Wednesday, July 27, 2011
Monday, July 25, 2011
dah jadi mak-mak dan abah-abah
hey hey dengan ini mempersembahkan.........
amber batrisya hanis.puan intangemok&zaidi yang punya.
zara medina. puan amelia abu bakar &azlisan yang punya.
ayris danisha.tuan azmirul farez&azrina yang punya.
kemain nama budak-budak sekarang.nak hafal pun payah.lambat kawen lambat dapat anak dah abes semua nama cantek dan indah-indah korang kebas.haha. congrates rakan sesengalku di atas kelahiran orang baru yang bukan main comel lagi.tsk tsk tsk tsk dah berjaya dapat anak dah pun. dan
yang ini masih lagi ............. tsk tsk tsk. menumpang kasih anak orang lebih baik dari menumpang kasih kekasih orang atau suami orang.bye.
mari kita raikan dengan daun saderi!
ini adalah percobaan pertama.*berpeloh
mcm biasa. nenek-nenek yang posing lebeyh.nasib bayi yang baru lahir tak boleh bercakap.
cuba merakam photo seakan keluarga salleh yaakob.
syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dan kurniakan zuriat yang paling comel berbanding ibu bapanya.bahahahahaha. selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa.dan aku adalah orang yang palingggggggggg gembira :) dengan itu aku mohon doa kalian untuk bahagian aku pula :)
*menangisi kegembiraan.dan aku adalah seorang makcik tua yg emo. bye!
Friday, July 22, 2011
hey
Keikhlasan dan kejujuran bukan lagi jaminan dalam mana-mana ikatan.Prinsip persahabatan yang didasari keikhlasan dan kasih sayang, akan melahirkan keabadian dalam ikatan.
Cinta hanya untuk saling melengkapi. kejujuran dan kesetiaan sulit untuk diekspresikan dengan kata-kata.Kasih sayang itu sederhana. tetapi cinta itu adalah kebijaksanaan dari setiap kebaikan,satu-satunya kehangatan, dan juga kedamaian.
tapi kejujuran tidak pernah merugikan.
anissa,cerita kau mmg semat.tak klise sangat macam cerita melayu yang suka duduk dekat kerusi CEO memanjang dan rebut-rebut tender.goda-goda bos.datin-datin berjambul yang annoying.
tapi bulu mata semasa tidur dan high heels semasa mengandung macam tak sesuai :P
Thursday, July 21, 2011
Penjara janji
ok sekarang dah boleh cerita pernah masuk kawasan penjara.dan jakun sangat.
tapi tak puas hati sebab ini penjara baru.bukan penjara tahanan yang besar tu. tapi takpe selagi bersama kementerian dalam negeri pasti boleh masuk penjara lagi kalau ada event. "kita dh kenal nak masuk penjara hari-hari pun boleh" . itu adalah dialog PR Jabatan Penjara bukan banduan penjara.
ini abang kameraman bukan abang banduan.
actually penjara ni dipanggil pusat pemulihan pemasyarakatan di kem batu 10 kuantan.banduan yang masuk dekat sini ada baki lagi 2 tahun nak dibebaskan dan terpilih.kira macam feveret banduanlah :P jadi inilah masanya untuk beri dorang keyakinan diri dan bergaul dengan masyarakat. mereka tak dipanggil banduan tapi "orang yang diselia,ODS." mereka buat kerja kemasyarakatan macam gotong-royong,potong rumput,dan kerja-kerja lain di luar pusat ni. dan dibayar gaji. yelah kalau takada pusat macam ni tak biasakan diri dengan masyarakat mestilah susah mereka nak hidup bila keluar nanti.
tercari-cari jugak cikgu zakiah,daim dan cikgu ripin.aha.ok sebenarnya cerita juvana takada kene mengena dengan jabatan penjara dan bukan macam tu kehidupan sebenarnya dekat penjara. agak marahlah orang-orang penjara dorang kene hentam sebab cerita juvana yang best tu.makan pakai tempat tidur semua dijaga. seingat aku dulu parent aku pernah sediakan makanan untuk orang-orang dalam penjara setiap hari. hey makan mewah ok. bukannya ikan masin. paling koman pon ikan jaket.
ha tunggu apa lagi? penyimbah asid baik awak serah diri masuk dalam penjara hidup terjamin tahu. ayam masak kari pakej papadom dan air sirap pun ada.
sumpah takut masa mula-mula masuk.before masuk memang ada taklimat keselamatan lagi-lagi kaum wanita. masuk je dalam mata dorang tak lepas-lepas usha atas bawah atas bawah..takut! dah lama tak jumpa dan tak dapat perempuan. gulp!
tapi bila sesi int bedeba deba deba jantungku lagi-lagi ber eye contact. dan sebenarnya terus jadi tak takut dan sedeyh dan nak menangis. lagi-lagi yang tua macam baya kader baba,,macam baya atok-atok. dengar rintihan sesalan dorang je dah tertusuk di qalbu. kasihan.
semoga dosa mereka diampunkan dan berjaya buka lembaran kehidupan yang baru.
