sebenarnya agak ralat bila aku buang mesej mesej dari arwah babah dalam phone. yang tinggal sikit sangat. walau yang tinggal mesej psl hal catering, urusan kewangan masa kawen,.sayang aku nak buang.aku simpan. nama dia pun aku tak pernah rename.
awal puasa,satu malam aku terkejut time sahur dapat mesej dari babah, "selamat berpuasa." aku senyum. dalam hati aku nk balas, babah berbuka makan apa?masa nak taip aku baru tersedar, bukan babah.dia dah tak ada.sekarang phone dia mak yang pakai.kadang-kadang abang aku yang sulung.
sampai sekarang,tiap kali mak call akan keluar gambar babah,bila dengar suara mak aku baru teringat,bukan babah yang call. babah dah tak ada.
tadi,sementara tunggu subuh aku terlelap. babah datang dia pesan suruh aku basuh halaman rumah.pastikan bersih. semua nak dtg,nak tumpang masuk rumah.bila aku kata kan emak memang basuh, dia kata, kena sentiasa bersih, "diaorang dah tunggu" nak tumpang rumah kita nak datang rumah kita. "siap-siapkan rumah."
subhanallah.walau sekejap beberapa saat, aku bersyukur ya Allah dia tahu aku rindu yang tersangat dekat dia.Nak sangat jumpa dia.
aku call emak dan sampaikan apa arwah pesan.emak kata bulan ramadhan rumah kena bersih mungkin ada anjing yang duduk depan rumah malam-malam kita tak tahu.dia suruh "siap-siapkan rumah," hias rumah dengan bacaan quran, doa dan solat. bulan ramadhan semua arwah datang melawat rumah tgk anak anak tgk semua kenalan dia tgk semua orang yg dia sayang.
terkedu dan sendu.
*kenangan cerita mesej dari arwah babah yang pernah aku kongsikan di sini.
Thursday, July 26, 2012
Wednesday, July 25, 2012
sapa tak puasa dia tak kuasa
dam dam dum bunyi perut. alhamduliallah sedar tak sedar 5 hari dah berpuasa. dan dgn jayanya 5 hari bangun di kala embun jantan sedang menetes netes, masak dgn mata terpejam,makan laju laju dan tidur balik semntara pekena subuh. phewww. baru kau tahu penangan kawen.belum bab kena mandi berniat,sebelum mentari datang lagi.har har har har.kbai
kalau dulu mengada nk tak nak bangun sahur.kalau makan pun goreng telo dan gaul nasi dgn kicap manis.cukup. itu semua kenangn manis mcm kicap manis. perangai suami aku ni pelik sikit. bebuka sederhana sangat.kueh dan air,sahaja.dah kenyang.tapi kalau sahur hamboihh order kemain, selera mcm makan tengahari. maka secara otomotiknya tekak aku pun kena ejas sama, yang mana dl xdpt nasi satu hari boleh mnggelupor berbuih mulut, T_____T selamat tinggal gadis lahap.
oleh sebab dah 5 hari berbuka ringan ringan, izinkan aku ratah seekor ayam hari ni tak kira,..!

Tuesday, July 17, 2012
edisi pantang memantang #2
lepas kehilangan babah yang tak sampai sebulan,baru mula setup rumahtangga, baru belajar terima enviroment makcik makcik dekat tempat kerja baru, dan aku keguguran. betapa emosi dan perasaan dah macam rojak basi. siang malam menagis tak henti fikirkan nasib. sakit yang amat bila banyak merasai kehilangan. babah-anak-kerja
kalau nak describe perasaan aku memanglah tak tertanggung ujian yang tuhan bagi sekaligus ni.tak tahu nak tangiskan yang mana satu. menahan sakit fizikal, sakit emosi.saat mcmnilah suami-suami kena amik peluang tunjuk macho.alhamdulillah, setiap kali kecewa setiap kali menangis setiap kali merintih sakit ,bahu suamilah tempat aku menumpang. tuhan itu tak kejam, apa yang berlaku pada aku Dia tak lupa turunkan juga tempat untuk sembuhkan duka.-keluarga dan suami.
Bukan sebab aku lalui ujian yang berat ini sekaligus aku punya emosi yang teruk, tapi kebanyakan perempuan yang gugur mesti down habes dan selalunya payah nak kawal perasaan.satu penyakit yang amat membimbangkan yang boleh jadi, "meroyan." selain harus pandai kawal diri ,suami atau ahli keluarga perlu ada di sisi.satu tahap perempuan gugur ni akan rasa mcm stress, satu tahap akan rasa mcm tak berguna sebab tak jaga kandungan baik-baik,satu tahap akan rasa kau dh kecewakan suami dan susahkan semua orang kena jaga masa sakit.benci tengok orang mengandung benci tgk org update hal hal anak dkt media sosial.dan paling celaka aku pernah rasa aku ni cacat.itu mmg gelabah sungguh.pui!
sakit perut dan kelamin tak campur lagi.lagi-lagi makan kena catu,ah lps tu kena makan sawi.weeeeekk! ok suami atau ahli keluarga kena bantu. ini berdasarkan pengalaman dan perasaan aku sendiri. setiap malam suami akan sapukan minyak, tidur pon tak lena tengok-tengokkan aku yang kuat meracau, baca doa kumat kamit mcm tok pawang pon ada.buatkan kerja rumah yang berat-berat, dan yang paling penting buat isteri ketawa walau dgn tahap lawak bodoh.bagi nasihat mcm abah-abah dan pergi merayau secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tua yg bising -hoi pantang kena ddk rumah!
terima sms dari ahli keluarga yg beri kata-kata semnagat & bila emak datang teman masa suami outstation terharu sangat! mestilah makan sedap walau ikan cencaru goreng je. :) pernah sekali kaki aku krem dan aku jatuh katil.suami lari lintang pukang dari luar nk selamatkan aku. ya Allah masa tu aku mcm nk menjerit aku ni tak cacat! sedih tahu tegok muka panik dia. rasa aku ni loser habes.
sebenarnya sampai skrg aku tak boleh terima keadan aku ni.tapi aku cuba perlahan-lahan sebab aku tak mahu susahkan semua org lagi, tak mahu sedihkan suami yang jebak dgn semua masalah aku ni. jadi konklusinya aku tak dapat setelkan emosi aku lagi , tapi rasa selesa sangat bila suami & keluarga ada.oleh itu aku akan cuba perlahan-lahan terima semua ketentuan tuhan ini.dan harap suami ada dengan aku dan tak tinggalkan aku. (cakap pekebenda nih?)
kalau awak suami,pergilah dakap isteri awak yang tengah sakit tu.
aku nk pergi menangis teresak kejap.kbye.assalamualikum.

