Thursday, May 19, 2011

cinta tak sampai

ramai yg tak berupdate blog sebab sibuk dgn facebook. kalau kita tgk dlm facebook dah boleh cerita mcm2 hal. yg update status 1 jam satu, check in makan ,bersiar-siar dgn siapa,di mana. atau album-album gambar bertajuk yang lebih 4roll filem aku rasa kalau takada zaman kamera digital. tak payah nak menulis bagai di blog,, fb boleh menceritakan semuanya.gitu.

yang baru nak berjinak pun apa kurangnya.tak terlambat buka akaun add orang dan target nak kalahkan lisa surihani. kawan-kawan yang tak ada mutual friend ni aku malas sikit nak terima. memang sombong pon. 2 hari lepas terima seorang kawan yang ada mutual friend bepuluh orang. mmg menyampahlah kalau awak ada akaun facebook tapi awak letak muka lisa atau anuar zain atau muka doremon. menyesal pon ade terima jadi kawan.dgn ltk nickname yang konon kiut miut.menyampah taw. terpaksalah godek menggodek nak cari jugak gambar sebenar dan bila dah jumpa,Oh My Gucci! bepeluh.

awak adalah seseorang yang pernah bagi surat cinta kepada saya semasa di zaman kecil.dan kejadian itu berlaku semasa kita di tahun 5. dan saya memang tak sukakan awak yang comot dan kuat berhingus.tapi macam suitlah teringat balik bila dh besar mcm gajah ni. kandungan surat cinta yg bertulis "saya suka awak,nanti jumpa dekat playground pukul 6 ye.yang benar,.. cinta." bukan takat tak sempat balas tak sempat nak berniat untuk balas pun,sebab jaja seorang rakan karib dan jugak kembar semasa kecil baca surat tu depan kedua orang tua saya di dalam kereta semasa pulang dari sekolah dgn sekuat-kuat hati die tanpa mempedulikan keblushingan pipi saya ketika itu.dan peha saya pon menjadi kemerah-merahan jugak lepas kene cubit dengan mak. maaflah tak tahu itu adalah hari terakhir awak sebelum berpindah sekolah.

dalam ruangan chat,dia tegur,. "hai. sampai hati tak datang dan balas surat cinta saya dulu.penat saya tunggu awak smpai maghrib."

sambil gigit jari aku jawab,. "comelnya anak-anak awak kan."



TAMAT.

No comments: