Monday, December 27, 2010

::Lisa Kirim SaLam::


jumaat lepas.


GJFDYORTAPDBAEEA =tema anggun.bluek.

baju disponsor oleh diana's closet

abg minggut sebelum red carpet


yes dh sama tinggi.

sepatutnya tempat duduk kene ukur ikut saiz kepala dan pasti xada kedengaran suara-suara cakap belakang macam haish kau ni eee kena kang haish kau ni eee hoi hoi kelapa!! kepala! kelapa!!


nsb kepala kami saiz sedang2 je.

dah2la oi. gambar artis mana!! kami nak gamba artis!!

bape kali nk ckp sape kepala besar lenkali ddk belakangla oi.huh!! cuping telinga pon masuk

noh suara lu lagi sedap dari miz nina.siyes weyy

ok enough awal.macam tak kelaka sgt.boooooo

dpt bau dr jauh je:(

bang nuar!

gile melentik u ols.


sebab faizal tahir kasi 1 lagu je tepaksa ambek gnba goyang.mencik taw br nk feeling2 dh abes.

alahai comel



"siyes 30x tak cari lain kalu dapat"-yayeed

makan beras pe nth bdk ni.kurus melengking

the? perluke.



setelah terasa diri mcm budak belum abes spm berasak begamnba dgn artis kami pulang dengan penuh kekecewaan. berjalan pulang dengan kedua-dua bahu jatuh ke bawah..

DEM U BODYGUARD LISA SURIHANI!! WE OLZ DATANG NAK AMIK GANBA DGN DIE JE TAW.HUH

::thnx en salleh sebab bagi tiket vip. AJL punye ade x?hehe


Wednesday, December 15, 2010

::Hantu Kak Limah siLap baLik ruMah::

dalam macho-macho aku benda paling takut bila tido malam tutup lampu.dulu tido sorg mmg lampu tido bukak memanjang. sejak dah ada roomate kenalah menghormati kehendak dan perasaan org lain.kena ttp lampu kalau tak roomate tak boleh tido.

mmg dari kecik aku tido bukak lampu.ini semua gara-gara tengok cite childsplay mase kecik dulu. insiden lain,kene himpap dgn makhluk berbulu masa zaman asrama, zaman uitm. sesak napeh dibuatnya.rasa mcm lepas bersilat bila bangun tido peluh jantan membasahi dahi yang luas ni.phew~

sebelum tido kebiasaannya 5 minit aku guna untuk berangan, 5 minit lagi utk pk apa yg dh buat arini n besok nk buat pe, 2 minit pk nk pakai bj tudung mana besok, dan minit-minit yg terakhir sebelum terlelap baca doa tido,ayat kursi,mengucap,alfatihah,3 kul dan doa utk ibu bapa. dan lagi satu kunci jam 645 untuk subuh.*mmg selalu subuh gajah.haih


jarang jugak mimpi-mimpi teruk atau mimpi basah kalau amalkan bacaan doa & ayat2 ni sebelum tido.cuma 2hari lepas agak musykil jugaklah bila ada orang kejut aku jam 530 pagi. beriya-riya dia tarik kaki aku.kejut suruh bangun.."wey bangunla!!wey bangunla!!"mcm nk lempang je. bukak je mata..........
*lakaran asal penulis.

yang kejutkan aku makcik pakai telekung muke hitam mata pakai eyeliner kaler puteh...2 kali aku try cam,, setelah pengecaman dibuat mmg sah bukan mak aku ape lagi sempatla keluarkan teknik separing masa join silat olahraga kat sekolah dulu. eh eh kemain dia tarik kaki aku. last2 baca ayat kursi 2x makcik tu pon lepaskan kaki aku yg dh krem. sedar je terus ludah sebelah kiri 3x. baru lega.

dalam hati kate, ah sahla ni hantu kak limah silap balik rumah ni. ciss!

sejak kejadian, roomate kate "eh kita tido bukak lampu nk mlm ni..kesian kau xboleh tido kang."

Friday, December 10, 2010

::shOut aWard::





5 perkara menarik tertarik debom tentang izza (pemberi shoutaward ini.)


1.antara blogger yang bertuah sebab pernah bersua muka secara tidak tersengaja dgn i.

