Tuesday, November 23, 2010

::HaWai::

sabtu malam lepas bergegas-gegas pulang ke perak menumpang jaja semata-mata mahu memeluk dan mengucup pipi teman baik dari sekolah dulu. ita kehilangan ayah akibat pendarahan otak.


"aku dh jd ank yatim.satu geng dh dgn roxy dgn ejan ter."

ok sedeyh.

cerita sedih, gembira, terluka, memadu kasih, sejak zaman sekolah lagi akan kami lemparkan di sini



ya.gerai feveret kami di hawai. jgn nk tipu sangatlah. tapi betul nama gerai dia hawai.

ais kacang dan ais kepal mmg bosan.jadi kamu boleh beralih arah minum pelbagai ais kepal di sini. kemestian kami sejak sekolah dan masa zaman bercinta dgn monyet. *ice kokocrunch.

asam boy irin.

lychee ice ice baby ita.


dan makanan rasmi adalah lakseeeeeeee. mee kicap mee bandung mee lain-lain pon ade.. rojak buah bersama keropok mony pon makanan femes kat gerai ni.

lokasi bersebelahan dgn sekolah menengah convent teluk intan bersebelahan dgn hotel anson.maka gerai ni pastinya di teluk intan perak.

dan jangan berangan nk tengok perempuan pakai sekert daun kelapa dan bra tempurung mcm dekat hawaii.

Thursday, November 18, 2010

::"miLu"::

selain boleh mengeluarkan kuasa elektrik dengan hanya menyentuh kulit orang aku ada sifat pelik yang lain. ok bukan pelik contohnya bercinta dgn perempuan tapi sifat mengada macam kawan aku kata.

kalau kamu makan ais batu(kunyah sebenarnya)depan aku meggunakan gigi rabbit di hadapan misalnya kruk krak kruk krak aku pasti akan tempeleng kamu. sebab perbuatan itu akan memilukan aku.err maksud memilukan itu mcm geli atau kau orang panggil nyilu. lantas aku akan dapat sakit kepala dr perbuatan kamu tu. ada yang mengesyorkan sensodyne.tapi aku belum buat keputusan nak tukar ubat gigi baru.

perbuatan kedua ni mmg selalu dilakukan oleh rakan-rakan sekelas masa zaman dip especially jambu.dia akan ambik pembaris besi dan gesek pada meja. mengelurkan bunyi yang juga boleh membuatkan aku pening kepala.dan mcm pernah menangis atas perbuatan nakal kawan-kawan di zaman mentah dl.huh

kalu tapau nasi cmpur atau apa-apa makanan aku mmg tak gemar guna polestrin. selain mengelakkan kanser aku khuatir polestrin akan berlaga dan akan menghasilkan bunyi yang macam _________________________arrrgghhhhhhhhhhhh!! aku xnk imagine.!!


keadaan seperti ni yang aku xboleh elak kalau berada di mapley.kadang2 ada customer depan meja atau belakang meja 'menyuwit ' mamak (*bahasa isyarat yan digunakan utk panggil mamak menggunakan muncung mulut.) itu pon boleh menimbulkan 'milu' pada aku. mamat hensem yg cuba mengorat aku pon tak terkecuali.rasa nak tampar dan pergi beritahu dia aku ade penyakit milu.dan suruh dia mengorat cara baik.

dan seperti apa yang berlaku skrg. opis sebelah opis aku ni sedang besarkan opis die jadi mcm midvalley.gerudi sana sini pecahkan batu. dan aku mcm @$%@#%^*^@$$%!!!! lagi2 pecah batu tu btl2 tepat dgn dinding di mana kedudukan aku skrg. dan apa yang aku boleh buat untuk mengubati penyakit ni adalah tidur dan paksa untuk bermimpi.

bunyi-bunyian itu akan berlaku selang sejam.

aku perlu smbung tidur sebab dia dh mula balik.

dh cukup time blk kejut i ok.

bai.

Wednesday, November 10, 2010

::PenaNg yg Penin::

masa sakit jiwa siapkan program aritu aku ade janji lps setel nak jadi surirumah ataupun pergi bercuti. skrg kansel jadi surirumah.sebab mmg x la kan.jadi pilih percutian. alang-alang perkahwinan dayoh (rakan sekelas&serumah uitm) dekat penang terus berjimba dekat sana.


cikgu azam dan cikgu dayoh .

kat penang dayah je berani pakai kaler hijau dinosour ni.

bukan geng al arqam.bai

lepas dh setelkan dayah.aha.silap. lps setel majlis terus gerak laju2 menuju ke northam all suite penang. serius.best.giler.sumpah.tak tipu.sape dh kawen p la sini.rase menyesal xkawen plak ms ni.*hoi ckp apa ni?

