Wednesday, November 30, 2011

sekarang boleh ketawakan aku

sebab aku sedang terima hukuman, karma.bunyi mcm klise? benar. karma betul terjadi. baik kau hati-hati ok.setiap perbuatan kau tuhan dah get ready nak kasi kau rasa pula. hukuman yang kau akan dapat 5x ganda.serius.


dah tak ada apa yang tinggal. aku pilih untuk jadi sampah sampai bila-bila. tak payah jadi yang baik-baik sebab aku tak akan pernah dapat untung.tapi aku akan memperjudikan diri terus memberi dan menerima takdir tuhan. terima kasih Sang pencipta sebab kau beri aku peluang lagi. walau sempit tapi aku masih boleh bernafas.at least.


tiada apa yang boleh mengembirakan aku selain melihat kamu gembira. itu janji aku.
sayang kamu lama-lama.


sumpah.


:)

Hafiz memang comel yaw

Friday, November 25, 2011

Hidup macam dah tak osem di penghujung 20an ini

titik

bukti kau adalah perempuan

adalah satu perkara yg memalukan bila pakguard di mid valley tergelak-gelak bila selongkar beg terjumpa sampah sarap dan sos cili.

"i malu bukan sebab dia tuduh curi barang bila pintu tu berbunyi tapi ada sos cili dalam beg."


hei beg kite pon macam doraemon lewww!


Saturday, November 19, 2011

Sungguh

adalah perkara paling celaka buat aku bila menonton kebahagiaan dan merasai kesedihan,

Thursday, November 17, 2011

Budak Hingusan


kalau diberi pilihan aku lebih rela terkena cirit birit dari dapat selsema. kalau cirit birit boleh tidur dan baring sebelum sampai masa kena berak. tapi kalau selsema tak boleh tidur hingus menderas laju tekak sakit ditambah dengan asma. lagi-lagi suara sengau tune lari dah macam pondan.

masalah selsema dan budak hingusan memang sudah sebati dari dulu lagi.dan sampai dah lali hingus keluar pun tak perasan. smpai kene tegur,"eh ingus keluar!' ok.malu. dan kalau bf awak lapkan air mata awak bf saya lapkan hingus tahu! suit mcm tahi hidung.pheww! ok itu kelebihan selsema dalam sejuta.bai.

atau saya lebih dikenali. "oh reporter u yang comel-comel tapi selsema tu eh." hewhew! ketua pengarah ingt i sebab hingus.pffffft! selalunya setiap pagi aku akan bersin dan selsema selama sejam. yes itu rutin seharian. atau dalam keadaan panas selsema juga boleh berlaku. pelbagai rawatan dah buat.macam-macam ubat dah sumbat dalam hidung. dan paling benci minggu lepas pergi check up hospital ampang katanya takada kena mengena dengan paru-paru. tapi asma dan resdung.

takpe next year aku buat appoinment jumpa pakar hidung. dan pakar bedah plastik sebab



Kim kardashian kata dia derma hidung dekat aku. pakej bulu mata sekali. tq kim muah.



Thursday, November 10, 2011

Pentipu

banyak medium sekarang ni yang boleh membuatkan orang menipu dan tertipu.kadang-kadang kita tak sedar pun menipu secara halus ni.ok antaranya sah-sahla di saluran internet. hal guna gambar orang lain dah tak trendlah.


nak muat turun gambar mesti nak pilih gambar cantik-cantik. gamba mulut ternganga jangan harapla nk letak.lagi-lagi kalau lemak tersepit kalau orang tagged mesti remove cepat-cepat. wah muka nk letak yang flawless aje. tahi lalat berbulu dekat hidung pon hilang*photoshop*. dan ade 368 komen campur 'like', "wah cantek nya!" . ok kira berdosa tak?

dekat status fb contohnya umangggaihh ayat-ayat pujangga kau letak, kalau begaduh dengan orang mesti nak keluar ayat-ayat baik beserta dengan hadis. dan kawan-kawan yang komen semua menyokong dan beri kata-kata semnagat walhal tak tahu pun siapa yang benar siapa yang salah. dan lagi-lagi kita tahu orang tu memang suka cari gaduh dengan orang dan satu tempat kerja. atau! ni aku paling benci,ayat pujangga bunga-bunga dia seorang je perempuan muslimah sejati dalam fb,,tapi dekat luar membabi-babikan orang.mksdnya mulut celupar. ha berdosa tak tu jadi hipokrit?

paling senang nak menipu, guna blog. semua ayat tentang diri sendiri baik,belum lagi puji diri sendiri. ayat positif kemain. semuanya tentang cerita orang suka awak dan ayat macam berinteraksi dengan peminat.perkataan babi pun tak pernah taip. pengalaman hidup semua yang terindah. apa perasaan awak kalau yang blog awak baca tu kawan baik awak. atau awak pernah kawan dengan dia dan tahu almari baju dia, baju kotor dia banyak mana,cara makan dia macamana atau dia suka mandi atau tak. tapi bila baca blog dia wahhh sangat perfecto! apa yang ditulis bercanggah dengan perlakuan.ayat manis dan mulut manis memang benar sama.


apa yang boleh dirumuskan di sini adalah orang yang takada facebook dan blog pastinya orang yang selamat dari menambah dosa menipu secara halus.


aku pun sama terberdosa.maafkan aku ye tipah.


