Wednesday, November 11, 2015
Bau syurga
Aku lebih cenderung recall balik memori melalui bau-selain lagu.
Aku cium anak sulung aku -adele, anak kedua aku -quddus. Sehari entah berapa kali, yang mana keduanya ada bau masing-masing.
walau masam susu aku kira tetap harum dan sedap boleh buat ketagih.
Tuesday, August 25, 2015
Doa
Tadi siang aku patah hati.
Bertanya aku pada kawan sepejabat, 'aku perasan sejak akhir-akhir ini kalau permulaan hari aku tak baik maka aku akan berakhir dengan perkara yang tak baik juga. Contohnya , awal pagi bergaduh dengan pak guard pasal parking atau stiker parking atau tag kerja terlupa bawa. Dan seterusnya hal hal pejabat yg remeh dan diikuti rakan sekerja yang annoying dannn teruslah berlarutan sampai ke rumah, menjadi raksaksa pada anak anak.
Tenang sahabat aku yg rajin ke kelas ilmiah jawab,. 'Kau kena sucikan hati kau dahulu.'
Bercakap benda yang baik baik, sentiasa redha dengan ketentuan tuhan,maafkan semua orang, sabar dan berfikiran positif ,jujur pada diri sendiri dan apa entah lagi lupa aku nk ambil nota.tapi aku ambil peduli.
Aku pernah berazam nak datang kerja tumpu satu hari kerja tanpa rasa malas-malas. Tapi gagal.
aku pernah berniat tak mahu mengumpat orang dan sentiasa positif. Tapi aku gagal. Walau aku tak buat tapi aku tergolong dengan manusia yg sentiasa merungut dan menilai orang dengan benda negatif. Walau mendengar atau menjadi penonton sahaja.
Sebelum balik dr pejabat,dan jumpa anak anak aku dah set nak gembirakan mereka. Tapi aku gagal kawal emosi.sikit sikit bertukar jadi naga dan raksaksa bila dah penat anak anak buat hal,
dan begitulah rutin setiap hari. tapi aku sentiasa berusaha dan berniat ke arah itu. doakan.

Lily Adelea
Anak aku yang pertama baru menjangkau usia 2 tahun 4 bulan.( lebih kurang). sedang petah bercakap dan mempersoalkan banyak perkara. atau beri soalan berulang bila jawapan satu sahaja dan mempertikaikan jawapan pada soalan dia. kenapa kenapa kenapa kenapa?
bagi aku agak cepat untuk anak aku explore persekitaran (perbandingan dengan aku masa kecil,bukan dengan anak kau) .dan pandai berdikari. adele sudah pandai mandi sendiri (dimonitor), pakai baju sendiri, makan suap sendiri. benar kata orang, 'nak beranak jangan jarak dekat sangat anak tak habes manja.' kalau dulu aku pertikaikan. dan sekarang adalah benarrrrr! adele baru setahun aku pregnant anak yg kedua. proses manja proses nk membesar masuk fasa umur setahun tu buat aku naik darah banyak. kena sabar dengan kerenah anak,(bukan mengeluh tapi berkongsi pengalaman).
yang buat aku sedih semua benda dia pandai buat sendiri . tak sedar, sebab aku sibuk uruskan anak yang kecil.
hantar ke pengasuh awal pagi, sudah malam sampai dirumah.rutin 5x seminggu,sampai tak sedar anak dah pandai semua benda. emosi emak emak memang macamni lah!
ada satu tahap aku kena berlakon jd monster buat suara garau atau menjerit semata nak takutkan dia kalau tahap nakal dia terlampau over. ok ok, bukan emak yang baik buat macamtu, aku tahu.
aku pernah marah dia sebab pusingkan kepala adik smpai 360 darjah. dia undur ke belakang,peluk tubuh, bibir muncung, dengan suara tersekat sekat , dia tanya aku,
"ami tak sayang kakakke?... kakak sayangggg ami,.. kenapa marah kakak?".- air mata laju .
zasssssssssssssssssss! nak jatuh jantung dengar anak tanya aku macamtu. tak sedar anak dah pandai main emosi. sedih mak.
mulai hari itu aku main pendekatan lain kalau nk hukum dia. bukan melalui penderaan fizikal atau emosi. aku dengan suami pasang strategi lain.
dan ada suatu hari aku terrrmerajuk dengan suami entah kes kecil. senyap sepi. patutnya kalau kami sekeluarga lepak-lepak atas katil seloroh sepanjang masa. aku senyap membatu. dan adele mencelah.
"Didi,didi sayang ami tak? kenapa didi tak sayang ami.?" 3 kali soalan dengan nada paksa.
aku dan suami tersentak, anak kecil 2 tahun ini paham perasan aku walau hanya dari body language.
aku dengan suami entah nak menyorok muka macamana masa tu.cover perasaan terus ketawa.
"sayanggggggggggggggggg.didi mestilah sayang ami.", jawab suami keras. ahaha.
benarlah kata orang anak pengikat kasih sayang. eh tetiba.

