Monday, July 18, 2011

jombori pengakap ke gunung nuang

ini adalah buat kali pertama selepas tingkatan 5 pergi mendaki.eh tipu.kali ke 2 selepas broga yang macam jahanam. jangan harap aku nk ke broga lagi semata2 ambil gamba naik buaian angkawasan,gmbar lompat atas batu, gambar lalang,..ah cukuplah dengan tahan berak turun naik broga. broga kau bukan dihati. yang benar-benar dihati adalah gunung nuang sekarang ni.

sham & yem kaki gunung

gunung daik bercabang tiga gunung nuang jalannya rata.ewah.itu yang suka tewwww.ah.suka tak sukalah 3jam nak smpai kem lolo. walau pada awalnya diperdayakan oleh yem,,si guider terhebat. dah gerak baru dia kata 4jam naik ke atas.dem.



dahlah 3 jam sesak nafas dengan jalan raya.3jam dari batu 9 langat nak ke nuang. 3jam tu dah penat mencarut dekat orang-orang bersih. rasa macam nak tumbuk je perut ambiga masa nih sebab dia roadblock jadah.

get ready.mengambil kesempatan beronok ronok ronok dulu.disebabkan amy tak boleh pergi terpaksalah mengagahkan diri menjadi lelaki.

nampak tak ketinggian tu? hey hey i kata ketinggian gununglah!

dan masa ni nak senyum pon tak larat. al mklumlah pegi secara mengejut warm up pon tak. tekezutlah kesemua organ dalaman kena bekerja keras.


sebenarnya taklah mendaki sangat..jalan mendatar dan berbukit-bukit..setiap tempat ada cekpoint. bila dah smpai ke cekpoint ke 6 kira dh nak smpailah ke kem lolo.


sandal kickers yang pelbagai guna.naik dan turun dgn selamat. disebabkan ingat camping ala-ala pengakap tahun 6 pakai pun ala-ala bruno mars tetapi ini adalah hiking.hiking hiking guna sandal tanpa melecet u rawk kickers! :P


tapi salah seorang peserta terkena sengatan dari kayu arang.ahah aha aha ahaha ahaha. nasib keadaan terkawal dan takda siapa yang berpatah balik turun. pfft! gila ka hapa nk turun balik. tak kira teruskan jugak!


dari cekpoint 6 penderitaan bermula. sesi panjat memanjat.pesanan dari yem jalan terus tengok laluan jalan .jangan pandang depan dan kiri kanan khuatir akan memudaratkan mental bila tengok keadaan di hadapan.ok berjaya!alah 15 minit je.



kalau dah dekat ampangan ni kira dekat dah.



sudah dapat tapak, pasang flyers.takada khemah.ye takada khemah.tekalah tidur ke tak atau tidur mcmana.aha.rabak mata. sesi masak memasak dimulakan.

master chef.kailan ikan masin perghh!


menu makan malam: nasi putih.air bandung cincau.ayam bakar dan daging burger.petai.kailan ikan masin.papadom.buah tembikai.duriansss. kesemua adalah dibawa dari bawah.can u imagine tembikai?4biji durian? di dalam 1 beg. ah yem kau mmg adalah lelaki gagah hebat.


menikmati suasana malam dan suasana di dalam hutan bukan semua orang selalu dapat rasa. seronok takut semua ada.tapi makhluk tuhan kan pelbagai buat apa nak takut kitakan 1 malaysia. pokok daun sungai burung katak cengkerik semut pacat makhluk halus kena anggap satu geng dan berjiran ok!dan mulut pasti akan ucap subhanallah subhanallah bila jumpa pokok daun benda pelik-pelik dan cantik-cantik.

contoh saya dan orang takada kepala.kiteww kool jewww.

siap breakfast mandi sungai memancing dan turun balik!turun memang laju.


sampai cekpoint 1 hujan lebat!berhenti masak manggie dan cari buluh buat tabung sebagai hadiah saguhati dan simpanan hari tua yayeed.haha


kalau tanya seronok penat atau letih.pastinya seronok! kali ni nak pergi lagi nk lagi nk lagi. selain latihan stamina hiking ni kita boleh tengok siapa yang manja,siapa yang kuat,sapa yang caring dan penyayang,.sapa yang rajin.dan disebabkan semua sifat terpuji sahaja yang nampak dekat mereka,,hiking 5x seminggu pon sanggup.harharhar. dah 2 minggu berlalu tapi bila jumpa tetap jadi bahan ketawa. kenangan sebelum tulang patah riuk dan jalan bongkok.

mulai dari 2minggu lepas i love hiking.dan sangat ajaib saya bebas asma yeayhh!