Thursday, June 14, 2012

Babah the superhero #4

bila sudah kembali di pangkuan suami skrg aku mulai resah dan sedih yang hamat mengenang emak yang keseorangan menjaga babah. adik dan abang terpksa pulang atas tuntutan kerja.mungkin akan pulang lagi tapi secara bergilir. aku juga begitu dan sudah ada tanggungjawab pada suami.

kelat utk aku pamerkan wajah sedih pada suami yang berhari hari menunggu kepulangan aku. yang mengizinkan aku lepaskan tanggungjawab sbgai isteri selama 3hari.hanya senyum rindu aku beri, dalam hati tuhan saja yang mengetahui. aku mahu jadi anak yang solehah dan isteri yang taat pada suami. keduanya aku tamak. tapi aku tak mampu.

tuhan ampunkan aku jika aku derhaka pada kedua ibu bapaku. aku dalam keadaan yang tertekan dan dilema. benar kata emak, bukan senang jadi seorang ank yg berstatus isteri.

aku masih anak kader baba. aku syg dia.ke mana saja aku berada hanya doa aku titipkan dr jauh. atas izin Allah aku bersyukur doa aku dimakbulkan, mahu lihat babah buka mata sebelum pulang tadi.

walau sekejap, tapi aku puas.dia genggam tangan aku, dan cuba untuk beritahu sesuatu walau tak berdaya.,

tuhan permudahkanlah segala kesulitan ini. jika ada jalannya kau permudahkan dgn scpt mungkin, jika tiada jalan lain, leraikanlah segala kesulitan ini bawa babah pergi. aku redha. tak sanggup aku lihat kesakitan yang ditanggung babah dan pengorbanan dr seorang isteri dan emak yang dalam keadaan tidak sihat.

dan cita-cita aku yang belom termakbul adalah menjadi isteri dan juga ibu mcm emak.




No comments: