengan ujian tuhan.



aku tumpang gembira. (ikon senyum nampak gigi)



Tuesday, December 3, 2013

berapa RM harga kasih sayang?

dekat dua tahun usia perkahwinan aku, dua tahun lebih jugaklah arwah (kakak saudara terdekat) pergi tinggalkan kami. teringat seminggu sebelum majlis kawen, sempat ke hospital melawat arwah. "dah besar dh ejan dah nak kawen dah.", dia cubit pipi aku. aku kata ke dia, "ahhh dia pun dah tua!"

arwah hidap kanser tulang tahap empat lepas potong sebelah buah dada akibat kanser pertama.selain kanser tulang, hati rosak.kanser tulang baru dapat kesan bila dah tahap empat.sebelum balik, aku cium dia. dia bisik ke aku,

"tak sempat kot dtg tengok ejan kawen."
aku balas dengan senyuman. "insyallah sempatla. lepas kimo insy dah sehat boleh keluar dah. aku cium peluk dia, -bau peluh yang aku rindui hingga sekarang.

Besar ujian tuhan buat dia. tinggalkan 4 orang anak yang paling kecil umur setahun. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Setahun juga suami dan keluarga uruskan anak-anak arwah. sampai satu masa terdetik suami arwah nak mencari seorang yang boleh jaga makan pakai anak dan juga dia. jodoh itu rahsia Allah, perkahwinan tak sampai setahun, putus di tengah jalan.

anak usia setahun, 8 tahun, 10 tahun, diherdik dimaki diTENDANG. Subhanallah. aku menangis. remuk hati bila teringat arwah seorang yang lemah lembut entah tak pernah sekali aku nampak dia jentik anak-anak.Mana letaknya sifat kemanusiaan pd seorang yang bergelar USTAZAH? diperlakukan sebegitu pada anak-anak yatim? aku menangis kali yang kedua untuk dunia. yang sudah hilang langsung sifat kasihan, tanggungjawab dan kasih sayang yang semakin mahal dalam diri manusia zaman sekarang.

tak boleh bayangkan sang ustazah tersebut mengajar subjek "aqidah" pada anak muridnya.

kalau aku selalu takut dan payah nak letak kepercayaan pada pengasuh, guru taska atau orang gaji mungkin silap besar. aku dah mula buang persepsi lama dan buat persepsi baru,

tak percaya pada semua orang.