Tuesday, July 17, 2012

edisi pantang memantang #2

lepas kehilangan babah yang tak sampai sebulan,baru mula setup rumahtangga, baru belajar terima enviroment makcik makcik dekat tempat kerja baru, dan aku keguguran. betapa emosi dan perasaan dah macam rojak basi. siang malam menagis tak henti fikirkan nasib. sakit yang amat bila banyak merasai kehilangan. babah-anak-kerja

kalau nak describe perasaan aku memanglah tak tertanggung ujian yang tuhan bagi sekaligus ni.tak tahu nak tangiskan yang mana satu. menahan sakit fizikal, sakit emosi.saat mcmnilah suami-suami kena amik peluang tunjuk macho.alhamdulillah, setiap kali kecewa setiap kali menangis setiap kali merintih sakit ,bahu suamilah tempat aku menumpang. tuhan itu tak kejam, apa yang berlaku pada aku Dia tak lupa turunkan juga tempat untuk sembuhkan duka.-keluarga dan suami.

Bukan sebab aku lalui ujian yang berat ini sekaligus aku punya emosi yang teruk, tapi kebanyakan perempuan yang gugur mesti down habes dan selalunya payah nak kawal perasaan.satu penyakit yang amat membimbangkan yang boleh jadi, "meroyan." selain harus pandai kawal diri ,suami atau ahli keluarga perlu ada di sisi.satu tahap perempuan gugur ni akan rasa mcm stress, satu tahap akan rasa mcm tak berguna sebab tak jaga kandungan baik-baik,satu tahap akan rasa kau dh kecewakan suami dan susahkan semua orang kena jaga masa sakit.benci tengok orang mengandung benci tgk org update hal hal anak dkt media sosial.dan paling celaka aku pernah rasa aku ni cacat.itu mmg gelabah sungguh.pui!

sakit perut dan kelamin tak campur lagi.lagi-lagi makan kena catu,ah lps tu kena makan sawi.weeeeekk! ok suami atau ahli keluarga kena bantu. ini berdasarkan pengalaman dan perasaan aku sendiri. setiap malam suami akan sapukan minyak, tidur pon tak lena tengok-tengokkan aku yang kuat meracau, baca doa kumat kamit mcm tok pawang pon ada.buatkan kerja rumah yang berat-berat, dan yang paling penting buat isteri ketawa walau dgn tahap lawak bodoh.bagi nasihat mcm abah-abah dan pergi merayau secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tua yg bising -hoi pantang kena ddk rumah!

terima sms dari ahli keluarga yg beri kata-kata semnagat & bila emak datang teman masa suami outstation terharu sangat! mestilah makan sedap walau ikan cencaru goreng je. :) pernah sekali kaki aku krem dan aku jatuh katil.suami lari lintang pukang dari luar nk selamatkan aku. ya Allah masa tu aku mcm nk menjerit aku ni tak cacat! sedih tahu tegok muka panik dia. rasa aku ni loser habes.

sebenarnya sampai skrg aku tak boleh terima keadan aku ni.tapi aku cuba perlahan-lahan sebab aku tak mahu susahkan semua org lagi, tak mahu sedihkan suami yang jebak dgn semua masalah aku ni. jadi konklusinya aku tak dapat setelkan emosi aku lagi , tapi rasa selesa sangat bila suami & keluarga ada.oleh itu aku akan cuba perlahan-lahan terima semua ketentuan tuhan ini.dan harap suami ada dengan aku dan tak tinggalkan aku. (cakap pekebenda nih?)

kalau awak suami,pergilah dakap isteri awak yang tengah sakit tu.

aku nk pergi menangis teresak kejap.kbye.assalamualikum.



inilah pahlawan gua.