Tuesday, May 31, 2011

nak bebel macam mak-mak

dulu masa dekat asrama,makanan ruji selain nasi dan roti keras adalah manggi atau nama yang lebih tepat dan betul adalah mee segera. setiap sorang kalau tengok dalam loker manggi mesti dan kene ada paling tak kurang 1 pek atau 2 pek besa. kalau tak ada memang tak in langsunglah jadi budak hostel masa tu. dan rugi takda kenangan nak cerita dekat anak masak manggi dalam baldi. budak asrama makan manggi selain proses tumbesaran adalah kerana buruk lantak. dah sarapan pagi,makan tengahari,minum petang,makan malam,supper.dan tengah-tengah malam masih lagi makan manggi. kalau menu dewan makan tak berapa nak jiwa,,manggi mmg laris dekat koop.(koperasi sekolah). dan paling tidak yang ade 2 ,3 pek besar manggi jana pendapatan bukak kedai runcit dalam dorm.

bila dekat u, manggi masih punya follower yang ramai.lagi-lagi bagi yang dah pokai guna ptptn beli handphone baru. selain tu yang rajin menyiapkan artwork dan asgmnt last minit jugak perlukan stamina dengan makan manggi di tengah-tengah malam hari. yang tinggal dekat rumah sewa masa ni sardin dalam tin menu paling sedap.

zaman manggi & sardin mampu milik.

ok,cuba pergi mapley dan order maggie goreng biasa sekarang. harga rm3.50-4.00. atau pergi kedai beli sebungkus mee segera apa-apa jenama. harga sepeket rm1+++. atau sebungkus mencecah rm5. jgn lupa tgk ikan sardin dalam tin,yg kecik harga berapa.mesti dah taknak tengok harga tin yang besar.

dan kini sekarang manggi bukanlah satu makanan mampu milik di malaysia. siapa makan manggi dan juga sardin dalam tin bukan lagi miskin tegar.

jadi makanan apakah yang tinggal untuk orang yang miskin tegar zaman sekarang ni ?



2 comments:

Aloy Paradoks said...

eleh, nak persoalkan kerajaan la tu konon......

fareezan said...

aloy: hoi.aku tawla ko org kaya pengarah filem low bajet.