"ah sesuai nyah kau pakai baju belang banduan antarabangsa gitu,"ujar seorang repoter pondan.
Monday, July 18, 2011
jombori pengakap ke gunung nuang
ini adalah buat kali pertama selepas tingkatan 5 pergi mendaki.eh tipu.kali ke 2 selepas broga yang macam jahanam. jangan harap aku nk ke broga lagi semata2 ambil gamba naik buaian angkawasan,gmbar lompat atas batu, gambar lalang,..ah cukuplah dengan tahan berak turun naik broga. broga kau bukan dihati. yang benar-benar dihati adalah gunung nuang sekarang ni.
sham & yem kaki gunung
gunung daik bercabang tiga gunung nuang jalannya rata.ewah.itu yang suka tewwww.ah.suka tak sukalah 3jam nak smpai kem lolo. walau pada awalnya diperdayakan oleh yem,,si guider terhebat. dah gerak baru dia kata 4jam naik ke atas.dem.
dahlah 3 jam sesak nafas dengan jalan raya.3jam dari batu 9 langat nak ke nuang. 3jam tu dah penat mencarut dekat orang-orang bersih. rasa macam nak tumbuk je perut ambiga masa nih sebab dia roadblock jadah.
get ready.mengambil kesempatan beronok ronok ronok dulu.disebabkan amy tak boleh pergi terpaksalah mengagahkan diri menjadi lelaki.
nampak tak ketinggian tu? hey hey i kata ketinggian gununglah!
dan masa ni nak senyum pon tak larat. al mklumlah pegi secara mengejut warm up pon tak. tekezutlah kesemua organ dalaman kena bekerja keras.
sebenarnya taklah mendaki sangat..jalan mendatar dan berbukit-bukit..setiap tempat ada cekpoint. bila dah smpai ke cekpoint ke 6 kira dh nak smpailah ke kem lolo.
sandal kickers yang pelbagai guna.naik dan turun dgn selamat. disebabkan ingat camping ala-ala pengakap tahun 6 pakai pun ala-ala bruno mars tetapi ini adalah hiking.hiking hiking guna sandal tanpa melecet u rawk kickers! :P
tapi salah seorang peserta terkena sengatan dari kayu arang.ahah aha aha ahaha ahaha. nasib keadaan terkawal dan takda siapa yang berpatah balik turun. pfft! gila ka hapa nk turun balik. tak kira teruskan jugak!
dari cekpoint 6 penderitaan bermula. sesi panjat memanjat.pesanan dari yem jalan terus tengok laluan jalan .jangan pandang depan dan kiri kanan khuatir akan memudaratkan mental bila tengok keadaan di hadapan.ok berjaya!alah 15 minit je.
kalau dah dekat ampangan ni kira dekat dah.
sudah dapat tapak, pasang flyers.takada khemah.ye takada khemah.tekalah tidur ke tak atau tidur mcmana.aha.rabak mata. sesi masak memasak dimulakan.
menu makan malam: nasi putih.air bandung cincau.ayam bakar dan daging burger.petai.kailan ikan masin.papadom.buah tembikai.duriansss. kesemua adalah dibawa dari bawah.can u imagine tembikai?4biji durian? di dalam 1 beg. ah yem kau mmg adalah lelaki gagah hebat.
menikmati suasana malam dan suasana di dalam hutan bukan semua orang selalu dapat rasa. seronok takut semua ada.tapi makhluk tuhan kan pelbagai buat apa nak takut kitakan 1 malaysia. pokok daun sungai burung katak cengkerik semut pacat makhluk halus kena anggap satu geng dan berjiran ok!dan mulut pasti akan ucap subhanallah subhanallah bila jumpa pokok daun benda pelik-pelik dan cantik-cantik.
contoh saya dan orang takada kepala.kiteww kool jewww.
siap breakfast mandi sungai memancing dan turun balik!turun memang laju.
sampai cekpoint 1 hujan lebat!berhenti masak manggie dan cari buluh buat tabung sebagai hadiah saguhati dan simpanan hari tua yayeed.haha
kalau tanya seronok penat atau letih.pastinya seronok! kali ni nak pergi lagi nk lagi nk lagi. selain latihan stamina hiking ni kita boleh tengok siapa yang manja,siapa yang kuat,sapa yang caring dan penyayang,.sapa yang rajin.dan disebabkan semua sifat terpuji sahaja yang nampak dekat mereka,,hiking 5x seminggu pon sanggup.harharhar. dah 2 minggu berlalu tapi bila jumpa tetap jadi bahan ketawa. kenangan sebelum tulang patah riuk dan jalan bongkok.
mulai dari 2minggu lepas i love hiking.dan sangat ajaib saya bebas asma yeayhh!
Friday, July 15, 2011
TGIF
bila jumaat mesti semua orang senyum-senyum.good mood.sindrom di pejabat aku kalau tak keluar asgmnt,jam 10 pagi mesti tgk cerekarama ulangan.masing-masing mngadap tv.yang lelaki memang bonuslah lepak makan sampai 3 4 petang lepas solat.muka ceria je masing-masing tengok jam tunggu pukul 6. dan kalau tak ke ikano aku sambung main angry bird sampai jam 6 petang.ah heaven.
kasihan orang-orang goment yang selalu dilabel.sebenanya tak banyak bezanya dgn tempat kerja aku ni. bezanya mesti jawab telefon pejabat walau lepas keluar lunch lama-lama,walau tengah main angry bird.
dan kenapa kalau jumaat makcik meja depan mesti dengar nasyid je.apalah nasib dan salah lagu nasyid di hari-hari biasa?ish ish. dan adakah aku perlu merasa kool atau bersalah mendengar musik dari gabba-gabba di hari jumaat yang penuh barakah dengan memakai jubah serba hitam. aku harap hukumnya tidak haram. ngeeeee~
enjoy your weekend peeps! (ayat klise jumaat.)
:8)
Friday, July 8, 2011
tak berapa nak bersih sangatlah
hai salam BERSIH BERSIH BERSIH BERSIH semua! makan roti canai pun nak cerita pasal bersih,pakai baju kelawo kuning pon orang kata bersih,nak berak pon pk pasal bersih,pegi dating pon nak cerita pasal bersih,tgk pembaca berita pon dah macam kaler kuning bersih.dan paling kesian paling runsing aku rasa orang kuning digi.
semua nak sibuk cerita pasal bersih sampai budak kecik 4 tahun pun boleh tanya,
"kenapa barbie ni pakai baju kuning,,eeii dia pakai baju BERSIH!"
yang melayu memang cepat terpengaruh. yang sokong bersih yang membangkang bersih. sama. sama-sama nak timbulkan huru-hara.emo berlebih kalau kata sokong.kalau tak sokong pun emo.
sebelum awak get ready nak berasak pegang kain rentang, pegang sepanduk, pegang belon, pegang bunga manggar besok,nak tanya,
dah daftar undi ke kak?bang?
berapa kali pernah balik mengundi?
aku tak daftar undi pun walau bapak sendiri pendaftar SPR. harharhar. media mana cuti time mengundi :P .boleh gaduh woooooo anak beranak sebab tak daftar undi.ok janji bln depan nak daftar undi.
kalau meniaga ayo dengan kacang kuda besok ni mesti kaya siot.
Thursday, July 7, 2011
gogogogogogogo
* gadget, senjata paling mudah untuk mengesan kecurangan lelaki.hahaha.go go go go gurls.
tapi gua tak penah cek pon. guna "instinct" je cukup. baru power!
tak kuasalah joyah oi.
Wednesday, July 6, 2011
apa pon tak boley
hidup sebagai orang bujang ni sebenarnya susah jugak. lagi-lagi anak dara bujang. yang andartu lain ceritalah.itu belum jadi janda lagi. duduk dalam kawasan perumahan yang berkeluarga nak pulak jenis orang-orang kaya.pandang i anak dara yang papa kedana sebelah mata je. kalau takat pandang tak apalah ini siap sound-sound siap jeling-jeling sambil peluk erat suami masing-masing.