doa2 je ms ni jgn tsunami.tepi laut. ~pui

jakuzis yo!

living room.maafkan i mah.
1 katil 4 org.ha xpecaya?

siap ada meja study. mcm taw2 je bdk master kene siapkan assgmnt.aha.

kejadian tgkat 9. what happen to vegas, stay in vegas! buahahahahahaha.

ok cukup.mari makan2 di penang. mmg mati gemok kalu ddk penang kot. akibat kelaparan yg memuncak singgah sat di anjung gurney mencari rojak.


rambang mulut. pakcik rojak ni potong rojak ikut irama lagu yg dia pasang. sambil tu dia shuffle sket sambil sebut rojak,rojak,rojak, . tak tipula wey. nanti kalu aween dh upload video aku tnjk.


ala mkn skali skala mai penang pe slhnya.
magis bukan?.

makan malam di nasi kandaq beratur. yelah yelah sebenarnya bukan nk cerita jln2 kat penang. ok tukar. mkn2 dekat penang.


kedai ni beroperasi jam 10 mlm sampai 10 pagi. mmg menguji kesbaranlah. hampir 2 jam beratur.
nasib rasa yg tidak menghampakan.sedappp!! teh ais dekat penang mmg terbaik. arge termasuk air rm6+


hari terakhir di penang berpusing satu penang cr chowrasta.padehal dekat2 area nasik kandaq beratur tu je.cess. nak senang cari ibu pejabat polis kontinjen penang. btl2 dpn mydin.itulah dia chowrasta.


apa lagi beli jeruklah. kami beli jeruk buatan org islam. diyakini halal. cr banner ni tepi2 lorong. harga sama dgn dkt market tu. yg best bole cmpur nk jeruk mana yg banyak.

mkn tengahari sekali lagi nasik kandar. blurpp! akibat dh mls nk cr kedai mkn lain. mkn saja dkt area chowrasta.nasik kandar line clear walau tmptnya xbegitulah clear. kotor. kami bernasib baik sebab xnmpak tikus aritu.
kenyang 2 hari. tapi lagi sedap nasi kandar beratur. nasi kandar cni pedas. bahang dlm perut terasa 2 hari. harga mcm sedikit mahallah.


mmg xsempat nak jalan2.waktu suntuk dgn ada yg demam, asgmnt nk kene submit. tapi funn! mcm xnk balik.


kunchams.




terima kasih daun keladi. jom pegi lagi!!!


Monday, November 8, 2010

::Karma::

waktu terluang sebelum tido aku selalu pk apa benda yang aku nk buat besok hari. nikmat nak tido nyenyak malam ni agak tergendala. tiba-tiba terpk mcm banyak benda. selama ni aku tak pernah letak segala benda yang buruk ada juga yang baik atau benda yang baik mesti ada yang buruk.


soal kurus dan gemok misalnya.skrg aku selalu mengidam nk dpt berat badan mcm dulu dan katakan taknak pada berat badan sekarang sebab badak sumbu selalu senyum sinis dekat aku. bila difikirkan balik walau setiap hari berat badan bertambah (*bunyi mcm kronik) aku jarang-jarang demam,gastrik dan migrain. berbanding dulu setiap bulan mesti mc. rekod dekat klinik uitm pun dh mcm rekod penjenayah. lagi baik gemok sihat dr kurus rata berpenyakit.dan aku kena bersyukur aku dh pernah merasa zaman kurus.at least. baiklah sekarang tak payah nak sibuk-sibuk beli korset.


macam dulu aku selalu buat diri jadi permaisuri agung. bekas kekasih terpaksa dan MESTI beri layanan terbaik. itu ini begitu begini petik jari mesti kena terus ada dan perfect. sekelip mata sekarang tuhan dah bayar cash. baru tahu susahnya nak buat orang gembira baru tahu susahnya nak dapat penghargaan. dan baru tahu betapa besar nikmat bila buat org yg kita sayang gembira dan dihargai.betapa rasa bersalahnya bila cetuskan marah.dan ini rahsia, beralah tu bukan benda yg bukan-bukan sebenarnya.sekarang mari belajar menghargai dan terus memberi. serius kau akan rasa bahagia gila.


dalam adik-beradik aku memang pakar seleweng duit kader baba. nak itu ini tadah. semua barang turun dari kerajaan langit ayah pin sepantas kilat. rasa puas. sekarang bila dah kerja baru tahu susah nak buat duit.nak beli itu ini kena pk 1835x. merasa jugak rasa redha kader baba dulu bila giliran adik aku pulak menadah dekat aku. tapi rasa puas zaman seleweng duit dengan rasa puas dapat tengok mak & kader baba seronok dengan benda yg diorang tarah dari aku mmg berbeza.lain sgt rasanya.aha.


banyak lagi sebenarnya.


skrg baru taw setiap benda baik dan buruk itu sama seimbang. apa benda yang aku buat akan tinggal kesan dan berpeluang merasa blk. apa-apa pun baik buruk itu sepatutnya aku mesti pandu ke arah positif saja .macam kader baba.bila dia dh muflis, dia boleh senyum dan kata,"tak apalah ada lagi yang tinggal.kamu semua." sampai sekarang dia boleh senyum lagi.


dan aku rasa setiap benda yang dah jadi dan belum terjadi pada aku tuhan belum lagi letakkan noktah tapi Dia letakkan koma



gud nite. eh selamat pagi sebenarnya.

