Monday, December 30, 2013

budak mudah terhibur


Emo is elmo

yang sebenarnya semua orang tak tahu.akibat daripada putusnya urat masa bersalin kaum emak-emak ni ada tinggal satu kesan emosi yang maha power kalau orang bercakap pasal anak dia. *percaya.tolong.

sensitip sangat orang kata anak kurus. sentap memanjangggg kata anak takde rambut. sentap bertahun orang kata anak lambat berjalan,, ha kau cubalah cakap mcmtu dekat perempuan berstatus emak. tengok dahi dia kerut berapa lapis.

hal aku:

pergila berjalan jauh mana pon ke hujung dunia pon semua orang akan kata kenapa anak kau putih? aku ni maha gelapnya. senang je nak jawab,

"aku ni sebenanrnya putih tapi main panas banyak, itu yang hitam." atau "hey! suami i mix tahu dengan cina.dia main rugby sebab tu hitam jugak sekarang."

oklah hal anak putih hitam ke itu tak kesah sangat sebab dah besar nanti entah tak tahu tona warna apa pulak terhasil.

tapi bila ada yang mengata belakang-belakang dan terang-terangan, anak aku entah ikut muka sapa entah. bapak tak emak apatah lagi.

itu memang bukan sentap je tapi merentap jantung.

"dah anak aku tuhan nk bagi macam muka emma maembong,, nak salahkan aku pasaipa."- selepas puas mencarut.



*urut dada!









Thursday, December 26, 2013

Bajet ur face lah #paukacang

bagi yang berzaman dengan aku (90's) mestilah pernah jadi ultraman, jadi gaban, selain jadi power rangers.
zaman kanak-kanak aku kurang sangat bergaul. pernah sekali aku terlepas dari pagar rumah dan menjadi seorang power rangers kaler pink.

Maili, entah dah jadi ayah pada berapa orang anak sekarang ni. diala pengaruh kuat suruh aku jadi power rangers. kami panjat pokok jambu tepi rumah dia. power rangers nak nampak power kenala terbang nak lawan penjahat/raksaksa. lompat dari atas pokok jambu.

Maili patah kaki.

Rotan patah dua mak bagi dekat kaki aku.

zaman sekarang ni mcam tak relevan mak ayah nk bagi anak-anak tengok cerita-cerita aksi cenggitu. ah kamonla so yesterdayla la cerita-cerita mcmtu.

adele umur 10 hari dah letak depan tv. sampai hari ini (usia 8 bulan) dia cepat sangat terpengaruh dengan cerita-cerita kartoon saluran disney atau cerita seangkatan dlm channel 613. sampai bergaduh dengan opah yang nak tengok rancangan tanyalah ustaz tiap-tiap pagi. haih.

kartoon paling kuat pengaruh dia setakat ni selain pocoyo dengan pororo adalah mickey mouse clubhouse. ah klise sangat.

semua benda yang merupai mickey atau minnie kalau boleh semua milik dia.













ah tolonglah! bajet cute konon minnie mouse!



*gambar agak tidak berkualiti akibat dirakam secara candid.

Monday, December 9, 2013

In memories of loved ones

yang sebenarnya dalam hidup ini aku kira patutnya  tak ada istilah 'menyesal' dan tak ada apa yg nak dikesalkan. karma, karma yang orang selalu sebut yang sebenarnya tak ada dalam Islam. yang ada hanya berpandukan percaya pada 'qada dan qadar' tuhan.

dulu aku pernah jatuh teruk sebab hati. tapi aku bangun dengan berlandaskan percaya pada ketentuan tuhan. aku yakin apa yang tuhan beri, apa yang bakal tuhan turunkan ganjaran buat orang yang istimewa seperti aku. akhirnya aku tenang. - tapi entah kalau belum ada pengakhirannya.

aku selalu berjanji dan pujuk pada diri sendiri, sesuatu yang lebih baik akan datang jika gagal dalam suatu perkara. anggap saja tuhan tak izin, ada sebabnya.

sekarang ini aku nampak mereka yang dulu jatuh yang dulu luka yang dulu perit, semua sedang bergembira. semua sedang menikmati ganjaran tuhan yang terpaling istimewa. yang lebih baik dari sebelumnya.

pesan aku, bersangka baiklah dengan ujian tuhan.



aku tumpang gembira. (ikon senyum nampak gigi)



Tuesday, December 3, 2013

berapa RM harga kasih sayang?

dekat dua tahun usia perkahwinan aku, dua tahun lebih jugaklah arwah (kakak saudara terdekat) pergi tinggalkan kami. teringat seminggu sebelum majlis kawen, sempat ke hospital melawat arwah. "dah besar dh ejan dah nak kawen dah.", dia cubit pipi aku. aku kata ke dia, "ahhh dia pun dah tua!"

arwah hidap kanser tulang tahap empat lepas potong sebelah buah dada akibat kanser pertama.selain kanser tulang, hati rosak.kanser tulang baru dapat kesan bila dah tahap empat.sebelum balik, aku cium dia. dia bisik ke aku,

"tak sempat kot dtg tengok ejan kawen."
aku balas dengan senyuman. "insyallah sempatla. lepas kimo insy dah sehat boleh keluar dah. aku cium peluk dia, -bau peluh yang aku rindui hingga sekarang.