dekat 4tahun pindah kawasan baru, akak sebelah kanan rumah tak pernah nak bertegur.dari anak sorang sampai 3 orang anak. jelingan maut je yang dapat.laki dia memang ramah tapi bila bini dia keluarkan biji mata terus pakai topeng raksasa. dengan maid dia skali kasi warning. tak heran sangatlah taste kami bukan yang gempal-gempal macam afdlin shauki. lainlah kalau jiran i tu aaron ajis.lain pulak kak ani sebelah rumah.perghh memang isteri mithali jaga penampailan untuk suami. sidai kain pun pakai gincu merah y'all.mula-mula nak jadikan kak ani idola dalam menambat hati suami tapi bila dah kene sound dengan anak dia terus macam nak kata kak ani adalah seorang badut. boooo.,,boooo badut! hal kucin berak dekat rumah pun nak ugut-ugut sampai nak bunuh kucin kiteorang. anak dia ni kategori bodoh-bodoh bangang walau amik medic dekat um. baru nak up jadi remaja paling hip malam-malam memekak test ekzos motor tengok ada keluar asap ke tak.
hal yang perlu dijaga ketika duduk di rumah bujang jangan bawak teman lelaki bersidai di depan rumah. itu adalah syarat di rumah bujang kami.tak kelaslah kalau bersidai lepas tu muka bofren kau mcm mat rempit.tapi suami kak ani salah faham. aku ni kerja mesti berpasangan.kalau ada asgmnt luar yang datang ambil dan hntar balik mestilah cameraman. kalau dekat company ada 6 orang cameraman seminggu gilir-gilir datang amik dan hanta walau tengah lewat malam habes kerja suami kak ani dan pakcik masjid ada anak ensem giler sah-sah anggap aku ni bohsia :( ah tercalar gelaran anak dara i taw. tsk tsk. lagi-lagi kalau muka camreman i ada macam mat rempit.
macam-macam sebenarnya.kita diam tak bercampur dengan orang pun salah nak bertegur sapa pun salah.pelik.
ah lagi pelik.bukan jiran-jiran je yang ganggu hidup keharmonian kami sebagai gadis bujang yang hot.hantu kak limah pun. hantu kak limah yang dulu datang lagi. kali kedua dia datang tarik dua kaki.kali ni aku tak buka mata malas nak cari pasal sebab dah tahu ayat kursi lagi power! power tak power jugaklah kalau semalam dia himpap diana sambil jerit-jerit manja dekat telinga.scaryyy yawwww!!hai kak limah tak puas hati kat bilik kami nampak?
nampaknya kena tidur dekat ruang tamu bawahlah sampai bulan puasa datang.
hantu pun tak puas hati,,ah sedih giler hidup.pfft
Tuesday, July 5, 2011
Tuhan itu benar maha adil
kerna cipta bumi ini seperti roda.
yang di atas tak akan kekal mewah menikmati kesenangan dan kebahagiaan.yang di bawah pula tidak selamanya akan merasai kesengsraan dan kesedihan.
tak ada siapa yang dapat mengubah pusingan roda tuhan walaupun dengan laungan,
"saya putar Halim!"
heh.
Friday, July 1, 2011
Antara Benci dan rindu
"Azrul,aku mintak maaf.aku rasa kita tak sesuai bersama,."
dengan penuh sayu azrul tunduk menahan sebak.perlahan-lahan dia cuba bersuara.
"tapi kenapa Lisa?kita saling mencintai bukan.?"
"kau miskin.keluarga aku orang kaya.aku berkelulusan ijazah luar negara.aku lebih pentingkan duniawi memandangkan ekonomi negara yang semakin mempengaruhi kuasa kehendak."Lisa membalas tanpa rasa bersalah.
"aku hinalah sekarang? kau lebih pentingkan duniawi,harta benda dari nilai sebuah cinta."..kali ini suara Azrul tegas. Lisa terdiam.
"kau jawab betul-betul Lisa kau mesti dah ada calon yang lain."desak Azrul
Lisa menggengam tangan Azrul.matanya merenung sayu wajah kesayangannya itu.belum sempat Lisa bersuara,air mata Azrul mula bergenang.
"commonlah Azrul kau jadi jantan strong boleh tak,letih aku nak tengok kau menangis tiap kali aku mintak putus.dasar jantan tak strong!"
err.
hurmmm.
???????.
arghh!.... .....maaflah aloy. gua dh ckp gua tak berbakat.baca novel pon tak pernah.lu nak suruh gua tulis novel.hilang akal apa.
tapi berita baik buat awak semua yang berbakat dalam penulisan novel! ok sekarang pegi belog aloy. boleh buat novel,..boleh glamor dah boleh buat cerita drama mcm nora elena dan boleh riak-riak kalau dah glamer.
aloy bak 5 kupang. komisen.
Subscribe to:
Posts (Atom)