Monday, March 21, 2011

seperti mana saya membenci maths

dan seperti itulah saya membenci diri saya sekarang ini.
dan seperti mana saya selalu gagal dlm maths
seperti ini lah saya sekarang ini.








ok dh boleh tampa muka sendiri. nk bagitaw JOBSTREET mmg penipoo besa & suka memainkan perasaan.dan suka memenuhkan inbox email.

bai.

Wednesday, March 16, 2011

walau saya pakai tudung

saya juga berkaroke



kuat makan boleh mandi dekat swimming pool pernah naik rollercoster

suka bershuffle sangat penyayang kadang-kadang meroyan

kawan dgn orang-orang gila

berdedikasi......


sangat ayu


dan ada double chin.
dulu memang pakai tudung sebab takut dgn mak, ustazah,ustat dekat sekolah,rambut tak cantik. tapi bila dah besar saya pakai tudung sebab wajib sebagai seorang wanita islam bukan sebab fesyen bukan sebab nak jadi hana tajima.walau payah nak tutup aurat dgn sempurna tapi memang wajib dan kene dan mestilah.
tapi tak paham bila masih lagi dengar orang kata "pakai je tudung perangai teruk baik bukak je tudung tu ". maknanya apa? kalau perempuan yang tak pakai tudung jahatker? dan perempuan yang pakai tudung kena jadi baik dan dia sangat baik. ah simple,pakai tudung ibarat macam pakai baju dan mesti kene pakai bra. dan sangat tak paham bile resume kena tolak, "sebab awak pakai tudung." "oh okay,u memang tak hana tajima. iq u lagi teruk dari orang penan. tq. " bai.

Thursday, March 3, 2011

ketinggian masa darjah 6 yang kekal sekarang buat aku bangga walau sudah 27

Aku yang kira-kira 27 tahun dulu yang sudah ditetapkan kononnya mahu ada ini itu, hidup dengan penuh begitu begini,sudah ada itu ini,punya semuanya. pendek cerita happy endinglah life bila umur 27.

27 aku yang sekarang masih tak punya apa-apa. Dan kalau keajaiban berlaku aku nak minta balik pada 27 tahun yang dulu. aku nak padam semua angan harapan cita-cita dan bagitau mak dan kader baba jangan pernah ada angan tentang kehidupan aku pada usia 27 tahun setiap kali mereka dodoikan aku.

Untuk aku jugak.jangan nak mengada masa sekolah tulis cita-cita yang tinggi dalam biodata atau karangan masa 20 tahun yang dulu.cukuplah setakat makanan, minuman kegemaran.lelaki idaman pun tak payah.

Takada beza kalau aku pohon pada usia 72 aku yang akan datang masih lagi punya gigi yang penuh,cantik jelita bergetah macam sekarang.

kan?


Terima kasih mengingatkan saya dan meraikan saya yang dah masuk 27 dan masih kosong takada apa-apa.walau apa pun,alhamdulillah masih bernafas,sihat tubuh badan pada tahun yang ke 27 ini.

dan terima kasih mak dan kader baba atas nama cinta berdua aku wujud pada hari ini.












hadiah mana?

Thursday, February 17, 2011

bilik kosong wangsa melawati kali ke1256x

melalui pemerhatian kebanyakan orang menggunakan medium status di facebook sebagai salah satu cara untuk meluahkan perasaan samada logik atau tidak.walau kadang-kadang rasa macam nak delete dari friendlist atau hide kan atau blocked terus bila macam malu atau macam menyampah bila baca ada status macam diari harian dan juga macam karangan tentang diri sendiri.termasuklah aku.dan aku paham semua ini dibuat atas arahan kata hati.

ini contoh status secara rawak dan rambang.rawak dan rambang paham.jangan nak terasa sangat.

