Sunday, December 2, 2012

surat untuk bulan

assalamualaikum babah. moga babah terus comel senyum macamtu. sekejap masa berlalu 6bulan sudah babah tinggalkan kami. alhamdulillah sepanjag babah takada belum lagi perkara yang tak baik berlaku. mak mcmtulah kadang2 je nampak dia senyum. mak yg babah ejek gemok gedempol tu dh kurus bah. hari hari rindu tak lalu makan katanya.setakat ni abisam ada jaga mak siang malam dekat rumah.

lps sebulan babah pegi chibie pon hilang sama. sedihnya! entah orang culik dia depan rumah mak kata. sekarang ni kalau balik eyoes belai kucen pendatang haram je. smlm kami semua dh buat tahlil untuk babah. alhamdulillah rezki babah tak putus-putus. mak order semua makanan kegemaran babah. makngah buatkan apam yang babah suka! hehehe

fathiya makin becok. kdg2 sebut nama tokba dia terus terkedu. sedih sgt agaknya. tahun depan dah nak tadika. tapi pakai lampin lagi hekhek.dia masih simpan lagi teddy bear yg babah kasi 2minggu sblm babah pegi. smlm dia usap perut kami dia kata nak adik jugak tapi boy! tekedu ayit. hahaha. babah jgn risau ayit pun dkt dgn mak selalu bwk mak ulang alik kelua & ke hospital kalau cek up.

ila makin galak cari duit. smpai tak sihat memanjng.dia bawak kereta mcm pelesit bah! cuti bukan main payah.dia kata minggu lepas babah dtg tidur & peluk dia smpai pagi. alahai babah rindu dkt gemok tu je ke?

eyoes bercita-cita nk beli superbike plak bah. haduii. teringat dl masa babah selalu bebel dekat dia psl rambut dgn motor. rambut dia mmg xkan potong. dah jadi hafiz awan nano. bkn kumpul duit nk kawen tapi byk hal agenda lain dlm kepala otak dia tu. so far dia skrg ni amik alih tugas kami plak jenguuk mak tiap2 minggu. dn dia kta xde dlm kepala hotak langsung pk hal kawen. huh

cucu babah yg baru ni alhmdulillah dh masuk 5bln. baik je dia. tadi kami bawak jmpa babah baca je yassin dia begerak2. excited jmpa tokba lew tew!! menantu babah ni pon jaga kami baik sgt. manjakan sgt. hohoho.

kawan2 babah masih lagi igt kat babah. ada yg call msg ty perkmbangan mak & famili. paling sedih perhimpunan umno baru2 ni. semua rasa kehilangan babah. kalau tak babah org petama plg semangat pegi walaupun sakit. mak sampai tak nk tengok langsung kalau keluar dekat tv :(

kami semua tak pernah lupa babah taw. tadi buat petama kali kami tak nanges dah p lawat babh. sebab fared kata kalau kami nanges babah lagi sedeyh. lebiu bah mis u so much.

moga babah terus sihat & muda mcm kami mimpi haritu. peluk babah kuat2 ketat2 sangat!!!!

assalamualikum bah.! rindu dia.bye


Friday, November 30, 2012

mengusap-ngusap perut lalu terpandang satu kilauan di jari manis.

thank you Allah for your beautiful blessings in my life.



Wednesday, November 7, 2012

Tuesday, October 16, 2012

ubi goncang pleas

lepas masuk hospital akibat dhydrated perasaan untuk makan itu dan ini makin membuak-buak. dan kadang-kadang rasa mcm fedup nk mkn itu ini sebab akan membazir.- muntah balik.

apakan daya dah memang adat resam perempuan menandung. walaupun dah masuk second trimester muntah-muntah still ada lagi. T__T bilakah akan berakhir ?? setakat ni takde nk mengidam daging landak daging rusa bagai.syukur~ bahaha.apa yang ajaib lagi pelik adalah semua perasaan teringin akan datang masa tidur dan mimpi. 2hari mimpi mengunyah sambal ns lemak malis corner. apakah? terus 2 minggu berturut ke malis.hew hew. dan insiden plg tak boleh nk ingat adalah pabila mengigau makan sundae mcd! OMG. sambil tidur sambil nikmati eskrem. bila husband kejut dr tidur..wuaaaa betapa malunya iols! berdekah tgh malam tgk gelagat ibu menandung mngada.kbai.

betullah kata orang kadang-kadang menandung ini mmg magis. banyak persamaan yebi dgn apak setakat ni. dulu tak makan pedas sekarang mmg kena hadap benda pedas mcm apak dia.makan benda manis aku akan muntah teruk.apa yg aku nk makan itulah apak nk makan. pernah sama-sama teringin nk mkn durian belanda.walhal aku diam je mls nk bgtaw dia last2 dia kata nk mkn durian belandalah :) . pegi kedai makan sama-sama ambil menu yg sama. dan sama-sama gilakan mangga! weuuuuuuuu.
bila aku stress dekat opis yebi pon mcm buat hal apak mcm dapat rasa je,terus call. instnct sungguh. anak bapak!

minggu lepas ke GM plaza dan terjumpa makanan rare!betul-betul depan GM plaza chow kit.

ubi goncang!


sekarang sapa nk tolong aku ni. ha kan dh kata ibu menandung memang mengada. kbai!

Friday, October 5, 2012

Perantin bajet yang mmg bajet perantin cun.kbai

*ok tahu.mmg dh lapok.dah nak terberanak baru nk cerita semua ni.

sebagai seorang pengantin bajet,ok kalau pengantin mesti dua orang.baiklah,sebagai pasangan pengantin bajet cun bajet lawa bajet hensem dan pelbgai jenis bajet sehingga mahu menampakkan "bajet grand" masa majelis kawen, jadi kami berusaha sedaya upaya memastikan semua plan berjalan dgn baik, dan semuanya harus mengikut bajet.(budget.)# okkompius.



persiapan kawen haruslah berjalan selama setahun.ye setahun adik-adik.setahun itulah kami mengikat perut yang buncit ini dan menepis segala godaan saiton dgn segala mak nenek sales dan baju-baju yang ghairah di online,demi sebuah perkahwinan, pergh.

mungkin sblm ini aku akan kata pada org "sampai jimat mcmtu sekali nak buat majelis kawen grand2,membazir sungguh."

kalau kamu masih lagi berpandangan begitu makanya kamu salah.kawen takde grand mana pon,.majelis yang grand itu adalah yang disponsor semuanya.harharhar. mcam memey.harharhar . apa yang ditekankan di sini dan keadaan menjadi tertekan adalah semuanya disebabkan kewangan. lainlah kalau buat pinjaman untuk berkahwin itu takdak hal. lagi-lagi berkahwin dgn seorang menteri kewangan, semua harus diresitkan dan diminitkan dalam sebuah buku kira-kira yang penuh dgn sampah resit.

maka,buku planning dan buku bajet harus ada.lepas berbelanja nanti senang nak menangis kalau buat kira-kira mcm kami. syukur alhamdulillah majelis kawen kami yang kami rancang dari awal hingga akhir berjalan seperti mana kami plan. dan semuanya hasil inisiatif sendiri.

masa ni lah nak tahu kamu kreatif ke tidak atau punya tangan mcm kayu ke tidak. ok walaupun tangan mcm kayu tapi demi kepuasan dan bajet, aku telah berjaya hasilkan bunga telor dip! gila perempuan habes aku rasa.mcm nak buat kelas KEMAS. ada hikmah sebenarnya tak bekerja 3 bulan ms tu.

ehem. 200 batang (side perempuan&lelaki) pelbagai kejadian menimpa.-tangan melecur guna glue gun,meninggalkan parut,tangan elergic sebab cecair dip,jari terpotong masa nk buat bantal hantaran. harhar. akibat org kedekut.#kenangan.

goodies pon kami bajetkan tidak melebihi seringgit.bukan kedekut sangat nak bagi buah tangan dekat tetamu,tapi berdasarkan kajian yang dijalankan pada diri kami sendiri, dpt goodies berbentuk perhiasan lps blk dr mejelis kawen entah tak tahu buat apa & paling sedih entah ke mana.(maaf maaf maaf 34098x) jadi kami memilih memberi makanan. tapi bukan dalam kuantiti yang banyak mcm dalam 1 paper bag ada 10 jenis kerepek dan gula-gula seringgit dan sebulan akan terbiar di meja makan dimamah semut. dan kami katakan tidak lagi!

maka wujudlah, kotak secomel dan semurah ini setelah idea diservey di beberapa belog kawen-kawen.(blog dh lupa.btw tq)



kotak = 0.12sen
dolly paper= 0.05 sen
bahulu = 0.20 sen
----------
0.37 sen x 1500 pcs
----------

beli kotak di sini: bagus bakery, 214, Jalan Negara 2 Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Tel/Fax:03- 4106 0688

dan jar ini kami beri di majelis rumah lelaki.


sampai hati photographer tak ambil jar rasmi yg ada agar-agar.ini lebihan botol beri pada opismate yg xdpt dtg.

jar = 0.50
dolly = 0.05
agar-agar = 0.30
---------
0.85 x 600 pcs
---------
beli jar di sini: Quality pack

kad kawen kami hasilkan sendiri, konsep dolly paper. nak buat yang keras-keras nak buat yang wangi-wangi, mmg tak.mmg bukan idaman. jadi biar murah,simple dan bergaya. dan bermutu. sia-sia kalau kau pernah ada ilmu grafik masa di menara gading tapi tak praktikkan.huh. pergi campak sijil.



print = 0.35sen x 1600pcs (dua-dua belah majlis)
dolly paper = 0.10sen x 1600pcs
design = sendiri. guna adobe ilustrator.

apa yang mahu dinasihatkan di sini berhentilah berkawan dgn mat rempit atau minah rempit yang tidak mampu memberikan khidmat di masa majelis perkahwinan kamu.hekhek. dgn rasa syukur dikelilingi rakan-rakan yang punya kreativiti dan berjaya dalam bisnes,.maka harus dipergunakan! andaman dari tunang,nikah,pelamin,kahwin,meja makan,photobooth, semua diselenggarakan oleh kawan baik cium molot. kebetulan salah seorang dr bff bukak bridal jadi makanya haruslah jangan melepaskan peluang yang ada dgn bayaran sesuku harga.





masih menggunakan khidmat kak andam meletop (kiri) di majlis rumah lelaki


tanpa mereka ini majelis mmg tak jadi.maksdnya tetamu dtg makan jelah sambil tgk muka selekeh aku. memang berbaloi dgn rozita bridal. bukan sebab bff dr kecik,tapi perkhidmatan yang diperkatakan ramai.gila tak hebat muka hodoh aku boleh jadi kim kardishan dia makeup.perasan. nah no telefon. 019-5748404, 013-4096984. bagi yang area perak silalah telefon. kalau ada abang atau adik yang single kasi like sekali facebook dia.


yayeed memang agak cerewet banyak kalau hal baju. itu ini harus perfecto! dan aku mengalami masalah kependekan dan kecomelan yang hamat maka harus membuat tempahan. hajat dihati mahu rizman ruzaini,cosry,hatta dolmat, jovian mandagie! tapi malaikat telah berbisik di telinga, "kau adalah pengantin bajet!! pengantin kedekut!" maka hanya mampu tempah di butik wedding galore. perkhidmatan dan jahitan not bad. bagi contoh baju idaman dan bayar dan tunggu siap. designer dari vietnam.





'tak usah khuatir siapa designer baju,ikut pada kemampuan.paling penting nampak vouge,' ayat manis yayeed.




bagi majlis belah lelaki, haruslah gunakan khidmat nanakui mencikui yang sebantal serumah masa di zaman uitm.tak sia-sia dia selalu tak tidur malam menjahit baju buat keja last minit utk presentation sebab hasilkan baju idamannnnnn. ye silalah kalau mahu menempah nempah pelbagai jenis busana dekat nana.nana seorang fashion designer secara senyap & lecturer. #takdapatrizmanruzainidapatjuniordiaponjadilah.
percaya atau tidak berat badan aku 53kg---->48kg. dalam masa sebulan. ye hentikan diet 6 bulan sebelum kawen.mitos semata.maka adala part2 yg terlondeh.tak boleh buat apa semua last minit theeeeeee,.

nah tempahlah pada nana bukan kekasih lama acik spin: 017-2992982

sebelah pihak lelaki kami buat majlis simple jadi pelamin mini saja. tempah di rezo collection. cakaplah nak design macmana dan harga berbaloi..!





 baju nikah tak payah nk grand sangat.pegi cari dekat masjid jamek chiffon merelip dalam harga dari 200. lps tuh entah mana baju aku tuh entah.last pakai masa raya.baju melayu lelaki beli siap. kain sangat berkualiti boleh beli di butik Bak atau Omar Ali. harga dari 300. save beli kain dan upah jahit.belajar dr pengalaman bertunang.




hantaran menggunakan khdimat pakai dari kaum keluarga.tapi bantal hantaran buat sendiri guna kain baldu,fiber dan kotak terpakai. alah kos sebijik tak sampai 3hengget kalau buat 7+9 dulang. pada awalnya hantaran telah dibuat & disponsor oleh CBL dari betty, eh lynda. tapi ada beberapa masalah teknikal maka diubah semula.sorry betty.sedih oi. tapi guest book adalah dari CBL. tengkayu sayam!cantek gila!!



kek kawen haruslah paksa adik sponsor.asah bakat adik-adik anda sekarang pergi mengaji kelas bakery.dan hantar dia bekerja dekat hotel. terima kasih tuhan turunkan seorang adik yang punya bakat dalam pastry. hasil adik. kek fondant brownies. terngiang-ngiang rasa kek yang dapat mkn sesuap.



ikut hati nak amik gambar selftimer je.mmg keji statemnt yayeed.6bulan awal dah kena cop. nasiblah lepas baling topi masa grad masih lagi berhubungan dgn rakan-rakan sekelas. agak bonus kalau kamu adalah dari kelas fotografi masa di menara gading.kalau kawan-kawan tak boleh atau tak hingin ambil ganba kamu boleh cuba minta khidmat lecturer atau dekan fakulti.ha kau!

