sebagai seorang pengantin bajet,ok kalau pengantin mesti dua orang.baiklah,sebagai pasangan pengantin bajet cun bajet lawa bajet hensem dan pelbgai jenis bajet sehingga mahu menampakkan "bajet grand" masa majelis kawen, jadi kami berusaha sedaya upaya memastikan semua plan berjalan dgn baik, dan semuanya harus mengikut bajet.(budget.)# okkompius.
persiapan kawen haruslah berjalan selama setahun.ye setahun adik-adik.setahun itulah kami mengikat perut yang buncit ini dan menepis segala godaan saiton dgn segala mak nenek sales dan baju-baju yang ghairah di online,demi sebuah perkahwinan, pergh.
mungkin sblm ini aku akan kata pada org "sampai jimat mcmtu sekali nak buat majelis kawen grand2,membazir sungguh."
kalau kamu masih lagi berpandangan begitu makanya kamu salah.kawen takde grand mana pon,.majelis yang grand itu adalah yang disponsor semuanya.harharhar. mcam memey.harharhar . apa yang ditekankan di sini dan keadaan menjadi tertekan adalah semuanya disebabkan kewangan. lainlah kalau buat pinjaman untuk berkahwin itu takdak hal. lagi-lagi berkahwin dgn seorang menteri kewangan, semua harus diresitkan dan diminitkan dalam sebuah buku kira-kira yang penuh dgn sampah resit.
maka,buku planning dan buku bajet harus ada.lepas berbelanja nanti senang nak menangis kalau buat kira-kira mcm kami. syukur alhamdulillah majelis kawen kami yang kami rancang dari awal hingga akhir berjalan seperti mana kami plan. dan semuanya hasil inisiatif sendiri.
masa ni lah nak tahu kamu kreatif ke tidak atau punya tangan mcm kayu ke tidak. ok walaupun tangan mcm kayu tapi demi kepuasan dan bajet, aku telah berjaya hasilkan bunga telor dip! gila perempuan habes aku rasa.mcm nak buat kelas KEMAS. ada hikmah sebenarnya tak bekerja 3 bulan ms tu.
ehem. 200 batang (side perempuan&lelaki) pelbagai kejadian menimpa.-tangan melecur guna glue gun,meninggalkan parut,tangan elergic sebab cecair dip,jari terpotong masa nk buat bantal hantaran. harhar. akibat org kedekut.#kenangan.
goodies pon kami bajetkan tidak melebihi seringgit.bukan kedekut sangat nak bagi buah tangan dekat tetamu,tapi berdasarkan kajian yang dijalankan pada diri kami sendiri, dpt goodies berbentuk perhiasan lps blk dr mejelis kawen entah tak tahu buat apa & paling sedih entah ke mana.(maaf maaf maaf 34098x) jadi kami memilih memberi makanan. tapi bukan dalam kuantiti yang banyak mcm dalam 1 paper bag ada 10 jenis kerepek dan gula-gula seringgit dan sebulan akan terbiar di meja makan dimamah semut. dan kami katakan tidak lagi!
maka wujudlah, kotak secomel dan semurah ini setelah idea diservey di beberapa belog kawen-kawen.(blog dh lupa.btw tq)
kotak = 0.12sen
dolly paper= 0.05 sen
bahulu = 0.20 sen
----------
0.37 sen x 1500 pcs
----------
beli kotak di sini: bagus bakery, 214, Jalan Negara 2 Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Tel/Fax:03- 4106 0688
dan jar ini kami beri di majelis rumah lelaki.
sampai hati photographer tak ambil jar rasmi yg ada agar-agar.ini lebihan botol beri pada opismate yg xdpt dtg. |
jar = 0.50
dolly = 0.05
agar-agar = 0.30
---------
0.85 x 600 pcs
---------
beli jar di sini: Quality pack
kad kawen kami hasilkan sendiri, konsep dolly paper. nak buat yang keras-keras nak buat yang wangi-wangi, mmg tak.mmg bukan idaman. jadi biar murah,simple dan bergaya. dan bermutu. sia-sia kalau kau pernah ada ilmu grafik masa di menara gading tapi tak praktikkan.huh. pergi campak sijil.
print = 0.35sen x 1600pcs (dua-dua belah majlis)
dolly paper = 0.10sen x 1600pcs
design = sendiri. guna adobe ilustrator.
apa yang mahu dinasihatkan di sini berhentilah berkawan dgn mat rempit atau minah rempit yang tidak mampu memberikan khidmat di masa majelis perkahwinan kamu.hekhek. dgn rasa syukur dikelilingi rakan-rakan yang punya kreativiti dan berjaya dalam bisnes,.maka harus dipergunakan! andaman dari tunang,nikah,pelamin,kahwin,meja makan,photobooth, semua diselenggarakan oleh kawan baik cium molot. kebetulan salah seorang dr bff bukak bridal jadi makanya haruslah jangan melepaskan peluang yang ada dgn bayaran sesuku harga.
masih menggunakan khidmat kak andam meletop (kiri) di majlis rumah lelaki |
tanpa mereka ini majelis mmg tak jadi.maksdnya tetamu dtg makan jelah sambil tgk muka selekeh aku. memang berbaloi dgn rozita bridal. bukan sebab bff dr kecik,tapi perkhidmatan yang diperkatakan ramai.gila tak hebat muka hodoh aku boleh jadi kim kardishan dia makeup.perasan. nah no telefon. 019-5748404, 013-4096984. bagi yang area perak silalah telefon. kalau ada abang atau adik yang single kasi like sekali facebook dia.
yayeed memang agak cerewet banyak kalau hal baju. itu ini harus perfecto! dan aku mengalami masalah kependekan dan kecomelan yang hamat maka harus membuat tempahan. hajat dihati mahu rizman ruzaini,cosry,hatta dolmat, jovian mandagie! tapi malaikat telah berbisik di telinga, "kau adalah pengantin bajet!! pengantin kedekut!" maka hanya mampu tempah di butik wedding galore. perkhidmatan dan jahitan not bad. bagi contoh baju idaman dan bayar dan tunggu siap. designer dari vietnam.
'tak usah khuatir siapa designer baju,ikut pada kemampuan.paling penting nampak vouge,' ayat manis yayeed.
bagi majlis belah lelaki, haruslah gunakan khidmat nanakui mencikui yang sebantal serumah masa di zaman uitm.tak sia-sia dia selalu tak tidur malam menjahit baju buat keja last minit utk presentation sebab hasilkan baju idamannnnnn. ye silalah kalau mahu menempah nempah pelbagai jenis busana dekat nana.nana seorang fashion designer secara senyap & lecturer. #takdapatrizmanruzainidapatjuniordiaponjadilah.
percaya atau tidak berat badan aku 53kg---->48kg. dalam masa sebulan. ye hentikan diet 6 bulan sebelum kawen.mitos semata.maka adala part2 yg terlondeh.tak boleh buat apa semua last minit theeeeeee,.
nah tempahlah pada nana bukan kekasih lama acik spin: 017-2992982
sebelah pihak lelaki kami buat majlis simple jadi pelamin mini saja. tempah di rezo collection. cakaplah nak design macmana dan harga berbaloi..!
baju nikah tak payah nk grand sangat.pegi cari dekat masjid jamek chiffon merelip dalam harga dari 200. lps tuh entah mana baju aku tuh entah.last pakai masa raya.baju melayu lelaki beli siap. kain sangat berkualiti boleh beli di butik Bak atau Omar Ali. harga dari 300. save beli kain dan upah jahit.belajar dr pengalaman bertunang.
hantaran menggunakan khdimat pakai dari kaum keluarga.tapi bantal hantaran buat sendiri guna kain baldu,fiber dan kotak terpakai. alah kos sebijik tak sampai 3hengget kalau buat 7+9 dulang. pada awalnya hantaran telah dibuat & disponsor oleh CBL dari betty, eh lynda. tapi ada beberapa masalah teknikal maka diubah semula.sorry betty.sedih oi. tapi guest book adalah dari CBL. tengkayu sayam!cantek gila!!
kek kawen haruslah paksa adik sponsor.asah bakat adik-adik anda sekarang pergi mengaji kelas bakery.dan hantar dia bekerja dekat hotel. terima kasih tuhan turunkan seorang adik yang punya bakat dalam pastry. hasil adik. kek fondant brownies. terngiang-ngiang rasa kek yang dapat mkn sesuap.
ikut hati nak amik gambar selftimer je.mmg keji statemnt yayeed.6bulan awal dah kena cop. nasiblah lepas baling topi masa grad masih lagi berhubungan dgn rakan-rakan sekelas. agak bonus kalau kamu adalah dari kelas fotografi masa di menara gading.kalau kawan-kawan tak boleh atau tak hingin ambil ganba kamu boleh cuba minta khidmat lecturer atau dekan fakulti.ha kau!
kepercayaan diberikan sepenuhnya pada sahabat sekelas,hj akramin.nak balas budi sebab dia dulu masa kelas arab selalu bagi aku jawapan maka aku ambillah dia sebagai photg rasmi. harga sah2la kawan-kawan. itu motif utama,ok.har har har haram jadah. dan majlis sebelah lelaki juga dr rakan-rakan yang terluang masanya.guna kamera kami sendiri edit dan print sendiri. tq yem yem.
sesiapa nak photographer boleh berurusan dgn hj akramin ni.muda-muda dah dapat haji,tebal iman dia ni. cubalah mengorat.akramin : 017-6064726 |
yem yem a.k.a si binatang bermisai |
preparation adalah bertahun,majlis kawen adalah 4jam. macam yuna kata, ini tidak adil tidak adil bagiku,. tapi kepuasan itu penting.*mcm tak percaya berjaya buat semua ni! terima kasih yang tak terhingga pada arwah babah. emak dan keluarga kedua belah pihak, rakan-rakan seperjuangan & semua yang terlibat dlm majlis kawen kami. doakan kami. (speech)
dan apa benda utama yang paling mustahak selain buat persiapan kawen,
"restu keluarga dan keberkatan."
itu catat dalam hati & simpan kemas-kemas.