Tuesday, May 31, 2011

nak bebel macam mak-mak

dulu masa dekat asrama,makanan ruji selain nasi dan roti keras adalah manggi atau nama yang lebih tepat dan betul adalah mee segera. setiap sorang kalau tengok dalam loker manggi mesti dan kene ada paling tak kurang 1 pek atau 2 pek besa. kalau tak ada memang tak in langsunglah jadi budak hostel masa tu. dan rugi takda kenangan nak cerita dekat anak masak manggi dalam baldi. budak asrama makan manggi selain proses tumbesaran adalah kerana buruk lantak. dah sarapan pagi,makan tengahari,minum petang,makan malam,supper.dan tengah-tengah malam masih lagi makan manggi. kalau menu dewan makan tak berapa nak jiwa,,manggi mmg laris dekat koop.(koperasi sekolah). dan paling tidak yang ade 2 ,3 pek besar manggi jana pendapatan bukak kedai runcit dalam dorm.

bila dekat u, manggi masih punya follower yang ramai.lagi-lagi bagi yang dah pokai guna ptptn beli handphone baru. selain tu yang rajin menyiapkan artwork dan asgmnt last minit jugak perlukan stamina dengan makan manggi di tengah-tengah malam hari. yang tinggal dekat rumah sewa masa ni sardin dalam tin menu paling sedap.

zaman manggi & sardin mampu milik.

ok,cuba pergi mapley dan order maggie goreng biasa sekarang. harga rm3.50-4.00. atau pergi kedai beli sebungkus mee segera apa-apa jenama. harga sepeket rm1+++. atau sebungkus mencecah rm5. jgn lupa tgk ikan sardin dalam tin,yg kecik harga berapa.mesti dah taknak tengok harga tin yang besar.

dan kini sekarang manggi bukanlah satu makanan mampu milik di malaysia. siapa makan manggi dan juga sardin dalam tin bukan lagi miskin tegar.

jadi makanan apakah yang tinggal untuk orang yang miskin tegar zaman sekarang ni ?



Tuesday, May 24, 2011

Ikea,.Meatball dan karipap


sayur adalah kategori makanan yang tak kool. sayur sawi lagilah benci benci benci. carrot benci benci sayang,bolehla jugak telan. selain sayur, daging lembu jugak salah satu makanan yang tak boleh diterima .faktor bau. ah dah lali kalau kate aku dr keturunan mereka yang diharamkan makan daging lembu.yang peliknya daging kisar macam burger atau IKEA meatball boleh pulak makan. bau lembu tak melampau-lampau mungkin.

semalam ke ikea. kalau sapa-sapa ke ikea,meatball dan karipap, diibarat macam aur dengan tebing. atau air dicincang tidak akan putus. dan dua-dua kedai tutup. "ditutup sementara waktu untuk proses samak". samak?samak?samak?

hai ikea.awak adalah seorang yang berbakat besar dalam mendesign tapi awak juga bodoh kan.tak sangkalah. awak pun buat saya rasa bodoh sekali.


demmm! mana-mana kedai pantang nampak melayu ramai makan, "ok mesti halal."konon tak was-waslah.

kembang tekak.kembang perut dah.nak mencarut pon tak guna.salah sendiri.

sekarang dah tahu,patutlah boleh makan meatball dekat ikea sebab tak berbau "lembu."

ikea,meatball dan karipap,........... bukan lagi bagai aur dengan tebing tapi nasi sudah menjadi bubur.


:: jakim keluarkanlah papan tanda TIDAK HALAL pulak.pleas.

Thursday, May 19, 2011

penakut

lepas habis kelas memasak lekas-lekas ke shah alam naik komuter.
sampai di stesen padang jawa disambut dengan muka pelik.
"kenapa muka u beminyak sangat ni."
dalam hati nak jawab minyak masak tertumpah.
" u pegi basuh muka dulu okay."
usai membasuh muka,cari bedak.dem.aku mana pernah bawak bedak dalam beg.ntah dah expired kot compact powder kat rumah. selalunya pun bedak baby johnsons yg ibu-ibu letak dekat pungkok baby tu lah aku pakai.

tanpa bedak,melilit tudung.

perjalanan di sambung ke jaya jusco bukit tinggi.
tanpa bedak terdekah-dekah tengok cerita kongsi walau plot ceritanya tunggang tebalik.
tanpa bedak jugak singgah makan di sunway millenium. lalu terpandang di satu sudut kelihatan seorang gadis yang berbedak kapur masam mencuka dimarahi kekasih mungkin,lalu menangis.habis bedak kapur membasahi pipi masuk ke dalam air fresh orangenye.

tanpa bedak aku kembali gelak-gelak riang sambil menyental hidangan malam.

dan tanpa bedak juga aku berfikir bagaimana lagi "kesempurnaan" seorang perempuan dinilai.


ahh,,rumit.






cinta tak sampai

ramai yg tak berupdate blog sebab sibuk dgn facebook. kalau kita tgk dlm facebook dah boleh cerita mcm2 hal. yg update status 1 jam satu, check in makan ,bersiar-siar dgn siapa,di mana. atau album-album gambar bertajuk yang lebih 4roll filem aku rasa kalau takada zaman kamera digital. tak payah nak menulis bagai di blog,, fb boleh menceritakan semuanya.gitu.