kepercayaan diberikan sepenuhnya pada sahabat sekelas,hj akramin.nak balas budi sebab dia dulu masa kelas arab selalu bagi aku jawapan maka aku ambillah dia sebagai photg rasmi. harga sah2la kawan-kawan. itu motif utama,ok.har har har haram jadah. dan majlis sebelah lelaki juga dr rakan-rakan yang terluang masanya.guna  kamera kami sendiri edit dan print sendiri. tq yem yem.

sesiapa nak photographer boleh berurusan dgn hj akramin ni.muda-muda dah dapat haji,tebal iman dia ni. cubalah mengorat.akramin : 017-6064726



yem yem a.k.a si binatang bermisai

preparation adalah bertahun,majlis kawen adalah 4jam. macam yuna kata, ini tidak adil tidak adil bagiku,. tapi kepuasan itu penting.*mcm tak percaya berjaya buat semua ni! terima kasih yang tak terhingga pada arwah babah. emak dan keluarga kedua belah pihak, rakan-rakan seperjuangan & semua yang terlibat dlm majlis kawen kami. doakan kami. (speech)

dan apa benda utama yang paling mustahak selain buat persiapan kawen,
"restu keluarga dan keberkatan."

itu catat dalam hati & simpan kemas-kemas.

Monday, October 1, 2012

Malaikat Kecil

rasa nak menangis bila nampak ada makhluk kecik dalam perut sendiri.lagi-lagi makhluk kecik tu melompat-lompat. Ya Allah comelnya perangai kamu ni.

kesat air mata aku.rugi apak tak dapat tengok awak tgh smash bola badminton kan yebi.

biasalah.pertama kali. nak jadi mak mak kena emo. kahhhh!

lindungilah malaikat kecil kami Ya Allah.

Wednesday, September 26, 2012

babah selalu ada.

kehilangan itu benar pahit, tapi kenangan dan rindu buat semua jadi manis.




moga malam ini babah datang lagi.dengan senyuman semalam.

miss u bah.

masalah melayu yang terlampau tipikal.

"kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan."

tuhan berikanlah petunjuk serta pedoman bagi orang-orang yang jauh menyimpang dari ajaranmu.ampunilah segala dosa mereka.

letih dan penat. kami sayang anak ini,.jangan apa-apakan dia lagi.


Wednesday, September 19, 2012

"Period Diary"

sebenarnya aku tak sangka lepas kawen terus boleh mengandung yelah masa zaman ank dara iols ni slalu je ada masalah period.sampai 3bulan pernah tak datang period. dan pernah kena makan pil hormon. sampaikan dah rasa mcm naik malu iols pergi kelinik ambil pil hormon.tahu tak pil hormon tu apa?pil perancang yang mak-mak makan tu. itu namanya pil hormon kak non.(dh supo pondey bahasakan iols euww!)

syukur alhamdulillah rejeki tuhan nak kasi pregnant awal.first gugur dan kali kedua tak sampai period kali kedua terus pregnant lagi. ngeh ngeh. *pantang 2 minggu je. ?? jegil mata!

akibat period tak menentu sebelum kawen aku tak sempat pergi jumpa tukang tilik rahsia tahi lalat nak tahu tahap kesuburanku. tetapi menggunakan kecanggihan teknologi.

bagi yang punye telipon semartphone bolehla mengupload aplikasi "period diary ni."


mudah nak catit period bila dan kalau yang dah kawen & yang malas kira atau yg mcm aku ada autisme ni asik lupa bila kiraan subur bolehla tengok kalendar yg disediakan.

contoh yang bunga-bunga adalah tarikh subur dan boleh tanda keintiman berlaku dgn tanda lup lup tuh.(iols kasi contoh ltk lup lup tuh.bukan iols punya tarikh intim.,,eh .hoi!)

so far lps kawen mmg ikut kalendar ni lah. boleh cari waktu subur dan benar-benar subur. kiraan bagi ibu mengandung pon senang.mklumlah iols kan suka makan semut jadi asik lupa bila last period. period diary adalah penyelamat.

dia akan remind kita berapa hari period lambat dan masa itulah harus gagau upt. nak kira kandungan msk berapa minggu pon senang. masa doktor ty bila last period? dgn bangga keluar talipon dan cek tarikh. dushh! (walau malu) eh lebih baik malu dr kira kira pakai jari kaki skali.

ada forum jugek untuk citcat perkara yg berkaitan dgn masalah period. dan boleh dpt beberapa info.

oklah. selamat menanda lup lup gurls,! kbye!

Tuesday, September 4, 2012

Perempuan mengandung yang mengada

kalau dulu aku tgk drama drama melayu, contohnya si perempuan sedang asik makan lepas tu tiba-tiba terasa loya dan berlari-lari ank ke sinki dapur muntah-muntah, lalu mak dia dtg dan senyum sinis,."kau mengandung ni."- memang menyampah.dalam kepala hotak, aku akan kata  mengada takde cara lainke nak bgtaw pregnant.

sekarang bukan takat lari-lari anak ke sinki mmg acara balapan 100 meter terjadi dekat aku.betapa semua lakonan drama itu benar belaka. bayangkan tengah nonton tv tiba-tiba macam disihir sakit kepala seterusnya sampai ke tekak dan berlari pegi muntah.takada signal. baru tahu penangan sebenar mengandung.

kata orang alahan, loya masa mengandung semua psiko.bila tahu dah mengandung baru nak muntah-muntah.hey coba mengandung dululah! baru rasa.bahaha emo.sblm tahu mengandung aku dah start muntah-muntah.seawal 4minggu dah kena alahan,,loya bagai. cepat gila. ikut kata doktor kalau kita alahan teruk maknanya yebi yebi dalam perut sihat. harap mcmtulah.

memang aku ni jenis kategori lemah. kalau sakit memang payah nak lawan.muntah berpanjangan sampai pengsan, kena tahan wad, dhydrated terus. tuhan saja yang tahu.lain orang lain alahannya. kalau kata tak boleh bau itu ini, aku paling mengada. salah satu nikmat yang  hilang pada aku adalah bau badan suami T___T kalau dulu ketiak dia paling feveret.sekarang nak dekat pun aku tak mau. kesian. sampai kena tukar perfume. balik kerja cepat-cepat kena mandi.pakai perfume pun dekat opis. ngeeeeeeeeeee.

bau bilik pun aku tak suka.pagi-pagi boleh bikin badmood. seyes mengada. tapi kalau bab makan setakat ni memang A. ikut tekak nk makan apa aku balun. tak minum susu dah suka susu panas. tak makan pedas dah mcm orang gila cari sambal belacan. tak boleh makan ikan patin dah boleh kunyah tulang. magis!

lagi satu masalah tak boleh kena aircond lama sangat. naik kereta kena buka tingkap. tidur kena pasang kipas. kalau tidur guna aircond, pagi-pagi akan muntah teruk.dan masalah paling serius tak boleh pegi kerja. malas dan badan tak bermaya kalau dapat tahu besoknya kena kerja. banyak mc dari pegi kerja.ah tak boleh jadi!

maka pelbagai cara aku praktikkan.gigih mengoogle.buat itu ini.ada yg kena ada yang mmg tak makan saman langsung.

1.bagi nak elakkan tiap pagi muntah asid(muntah pedih yang keluar air sampai boleh keluar paru-paru), bangun tidur amik biskut kering/kraker makanla sekeping dua. biskut kering menyerap asid. jadi kalau masa gosok gigi tu muntah takla sakit perut.sebab keluar biskut.ngeeeeeee

2.makan terlalu kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. ok masa masuk hospital aritu,doktor suruh aku makan semua benda.& cari benda apa yang paling sedap.kalau itu yg paling sedap,makan je tiap kali lapar.identify benda yang boleh datangkan muntah,dan elakkan jgn makan atau tengok pun.masalahnya aku makan semua.setakat ni epal cecah garam plg feveret. mmg tak cukup zat. tiap kali muntah, makan balik.muntah dan makan balik sampailah kembung.dan pastikan dalam beg ada snek ringan mcm roti atau coklat. aku pernah  menggelupur makanan xde nak kunyah masa kerja. serius mcm gila.

3.ambil masa untuk relaks.masalah aku adalah tak boleh duduk rumah.kalau duduk rumah 1 hari akan muntah berpanjangan.kalau berjalan hamboih tak muntah langsung. lemas&rimas duduk dalam rumah.sebab orang yang alami alahan perlukan persekitaran baru. jadi buat-buatlah berjalan.tapi jagan bergerak banyak sangat. aku pernah cuak sakit bahagian perut 1 malam sebab terlupa menagndung dan pecut lari lintas jln.ye suami isteri yg bengong boleh lupa.

4. Amalkan bacaan al quran lepas solat.istghfar, selawat . berzikir dalam hati pun ok.tiap kali free atau tgh rasa mcm nk mabuk loya.insy akan kurang.sebelum tidur minta suami bacakan ayat quran& doa-doa. tidur lena.

5. bila dah loya teruk dan fedup aku  usaha nk lagi cepat hilangakan msalah ni.jadi hasil google & rekemen dr kawan-kawan aku  minum jus delima.yang mana boleh ambil masa awal mangandung.selagi baby tak cukup 3 bulan dilarang ambil apa-apa suplment yang boleh hilangkan loya.rasa jus delima macam ribena.boleh minum buat air atau makan 1 sudu setiap pagi sebelum breakfast. alhamdulillah baru seminggu makan alahan kurang sikit & rasa bertenaga dan boleh pegi kerja! disyorkan jus delima gulsan.aku beli dekat alamanda tingkat bawah dekat gerai orang jual kurma depan A&W. harga sebotol rm15.  banyakkan makan kurma.kismis dan badam.


setakat ni itu je lah yang dapat membantu aku,selain suami akan pujuk yebi tiap kali muntah,,"yebi-yebi pleas kesian dekat mak.behave ok."

dan terkini,baru mengandung 2 bulan aku dah tak boleh zip kain.




Tuesday, August 28, 2012

Yebi yebi!!

alhamdulillah tuhan beri rezki skali lagi. moga dipermudahkan semuanya.

dugaan plg mncabar. sedikit sebanyak terasa bagaimana arwah babah yg dl hnya bergntung pada susu menahan lapar. perit. baru sikit aku rasa. rimas dgn wayar air berbotol botol setiap masa. muntah sepjg masa.

demi yebi yebi aku kena kuat.

hai husband saya mngidam itik pangganglah. kehkeh

Monday, August 13, 2012

79265872873932460 tahun GBS bertemu kembali!

tiada apa yang dapat menggembirakan selain makan. dan makan. tapi ada yg lebih gembira semalam bila Geng Bus Sekolah berkumpul dan bersama menikmati keriangan berbuka puasa.

agak lama aku tak bersosial. pleas. iols taknak bercita cita nak jadi makcik lepas kawen, kawan semua takde yang tinggal kak joyah jiran rumah.ahhh!

kenny rogers memang selalu menjadi pemenang di hati.


barisan pemakan berjaya

barisan kaver cun

harap dah ada keluarga mcmni nanti boleh makan dgn tenang.cacha budak baik!

bergamba bersama peminat

huru hara bila perut lapar
renungan kasih syg seorang ayah

pencuri tumpuan.omey!omey!omey!dia tuh!ding geding ding ding ding(baca dgn loghat org dewasa yg gedik bila jmp kanak2)


adakah ini cara pegang kanak-kanak dgn betui? mcm pencabul T___T


tidak hadir: amelia & zara demok.anda didenda supaya buat makan makan bakar mcm ayam kenny rogers kuah sos blck pepper lebih! untuk jamuan hari raya nanti.

p/s: peha ayam mesti sama besar mcm peha zara!


Friday, August 10, 2012

Antara salah satu sebab mata boleh menjadi bengkak




kegemaran

minggu depan dah raya.how time flies. satu persiapan pun tak buat.baju baru kasut baru.dah tak penting.moga bertemu lagi ramadhan.

apa yang terfikir, macamana nak berdepan dengan lemang, ketupat palas, pulut, masa hari raya nanti.

semua makanan kegemaran arwah babah.




Tuesday, August 7, 2012

kami budak art design benci excell

sepanjang 2 bulan dekat sini entah macam-macam kerja aku buat. kadang-kadang entah pekebenda aku buat pon aku tak taw. tinggal tak jadi tea lady je. kerja dengn enviroment yang hamat melemaukan. lagi lagi dengan acik-acik yang dah 20 tahun kerja nk tunggu pencen.

memang tak hip langsung semua nak manual. data pun nak manual.grrr. aku bukan merungut tapi tak puas hati. whyla?whyla? perempuan patutnya kerja sampai umur lewat 40 cukup aku rasa. pencen.sebab kalau lepas dari umur tu boleh menimbulkan banyak masalah. lepas 40an mesti kuat bebel, gemok dan penat nak berjalan,jadi kena arah orang buat kerja. cukup time berlumba balik nak masak nk amik anak-anak, suami dh jemput, kerja tinggal dekat budak muda.aku pun nanti sama jugak .lepas 40 mcmnilah keadaan aku.

kalau dulu aku kata aku multitasking semua benda aku belajar aku cuba dlm journalism, sekarang ni aku dah ke arah 40an tu. multitasking untuk benda benda yang tak berfaedah.bgtaw aku,apa relevannya buat minit & laporan tiap kali meeting lepas tu perap dalam fail dan berabuk.kalau ada 40 fail dalam ada 746898935 helai minit, muntah tak.shit! bila suruh cari nk refer tak jumpa.ah ubahla gaya kerja. kamonla.cr enviroment baru. tingkatkan prestasi bukan mengikut panduan dan cara kerja tradisi turun temurun.

sebenarnya aku malas nak merungut sangat. tapi aku benci diri aku sebenarnya sekarang ni. walau makcik tu umur 50 pandai guna excell.

aku tahu guna potoshop,illustrator,etc,..tapi tak tahu guna excell.tengah belajar dekat youtube. kesian.eh sekian.


                              masa ni lah nk guna suami.jangan sia-siakan kawen dgn org akaun.yes!

Monday, August 6, 2012

jemah oh jemah

dari jauh melenggang lenggang kakak admin bawa beberapa pucuk surat.

tok,tok,tok,  pintu diketuk.

"fareezan ni surat offer letter awak.sorrylah lambat sangat masing-masing bz sampai terlupa. sorrylah ye."

balasan terima kasih aku ucapkan dikepil dengan senyuman .malas nak bersuara.sebab aku bersuaralah baru nak ambil tindakan.2bulan baru dapat offer letter kejadahnya. lepas aku email bahagian atasan barulah nak kasi.huh, herdik dalam hati.

tok,tok,tok, pintu diketuk lagi.

kelihatan kak jemah masam mukanya. "ah nak jual barang apa lagi ni,"bisik hati.

"dia nak apa cari awak? surat apa tu?"

"offer letter. pihak pengurusan bz itu yang baru serah harini,"balas aku malas.

"kalau awak nak tahu dia memang lambat buat kerja, malas sangat..semua orang tak geng dengan dia.cuba awak tengok dia duduk dalam bilik tu pun sorang-sorang," jemah cuba menggoda aku menjoyah.

"saya tak kenal sangat orang dekat sini kak,tak apalah janji dia dah siapkan surat saya.hal lain-lain saya tak ambil tahu pun."

"itula kau,kalau nak tahu semua orang tak suka dia sebab dia kawen dengan laki orang,.jadi no2! tergamak dia lukakan hati bini si datuk polan polan tu.baik orangnya.sebab perangai menngatal dia tu laki orang pun dia sebat! bini tua si polan polan tu lagi cantik.muda dari dia. pelikla akak. ko janganla rapat dengan dia," terjegil-jegil mata kak jemah bercerita dekat aku.

"la kak, bukan dia kebas suami saya pun biarlah dia,"ujar aku ringkas tanda malas nak melayan.

"eh kau dah kawen ke? la yang selalu hantar ambil kau tu suami?bukan boyfriend? mudanya.laki kau kerja apa? umur berapa? bawakla kenal-kenal dekat kami sini,janganlah kedekut sangat,.." kak jemah mengakhiri perbualan dengan ketawa kecil dibelakang.



selepas gua karate komputer dan meja terbelah dua barulah kak jemah keluar dari bilik gua.


Friday, August 3, 2012

resepi Ayam goren kasih sayang

alhamdulillah ramadhan sudah hampir separuh. bagaimana prestasi kita? selain tiap hari fikir menu untuk penuhkan perut jgn lupa penuhkan juga hati dan diri dgn amalan :)

perut dah makin berlapis. makan kueh dan ringan ringan masa berbuka, sahur balas dendam bina lemak tepu ok. kadang kadang masak kadang kadang beli saja.

kadang kadang goyang kaki. keh keh. bila ada yg baik hati nk masak sekali sekala. harus jerit yeay yeay 568x. maka terimalah ayam goren berempah suami yg osem woooo! lagi sedap dr kehepsi.

apa kata kita berkongsi resepi. ok mmg gua dh mcm mak mak. lantaklah anggap saja ini latihan asas ekonomi rumahtangga.

bahan bahannya:
ayam beberapa ketul
kunyit
*cili padi
sedikit tepung gandum
serai dititik
*bawang putih 3ulas diketuk
sedikit garam.
putih telur

1.tumbuk semua bahan yg betanda *
2.gaul ayam dgn kunyit, garam dan serai serta bahan yang ditumbuk.
3. gaul sebati dgn putih telur & tpg gandum
4.perap beberapa minit.
5.panaskan api dan goren!

semudah ABC. rasalah kalau tak sedp maka anda tidak cukup kasih syg.

syhh suami tak tahu gua ltk resepi dia dkt sini. rahsia katanya!

Thursday, July 26, 2012

Babah the superhero #5

sebenarnya agak ralat bila aku buang mesej mesej dari arwah babah dalam phone. yang tinggal sikit sangat. walau yang tinggal mesej psl hal catering, urusan kewangan masa kawen,.sayang aku nak buang.aku simpan. nama dia pun aku tak pernah rename.

awal puasa,satu malam aku terkejut time sahur dapat mesej dari babah, "selamat berpuasa." aku senyum. dalam hati aku nk balas, babah berbuka  makan apa?masa nak taip aku baru tersedar, bukan babah.dia dah tak ada.sekarang phone dia mak yang pakai.kadang-kadang abang aku yang sulung.

sampai sekarang,tiap kali mak call akan keluar gambar babah,bila dengar suara mak aku baru teringat,bukan babah yang call. babah dah tak ada.

tadi,sementara tunggu subuh aku terlelap. babah datang dia pesan suruh aku basuh halaman rumah.pastikan bersih. semua nak dtg,nak tumpang masuk rumah.bila aku kata kan emak memang basuh, dia kata, kena sentiasa bersih, "diaorang dah tunggu" nak tumpang rumah kita nak datang rumah kita. "siap-siapkan rumah."

subhanallah.walau sekejap beberapa saat, aku bersyukur ya Allah dia tahu aku rindu yang tersangat dekat dia.Nak sangat jumpa dia.

aku call emak dan sampaikan apa arwah pesan.emak kata bulan ramadhan rumah kena bersih mungkin ada anjing yang duduk depan rumah malam-malam kita tak tahu.dia suruh "siap-siapkan rumah," hias rumah dengan bacaan quran, doa dan solat. bulan ramadhan semua arwah datang melawat rumah tgk anak anak tgk semua kenalan dia tgk semua orang yg dia sayang.

terkedu dan sendu.



*kenangan cerita mesej dari arwah babah yang pernah aku kongsikan di sini.

Wednesday, July 25, 2012

sapa tak puasa dia tak kuasa

dam dam dum bunyi perut. alhamduliallah sedar tak sedar 5 hari dah berpuasa. dan dgn jayanya 5 hari bangun di kala embun jantan sedang menetes netes, masak dgn mata terpejam,makan laju laju dan tidur balik semntara pekena subuh. phewww. baru kau tahu penangan kawen.belum bab kena mandi berniat,sebelum mentari datang lagi.har har har har.kbai

kalau dulu mengada nk tak nak bangun sahur.kalau makan pun goreng telo dan gaul nasi dgn kicap manis.cukup. itu semua kenangn manis mcm kicap manis. perangai suami aku ni pelik sikit. bebuka sederhana sangat.kueh dan air,sahaja.dah kenyang.tapi kalau sahur hamboihh order kemain, selera mcm makan tengahari. maka secara otomotiknya tekak aku pun kena ejas sama, yang mana dl xdpt nasi satu hari boleh mnggelupor berbuih mulut, T_____T selamat tinggal gadis lahap.

oleh sebab dah 5 hari berbuka ringan ringan, izinkan aku ratah seekor ayam hari ni tak kira,..!

