kalau dulu aku tgk drama drama melayu, contohnya si perempuan sedang asik makan lepas tu tiba-tiba terasa loya dan berlari-lari ank ke sinki dapur muntah-muntah, lalu mak dia dtg dan senyum sinis,."kau mengandung ni."- memang menyampah.dalam kepala hotak, aku akan kata mengada takde cara lainke nak bgtaw pregnant.
sekarang bukan takat lari-lari anak ke sinki mmg acara balapan 100 meter terjadi dekat aku.betapa semua lakonan drama itu benar belaka. bayangkan tengah nonton tv tiba-tiba macam disihir sakit kepala seterusnya sampai ke tekak dan berlari pegi muntah.takada signal. baru tahu penangan sebenar mengandung.
kata orang alahan, loya masa mengandung semua psiko.bila tahu dah mengandung baru nak muntah-muntah.hey coba mengandung dululah! baru rasa.bahaha emo.sblm tahu mengandung aku dah start muntah-muntah.seawal 4minggu dah kena alahan,,loya bagai. cepat gila. ikut kata doktor kalau kita alahan teruk maknanya yebi yebi dalam perut sihat. harap mcmtulah.
memang aku ni jenis kategori lemah. kalau sakit memang payah nak lawan.muntah berpanjangan sampai pengsan, kena tahan wad, dhydrated terus. tuhan saja yang tahu.lain orang lain alahannya. kalau kata tak boleh bau itu ini, aku paling mengada. salah satu nikmat yang hilang pada aku adalah bau badan suami T___T kalau dulu ketiak dia paling feveret.sekarang nak dekat pun aku tak mau. kesian. sampai kena tukar perfume. balik kerja cepat-cepat kena mandi.pakai perfume pun dekat opis. ngeeeeeeeeeee.
bau bilik pun aku tak suka.pagi-pagi boleh bikin badmood. seyes mengada. tapi kalau bab makan setakat ni memang A. ikut tekak nk makan apa aku balun. tak minum susu dah suka susu panas. tak makan pedas dah mcm orang gila cari sambal belacan. tak boleh makan ikan patin dah boleh kunyah tulang. magis!
lagi satu masalah tak boleh kena aircond lama sangat. naik kereta kena buka tingkap. tidur kena pasang kipas. kalau tidur guna aircond, pagi-pagi akan muntah teruk.dan masalah paling serius tak boleh pegi kerja. malas dan badan tak bermaya kalau dapat tahu besoknya kena kerja. banyak mc dari pegi kerja.ah tak boleh jadi!
maka pelbagai cara aku praktikkan.gigih mengoogle.buat itu ini.ada yg kena ada yang mmg tak makan saman langsung.
1.bagi nak elakkan tiap pagi muntah asid(muntah pedih yang keluar air sampai boleh keluar paru-paru), bangun tidur amik biskut kering/kraker makanla sekeping dua. biskut kering menyerap asid. jadi kalau masa gosok gigi tu muntah takla sakit perut.sebab keluar biskut.ngeeeeeee
2.makan terlalu kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. ok masa masuk hospital aritu,doktor suruh aku makan semua benda.& cari benda apa yang paling sedap.kalau itu yg paling sedap,makan je tiap kali lapar.identify benda yang boleh datangkan muntah,dan elakkan jgn makan atau tengok pun.masalahnya aku makan semua.setakat ni epal cecah garam plg feveret. mmg tak cukup zat. tiap kali muntah, makan balik.muntah dan makan balik sampailah kembung.dan pastikan dalam beg ada snek ringan mcm roti atau coklat. aku pernah menggelupur makanan xde nak kunyah masa kerja. serius mcm gila.
3.ambil masa untuk relaks.masalah aku adalah tak boleh duduk rumah.kalau duduk rumah 1 hari akan muntah berpanjangan.kalau berjalan hamboih tak muntah langsung. lemas&rimas duduk dalam rumah.sebab orang yang alami alahan perlukan persekitaran baru. jadi buat-buatlah berjalan.tapi jagan bergerak banyak sangat. aku pernah cuak sakit bahagian perut 1 malam sebab terlupa menagndung dan pecut lari lintas jln.ye suami isteri yg bengong boleh lupa.
4. Amalkan bacaan al quran lepas solat.istghfar, selawat . berzikir dalam hati pun ok.tiap kali free atau tgh rasa mcm nk mabuk loya.insy akan kurang.sebelum tidur minta suami bacakan ayat quran& doa-doa. tidur lena.
5. bila dah loya teruk dan fedup aku usaha nk lagi cepat hilangakan msalah ni.jadi hasil google & rekemen dr kawan-kawan aku minum jus delima.yang mana boleh ambil masa awal mangandung.selagi baby tak cukup 3 bulan dilarang ambil apa-apa suplment yang boleh hilangkan loya.rasa jus delima macam ribena.boleh minum buat air atau makan 1 sudu setiap pagi sebelum breakfast. alhamdulillah baru seminggu makan alahan kurang sikit & rasa bertenaga dan boleh pegi kerja! disyorkan jus delima gulsan.aku beli dekat alamanda tingkat bawah dekat gerai orang jual kurma depan A&W. harga sebotol rm15. banyakkan makan kurma.kismis dan badam.
setakat ni itu je lah yang dapat membantu aku,selain suami akan pujuk yebi tiap kali muntah,,"yebi-yebi pleas kesian dekat mak.behave ok."
dan terkini,baru mengandung 2 bulan aku dah tak boleh zip kain.