ah itu bukan penyebab yang menjurus kepada kegemukan sangatlah.tapi kadang-kadang dalam kesenangan kemudahan yang diciptakan tu boleh mendatangkan kesan kepada otak dan urat saraf.misalnya server down atau lembab.atau penipuan atau ah macam-macamlah yang boleh menaikkan amarah yang tidak terlepas dari carutan.
benda gua paling lemah bila kena isi form guna online. tulisan tangan cantik dah tak releven lagi. lagi lemah bila tanya upsr kau dapat berapa, pmr berapa.lagi-lagi slip pmr gua dah kasi kamben makan.satu2 nak menekan. kelemahan beronline ni gua dapat detect masa zaman belajar di uitm. semua nak kena isi guna online.jaduallah,subjeklah,kalau leka sikit abes kau kena repeat sem sebab tak update.dan dalam sem 1 hingga habes gua tak pernah isi borang sendiri.semua p.a gua yang uruskan. ehem. tugas gua hanya mengingat pasword dan id. kelas tak i maria?
kalau dah nama pon sistem dalam talian ah banyaklah dia punya songeh dengan macam-macam kesilapan teknikal. macam kawan gua,aida gabra nama dia. dhla takada p.a semua kena buat sendri.isi borang,isi subjek,pilih group,pilih kelas. kalau dh isi borang dalam keadaan gabra sentiasa,,fikir sendirilah jadi apa.walau pon begitu bf dia muka macam yusri kru. serius ni bai! satu hari dia hempok-hempok keyboard komputer.tak cukup tu dia nangis-nangis dekat bahu gua. ah tak boleh jadi ni. 2hari lagi tarikh last daftar subjek dengan kelas. tak boleh log in id tak sah. beratus kali dia mencoba. biasalah dah nasib badan memang ditakdirkan selalu geng dengan kawan-kawan yang suka last minit. demi uitm dihatiku dan tak mahu tengok kawan kecundang di akhir sem gua gagahkan juga kaki ke bahagian hal ehwal pelajar. ahkak uitm tak bengis taw.
sampai di hep gua dah tenangkan aida.bahawa dia takkan repeat keseorangan sebab umangggaih engko tahu tak berapa orang beratur?adela dalam 137 orang. kan dah boleh buat 3 kelas tu. kegusaran di hati aida semakin hilang.smpai turn ke 59 gua tolong aida menyetelkan dengan ahkak hep. aida memang tak boleh bersoal jawab,,kan dah kata nama die aida gabra. sampai satu soalan,,memang aida kena jawab.
"awak punya pasword apa.?" tanya ahkak hep.
"err kak kasila kertas saaya eerr saya saya tulis."seperti kebiasaan aida menjawab dlm keadaan gabra.
"eh takpe saya nk reset balik pasword awak.apa ye awak punya pasword." ahkak hep mendesak.
"ermmmmmm aida ermm aida love rizal sangat."aida menjawab sambil menundukkan kepala.
"ha apa?aida love rizal sangat?!!!!!!!!!!!" pekik ahkak hep sambil menahan gelak.
"aah aida love rizal sangat."jawab aida lagi sambil menutup mulut tanda malu.
gua? lu taw gua buat pe masa tu? pelan-pelan gua seret kaki kiri menuju ke pintu keluar bila dengar suara berdekah-dekah bergema dalam pejabat hep.
jahanam kau aida gabra.dalam gabra-gabra lu taw jugak ungkapkan kata cinta.
dan aida dah menjadi isteri pun sekarang ini.tetapi bukan dengan rizal muka yusri kru.