2.dia telah berjaya menamatkan zaman bujang trang tang tang

3.boleh ke luar negara dan tidak disenarai hitamkan oleh ptptipu yang sgt bodoh tu.

4.seorang guru rebel.

5.duduk di sabak bernam dan tahu gerai eskem yuyu ice.




2) 10 perkara ttg saya yang dah mmg menarik.


nama samaran: ejan,kecik

umur: 12 tahun

kelas: 6 melor

anak ke: 4 daripada 5 beradik

binatang peliharaan: kucing

artis kegemaran: tomok

warna kegemaran: ungu

makanan kegemaran: nasi goreng telur (yang halal sahaja)

minuman kegemaran: tea o ais (yang sejuk sahaja)

cita-cita: doktor gigi,pensyarah

hobi: membaca buku cerita dan menonton televisyen

lelaki idaman: tinggi, penyayang,beriman kepada tuhan,menghormati hati ibu bapa.

matlamat hidup: ingin berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang solehah.





biodata masa darjah 6. awak ada lagi tak?

Thursday, November 25, 2010

::Minum Petang::



“It’s funny that when I read love quotes, you seem to pop up into my head (L)”

Tuesday, November 23, 2010

::HaWai::

sabtu malam lepas bergegas-gegas pulang ke perak menumpang jaja semata-mata mahu memeluk dan mengucup pipi teman baik dari sekolah dulu. ita kehilangan ayah akibat pendarahan otak.


"aku dh jd ank yatim.satu geng dh dgn roxy dgn ejan ter."

ok sedeyh.

cerita sedih, gembira, terluka, memadu kasih, sejak zaman sekolah lagi akan kami lemparkan di sini



ya.gerai feveret kami di hawai. jgn nk tipu sangatlah. tapi betul nama gerai dia hawai.

ais kacang dan ais kepal mmg bosan.jadi kamu boleh beralih arah minum pelbagai ais kepal di sini. kemestian kami sejak sekolah dan masa zaman bercinta dgn monyet. *ice kokocrunch.

asam boy irin.

lychee ice ice baby ita.


dan makanan rasmi adalah lakseeeeeeee. mee kicap mee bandung mee lain-lain pon ade.. rojak buah bersama keropok mony pon makanan femes kat gerai ni.

lokasi bersebelahan dgn sekolah menengah convent teluk intan bersebelahan dgn hotel anson.maka gerai ni pastinya di teluk intan perak.

dan jangan berangan nk tengok perempuan pakai sekert daun kelapa dan bra tempurung mcm dekat hawaii.

Thursday, November 18, 2010

::"miLu"::

selain boleh mengeluarkan kuasa elektrik dengan hanya menyentuh kulit orang aku ada sifat pelik yang lain. ok bukan pelik contohnya bercinta dgn perempuan tapi sifat mengada macam kawan aku kata.

kalau kamu makan ais batu(kunyah sebenarnya)depan aku meggunakan gigi rabbit di hadapan misalnya kruk krak kruk krak aku pasti akan tempeleng kamu. sebab perbuatan itu akan memilukan aku.err maksud memilukan itu mcm geli atau kau orang panggil nyilu. lantas aku akan dapat sakit kepala dr perbuatan kamu tu. ada yang mengesyorkan sensodyne.tapi aku belum buat keputusan nak tukar ubat gigi baru.

perbuatan kedua ni mmg selalu dilakukan oleh rakan-rakan sekelas masa zaman dip especially jambu.dia akan ambik pembaris besi dan gesek pada meja. mengelurkan bunyi yang juga boleh membuatkan aku pening kepala.dan mcm pernah menangis atas perbuatan nakal kawan-kawan di zaman mentah dl.huh

kalu tapau nasi cmpur atau apa-apa makanan aku mmg tak gemar guna polestrin. selain mengelakkan kanser aku khuatir polestrin akan berlaga dan akan menghasilkan bunyi yang macam _________________________arrrgghhhhhhhhhhhh!! aku xnk imagine.!!