Sunday, October 24, 2010

::peTua bibir mcm Angelina Jolie::

lama tak main masak-masakkan? mmg dapur dah lama tak berasap pon aha. ahad yang tak ada xtvt, minggu yang hanya santai dan tido sampai lebam bersama rakan serumah depan tv melampau kalau mls nk masak. baiklah puan-puan resepi kita pada hari ini adalah siput sedut masak lemak.

tak payah susah-susah nak kutip siput sedut ni.cari dekat pasaraya atau nk murah pegi pasar sungai besi.alang-alang pagi tadi bersarapan bersama yayeed( gigih kau dr wangsa maju ke cheras bersarapan.muaahaha.) terus ikut dia ke pasar.dia mmg abah-abah kalau weekend kena pegi pasar beli lauk untuk famili.mcm dh npk ms dpnku cerah.aha

beli siput yang dh siap basuh.takada lumpur kalau tak berusla dgn dynamo nk kasi hilang bau.selamat haku.sepeket xsilap 4hengget.pastikan basuh hingga bersih dan hilang bau.

tgk tu cubaan pertama.nk larila tu.

cubaan kedua.siap pakat nk lari bersama pasangan kekasih.


cubaan ke3 walau muncung dh kene kerat.ewah kemain kau. jgn lupa kerat muncung siput taw. kalau tak, sedutla smpai bulan depan dia tk kelua.

tumbuk cili padi mengikut tahap keberanian negeri masing-masing. kalau kelantan vs perak= yang sedang2 saja.menagis pulak mek-mek kat umah ni kalu ikut tahap org nogori 9.


rebus siput dengan cili tadi.jgn byk sgt air.msk smpai air kering.

lepastu bantai je la msk.aha.masuk santan,kunyit,garam,serai.tglah smpai msk.jgn lupa kacau je.kalau tak kuah jadi mcm taik ketam.


ah simple je. hidangkan dgn telo dadar dan tempe goreng kicap.ah mengadala kalu tak tahu msk tempe goreng kicap.


lps mkn bantai tido smpai lebam bgn tido bibir dh pasti jadi mcm angelina jolie.

selamat mencuba.sure laki you sayang.sumpah tak tipu.

bai.

Wednesday, October 13, 2010

::Lewat 80&90-an

masih ingat tak kartun kegemaran masa zaman kecil. 80's & 90's. sabtu ahad mesti bangun pagi-pagi tercongok depan tv. yelah dl kader baba weekend kene keje mana nak mcm budak-budak zaman skrg ni sabtu ahd pergi jalan-jalan shopping dgn mak ayah. kamu beruntung tahu.

the smurf

mmg sgt gilakan cerita ni. hidup perkampungan smurf, bercucuk tanam dan bergotong royong. kalau xsilap ada sorang je perempuan dalam cerita ni. dl aku ada banyak sticker smurf ni.buku cerita yang kena tampal sticker smurf. suka tengok cendawan comel-comel jadi rumah.

care bears
ini lagi gila.vintage habes. aksi yang ditunggu-tunggu bila bear tunjuk perut dia lukisan keluar ikut perut.. animasi dia sgt berkesan di hati..haha. buku coloring care bears dl mmg banyak. kalau tak silap pernah ada mug dia.

power rangers

cerita ni sampai sekarang ni pun ada. dulu aku suke cop pompuan yang kaler pink tu. tapi aku rase cerita macamni merbahaya sebab budak-budak senang sangat nak ikut aksi lasak. dl mse kecik aku pernah panjat pokok terjun konon-konon jd power rangers warna pink tu la. kawan sekolah rendah aku pernah jadi power rangers warna merah lompat dr tingkat satu sekolah ke bawah. nasib patah kaki je. keloksi cd melambak-lambak.