Tuesday, July 17, 2012

edisi pantang memantang #2

lepas kehilangan babah yang tak sampai sebulan,baru mula setup rumahtangga, baru belajar terima enviroment makcik makcik dekat tempat kerja baru, dan aku keguguran. betapa emosi dan perasaan dah macam rojak basi. siang malam menagis tak henti fikirkan nasib. sakit yang amat bila banyak merasai kehilangan. babah-anak-kerja

kalau nak describe perasaan aku memanglah tak tertanggung ujian yang tuhan bagi sekaligus ni.tak tahu nak tangiskan yang mana satu. menahan sakit fizikal, sakit emosi.saat mcmnilah suami-suami kena amik peluang tunjuk macho.alhamdulillah, setiap kali kecewa setiap kali menangis setiap kali merintih sakit ,bahu suamilah tempat aku menumpang. tuhan itu tak kejam, apa yang berlaku pada aku Dia tak lupa turunkan juga tempat untuk sembuhkan duka.-keluarga dan suami.

Bukan sebab aku lalui ujian yang berat ini sekaligus aku punya emosi yang teruk, tapi kebanyakan perempuan yang gugur mesti down habes dan selalunya payah nak kawal perasaan.satu penyakit yang amat membimbangkan yang boleh jadi, "meroyan." selain harus pandai kawal diri ,suami atau ahli keluarga perlu ada di sisi.satu tahap perempuan gugur ni akan rasa mcm stress, satu tahap akan rasa mcm tak berguna sebab tak jaga kandungan baik-baik,satu tahap akan rasa kau dh kecewakan suami dan susahkan semua orang kena jaga masa sakit.benci tengok orang mengandung benci tgk org update hal hal anak dkt media sosial.dan paling celaka aku pernah rasa aku ni cacat.itu mmg gelabah sungguh.pui!

sakit perut dan kelamin tak campur lagi.lagi-lagi makan kena catu,ah lps tu kena makan sawi.weeeeekk! ok suami atau ahli keluarga kena bantu. ini berdasarkan pengalaman dan perasaan aku sendiri. setiap malam suami akan sapukan minyak, tidur pon tak lena tengok-tengokkan aku yang kuat meracau, baca doa kumat kamit mcm tok pawang pon ada.buatkan kerja rumah yang berat-berat, dan yang paling penting buat isteri ketawa walau dgn tahap lawak bodoh.bagi nasihat mcm abah-abah dan pergi merayau secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tua yg bising -hoi pantang kena ddk rumah!

terima sms dari ahli keluarga yg beri kata-kata semnagat & bila emak datang teman masa suami outstation terharu sangat! mestilah makan sedap walau ikan cencaru goreng je. :) pernah sekali kaki aku krem dan aku jatuh katil.suami lari lintang pukang dari luar nk selamatkan aku. ya Allah masa tu aku mcm nk menjerit aku ni tak cacat! sedih tahu tegok muka panik dia. rasa aku ni loser habes.

sebenarnya sampai skrg aku tak boleh terima keadan aku ni.tapi aku cuba perlahan-lahan sebab aku tak mahu susahkan semua org lagi, tak mahu sedihkan suami yang jebak dgn semua masalah aku ni. jadi konklusinya aku tak dapat setelkan emosi aku lagi , tapi rasa selesa sangat bila suami & keluarga ada.oleh itu aku akan cuba perlahan-lahan terima semua ketentuan tuhan ini.dan harap suami ada dengan aku dan tak tinggalkan aku. (cakap pekebenda nih?)

kalau awak suami,pergilah dakap isteri awak yang tengah sakit tu.

aku nk pergi menangis teresak kejap.kbye.assalamualikum.



inilah pahlawan gua.

Monday, July 16, 2012

#edisi pantang memantang

yang sebenarnya memang tak tahu menahu langsung walau keguguran kena berpantang macam orang bersalin.kalau ikut darah muda yang mengalir panas ni, memang takan berpantang,mana nak dapat zat nak sihatkan balik badan yang lemah kalu itu ini tak boleh makan dan tak boleh buat. bila emak + ibu mertuaku dah senseng lengan beri ceramah kesedaran dan takut-takutkan aku pasal rahim & libatkan amalan pantang toknek tokcit, baiklah aku harus menyerah kalah.

haruslah makan apa yang boleh dan tinggalkan apa yang tak boleh. 2 3 hari awal pantang aku buat main-main sehinggalah google beberapa artikel, umanggggaih pantang gugur sebenanrnya lagi payah dari orang bersalin. mengeletar lutut sekejap.cepat-cepat cari setokin dan ikat rambut tinggi-tinggi mcm samurai.

paling sedih lauk kegemaran semua tak boleh makan.kejam sungguh siapa yang cipta pantang memantang ni.
menu harian adalah sawi sawi sawi sawi.benci dah makin mendalam. dan ikan ikan ikan. sekali sekala makanlah ayam. ikan tidaklah boleh jenis yang sembarangan.

*setakat ini aku hanya tahu, ikan gelama mak iloy iloy-ikan tenggiri-ikan merah-ikan siakap-ikan cencaru -ikan bilis & ayam. kesemua makhluk itu haruslah kukus-grill-panggang-kukus-grill-panggang. dan aku dah pandai bezakan rupa paras ikan melalui pembelajaran amalan berpantang nih.oh yeah

*mandi harus air panas jangan sampai melecur.

*pakai setoking(sblm tu pakai mnyak angin) dan juga baju sejuk setiap masa. -nanes!

*kunyit dan halia harus jadi bestfriend samada minum atau letak dalam masakan.

*jangan angkat benda berat

*elakkan makan makanan yg sejuk dan berangin.buah oren je boleh.

*ambil jamu untuk panaskan badan.(aku makan jamu mak dara gold.)

tempoh berpantang ni aku agak kompius.mungkin ikut pada ketahanan masing-masing.eceh. ada yg sebulan dan ada yang 2 minggu. disebabkan aku gugur kandungan dalam 6 minggu, aku akan bertahan dalam 2 minggu sajalah bagi edisi pantang memantang nih. kehkehkeh

air halia rare!
musuh sebenar adalah sawi
ayam masak halia emak palin tip top
total keseluruhan isi dan lemak hanya 48kg.ehem.amacam?ada macam mak dara tak?.

Friday, July 6, 2012

6weeks

bila tuhan aturkan apa yang terjadi pada aku, aku pasti, aku antara yang mnjadi perhatianNya. yakni aku harus dekatkan diri aku pada Dia.

lepas Dia ambil babah sekarang Dia ambil anak kami pula.

tak apalah mungkin tiada rezeki kali ini. sekurang-kurangnya babah dpt juga lihat &jumpa cucu dia, mungkin akan jd cucu kesayangan dia dkt sana.

sedih yang teramat. tak tertahan sedih dan perit dugaan yang aku terima. yebi-yebi, tlg jaga tokba baik baik dkt sana ok.


RALAT: doktor hensem yang merawat. nak malu pon dh tak guna dah.

Friday, June 29, 2012

Rindu yang tak akan pernah padam.

bila belek balik semua gambar kawen aku, rasa dia masih ada.kadang-kadang buat aku lupa apa yang dah berlaku.

bila babah dah takada impaknya nampak pada aku sgt ketara. aku anak yang degil aku anak yang banyak hal,satu masa dulu. pernah bermusuh,. banyak yang aku kesalkan.

dan paling buat aku kesal saat aku betul-betul dah declare jd kwn baik dia tapi untuk waktu yang sangat singkat.

banyak yang aku sudah rancang utk kebahagiaan dia.tak sempat.

ampunkan aku.






