Friday, July 12, 2013

Murtabak dalam kenangan

bila tiba bulan romadonn mcm mcm jenis juadah la semua org nk jual. dah mcm jadi adat pulak makanan2 tertentu mesti laris banding dgn hari biasa.ah sblm romadon pon takdela pulak nak guna perkataan "juadah" ye dak?

roti john,murtabak misalnya. mesti beratur panjang. dr dl gua perati 2 jenis mknanan ni setakat ni takdela secene dia berubah mendadak mcm kuih muih yg lain. walau harga naik gua tak kesah janji makan puas. murtabak jd kecik tapi tetap ada rasa berbanding beli popia seketul 50sen tapi inti ilek. itu betui betui gua meradang.

masa kecik kecik dulu gua duduk dekat ulu bernam.ada satu restoren mamak paling fames,"mustafa restoren". scene lepak mamak sampai pagi masa tu tak menular lagi. jadi tak bersosial sangatla muda mudi dekat ladang ulu bernam tu. lagipun kedai tutup jam 9malam. takat ngopi pagi dengan petang lepas tu suit suit minah kilang balik kerja. itupon secara berhemah.

makanan feveret apak gua bihun goreng mamak dengan murtabak. istimewanya kedai ni tak payah nak tunggu bulan puasa pon murtabak ada jual. tapi kena beli sebelum jam 4petang. memang habes cepat. dulu harga murtabak 1.50 je. gua kayuh beskal pegi beli untuk babah. tak payh sebut nak beli apa. berdiri dekat kaunter tunjuk muka ha dah tahu anak kadir nak murtabak dengn teh ais.

lepas pindah, tiap kali bekunjung ke rumah lama mesti babah siap2 dh order dr dlam kereta. gua pelik rasa dan tekstur tak berubah langsung. panjang umur gamaknya pembuat murtabak restoren mustafa. tapi sekarang harga 4.50 sekeping. tak baik salahkan BN.

berbuka tadi husband gua beli murtabak. 2 keping. emak jamah sikit. gua langsung tidak. sentuh pon tidak.

husband tanya kenapa tak makan. gua jawab takut anak kembung sb susu badan. rasanya ada letak ubi kentang.

gua tanya emak kenapa tak jamah lagi. emak kata tak lalu.

"tak lalu bila terkenangkan makanan kegemaran arwah babah."

gua bangun. kesat air mata. itu sebenarnya jawapan yg gua nak bagi dekat husband tadi.


3 comments:

Hilmi Haji Ali said...

ooo so sweet.

Anonymous said...

tiba tiba banyak habuk dalam bilik ni.semoga allah tempatkan roh pakcik kadir di kalangan orang orang beriman.amin.

Ana Lyana said...

AlFatihah... mata aku panas dah ni..T_T