keadaan seperti ni yang aku xboleh elak kalau berada di mapley.kadang2 ada customer depan meja atau belakang meja 'menyuwit ' mamak (*bahasa isyarat yan digunakan utk panggil mamak menggunakan muncung mulut.) itu pon boleh menimbulkan 'milu' pada aku. mamat hensem yg cuba mengorat aku pon tak terkecuali.rasa nak tampar dan pergi beritahu dia aku ade penyakit milu.dan suruh dia mengorat cara baik.

dan seperti apa yang berlaku skrg. opis sebelah opis aku ni sedang besarkan opis die jadi mcm midvalley.gerudi sana sini pecahkan batu. dan aku mcm @$%@#%^*^@$$%!!!! lagi2 pecah batu tu btl2 tepat dgn dinding di mana kedudukan aku skrg. dan apa yang aku boleh buat untuk mengubati penyakit ni adalah tidur dan paksa untuk bermimpi.

bunyi-bunyian itu akan berlaku selang sejam.

aku perlu smbung tidur sebab dia dh mula balik.

dh cukup time blk kejut i ok.

bai.

Wednesday, November 10, 2010

::PenaNg yg Penin::

masa sakit jiwa siapkan program aritu aku ade janji lps setel nak jadi surirumah ataupun pergi bercuti. skrg kansel jadi surirumah.sebab mmg x la kan.jadi pilih percutian. alang-alang perkahwinan dayoh (rakan sekelas&serumah uitm) dekat penang terus berjimba dekat sana.


cikgu azam dan cikgu dayoh .

kat penang dayah je berani pakai kaler hijau dinosour ni.

bukan geng al arqam.bai

lepas dh setelkan dayah.aha.silap. lps setel majlis terus gerak laju2 menuju ke northam all suite penang. serius.best.giler.sumpah.tak tipu.sape dh kawen p la sini.rase menyesal xkawen plak ms ni.*hoi ckp apa ni?

doa2 je ms ni jgn tsunami.tepi laut. ~pui

jakuzis yo!

living room.maafkan i mah.
1 katil 4 org.ha xpecaya?

siap ada meja study. mcm taw2 je bdk master kene siapkan assgmnt.aha.

kejadian tgkat 9. what happen to vegas, stay in vegas! buahahahahahaha.

ok cukup.mari makan2 di penang. mmg mati gemok kalu ddk penang kot. akibat kelaparan yg memuncak singgah sat di anjung gurney mencari rojak.


rambang mulut. pakcik rojak ni potong rojak ikut irama lagu yg dia pasang. sambil tu dia shuffle sket sambil sebut rojak,rojak,rojak, . tak tipula wey. nanti kalu aween dh upload video aku tnjk.


ala mkn skali skala mai penang pe slhnya.
magis bukan?.

makan malam di nasi kandaq beratur. yelah yelah sebenarnya bukan nk cerita jln2 kat penang. ok tukar. mkn2 dekat penang.


kedai ni beroperasi jam 10 mlm sampai 10 pagi. mmg menguji kesbaranlah. hampir 2 jam beratur.
nasib rasa yg tidak menghampakan.sedappp!! teh ais dekat penang mmg terbaik. arge termasuk air rm6+


hari terakhir di penang berpusing satu penang cr chowrasta.padehal dekat2 area nasik kandaq beratur tu je.cess. nak senang cari ibu pejabat polis kontinjen penang. btl2 dpn mydin.itulah dia chowrasta.


apa lagi beli jeruklah. kami beli jeruk buatan org islam. diyakini halal. cr banner ni tepi2 lorong. harga sama dgn dkt market tu. yg best bole cmpur nk jeruk mana yg banyak.

mkn tengahari sekali lagi nasik kandar. blurpp! akibat dh mls nk cr kedai mkn lain. mkn saja dkt area chowrasta.nasik kandar line clear walau tmptnya xbegitulah clear. kotor. kami bernasib baik sebab xnmpak tikus aritu.
kenyang 2 hari. tapi lagi sedap nasi kandar beratur. nasi kandar cni pedas. bahang dlm perut terasa 2 hari. harga mcm sedikit mahallah.


mmg xsempat nak jalan2.waktu suntuk dgn ada yg demam, asgmnt nk kene submit. tapi funn! mcm xnk balik.


kunchams.




terima kasih daun keladi. jom pegi lagi!!!