"Bagi Ku Engkau Lagenda Damailah Di Sana Bebas Di Angkasa Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta Moga Bercahaya Di Atas Kurnia Sentiasa Bersama DenganNya."

Tuesday, June 26, 2012

Menjoyah dengan kak joyah

sebelum kawen aritu gua bercuti panjang selama 3bulan bila company melayu yg gua kerja terpaksa tutup lepas 4 tahun beroperasi. siang malam gua berdoa supaya dicurahkan rezeki nak kawen mcm air hujan. Sebulan lepas tu gua dapat kerja dekat satu company portal politik. alhamdulillah memang rezeki kawen tuh betui-betui wujud. 2kali ganda gaji dari tempat lama gua dapat.dekat 2bulan sedap makan gaji gua dapat lagi satu offer, yang tempat gua kerja sekarang ni.wah tengok, rezeki kawen lagi!

disebabkan pengurusan masa untuk "berkeluarga" lagi penting, husband gua suruh fikir masak-masak. ikut hati gua memang sayang nak lepaskan jawatan sebelum ni walaupun macam agak bersalahlah melagakan orang guna kuasa penulisan,harharhar. atas dasar keinsanan dan ketakwaan pada suami,gua pun berhenti.

apa yang gua runsing di sini hanya 3 orang sahaja,ye 3 orang sahaja yang berumur 20an. bayangkan gua kena berdepan dengan berapa puluh orang makciks. walaupun ini bukan sektor kerajaan tapi enviroment dah banyak mempengaruhi. beberapa persoalan bermain di minda,

> wajibkah berbaju kurung?bila gua pakai sekirt makciks sini tegur gua, amboi melaram.padahal pemakaian opis mcm biasa takada undang-undang mengatakan baju kurung adalah baju wajib dan menutup aurat yang sempurna. ah gua gelabah ni, gua ada baju kurung 10 helai je.
> skop kerja ala-ala rtm. ini lagi gua runsing.tengok portal dia gua nak menangis.departmnt gua sorang je yang nak kena handle.bagi format kata gua melampau tak ikut kata senior,.ibarat gua nak bershuffle makciks di sini ajar gua berpoco-poco. ah bikin ribut betui. hari pertama gua dah kena jeling & sound. ewah kau makcik!

macamnilah gamaknye ye kalau gua dh berumur.tiap hari nak pergi kerja termenung gua nak sembang apalah dgn makcik-makcik ni karang.

sekarang ni gua buat bodoh je lah.buat hal sendiri buat kerja sendiri. itupun dah ada bunyi-bunyi bengkek kata gua kera sumbang ddk dalam bilik tak nk bertegur orang.

gua kalau nak ajak menjoyah kena lepak mamak.baru style.


Monday, June 25, 2012

oh- sem!

dulu aku pernah kata hidup aku makin tak osem. lpas kawen aku janji hdup aku akan osem dan mahu banyak menulis di sini. bila babah pergi aku hilang semnagat aku dh rasa takada apa apa yg tinggal utk aku kata hidup
ini osem.

bila husband selalu kata jangn menangis kenangkan babah aku marah dia sebab tak rasa di tmpat aku.dia kata babah sedih tgk aku sedih babah menangis tgk aku menangis. aku mahukan hidup yg osem tapi buat babah sedih.

baiklah selepas ini aku akan pastikan hidup aku benar2 osem. aku janji dan cuba. kalau hidup aku osem babah pun mesti akan osem juga dekat sana.

tq husband. sayang dia lama-lama.

nanti aku rajin aku updte pasai majelis
kawen aku.

Saturday, June 23, 2012

we mis you babah

kalau dulu bila memikirkan bagaimana keadaan kalau kedua ibu bapa aku takada cepat-cepat aku alihkan fikiran. kalau boleh tak mahu terlintas langsung. tapi janji Allah pada setiap mkhluknya buat aku tewas harini. semua akan kembali kepadaNya.

sebulan yang lalu dia kawenkan aku. beriya-riya dia nak tgk aku kawen. marah sgt dia bila aku tangguhkan mjlis dr mac ke mei. apa yang terjadi semuanya secara mengejut.sebulan yang lalu dia sihat walafiat. ke sana sini mnguruskan hal kawen aku dan hadiri mesyuarat sana sini. dan apabila genap sebulan perkahwinan aku, dia sakit.

bila diserang strok kali ke2 aku kira keadaan strok yg 4thn dl lagi teruk.emak cal kata babah kena serang strok lps makan mlm.dia duduk tengok tv dan takada respond pada emak. dan sejak itu matanya tak buka dan tak boleh bercakap. sesekali dia cuba celik bila ada sahabat dan saudara yang ziarah. dia sedar. kaki tangan kepala semua bergerak. cuma saraf motor yang gerakkan mata dan mulutnya rosak. tapi doktor bagi tempoh 3 bln utk sembuh. melihat keadaan dia yang berhari hari berusaha buka mata dan bangun. benar babah memang kuat, semnagat dia lain. apa yang doktor kata semua betul.

puas hati aku dapat lihat dia celik luas luas kali terakhir aku jaga dia
minggu lepas. genggaman tgn dia, apa yang cuba dia nak beritahu, itu yang aku paling sedih skrg ini. kali ke2 emak cal beritahu babah koma aku lemah. alhamdulillah aku dikurniakan adk beradik yg sangat memahami dan menyanyangi mak & babah. dari awal babah sakit hingga dia koma, dan babah pergi kami berada dengannya. aku sangat bersyukur pd tuhan.

Allah permudahkan urusan babah. dari awal dia sakit, 1 hari saja dia bertarung nyawa. melihatkan keadaannya beroksigenkan mesin aku berdoa pada Allah bahawa aku redha dgn apa yang ditetapkan.tak bermakna kami sekeluarga putus asa. kami berusaha minta pihak hospital cari uabt paling kuat walau terpksa berpindah mana-mana hospital.

apa yang aku ralat dari jam 5ptg hingga 10mlm ubat babah masih lagi gagal hospital dptkan. setahu aku kesemua agensi kerajaan sudah maju dgn kemajuan teknology tapi pihak hospital masih lagi belum meneraju. jauh ketinggalan. semuanya dibuat dalam manual. data pesakit tidak direkodkan dalam sistem dan agak payah untuk berhubung dgn hospitl-hospital lain. keadaan itu yang menyebabkan buang masa dan babah terpaksa bernafas menggunakan sistem manual. subhanallah. perit untuk aku lihat babah saat itu. linangan air mata tak tertahan. doa tidak putus-putus minta dipermudahkan urusan.

kuasa tuhan, babah ditransfer ke ipoh unutk dapatkan ubat. keadaan babah kritikal bukanlah disebabkan strok tapi lung infection dan juga telah meresap ke dalam darah. hanya ubat antibiotik yang paling kuat itu hanya mampu buat dia sedar semula. percentage utk sedar masih ada. jam 2pagi dimasukkan ke wad dan kami pulang ke rumah irin untuk tumpang tidur.