Monday, August 17, 2015
Masa duduk di ladang estet masa zaman kecil dulu, rumah kami dibekalkan pembantu rumah yang membersih luar halaman dan mengemas setiap hari walau emak seorang surirumah.
Auntie Wali. Wanita India yang rajin peramah dan paling pembersih. longkang kami tak pernah bersampah, apatah lagi kelihatan jentik-jentik. seharian dengan emak menolong kemas itu ini, bersembang gelak ketawa, bercucuk tanam, penaman emak kala seorang di rumah. sampailah ke makan minum tak pernah lupa dijamu emak.
Hari raya dan Deepavali saling kunjung mengunjung. bertukar juadah. kehidupan kami di estet tidak memandang kasta. Semua kawan baik emak.Walau dulu kami juga pernah berjiran dengan penembak babi hutan. Uncle Bala. Sebelum dia bawa pulang babi hutan hasil memburu, dia akan beritahu akan bawa balik si babi dalam waktu-waktu tertentu. dia maklum dahulu, hormati jiran beragama Islam. ah puas sudah aku tengok babi hutan masa kecil.
Sehinggalah kami berpindah keluar dari kawasan pedalaman yang lebih kurang puluh tahun emak dan arwah babah menghuni. Diketemukan kembali dengan Auntie Wali selepas 7 tahun terpisah. gembira bukan main kepalang si emak bila dapat tahu Auntie Wali pencen dan kebetulan beli rumah berdekatan dengan kami. Auntie Wali pencen dan kurang sihat. Suami kaki botol. Harapkan duit Socso tiap bulan buat sara keluarga. Sedih pula aku dengar rintahan dia masa mula-mula jumpa semula.
Emak cuba tolong auntie. aku minta dia kemas rumah bersihkan rumah emak sebulan sekali atau tiap 2 minggu sekali. tengok pada keadaan kesihatan dia. Harap cukuplah lepas sikit beban belanja dia sekeluarga.
Tahun ini,seperti sebelum- sebelum Hari Raya tiba Auntie Walilah harapan aku menlong emak menyiap semua menghias rumah bagai. Tapi kali ini dia tak dapat kemaskan rumah tak sihat akibat penyakit tiga serangkai dan baru-baru ini kena serangan jantung pula. dia hantar wakil anak menantu yang serupa rajin sama, Bersih.
Hari Raya tiba. Dan seperti kebiasaan jemputan buat Auntie Wali sekluarga. Awal pagi emak sudah menyiap semua makanan. menelefon anak menantu berjanji pukul 11 pagi sebelum makan tengahari.
sehingga jam 1 dia menunggu.Auntie Wali tak kunjung tiba. Panggilan dijawab anak menantu,
"Makcik maafkan saya tak dapat datang emak baru meninggal."
Meraung emak. aku terkedu emak menangis menatap juadah raya buat rakan baik dia yang berlainan bangsa. Dalam bulan syawal yang mulia, emak menangis untuk kawan baik yang bukan bangsanya sendiri dan pergi memberi penghormatan terakhir melihat auntie wali. 2 hari emak murung.
aku coretkan perihal emak dan Auntie Wali untuk aku dan juga anak-anak aku atau untuk kamu kerna mungkin dalam masa 5 atau 10 tahun lagi kita masih ada lagi perasaan sayang menyayangi sesama kita walau berlainan bangsa atau masih peduli lagi.
Entah perpaduan wujud lagi atau tidak.