yang baru nak berjinak pun apa kurangnya.tak terlambat buka akaun add orang dan target nak kalahkan lisa surihani. kawan-kawan yang tak ada mutual friend ni aku malas sikit nak terima. memang sombong pon. 2 hari lepas terima seorang kawan yang ada mutual friend bepuluh orang. mmg menyampahlah kalau awak ada akaun facebook tapi awak letak muka lisa atau anuar zain atau muka doremon. menyesal pon ade terima jadi kawan.dgn ltk nickname yang konon kiut miut.menyampah taw. terpaksalah godek menggodek nak cari jugak gambar sebenar dan bila dah jumpa,Oh My Gucci! bepeluh.

awak adalah seseorang yang pernah bagi surat cinta kepada saya semasa di zaman kecil.dan kejadian itu berlaku semasa kita di tahun 5. dan saya memang tak sukakan awak yang comot dan kuat berhingus.tapi macam suitlah teringat balik bila dh besar mcm gajah ni. kandungan surat cinta yg bertulis "saya suka awak,nanti jumpa dekat playground pukul 6 ye.yang benar,.. cinta." bukan takat tak sempat balas tak sempat nak berniat untuk balas pun,sebab jaja seorang rakan karib dan jugak kembar semasa kecil baca surat tu depan kedua orang tua saya di dalam kereta semasa pulang dari sekolah dgn sekuat-kuat hati die tanpa mempedulikan keblushingan pipi saya ketika itu.dan peha saya pon menjadi kemerah-merahan jugak lepas kene cubit dengan mak. maaflah tak tahu itu adalah hari terakhir awak sebelum berpindah sekolah.

dalam ruangan chat,dia tegur,. "hai. sampai hati tak datang dan balas surat cinta saya dulu.penat saya tunggu awak smpai maghrib."

sambil gigit jari aku jawab,. "comelnya anak-anak awak kan."



TAMAT.

Monday, May 16, 2011

hadiah hari ibu bapak



Gelaran menjadi kamben hitam atau kucen hitam di dalam sebuah keluarga tidak bermakna anda teruk dan gagal buat selama-lamanya. Walau saya sering digelar sebegitu suatu masa dulu kader baba sering ingatkn saya jadilah kamben hitam yang berjaya. Bahaahahaaha. Berjayalah sangat.
Eh kalau kita amik ijazah tu dh kira berjayalah.berjaya mengharung kerja-kerja sekolah, tak payah dh nak pegi kelas-kelas yg bosan mcm history of art,drawing class,advert class,presentation dan kira berjayalah habeskan tesis yang pastinya meragut kegeembiraan dan keseronokan bila di sem akhir.

kader baba kata pendidikan mesti no 1 tak kira kau nak jadi apa,belajar dekat mana.yang penting ada halatuju masing-masing.setiap sorg kene pilih apa yang kau minat then pegi belajar. sah2 sume benda aku tak minat.aku penah merajuk dan lari dari rumah sebab taknak sambung belajar tahu. alhamdulillah selepas 6 purnama bertapa dan mendapat petunjuk aku patuh menerima arahan.walau abg yg sulung saja yang punya masalah kesihatan(masalah iq yang terlampau luar biasa) kegembiraan ini utk kau jugak .kau adalah guru tusyen sains,sastera dan english kami :)

bukan kader baba dgn mak je yg senang hati,aku dgn abang2 yg lain pon tumpang gembira dah tak payah nak bank in duit kat kau lagi dik .yahoo.
Terima kasih ya tuhan,,walau mata abah dah tinggal 1 masih sempat tgk kami semua habis belajar :( syukur sgt2.

Beratur ikut tinggi pleas.terbuat muka kakak mithali dan juga anak solehah.mcm nk tampa je.Adik badik lain mmg tak syg kau hahaha.sibuk mencari rejeki yg
halal.
Aku ni anak angkat atau kau adik angkat,,ah muka kau yg tak pan asia langsung.

“Kau pegi ckp dkt lecturer kau aku ni dh umo 27 tahun.sukehati mrh2 aku suh beratur masa amik jubah huh.tak payah nak mention aku ni nmpak muda dr kau.”

“kau nk kene tampa dgn aku ker kak? Ddk sana diam2
menyampah semua ty kau ni adik aku.dasar ketot"


"Ok fine! terpaksa jadi gadis penjual bunga."

Ketiak aku dh belecah menyempatla kader baba nak buat lawak kan

ini senap yg ke 4 gegorr dari babah.

ye mmg ketot.so ade masalah?

Cap ibu dan anak.


nak jugak. Sukela tu.

Tak sia-sia kau conteng 1 bilik tanda protes taknak pegi sekolah perempuan masa form1 dululah gemok.ahaha. tapi mcm sedeyh kalau kau terima offer keje dkt Qatar tu :( apa2pun congrates sistah! & We love u mak n babah. Terima kasih atas segalanya. Ini adalah hadiah hari ibu dan bapak dari kami buat selamanya.

*tiba-tiba,lagu ayah dan ibu sudirman ~.

Tuesday, May 10, 2011