masalah tak besar kot untuk aku. sebab malas nak bising nak marah pun paham orang meniaga. kalau berkenan order.dan remove. dan kalau tak berkenan pun lagilah cepat-cepat remove.
tapi macam agak jadi masalah besar pulak bila ada yang tag baju bayi. eh eh anak buah aku semua dah besar-besar.ok mungkin tersilap tag. dimaafkan.
selepas itu dikejutkan pula dengan pil perapat manjakani. tertanya-tanya pulok apa gunanya ni. sekali tengok textline, " suami pasti puas." OMG. mmg piggylah ahkak yang tag ni. REMOVE! malu i kawan-kawan nampak ish.
dan paling latest breast pump . kau nak suruh aku pam tetek lembu ke tetek kucen ke hapa. ah hangin. terus msg ahkak tu.
"kehadapan ahkak yang meniaga mencari rejeki siang dan malam di dalam fb ini saya dengan ini faham dengan tuntutan kerja ahkak.tapikan ahkak saya rasa ahkak tak payahlah nak tag saya dengan jualan yang tak ada kene mengena langsung dengan saya. bukan pada saya sahaja tapi pada semua kenalan ahkak di fb. harap ahkak dapat menjaga sensitiviti masyarakat.tq ahkak. pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. oh ye lepas ahkak balas saya unfriend taw page ahkak.harap tak berkecil hati sangatlah."
yang benar,
pengguna teraniaya.
dan ini balasan ahkak tu.
"maaf dik akak ni meniaga je. tak ada niat pun nak buat adik marah.kalau tak suka adik bolehlah remove.maaf lagi sekali akak ingat adik ni dah kahwin ada anak."
ha tengok tu tengok! dahla meniaga dalam fb tak ada lesen pastu tak jaga sensitiviti masyarakat.
sentap mak! penat-penat aku pasang badan dia boleh kata aku mcm dah ada anak.
ok bai!bai bai bai bai!
No comments:
Post a Comment