Tuesday, August 25, 2015

Doa

Tadi siang aku patah hati.

 Bertanya aku pada kawan sepejabat, 'aku perasan sejak akhir-akhir ini kalau permulaan hari aku tak baik maka aku akan berakhir dengan perkara yang tak baik juga. Contohnya , awal pagi bergaduh dengan pak guard pasal parking atau stiker parking atau tag kerja terlupa bawa. Dan seterusnya hal hal pejabat yg remeh dan diikuti rakan sekerja yang annoying dannn teruslah berlarutan sampai ke rumah, menjadi raksaksa pada anak anak.

Tenang sahabat aku yg rajin ke kelas ilmiah jawab,. 'Kau kena sucikan hati kau dahulu.'

Bercakap benda yang baik baik, sentiasa redha dengan ketentuan tuhan,maafkan semua orang, sabar dan berfikiran positif ,jujur pada diri sendiri dan apa entah lagi lupa aku nk ambil nota.tapi aku ambil peduli.

Aku pernah berazam nak datang kerja tumpu satu hari kerja tanpa rasa malas-malas. Tapi gagal.

aku pernah berniat tak mahu mengumpat orang dan sentiasa positif. Tapi aku gagal. Walau aku tak buat tapi aku tergolong dengan manusia yg sentiasa merungut dan menilai orang dengan benda negatif. Walau mendengar atau menjadi penonton sahaja.

Sebelum balik dr pejabat,dan jumpa anak anak aku dah set nak gembirakan mereka. Tapi aku gagal kawal emosi.sikit sikit bertukar jadi naga dan raksaksa bila dah penat anak anak buat hal,


dan begitulah rutin setiap hari. tapi  aku sentiasa berusaha dan berniat ke arah itu.  doakan.                      













Lily Adelea

Anak aku yang pertama baru menjangkau usia 2 tahun 4 bulan.( lebih kurang). sedang petah bercakap dan mempersoalkan banyak perkara. atau beri soalan berulang bila jawapan satu sahaja dan mempertikaikan jawapan pada soalan dia. kenapa kenapa kenapa kenapa?

bagi aku agak cepat untuk anak aku  explore persekitaran (perbandingan dengan aku masa kecil,bukan dengan anak kau) .dan pandai berdikari. adele sudah pandai mandi sendiri (dimonitor), pakai baju sendiri, makan suap sendiri. benar kata orang, 'nak beranak jangan jarak dekat sangat anak tak habes manja.' kalau dulu aku pertikaikan. dan sekarang adalah benarrrrr! adele baru setahun aku pregnant anak yg kedua. proses manja proses nk membesar masuk fasa umur setahun tu buat aku naik darah banyak. kena sabar dengan kerenah anak,(bukan mengeluh tapi berkongsi pengalaman).
yang buat aku sedih semua benda dia pandai buat sendiri . tak sedar, sebab aku sibuk uruskan anak yang kecil.

 hantar ke pengasuh awal pagi, sudah malam sampai dirumah.rutin 5x seminggu,sampai tak sedar anak dah pandai semua benda. emosi emak emak memang macamni lah!

ada satu tahap aku kena berlakon jd monster buat suara garau atau menjerit semata nak takutkan dia kalau tahap nakal dia terlampau over. ok ok, bukan emak yang baik buat macamtu, aku tahu.

aku pernah marah dia sebab pusingkan kepala adik smpai 360 darjah. dia undur ke belakang,peluk tubuh, bibir muncung, dengan suara tersekat sekat , dia tanya aku,

"ami tak sayang kakakke?... kakak sayangggg ami,.. kenapa marah kakak?".- air mata laju .

zasssssssssssssssssss! nak jatuh jantung dengar anak tanya aku macamtu. tak sedar anak dah pandai main emosi. sedih mak.

mulai hari itu aku main pendekatan lain kalau nk hukum dia. bukan melalui penderaan fizikal atau emosi. aku dengan suami pasang strategi lain.

dan ada suatu hari aku terrrmerajuk dengan suami entah kes kecil. senyap sepi. patutnya kalau kami sekeluarga lepak-lepak atas katil seloroh sepanjang masa. aku senyap membatu. dan adele mencelah.