barney & friends

skrg pon cerita ni hot jugak. masa aku tengok cite ni aku darjah 6. org sibuk nak berupsr aku tgk cite ni..bole. lagu-lagu, pendekatan, mesej yang nak disampaikan sangat bagus untuk budak-budak kecik. ank buah aku yang lelaki selalu berultraman cosmos pon touching kalu dgr lagu dia. siap ada koleksi cd dgn bear barney ni lagi taw.hehe


ultraman

aku tak tahulah berapa episod & siri ultraman ni smpai sekarang.mmg hangat masa dia keluar zaman aku kecik dulu.maklumla 1st time kot masa tu malaysia keluarkan cerita alih suara. sama macam suria gaban hitam. tapi dalam cerita ni aku lebih suka pada raksaksa dia sebab pelik-pelik.ingat lagi tak raksaksa durian hahaha.kreatif betul.anak buah aku ade beli raksaksa dia yang rambutan :P

Jem

"JEM is my name...no one will be the same...JEM is my name,JEM!'...tenetenetenetttttt...."ha tu lagu dia. gile gempak cita ni aku ske. ala-ala rock gitu. bila dia sentuh subang dia dan bertukar.. tapi sekert dia pendek sgtlah :P hilmi & fazi ko ske kan cite ni.ok cepat picit subang!!!

ninja turtle

ni cerita aksi jugak. si turtle geng-geng pizza. aku ada koleksi turtle ni dl. jam tangan, mug,buku colouring seguni kot,. abang-abang aku pon ske gle cite ni.


thundercats

cite ni pon menjadi kegilaan aku sekeluarga.aha.abg2 aku mmg gile dekat cite ni. sepupu sepapat aku pon sama. dh jd trademarkla lagu thundercats kat dorg. thunder,thunder,thundercat!! mainan melambak-lambak.pernah berebutlah nak tgk cite kartun lain sebab thundercats ni. huhu

dulu buku mewarna,buku cerita je yg boleh dapat.nak kumpul patung pon nak kene isi borang ngn kader baba.merengek mcmne pon payah kot nak dapat.lgpun mahal. dapat pon sebab hadiah besday,,baba dpt bonus, top 5 mase pekse je. budak-budak skrg pantang nampak mesti nak. anak buah aku mikail merengek nak baju ben 10. bapak dia dh berpuluh helai beli dia boleh jawab" ben 10 mane ade tukar baju.sume bj ben 10 sama setiap hari." ha menangis ko nak jawab. beli baju xkesah lagi tapi kalu dah hari-hari nak pakai bj ben 10 tak ke penin.mg lepas berpeluh aku tgk yayeed bayar 2 kotak patung transfomers untuk ank buah dia yang merengek kat tempat mainan.fuhh~

kalau anda masih ingat dgn cerita-cerita kartun yang sama dengan saya ni, maka anda sezamanlah dgn saya. dan ingatlah anda masih lagi muda. aha.

Sunday, October 10, 2010

::maTa paNda::

masa waktu belajar dulu tidur 3, 4 jam 1 hari taklah seletih dan seteruk sekarang ni. buat work sampai 4 5 pagi pergi kelas jam 8 pagi kuat lagi stamina sampai ke petang dengan mata panda. sekarang bukan soal mata panda tapi stamina. sejak kejar dateline untuk program baru eduweb mmg tak keruan. lama dah tak dapat tidur 8jam 6 jam. abes recording jam 3 pagi. 8pagi ada lagi. mmg rindu nak tidur 8 9 10 11 12 jam.


hari ini memang aku berazam nak tidur cukup 8 jam lepas habes shooting dekat rumah along yayeed.perjalanan dari kajang ke wangsa maju ikut mrr2 memang azab.menjadi-jadi pulak jamnye.macam setan. plan asal memang nak ikut bukit ampang atau masuk kl tapi ntah macamna bole tersasar pulak ingatan.dem. sejam meredah susur pandan indah ke tesco ampang dengan makian yang pelbagai corak berakhir di stesen minyak susur ke ampang.


sambil-sambil tunggu turn sempat jugak mengeji gelagat manusia kota. sebelah kanan aku ada mat rempit dengan dressup mcm baru abes join gp dekat sepang. awek die lu jgn tanyalah.. bulu mata rozita che wan punya. lipstik pink. tak jiwa minah rempit langsung. aha macam kelakar.

5 minit jugaklah aku tunggu mamat BMW isi minyak. sekali isi ron95 la pulak. xbaek utk kesihatan BMW tu.tapi oklah dressup mcm usher. aha macam kelakar.

selesai buat pembayaran aku masuk kereta start enjjin. awek rempit tadi macam tahu je aku kutuk dia.usha tak puas hati. separuh perjalanan, tiba-tiba

"apehal minyak tak naik ni?tadi isi berapa?"

dem!!! bayar, masuk kereta dan blah. mengantuk sampai blur sangat.

agak setengah jam aku u turn dan meredah jam nak ke stesen minyak tu balik dan agak 15 minit aku merayu pada bangla tu nak isi balik minyak td. memang macam tak kelakar,.

rasa macam nak jadi minah rempit td je masa tu.

bai.