rasa lega dan tenang hanya bebarapa jam.panggilan emak jam 430 pagi buat dada kami kencang. bila mak minta kami dtg semula mengadap babah aku hampir pengsan. tapi tetap redha dgn ketentuanNya.

lepas ajar mengucap, cpr 2x, babah tak berjaya juga. alhamdulillah aku nampak dia pegi dgn tenang. apa yang aku kagum, emak. emak yang tenang hanya membacakan babah yasin dan menenangkan kami buat aku terkejut. terima kasih ya Allah kau beri kekuatan pada emak.tiada ratapan dan raungan dari emak.

dari awal babah masuk ke hospital, hinggalah ke liang lahad, aku ucapkan syukur yang teramat bila semua sahabat handai dan sanak saudara mengiringinya. pelbagai bangsa. dan mendoakan kesejahteraan dia di sana.bagaimana aku melihat kehadiran semasa hari perkahwinan aku begitulah juga samanya dengan kejadian babah dikebumikan. alhamdulillah. cuma jika dulu aku dipamer dgn pelamin yang indah, babah dipamer di dalam keranda dan dihiasi dgn kain kafan. jika sebulan yg dulu hilai tawa dan ucapan tahniah yang aku terima, tetapi tangisan dan ucapan takziah yang aku terima. aku sebak yang itu. sebak yang hamat.

maafkan babah andai sesiapa yang mengenalinya. saat ini dan sekarang ini baru aku sedar yang aku harus terima babah sudah tiada. mohon diberi kesejahteraan buat emak pula.

doakan babah tenang di sana dan ditempatkan di syurga. amin

Thursday, June 21, 2012

TIADA LAGI BABAH THE SUPERHERO!

dia janji nak tunggu aku balik minggu ni dia nak buka mata. dia pesan pada aku kena selalu jadi kuat. tapi dia mungkir janji.

aku balik dgn mata tertutup dan beroksigenkan mesin. aku bisik pada dia aku sayang dia sampai bila-bila. terima kasih kahwinkan aku. terima kasih membahagiakan aku. aku kucup dahi dia. masih tak bangun juga.

aku goncang bahu dia aku paksa dia bangun. aku menangis merayu pada dia suruh jadi kuat. dia tak bangun jugak.

sampai sekarang. babah pergi tingggalkan aku. babah pergi dengan senyuman. subhannallah. itu wajah terakhir dia tinggalkan pada aku.

babah, sampai bila-bila superhero saya. damailah di sana. insy kita jumpa di jannah.

ABD KADIR HORMUZULLAH
1949-2012

Thursday, June 14, 2012

Babah the superhero #4

bila sudah kembali di pangkuan suami skrg aku mulai resah dan sedih yang hamat mengenang emak yang keseorangan menjaga babah. adik dan abang terpksa pulang atas tuntutan kerja.mungkin akan pulang lagi tapi secara bergilir. aku juga begitu dan sudah ada tanggungjawab pada suami.

kelat utk aku pamerkan wajah sedih pada suami yang berhari hari menunggu kepulangan aku. yang mengizinkan aku lepaskan tanggungjawab sbgai isteri selama 3hari.hanya senyum rindu aku beri, dalam hati tuhan saja yang mengetahui. aku mahu jadi anak yang solehah dan isteri yang taat pada suami. keduanya aku tamak. tapi aku tak mampu.

tuhan ampunkan aku jika aku derhaka pada kedua ibu bapaku. aku dalam keadaan yang tertekan dan dilema. benar kata emak, bukan senang jadi seorang ank yg berstatus isteri.

aku masih anak kader baba. aku syg dia.ke mana saja aku berada hanya doa aku titipkan dr jauh. atas izin Allah aku bersyukur doa aku dimakbulkan, mahu lihat babah buka mata sebelum pulang tadi.

walau sekejap, tapi aku puas.dia genggam tangan aku, dan cuba untuk beritahu sesuatu walau tak berdaya.,

tuhan permudahkanlah segala kesulitan ini. jika ada jalannya kau permudahkan dgn scpt mungkin, jika tiada jalan lain, leraikanlah segala kesulitan ini bawa babah pergi. aku redha. tak sanggup aku lihat kesakitan yang ditanggung babah dan pengorbanan dr seorang isteri dan emak yang dalam keadaan tidak sihat.

dan cita-cita aku yang belom termakbul adalah menjadi isteri dan juga ibu mcm emak.




Babah the superhero #3

di majlis persandingan sebulan yang lalu.

"anak ko lawalahh.! macam anak arab!"

"hamboih! engko tgk anak aku lawo je. ate engko tak pikio ke ank lawo dtg dr apaknye yang ensem! baik engko mengaku aku ni ensem.!"

tersedu sedu kak enon org kuat wanita umno teluk intan bercerita dekat aku.

"kawan-kawan syg apak kamu ni! dia kuat ngusik org kuat melawok. sedih beno dia jadi acamni."

pelbagai cerita pelbagai karenah dia aku dgr dr kawan kawan babah yang datang melawat.

alhamdulillah. semua sahabat senang dgnnya. alhamdulillah juga dr masuk kecemasan sampailah ke wad tak putus putus sahabatnya dtg melawat.

dgn semangat dari semua org, doakan babah diberi kekuatan bangun semula.

Babah the superhero #2

"rahmah! rahmah! rahmah!" tak putus putus pakcik katil depan babah menyebut.

habis semua nurse dipnggilnya rahmah. sekali sekala dia jerit juga pada aku,, rahmah oh rahmah.! mungkin dalam keadaan sakit sekarang rindukan rahmah. yang mungkin sudah arwah.

"rahmah oh rahmah! ", jerit pakcik pada nurse entah kali yang keberapa.

"ambilkan pakcik besen.,, pakcik tak tahan nak terkencing!"

"pakcik., pakcikkan pakai pampers, kencing saja dalam pampers.,"sekali kena sound dgn nurse praktikal berbadan hot.

pakcik rahmah terus tarik selimut, memalingkan muka pada aku. terus sambung sebut rahmah oh rahmahhhh.

aku terkekeh kekeh ketawa kecil sambil memikir mana perginya rahmah dan anak-anak rahmah.

babah the superhero!

masa kecil bila aku demam babah mesti bagi minum air laici. entah kenapa tapi aku rasa satu nikmat bila demam.

Ubat doktor lebih kuat dari air laici babah.demam aku mesti sembuh cepat. dan kadang kadang aku menipu demam sebab nakkan air laici kasih sayang babah.

masih lagi di wad. babah demam panas hari ini. darah makin tinggi dan masih lagi tak bercakap dan buka mata.

aku hanya boleh merenung, menangis dan bacakan yassin,

kalaulah aku boleh beri air laici pada babah sekarang ni.,,,,,

Wednesday, June 13, 2012

Superhero bangunlah

apa yang ada dlm diri aku skrg ini adalah sebab dia. aku berdiri sepertimana aku yang sekarang ini adalah sebab dia. "semangat" dia yang selalu aku ambil.

tapi hari ini entah mana perginya semangat dia. superhero aku yang ini belum lagi penuh baterinya,mungkin.

bangun babah. babahkan kuat!