Wednesday, June 24, 2015
20 Jun
Dalam satu ruang dan dalam keadan yg sama.
20 Jun 2012.
Tertulis sebagai anak yatim untuk aku. Baru mula meyulam kasih, masih panas dengan cinta, baru sebulan berumahtangga pada masa itu.
Aku lupa si pewali. Walau dalam masa sebulan bagi aku sekejap, entah bagi arwah babah mungkin lama merindu aku,. Aku alpa sekejap menjenguk,bertanya khabar, aku ambil sambil lewa. Risau hatinya bukan main kepalang melebih emak, iyelah anak tak boleh harap mengurus rumahtangga entah mcmna si keras kepala ini melayan suami.
Ditambah dengan kerjaya di tempat kerja baru. Aku terlampau fokus mencintai karier aku dari bujang hingga beralih ke tempat kerja baru. Cuti masih banyak berbaki. Yang mana sekarang cita2 bergelar wartawan boleh aku persetankan.
Hari-hari hubungi aku. 'Dah masak untuk suami? Dah lupa abah nampak?iyelah orang dah ada suami' , seloroh arwah kali terakhir dalam perbualan telefon.
Sepertimana yg pernah aku coretkan 3 tahun lps di sini, arwah merajuk aku tak hubungi dia, aku terus ke Cherating berbulan madu, .. balik dari sana abah jatuh sakit. Stroke,tak boleh melihat dan bercakap tak sampai seminggu.
Hingga akhir hayat.
20 Jun 2015.
Aku yg masih lagi sibuk mengurus rumahtangga. Bila anak bertambah,masa makin singkat. Mendapat suami yg komited bekerja mencari rezeki tak mengira cuti. Tak kurangnya aku.
Abah tak sihat 2 minggu lepas. Apakan daya jenis orang tua yg keras kepala tak mahu menyusahkan anak - anak. Nak menyendiri,susah senang makan pakai dia mahu berdikari sejak berpisah dengan ibu mertua lebih 5tahun lalu. Rasa selesa jenis orang tua dia saja tahu katanya.
Kami dalam proses untuk duduk dalam sebuah rumah yg selesa. Sudah aku siapkan lakaran untuk bilik khas abah. Sudah diniatkan suami nak ambil pembantu bantu kami mngurus abah. 'Ok,banteh dah pindah nanti abah ikut'.
Janji tinggal janji.tiap kali anak anak menjenguk, alasan demi alasan berkeras tak mahu tinggal dengan anak anak.
Walaupun seorang ayah mertua yg bukan darah daging aku, sudah aku sama ratakan sepertimana kasih syg aku kepada babah. Semua ayah adalah terbaik di mata aku. Sama kasih sygnya berdsar pengorbanannya , selagi kau bergelar ayah.
Sepertimana tahun-tahun yg lepas, ulangtahun perkahwinan kami raikan dengan percutian. Kami memilih untuk tahun yg ke 3 ini bercuti di Cherating semula.mengimbau kenangan berbulan madu bersama. Pulang dari Cherating, satu set lengkap sekeluarga demam. Tunda hari yg sepatutnya ketemu abah.
Sampai hari yg sepatutnya,suami hubungi abah. Dari pagi tak berjawab.aku siapkan tempat tidur abah,rapikan rumah,dan hubungi restoren untuk tempahan makan malam sempena hari bapa. Seprais mungkin dari aku untuk suami dan ayah mertua.
Tak sempat. Allah lebih sygkan abah dan memilih abah untuk ada bersamaNya dalam bulan Ramadhan yg penuh mulia ini. Kesorangan tenang pergi dalam keadaan duduk. Hampir rebah suami, hancur luluh hati tak kuat dia melihat abah bila buka pintu rumah tak disapa abah lagi.
Kami redha.terima kasih Allah. Kau masih mengingatkan kami,dan memilih kami. Ampunkan dosa kami andai kami tidak dapat membahagiakan kedua ibu bapa kami.
'Jaga anak-anak baik-baik nak., dah besar bagus budak budak ni. Abah sayang cucu-cucu abah yang ini.kau menantu yang abah sayang nak.'
Terngiang ungkapan abah pada aku,walau berloghatkan pekat negeri sembilan, aku terkesan dan paham. Ingatan ini saja yg aku guna untuk menyedapkan hati bila saitan berbisik menuduh aku dan suami ralat.
'Atuk tak ada, atuk pegi jumpa Allah kejaplah.' Si kecil penyeri tangis.
Cherating, 20 jun dan aku kehilangan seorang lagi abah.
20 jun 2012 -Abd Kadir bin Hormuzullah
20 jun 2015 -M Nazri bin Omar.
Al-fatihah.

Tuesday, June 2, 2015
Adele, anak aku yang sulung-(ye sudah dua orang anak.) sudah pandai berimiginasi. kejap kejap ambil anak patung dan suakan ke tetek. "syhh jangan nangis mama ada."
kadang ketawa kadang geram bila aksi aku menjadi emak emak dilakonkan semula oleh anak.
sejak akhir-akhir ni, bila malam menjerit-jerit tengok kelibat langsir.momok!! momok!! sampai 2, 3 pagi menangis , pujuk dan heret nak tidur di ruang tamu.
suami pujuk,- 'kakak, kenapa kakak nangis? ada apa dekat langsir tu?'
adele- "ada momokkkkkkkk!'(jerit)
suami- 'macamana rupa momok tu?'
adele- 'wuarggggggggggggh! wuaarghh! (besarkan besarkan mulut buat aksi vampire)
macam mummy.
suami- "errk, ok,ok."
aku perhatikan saja dua beranak tu dari jauh.
K!

kalau diterbangkan balik dalam tempoh 15 tahun lepas yang mana angan-angan menjadi seorang isteri- bangun pagi, ikatkan tali leher suami, sediakan sarapan pagi-ada fresh orange & susu (walau tak minum susu). semua itulah yang dimomokkan oleh drama-drama kekeluargaan atau percintaan pada aku.
ada lagi,- bangunkana anak2 siapkan ke sekolah, sisir rambut rapi-rapi dan lambai anak naik bas sekolah. tapi wajah tetap maintain jadi emak emak paling cantik..
haih indahnya fantasi.
,................. ouch, darah mengalir jari terhiris pisau.
6.00 pagi.
teruskan memotong sandwich buat bekalan suami.sayup-sayup dengar anak yang kecil sekali uwek uwek mahu upah susu. terkejar kejar siapkan baju kerja suami, sambil tangan capai tuala untuk mandi- dengan bekalan mental yang tinggi sudah siap sedia hadapi kesesakan trafik.
alah bisa tegal biasa.
itulah fantasi dan realiti.
Friday, January 9, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)