Thursday, December 26, 2013

Bajet ur face lah #paukacang

bagi yang berzaman dengan aku (90's) mestilah pernah jadi ultraman, jadi gaban, selain jadi power rangers.
zaman kanak-kanak aku kurang sangat bergaul. pernah sekali aku terlepas dari pagar rumah dan menjadi seorang power rangers kaler pink.

Maili, entah dah jadi ayah pada berapa orang anak sekarang ni. diala pengaruh kuat suruh aku jadi power rangers. kami panjat pokok jambu tepi rumah dia. power rangers nak nampak power kenala terbang nak lawan penjahat/raksaksa. lompat dari atas pokok jambu.

Maili patah kaki.

Rotan patah dua mak bagi dekat kaki aku.

zaman sekarang ni mcam tak relevan mak ayah nk bagi anak-anak tengok cerita-cerita aksi cenggitu. ah kamonla so yesterdayla la cerita-cerita mcmtu.

adele umur 10 hari dah letak depan tv. sampai hari ini (usia 8 bulan) dia cepat sangat terpengaruh dengan cerita-cerita kartoon saluran disney atau cerita seangkatan dlm channel 613. sampai bergaduh dengan opah yang nak tengok rancangan tanyalah ustaz tiap-tiap pagi. haih.

kartoon paling kuat pengaruh dia setakat ni selain pocoyo dengan pororo adalah mickey mouse clubhouse. ah klise sangat.

semua benda yang merupai mickey atau minnie kalau boleh semua milik dia.













ah tolonglah! bajet cute konon minnie mouse!



*gambar agak tidak berkualiti akibat dirakam secara candid.

1 comment:

Anonymous said...

please bagi dia peluang nak jadi minnie mouse sehari dua

ibu aisya