"Didi,didi sayang ami tak? kenapa didi tak sayang ami.?" 3 kali soalan dengan nada paksa.

aku dan suami tersentak, anak kecil 2 tahun ini paham perasan aku walau hanya dari body language.

aku dengan suami entah nak menyorok muka macamana masa tu.cover perasaan terus ketawa.

"sayanggggggggggggggggg.didi mestilah sayang ami.", jawab suami keras. ahaha.

benarlah kata orang anak pengikat kasih sayang. eh tetiba.





Monday, August 17, 2015

Masa duduk di ladang estet masa zaman kecil dulu, rumah kami dibekalkan pembantu rumah yang membersih luar halaman dan mengemas setiap hari walau emak seorang surirumah.

Auntie Wali. Wanita India yang rajin peramah dan paling pembersih. longkang kami tak pernah bersampah, apatah lagi kelihatan jentik-jentik. seharian dengan emak menolong kemas itu ini, bersembang gelak ketawa, bercucuk tanam, penaman emak kala seorang di rumah. sampailah ke makan minum tak pernah lupa dijamu emak.

Hari raya dan  Deepavali saling kunjung mengunjung. bertukar juadah. kehidupan kami di estet tidak memandang kasta. Semua kawan baik emak.Walau dulu kami juga pernah berjiran dengan penembak babi hutan. Uncle Bala. Sebelum dia bawa pulang babi hutan hasil memburu, dia akan beritahu akan bawa balik si babi dalam waktu-waktu tertentu. dia maklum dahulu, hormati jiran beragama Islam. ah puas sudah aku tengok babi hutan masa kecil.

Sehinggalah kami berpindah keluar dari kawasan pedalaman yang lebih kurang puluh tahun emak dan arwah babah menghuni. Diketemukan kembali dengan Auntie Wali selepas 7 tahun terpisah. gembira bukan main kepalang si emak bila dapat tahu Auntie Wali pencen dan kebetulan  beli rumah berdekatan dengan kami. Auntie Wali pencen dan kurang sihat. Suami kaki botol. Harapkan duit Socso tiap bulan buat sara keluarga. Sedih pula aku dengar rintahan dia masa mula-mula jumpa semula.

Emak cuba tolong auntie. aku minta dia kemas rumah  bersihkan rumah emak sebulan sekali atau tiap 2 minggu sekali. tengok pada keadaan kesihatan dia. Harap cukuplah lepas sikit beban belanja dia sekeluarga.

Tahun ini,seperti sebelum- sebelum Hari Raya tiba Auntie Walilah harapan aku menlong emak menyiap semua menghias rumah bagai. Tapi kali ini dia tak dapat kemaskan rumah tak sihat akibat penyakit tiga serangkai dan baru-baru ini kena serangan jantung pula. dia hantar wakil anak menantu yang serupa rajin sama, Bersih.

Hari Raya tiba. Dan seperti kebiasaan jemputan buat Auntie Wali sekluarga. Awal pagi emak sudah menyiap semua makanan. menelefon anak menantu berjanji pukul 11 pagi sebelum makan tengahari.
sehingga jam 1 dia menunggu.Auntie Wali tak kunjung tiba. Panggilan dijawab anak menantu,

"Makcik maafkan saya tak dapat datang emak baru meninggal."

Meraung emak. aku terkedu emak menangis menatap juadah raya buat rakan baik dia yang berlainan bangsa.  Dalam bulan syawal yang mulia, emak menangis untuk kawan baik yang bukan bangsanya sendiri dan pergi memberi penghormatan terakhir melihat auntie wali. 2 hari emak murung.

aku coretkan perihal emak dan Auntie Wali untuk aku dan juga anak-anak aku atau untuk kamu kerna mungkin dalam masa 5 atau 10 tahun lagi  kita masih ada lagi perasaan sayang menyayangi sesama kita walau berlainan bangsa atau masih peduli lagi.

Entah perpaduan wujud lagi atau tidak.