1. yeayyy hubby dh balik.nak masak apa ye untuk hubby?sayang nak makan apa mlm ni?
2.alamak jerawat ada 5 bijik dekat muka.
3.penatnya kerja harini.pelanggan macam celaka.ada sorang tu try baju 6 kali tapi tak beli pun.gerammnya!!!!! penat aku lipat baju!
4. hati ini masih lagi dilukai. walau apa pun terjadi aku tetap mencintaimu. kau memang tercipta untukku.abang maafkan mah bang.cinta abang sampai mati.hal tadi tu abg janganlah ambil hati.
5. aq benci tul ngan mamat ceko ni.jgn nak buat aq marah buyeh x!
6.berada di tesco tgh beli bawang.
7. pam susu arini dpt sikit je tak penuh 1 botol pon :(
8.bmw 5 series rosak pulak.nak tuka kereta ape ye?

untuk mengelakkan org menghide,membuang aku dr friendlist dan memblocked aku, ok aku pilih untuk letak status macam facebook dekat cni.

fareezan abd kader:
"geram gile dgn housemate baru yang mcm tak cukup umo!!! biadap.bodoh dan bangang.kalau adik guala perangai mcm dia dh lama kene hempok dekat dinding.lu tu budak praktikal je kot.hello!! duduk sini pon sebab kesian dekat lu takde rumah.nak isap rokok lua umah ok! dan jangan nak buang rata-rata! okla wa paham lu budak baru nk up.nk rempit mlm-mlm dgn lelaki mana pon jgn susahkan semua org dlm rumah.kem slm kat mak lu banyak-banyak.sorry to saylah kan mak bongek anak senget."


AAHHHH...lega.


dengan ini diistiharkan ade 1 bilik kosong di kediaman kami.
wangsa melawati.

Monday, February 7, 2011

i dont love you like i did yesterday.

dulu mmg aku penah fanatik dgn linkinpark. cd vcd sanggupla beli yang original.bab merapping dengan hapal semua lagu dorg mmg menanglah kalu msk jgn lupa lirik. yang tak boleh lupa aku ponteng kelas drawing semata-mata nak pegi konsert dorang. beli standing tickets rm150 smpai sekarang kader baba tak tahu aku guna duit dia g konsert.

rambut pon hampir-hampir kaler biru sebab nak sama mcm mike shinoda.kansel sebab tebayang kader baba botakkan kepala aku mmg haru.time konsert kepala mike pon xnmpak.

"dorg ni lenkali buat konsert kasila yg rendah depan yang tinggi belakang mcm perhimpunan kat sekolah." kata waty lepas kene pijak dgn niger.


balik konsert aku kaki ayam naik lrt.kasut hilang sebelah.





::sebab mike shinoda mintak clash lepas concert tu yg trus kapel dgn matt bellamy. tapi dh clash jugak sebab dia mngandungkan ank orang.ah dasar buaya darat!

Tuesday, January 25, 2011

kadang-kadang sematphone boleh mnjadi semak bila aplikasi gps tak semat


pengubat selain asma dan cirit birit. yang ini hanya kebetulan.ok merongeng ini mmg kebetulan wahai jaja dan roxy.

5 jahanam tgl 3 jahanam. i love epo sebab ade padang polo sebab ade bangunan lama ada bangunan ketapi yang seram sebab ade nasik wanggey sebab ada green town mall sebab ade yik fong

sebab ade tren laju

sebab ade mee kicap dan


bila pakai bj kurung kepam tgk midnight movie pon ade org mengurat.


dan ade ciken rice sop yg sedap.


dan taklupa penginapan di rumah irin yg super cool ade jakuzi yo!.


saya benci penang sebab bukit bendera dlm renovation.wut the! lain kali dkt tol juru ltk sign beso2 bukit bendera ttp selama 14tahun ok senang tak payah nak redah jam stress dgn gps sekali sampai renovate dan banyak kereta undur balik. fcuk. paling kecewa bila xdapat nk hepykan irin yang tak pernah pegi bukit bendera selama 27 tahun ni. bluekks.

maka terpaksa hepykan diri dengan makanan.ini bukit bendera py salah.


aween pkcik rojak kirim salam.


rojak lagi? ya.dan sekarang dh suka penang


dan laksa.ya dan ini adalah matlamat utama rombongan kami selain ke


gurney plaza semata-mata membeli tshirt dan memalukan diri sendiri bila jatuh depan org ramai di kedai kasut. terseliuh smpai sekarang.


mkn eskrem di tepian gurney,. sambil mengira jejaka tampan di penang.


