Wednesday, June 24, 2015

20 Jun

Dalam satu ruang dan dalam keadan yg sama.

20 Jun 2012.


Tertulis sebagai anak yatim untuk aku. Baru mula meyulam kasih, masih panas dengan cinta, baru sebulan berumahtangga pada masa itu. 


Aku lupa si pewali. Walau dalam masa sebulan bagi aku sekejap, entah bagi arwah babah mungkin lama merindu aku,. Aku alpa sekejap menjenguk,bertanya khabar, aku ambil sambil lewa. Risau hatinya bukan main kepalang melebih emak, iyelah anak tak boleh harap mengurus rumahtangga entah mcmna si keras kepala ini melayan suami.


Ditambah dengan kerjaya di tempat kerja baru. Aku terlampau fokus mencintai karier aku dari bujang hingga beralih ke tempat kerja baru. Cuti masih banyak berbaki. Yang mana sekarang cita2 bergelar wartawan boleh aku persetankan.


Hari-hari hubungi aku. 'Dah masak untuk suami? Dah lupa abah nampak?iyelah orang dah ada suami' , seloroh arwah kali terakhir dalam perbualan telefon.


Sepertimana yg pernah aku coretkan 3 tahun lps di sini, arwah merajuk aku tak hubungi dia, aku terus ke Cherating berbulan madu, .. balik dari sana abah jatuh sakit. Stroke,tak boleh melihat dan bercakap tak sampai seminggu.


Hingga akhir hayat.


20 Jun 2015.


Aku yg masih lagi sibuk mengurus rumahtangga. Bila anak bertambah,masa makin singkat. Mendapat suami yg komited bekerja mencari rezeki tak mengira cuti. Tak kurangnya aku.


Abah tak sihat 2 minggu lepas. Apakan daya jenis orang tua yg keras kepala tak mahu menyusahkan anak - anak. Nak menyendiri,susah senang makan pakai dia mahu berdikari sejak berpisah dengan ibu mertua lebih 5tahun lalu. Rasa selesa jenis orang tua dia saja tahu katanya.


Kami dalam proses untuk duduk dalam sebuah rumah yg selesa. Sudah aku siapkan lakaran untuk bilik khas abah. Sudah diniatkan suami nak ambil pembantu bantu kami mngurus abah. 'Ok,banteh dah pindah nanti abah ikut'. 


Janji tinggal janji.tiap kali anak anak menjenguk, alasan demi alasan berkeras tak mahu tinggal dengan anak anak.


Walaupun seorang ayah mertua yg bukan darah daging aku, sudah aku sama ratakan sepertimana kasih syg aku kepada babah. Semua ayah adalah terbaik di mata aku. Sama kasih sygnya berdsar pengorbanannya , selagi kau bergelar ayah.


Sepertimana tahun-tahun yg lepas, ulangtahun perkahwinan kami raikan dengan percutian. Kami memilih untuk tahun yg ke 3 ini bercuti di Cherating semula.mengimbau kenangan berbulan madu bersama. Pulang dari Cherating, satu set lengkap sekeluarga demam. Tunda hari yg sepatutnya ketemu abah.


Sampai hari yg sepatutnya,suami hubungi abah. Dari pagi tak berjawab.aku siapkan tempat tidur abah,rapikan rumah,dan hubungi restoren untuk tempahan makan malam sempena hari bapa. Seprais mungkin dari aku untuk suami dan ayah mertua.


Tak sempat. Allah lebih sygkan abah dan memilih abah untuk ada bersamaNya dalam bulan Ramadhan yg penuh mulia ini. Kesorangan tenang pergi dalam keadaan duduk. Hampir rebah suami, hancur luluh hati tak kuat dia melihat abah bila buka pintu rumah tak disapa abah lagi.



Kami redha.terima kasih Allah. Kau masih mengingatkan kami,dan memilih kami. Ampunkan dosa kami andai kami tidak dapat membahagiakan kedua ibu bapa kami. 


'Jaga anak-anak baik-baik nak., dah besar bagus budak budak ni. Abah sayang cucu-cucu abah yang ini.kau menantu yang abah sayang nak.' 


Terngiang ungkapan abah pada aku,walau berloghatkan pekat negeri sembilan, aku terkesan dan paham. Ingatan ini saja yg aku guna untuk menyedapkan hati bila saitan berbisik menuduh aku dan suami ralat.


'Atuk tak ada, atuk pegi jumpa Allah kejaplah.' Si kecil penyeri tangis.




Cherating, 20 jun dan aku kehilangan seorang lagi abah. 



20 jun 2012 -Abd Kadir bin Hormuzullah


20 jun 2015 -M Nazri bin Omar.


Al-fatihah.

1 comment:

Anonymous said...

:( semoga allah menempatkan mereka dikalangan kekasih kekasih allah.ameen