Thursday, November 25, 2010

::Minum Petang::



“It’s funny that when I read love quotes, you seem to pop up into my head (L)”

Tuesday, November 23, 2010

::HaWai::

sabtu malam lepas bergegas-gegas pulang ke perak menumpang jaja semata-mata mahu memeluk dan mengucup pipi teman baik dari sekolah dulu. ita kehilangan ayah akibat pendarahan otak.


"aku dh jd ank yatim.satu geng dh dgn roxy dgn ejan ter."

ok sedeyh.

cerita sedih, gembira, terluka, memadu kasih, sejak zaman sekolah lagi akan kami lemparkan di sini



ya.gerai feveret kami di hawai. jgn nk tipu sangatlah. tapi betul nama gerai dia hawai.

ais kacang dan ais kepal mmg bosan.jadi kamu boleh beralih arah minum pelbagai ais kepal di sini. kemestian kami sejak sekolah dan masa zaman bercinta dgn monyet. *ice kokocrunch.

asam boy irin.

lychee ice ice baby ita.


dan makanan rasmi adalah lakseeeeeeee. mee kicap mee bandung mee lain-lain pon ade.. rojak buah bersama keropok mony pon makanan femes kat gerai ni.

lokasi bersebelahan dgn sekolah menengah convent teluk intan bersebelahan dgn hotel anson.maka gerai ni pastinya di teluk intan perak.

dan jangan berangan nk tengok perempuan pakai sekert daun kelapa dan bra tempurung mcm dekat hawaii.

Thursday, November 18, 2010

::"miLu"::

selain boleh mengeluarkan kuasa elektrik dengan hanya menyentuh kulit orang aku ada sifat pelik yang lain. ok bukan pelik contohnya bercinta dgn perempuan tapi sifat mengada macam kawan aku kata.

kalau kamu makan ais batu(kunyah sebenarnya)depan aku meggunakan gigi rabbit di hadapan misalnya kruk krak kruk krak aku pasti akan tempeleng kamu. sebab perbuatan itu akan memilukan aku.err maksud memilukan itu mcm geli atau kau orang panggil nyilu. lantas aku akan dapat sakit kepala dr perbuatan kamu tu. ada yang mengesyorkan sensodyne.tapi aku belum buat keputusan nak tukar ubat gigi baru.

perbuatan kedua ni mmg selalu dilakukan oleh rakan-rakan sekelas masa zaman dip especially jambu.dia akan ambik pembaris besi dan gesek pada meja. mengelurkan bunyi yang juga boleh membuatkan aku pening kepala.dan mcm pernah menangis atas perbuatan nakal kawan-kawan di zaman mentah dl.huh

kalu tapau nasi cmpur atau apa-apa makanan aku mmg tak gemar guna polestrin. selain mengelakkan kanser aku khuatir polestrin akan berlaga dan akan menghasilkan bunyi yang macam _________________________arrrgghhhhhhhhhhhh!! aku xnk imagine.!!


keadaan seperti ni yang aku xboleh elak kalau berada di mapley.kadang2 ada customer depan meja atau belakang meja 'menyuwit ' mamak (*bahasa isyarat yan digunakan utk panggil mamak menggunakan muncung mulut.) itu pon boleh menimbulkan 'milu' pada aku. mamat hensem yg cuba mengorat aku pon tak terkecuali.rasa nak tampar dan pergi beritahu dia aku ade penyakit milu.dan suruh dia mengorat cara baik.

dan seperti apa yang berlaku skrg. opis sebelah opis aku ni sedang besarkan opis die jadi mcm midvalley.gerudi sana sini pecahkan batu. dan aku mcm @$%@#%^*^@$$%!!!! lagi2 pecah batu tu btl2 tepat dgn dinding di mana kedudukan aku skrg. dan apa yang aku boleh buat untuk mengubati penyakit ni adalah tidur dan paksa untuk bermimpi.

bunyi-bunyian itu akan berlaku selang sejam.

aku perlu smbung tidur sebab dia dh mula balik.

dh cukup time blk kejut i ok.

bai.

Wednesday, November 10, 2010

::PenaNg yg Penin::

masa sakit jiwa siapkan program aritu aku ade janji lps setel nak jadi surirumah ataupun pergi bercuti. skrg kansel jadi surirumah.sebab mmg x la kan.jadi pilih percutian. alang-alang perkahwinan dayoh (rakan sekelas&serumah uitm) dekat penang terus berjimba dekat sana.


cikgu azam dan cikgu dayoh .

kat penang dayah je berani pakai kaler hijau dinosour ni.

bukan geng al arqam.bai

lepas dh setelkan dayah.aha.silap. lps setel majlis terus gerak laju2 menuju ke northam all suite penang. serius.best.giler.sumpah.tak tipu.sape dh kawen p la sini.rase menyesal xkawen plak ms ni.*hoi ckp apa ni?

doa2 je ms ni jgn tsunami.tepi laut. ~pui

jakuzis yo!

living room.maafkan i mah.
1 katil 4 org.ha xpecaya?

siap ada meja study. mcm taw2 je bdk master kene siapkan assgmnt.aha.