dan lagi lagi chowrasta.12x dtg penang pon mesti sesat barat.dan tak payah ty gps.rujuk saja tajuk di atas.


feringghi night market tak ubah mcm petaling street bezanya cuma dekat feringghi ada minah salleh pakai pario dgn bikini.



bila berpenyakit mcm ni mmg xde sapa boleh bantulah.. dh makan macam-macam baru igt nk bertaobat.biasalah tu ejan. kene serang asma demam 2 hari terus.


sebab u ols i paksa jugak senyum dan benapas ikut mulut. thnx darlings.



pergi cari kawan sekolah atau tadika kamu dan bergembira! serius tak rasa muka tu dah bekedut sangat :)

Friday, January 21, 2011

tips menjadi kacak di khalayak ramai

sejak kene pukau beberapa kali aku memang fobia nak naik pengakutan awam sorang-sorang. mak selalu pesan kalu naik tren or bus baca ayat kursi,tiap kali naik,nk duduk sampaila nak turun.lama jugak aku tak naik tren or komuter apatah lagi bus. semalam tanpa teman dan teman lelaki keseorangan aku naik ktm dari bndar tasik selatan ke kl sentral membeli tiket tren ke ipoh.

masuk je tren aku dh kumat kamit baca ayat kursi tinggal tak sembur jampi kiri kanan je. dalam sesak-sesak tu boleh pulak ade sorg mamat ni kasi aku duduk.ah aku taw mesti dia syak aku mengandung.well, itulah kelebihan berperot buncit. dalam dok membaca ayat kursi kali yang ke 12 aku tesentak bila ada mamat sebelah kiri aku menyapa"nok g mano?" sebab dia tak hensem aku senyap je lah sambil buat muka ayu. ala nak menguratla tu. "jangeyla sombong." dlm hati aku dh maki-maki dh.lupe terus ayat kursi.

keluar tren dia pon ikut sama.dia gesak aku bagi no talipon. terus aku ingat pesan yayeed. antara kriteria kedua yang perlu aku buat bila menaiki pengangkutan awam sorang-sorang. "errkk aaaa uuu eee eee errkk uuuu ah erk erk" smbil tangan buat sign nth ape-apa termasuk gaya ultromen cosmos. bila dia taw aku bisu trus mamat tu blah dgn muka penuh kehampaan sambil dalam hati berkata kesian budak ni cun tapi bisu.

dalam menunggu turn nk beli tiket aku duduk sebelah apek tua yang buta dua belah mata. selamba uncle tu kira duit depan orang ramai. sayu hati aku tengok dia. keseorangan je dia. teringat kat kader baba. syukur abah ada 1 lagi mata boleh melihat. "hello,anybody? " uncle tu tibe-tibe menjerit. dah aku duduk sebelah dia sah-sah semua mata pandang kat aku. terpaksala bagitaw aku kat sebelah dia. dia mintak tolong aku beli prepaid.settle aku beli tiket dia kasi aku duit belikan prepaid. "nanti u sudah beli datang sini balik ok. amik nombor telefon saya 0143851566 isi prepaid dekat ini nombor." pekik uncle 1 kl sentral. aku faham dia ada masalah nak kawal suara dia. ada la dalam 100 orang kot semua tgk aku.ah penat buat muka ayu.

seperti yang dijanjikan aku datang balik cek prepaid dah diterima.dia mintak tolong lagi sekali taipkan 2 sms.dan aku rasa 1 kl sentral jugak tahu isi kandungan sms tu. dia pekik aku taip. setel aku trus lari balik. turun eskelator ade org cuit aku dari belakang " tak baik nipu" . vavivavivavivaviviva! mamat tak hensem tadi nampak kejadian aku dgn apek tu rupenye.binawe betul. dia tak putus asa nk jugak no phone aku. ikut mana aku pegi. biasalah hati pompuan kan lembut maka aku pon kasila no phone dekat dia. senyum sampai ke ubun-ubun sambil dia taip no yang aku sebut.

"0143851566."

tajam sungguh ingatan aku kali ni. aku blah smbil buat isyarat tangan penuh menggoda "cal me" dekat mamat tu. bersungguh dia angguk.


mesti uncle tu dah tak sunyi lepas ni.