Wednesday, February 20, 2013

Pintu masa

dulu kepala hotak dah set & dah order nak hidup dalam masa 10tahun lagi begitu begini nak semuanya perfect. matlamat hidup katanya.! tapi bila tiba 10 tahun yang begini barulah terfikir siapalah kita sebenarnya nak tentukan apa yang kita mahu dalam beberapa tahun akan datang.

usaha itu perlu.tapi macam aku cakaplah siapalah kita nak tentukan semuanya tu. kalau patah balik ke belakang betapa bencinya perasaan nak ambil SPM lagi lagi duduk asrama pegi tuisyen ah mengadap buku siang malam. dan masa yg sama nak cepat jd dewasa nak msuk
universiti nak jd student yg tak payah beruniform, study dgn boyfren dkt library & bebas dgn perhimpunan sekolah.

masuk universiti hati dah tak sabar nak jadi wanita bekerjaya. nak pakai kereta,shopping itu ini, cari lelaki kaya dan fikir kahwin. masa ni dah target nak kawen umur berapa.

bila dh kahwin. inilah. yang mcm inilah. eh eh bangun tidur terkejut ada orang dekat sebelah. tengok perut dah makin buncit bergerak gerak pulak. kena ambil tahu perihal masak memasak kemas mengemas sayang menyayang. banyaknya bahagian! kehidupan aku yg ini. yg 10tahun dl dalam angan semuanya pelsu. yg sebenarnya tak terfikir akan jalani hidup yg macamni. cuma aku bersyukur diberi nafas dan berpeluang rasa semua nikmat.

10tahun yg akan dtg dari sekarang? ah aku mls nk fikir. biar tuhan tentukan segalanya. apa yg aku tahu 10tahun akan dtg pastinya body akan mcm rozita che wan. Katakoo!

okbye.