Thursday, October 24, 2013

Hati diracun rindu

aku pernah tanya pada adele, "tokba pernah datang jumpa awak tak?" bayi debab mcm adele apalah dia faham.yang dia tahu susu-tidur-main-susu-main-tidur.

aku kata ke dia lagi, "tokba dah takde pun dia masih sayang adele taw." Kali ni aku syak anak aku faham apa yang aku cakap .tersengih-sengih nampakkan gusi dia.

apa yang aku perasan sejak 2,3 malam ni adele sebelum tidur tenung satu-satu tempat. lama. kemudian ketawa. mengantuk tak larat bawa mata pun paling kurang dia senyum kan saja. lama yang sangat sampai terlelap.

malam pertama ketawa berdekah pada  langsir tingkap bilik. malam kedua dan ketiga bersembang dengan bahasa jerman dia tu sambil dongak ke syiling.

aku senyum. aku syaklah arwah apak aku datang tengok dia. macamana yang aku setiap hari tunggu. yang macamana aku selalu fikir entah satu hari nanti kalau aku dah tak ada, berpeluang tak aku nak datang melawat semua orang yang aku sayang, masa mereka tidur. Bagi aku muka orang sedang tidur ni boleh tambah sayu hati. boleh bikin sayang dalam-dalam.

selamat malam babah. kita sentiasa berkongsi nafas di ruang yang sama. jangan datang malam jumaat. lebiu!


1 comment:

Anonymous said...

nangis
:(