kejadian tgkat 9. what happen to vegas, stay in vegas! buahahahahahaha.

ok cukup.mari makan2 di penang. mmg mati gemok kalu ddk penang kot. akibat kelaparan yg memuncak singgah sat di anjung gurney mencari rojak.


rambang mulut. pakcik rojak ni potong rojak ikut irama lagu yg dia pasang. sambil tu dia shuffle sket sambil sebut rojak,rojak,rojak, . tak tipula wey. nanti kalu aween dh upload video aku tnjk.


ala mkn skali skala mai penang pe slhnya.
magis bukan?.

makan malam di nasi kandaq beratur. yelah yelah sebenarnya bukan nk cerita jln2 kat penang. ok tukar. mkn2 dekat penang.


kedai ni beroperasi jam 10 mlm sampai 10 pagi. mmg menguji kesbaranlah. hampir 2 jam beratur.
nasib rasa yg tidak menghampakan.sedappp!! teh ais dekat penang mmg terbaik. arge termasuk air rm6+


hari terakhir di penang berpusing satu penang cr chowrasta.padehal dekat2 area nasik kandaq beratur tu je.cess. nak senang cari ibu pejabat polis kontinjen penang. btl2 dpn mydin.itulah dia chowrasta.


apa lagi beli jeruklah. kami beli jeruk buatan org islam. diyakini halal. cr banner ni tepi2 lorong. harga sama dgn dkt market tu. yg best bole cmpur nk jeruk mana yg banyak.

mkn tengahari sekali lagi nasik kandar. blurpp! akibat dh mls nk cr kedai mkn lain. mkn saja dkt area chowrasta.nasik kandar line clear walau tmptnya xbegitulah clear. kotor. kami bernasib baik sebab xnmpak tikus aritu.
kenyang 2 hari. tapi lagi sedap nasi kandar beratur. nasi kandar cni pedas. bahang dlm perut terasa 2 hari. harga mcm sedikit mahallah.


mmg xsempat nak jalan2.waktu suntuk dgn ada yg demam, asgmnt nk kene submit. tapi funn! mcm xnk balik.


kunchams.




terima kasih daun keladi. jom pegi lagi!!!


Monday, November 8, 2010

::Karma::

waktu terluang sebelum tido aku selalu pk apa benda yang aku nk buat besok hari. nikmat nak tido nyenyak malam ni agak tergendala. tiba-tiba terpk mcm banyak benda. selama ni aku tak pernah letak segala benda yang buruk ada juga yang baik atau benda yang baik mesti ada yang buruk.


soal kurus dan gemok misalnya.skrg aku selalu mengidam nk dpt berat badan mcm dulu dan katakan taknak pada berat badan sekarang sebab badak sumbu selalu senyum sinis dekat aku. bila difikirkan balik walau setiap hari berat badan bertambah (*bunyi mcm kronik) aku jarang-jarang demam,gastrik dan migrain. berbanding dulu setiap bulan mesti mc. rekod dekat klinik uitm pun dh mcm rekod penjenayah. lagi baik gemok sihat dr kurus rata berpenyakit.dan aku kena bersyukur aku dh pernah merasa zaman kurus.at least. baiklah sekarang tak payah nak sibuk-sibuk beli korset.


macam dulu aku selalu buat diri jadi permaisuri agung. bekas kekasih terpaksa dan MESTI beri layanan terbaik. itu ini begitu begini petik jari mesti kena terus ada dan perfect. sekelip mata sekarang tuhan dah bayar cash. baru tahu susahnya nak buat orang gembira baru tahu susahnya nak dapat penghargaan. dan baru tahu betapa besar nikmat bila buat org yg kita sayang gembira dan dihargai.betapa rasa bersalahnya bila cetuskan marah.dan ini rahsia, beralah tu bukan benda yg bukan-bukan sebenarnya.sekarang mari belajar menghargai dan terus memberi. serius kau akan rasa bahagia gila.


dalam adik-beradik aku memang pakar seleweng duit kader baba. nak itu ini tadah. semua barang turun dari kerajaan langit ayah pin sepantas kilat. rasa puas. sekarang bila dah kerja baru tahu susah nak buat duit.nak beli itu ini kena pk 1835x. merasa jugak rasa redha kader baba dulu bila giliran adik aku pulak menadah dekat aku. tapi rasa puas zaman seleweng duit dengan rasa puas dapat tengok mak & kader baba seronok dengan benda yg diorang tarah dari aku mmg berbeza.lain sgt rasanya.aha.


banyak lagi sebenarnya.


skrg baru taw setiap benda baik dan buruk itu sama seimbang. apa benda yang aku buat akan tinggal kesan dan berpeluang merasa blk. apa-apa pun baik buruk itu sepatutnya aku mesti pandu ke arah positif saja .macam kader baba.bila dia dh muflis, dia boleh senyum dan kata,"tak apalah ada lagi yang tinggal.kamu semua." sampai sekarang dia boleh senyum lagi.


dan aku rasa setiap benda yang dah jadi dan belum terjadi pada aku tuhan belum lagi letakkan noktah tapi Dia letakkan koma



gud nite. eh selamat pagi sebenarnya.