Thursday, October 24, 2013

Hati diracun rindu

aku pernah tanya pada adele, "tokba pernah datang jumpa awak tak?" bayi debab mcm adele apalah dia faham.yang dia tahu susu-tidur-main-susu-main-tidur.

aku kata ke dia lagi, "tokba dah takde pun dia masih sayang adele taw." Kali ni aku syak anak aku faham apa yang aku cakap .tersengih-sengih nampakkan gusi dia.

apa yang aku perasan sejak 2,3 malam ni adele sebelum tidur tenung satu-satu tempat. lama. kemudian ketawa. mengantuk tak larat bawa mata pun paling kurang dia senyum kan saja. lama yang sangat sampai terlelap.

malam pertama ketawa berdekah pada  langsir tingkap bilik. malam kedua dan ketiga bersembang dengan bahasa jerman dia tu sambil dongak ke syiling.

aku senyum. aku syaklah arwah apak aku datang tengok dia. macamana yang aku setiap hari tunggu. yang macamana aku selalu fikir entah satu hari nanti kalau aku dah tak ada, berpeluang tak aku nak datang melawat semua orang yang aku sayang, masa mereka tidur. Bagi aku muka orang sedang tidur ni boleh tambah sayu hati. boleh bikin sayang dalam-dalam.

selamat malam babah. kita sentiasa berkongsi nafas di ruang yang sama. jangan datang malam jumaat. lebiu!


Tuesday, October 22, 2013

my new friend aisya (icon lup)


hai hai. eh ini kite la kiter lily adela. ami kite bz sangat.kita curi curilah nk singgah ke blog yg mati segan hidup tamau ni.

 kite nk kenalkan kawan baru kita nama dia Aisya Medina.Hamboiii nama awak taknak kalahhhhh. ok kita  nk panggil awok apa ye? okla aisya. eh aisya selamat datang ke dunia realiti. lega mak kita bila awok dah lahir ke dunia.sebabnya mak kita kata adalah nanti kawan kita nak masuk MRSM sama-sama. eeiii tak saba tak saba tak saba nak pegi sekolah hurmm walau kita baru umur 6bulan. Berapa lama lagi nak masuk MRSM ye?

Eh aisya kita nak bitaw dekat alam realiti ni panas dia lain macamlah. kita selalu tak selesa kalau panas. uoocchh peluh-peluh ni kita tak gemorla aisya. kita harap awok pon sama kalau panas awok jerit nangis kuat-kuat taw. lagi satu jangan lupa mintak ibu awok susu lebih sket. hey minum banyak banyak taw nanti malam takdela awak mcm nk menangis sebab lapar tengah malam.

Aisya nanti dah beso awok nk jadi apa ye? kita tak tawla nk jadi apa kompius.tiap-tiap malam apak kita suh jadi akauntan.asik ajar kira-kira je. boring jugak. mak kita nk suh kita jd wartawan tapi mcm apak kita tak sukala. ishh peninla weyy. tapi mak kita suka ajar kita menari. hehehe. eh aisya ke awok nk jadi mcm ibu awok.?eleh nk jd photographer lew tew....


aisya nanti kita tukar-tukar cd ye. awok ada cd apa?harapnya awok pon minatla dengan mickey mouse clubhouse. weeyy minat jugak doc mcstuffin dan juga hi-5!! ok janji nanti kita joget sama-sama.


eh  kita dh boleh makanla aisya. awok takleh saing lagi dgn kita.ahaha nanti kita lumba tumbuh gigi nak or sapa yg jalan dulu hohohoho.

okla ami kita marah nanti dapat taw kita ceroboh blog dia.

salam perkenalan aisya hopefully kita boleh jd bff mcm ami kita dgn ibu awok ye! ok papai.

asal pipi awok sama kitew? tiru jeww? ok jumpa lagi.