inilah pahlawan gua. |
Monday, July 16, 2012
#edisi pantang memantang
yang sebenarnya memang tak tahu menahu langsung walau keguguran kena berpantang macam orang bersalin.kalau ikut darah muda yang mengalir panas ni, memang takan berpantang,mana nak dapat zat nak sihatkan balik badan yang lemah kalu itu ini tak boleh makan dan tak boleh buat. bila emak + ibu mertuaku dah senseng lengan beri ceramah kesedaran dan takut-takutkan aku pasal rahim & libatkan amalan pantang toknek tokcit, baiklah aku harus menyerah kalah.
haruslah makan apa yang boleh dan tinggalkan apa yang tak boleh. 2 3 hari awal pantang aku buat main-main sehinggalah google beberapa artikel, umanggggaih pantang gugur sebenanrnya lagi payah dari orang bersalin. mengeletar lutut sekejap.cepat-cepat cari setokin dan ikat rambut tinggi-tinggi mcm samurai.
paling sedih lauk kegemaran semua tak boleh makan.kejam sungguh siapa yang cipta pantang memantang ni.
menu harian adalah sawi sawi sawi sawi.benci dah makin mendalam. dan ikan ikan ikan. sekali sekala makanlah ayam. ikan tidaklah boleh jenis yang sembarangan.
*setakat ini aku hanya tahu, ikan gelama mak iloy iloy-ikan tenggiri-ikan merah-ikan siakap-ikan cencaru -ikan bilis & ayam. kesemua makhluk itu haruslah kukus-grill-panggang-kukus-grill-panggang. dan aku dah pandai bezakan rupa paras ikan melalui pembelajaran amalan berpantang nih.oh yeah
*mandi harus air panas jangan sampai melecur.
*pakai setoking(sblm tu pakai mnyak angin) dan juga baju sejuk setiap masa. -nanes!
*kunyit dan halia harus jadi bestfriend samada minum atau letak dalam masakan.
*jangan angkat benda berat
*elakkan makan makanan yg sejuk dan berangin.buah oren je boleh.
*ambil jamu untuk panaskan badan.(aku makan jamu mak dara gold.)
tempoh berpantang ni aku agak kompius.mungkin ikut pada ketahanan masing-masing.eceh. ada yg sebulan dan ada yang 2 minggu. disebabkan aku gugur kandungan dalam 6 minggu, aku akan bertahan dalam 2 minggu sajalah bagi edisi pantang memantang nih. kehkehkeh

air halia rare! |
musuh sebenar adalah sawi |
ayam masak halia emak palin tip top |
total keseluruhan isi dan lemak hanya 48kg.ehem.amacam?ada macam mak dara tak?. |
Friday, July 6, 2012
6weeks
bila tuhan aturkan apa yang terjadi pada aku, aku pasti, aku antara yang mnjadi perhatianNya. yakni aku harus dekatkan diri aku pada Dia.
lepas Dia ambil babah sekarang Dia ambil anak kami pula.
tak apalah mungkin tiada rezeki kali ini. sekurang-kurangnya babah dpt juga lihat &jumpa cucu dia, mungkin akan jd cucu kesayangan dia dkt sana.
sedih yang teramat. tak tertahan sedih dan perit dugaan yang aku terima. yebi-yebi, tlg jaga tokba baik baik dkt sana ok.
RALAT: doktor hensem yang merawat. nak malu pon dh tak guna dah.

Subscribe to:
Posts (Atom)