Tuesday, November 8, 2011

Mastercheflah sangat

rancangan masterchef malaysia ni memang tak bagi feel langsunglah. paling bengang barisan pengadil entah hapa-hapa becakap macam kena hapal skrip. dahla macam warden asrama kasi arahan.kalau dh program bercorak realiti dekat malaysia ni air mata dan drama tok sah ceritalah wajib ada. ek eleyh!! kamonlah weyh!

ah itu semua tak penting janji gua dah hapal cara potong bawang dan perah kelapa dengan betui.

tapi gua hapal je lah.sebab nampaknya macam masa depan di dapur gua cerah je. ehem!


Friday, November 4, 2011

Rawatan bulan terkena sabit

berapa ramai antara kita yang pernah masuk persatuan bulan sabit merah masa sekolah dulu? ok kalau masuk pun gerentilah tak hingat bantuan kecemasan dah sebab tak makan kismis cerdik selama 16 tahun. tak payah tunggu masuk persatuan ok. memang kena perlu tahu. kalau terjadi kes-kes kecemasan yang kecik dah tak payah nak nak gelabah puyuh.

ok kesedaran ini timbul selepas menggelupur puyuh semalam. sedang leka memotong kotak utk projek d.i.y bagi orang yang kedekut,maka tergores dan menanglah tangan terkena cutter yang tajam.dan terus mcm errrr ok luka kena pisau je,..padahal darah dah bercucuran di lantai . dan mcm gelabah puyuh tak tahu buat apa bila darah macam ayo paip. nak call sapa pon tak keruan dah.dan mcm tak logik bila call kata kena pisau dan menjerit tolong!!


apa yg perlu anda buat? ewaah

> bila darah keluar basuh jari dekat air yang mengalir, lap then compress guna kain. balut dan tekan lama-lama dalam 5 minit . jangan buka. ok kalau oozing blood most likely dari vein. tapi kalu arteri darah akan memancut. ok mcm kes aku adalah dari vein. jangan bukak balutan tadi sebab kalau kita bukak die akan berdarah lagi. balut dan tekan lama-lama.

tips ini adalah dari penyelamat wonderpet saya,aen. nasib kebetulan dia nak ke rumah dan tips ini dari kakak iparnya yang seorang doktor,. tq aen!

.

memang kita akan kata ah takat terkena pisau basuh then guna hansaplast sudah. eh eh syilap ok!jangn lupa dapatkan rawatan susulan di klinik. dapatkan suntikan att bagi mengelakkan kancing gigi kerna risau pisau berkarat dan kuman. oh ya suntikan ini bertahan selama 6 bulan. katakanlah pulak lepas jari kaki, then jari tangan ,then lepas ni aku terkena gergaji pulak dekat leher,,ok tak payah amik suntikan att sebab masih dalam tempoh 6 bulan.

pil antibiotik perlu dimakan ok.




taraa! ini hasilnya! ok selamat mencuba!


dan pastinya raya haji tahun ini salam guna kaki.





Wednesday, November 2, 2011

Diskotik

bala datang menimpa-nimpa nampaknya. lepas kes minah rempit now budak diskotik pulakkk! ah stress betui hidup membujang ni. macam-macam kerenah manusia zaman sekarang. jadah bukak lagu disco dr pukul 6 petang sampai subuh. jangan kata azan maghrib subuh pun dia tak heran. takkan nak tegur 78x kot. lagu yg sama uols! sampai kdg p kerja pon kepala dok hangguk-hangguk sekali bila musik dia dah sebati dalam kepala otak.

kalau marah kata kita perempuan tua tak hip :(
memang tak tido la mlm ni sebab dah terjaga :( dahla besok pagi pukul 7 dah kena ada dekat penjara kajang jumpa abg hishamuddin.

tsssk


tsssk


tsssk

heyyy dh tak bunyi.!!!nk tido laju-laju. tapi apasal kepala tak habes dok begoyang dr td ni haih.

kbai!

-Sent from my iPhone