Besar ujian tuhan buat dia. tinggalkan 4 orang anak yang paling kecil umur setahun. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Setahun juga suami dan keluarga uruskan anak-anak arwah. sampai satu masa terdetik suami arwah nak mencari seorang yang boleh jaga makan pakai anak dan juga dia. jodoh itu rahsia Allah, perkahwinan tak sampai setahun, putus di tengah jalan.

anak usia setahun, 8 tahun, 10 tahun, diherdik dimaki diTENDANG. Subhanallah. aku menangis. remuk hati bila teringat arwah seorang yang lemah lembut entah tak pernah sekali aku nampak dia jentik anak-anak.Mana letaknya sifat kemanusiaan pd seorang yang bergelar USTAZAH? diperlakukan sebegitu pada anak-anak yatim? aku menangis kali yang kedua untuk dunia. yang sudah hilang langsung sifat kasihan, tanggungjawab dan kasih sayang yang semakin mahal dalam diri manusia zaman sekarang.

tak boleh bayangkan sang ustazah tersebut mengajar subjek "aqidah" pada anak muridnya.

kalau aku selalu takut dan payah nak letak kepercayaan pada pengasuh, guru taska atau orang gaji mungkin silap besar. aku dah mula buang persepsi lama dan buat persepsi baru,

tak percaya pada semua orang.




Wednesday, November 20, 2013

i wish i could

pejam celik pejam celik rasa macam semalam jadi mak. campur sekali 9 bulan pregnant sampaila umur adele sekarang ni lebih setahun jugak gua jadi mak.

bila ada yang bertanya, "best tak jadi mak?" - apa giler tak best? mak kucen pon pasti akan jawab "bestttttttttttttt!"

dan bila yang bertanya tu, bertanya lagi, senang ke jadi seorang mak?- ah kacang je la jadi mak mak ni.

cuma satu benda yang payah,

"jadi SUPERMAK."


:(


Thursday, October 24, 2013

Hati diracun rindu

aku pernah tanya pada adele, "tokba pernah datang jumpa awak tak?" bayi debab mcm adele apalah dia faham.yang dia tahu susu-tidur-main-susu-main-tidur.

aku kata ke dia lagi, "tokba dah takde pun dia masih sayang adele taw." Kali ni aku syak anak aku faham apa yang aku cakap .tersengih-sengih nampakkan gusi dia.

apa yang aku perasan sejak 2,3 malam ni adele sebelum tidur tenung satu-satu tempat. lama. kemudian ketawa. mengantuk tak larat bawa mata pun paling kurang dia senyum kan saja. lama yang sangat sampai terlelap.

malam pertama ketawa berdekah pada  langsir tingkap bilik. malam kedua dan ketiga bersembang dengan bahasa jerman dia tu sambil dongak ke syiling.

aku senyum. aku syaklah arwah apak aku datang tengok dia. macamana yang aku setiap hari tunggu. yang macamana aku selalu fikir entah satu hari nanti kalau aku dah tak ada, berpeluang tak aku nak datang melawat semua orang yang aku sayang, masa mereka tidur. Bagi aku muka orang sedang tidur ni boleh tambah sayu hati. boleh bikin sayang dalam-dalam.

selamat malam babah. kita sentiasa berkongsi nafas di ruang yang sama. jangan datang malam jumaat. lebiu!


Tuesday, October 22, 2013

my new friend aisya (icon lup)


hai hai. eh ini kite la kiter lily adela. ami kite bz sangat.kita curi curilah nk singgah ke blog yg mati segan hidup tamau ni.

 kite nk kenalkan kawan baru kita nama dia Aisya Medina.Hamboiii nama awak taknak kalahhhhh. ok kita  nk panggil awok apa ye? okla aisya. eh aisya selamat datang ke dunia realiti. lega mak kita bila awok dah lahir ke dunia.sebabnya mak kita kata adalah nanti kawan kita nak masuk MRSM sama-sama. eeiii tak saba tak saba tak saba nak pegi sekolah hurmm walau kita baru umur 6bulan. Berapa lama lagi nak masuk MRSM ye?

Eh aisya kita nak bitaw dekat alam realiti ni panas dia lain macamlah. kita selalu tak selesa kalau panas. uoocchh peluh-peluh ni kita tak gemorla aisya. kita harap awok pon sama kalau panas awok jerit nangis kuat-kuat taw. lagi satu jangan lupa mintak ibu awok susu lebih sket. hey minum banyak banyak taw nanti malam takdela awak mcm nk menangis sebab lapar tengah malam.

Aisya nanti dah beso awok nk jadi apa ye? kita tak tawla nk jadi apa kompius.tiap-tiap malam apak kita suh jadi akauntan.asik ajar kira-kira je. boring jugak. mak kita nk suh kita jd wartawan tapi mcm apak kita tak sukala. ishh peninla weyy. tapi mak kita suka ajar kita menari. hehehe. eh aisya ke awok nk jadi mcm ibu awok.?eleh nk jd photographer lew tew....


aisya nanti kita tukar-tukar cd ye. awok ada cd apa?harapnya awok pon minatla dengan mickey mouse clubhouse. weeyy minat jugak doc mcstuffin dan juga hi-5!! ok janji nanti kita joget sama-sama.


eh  kita dh boleh makanla aisya. awok takleh saing lagi dgn kita.ahaha nanti kita lumba tumbuh gigi nak or sapa yg jalan dulu hohohoho.

okla ami kita marah nanti dapat taw kita ceroboh blog dia.

salam perkenalan aisya hopefully kita boleh jd bff mcm ami kita dgn ibu awok ye! ok papai.

asal pipi awok sama kitew? tiru jeww? ok jumpa lagi.



Wednesday, August 7, 2013

Sebab hari raya

 bila tiba raya kita dah biasa dimomok pengarah pengarah drama dengan cerita sedih sedih. cerita mak tunggu anak balik beraya. cerita keluarga terpisah lepastu bersama balik masa raya. cerita anak tak kenang budi cerita konflik keluarga, cina mualaf berbaik masa raya dan semua tu akan jadi happy ending sebab hari raya.

yang aku dh jadi anak yatim ni mcmana pula? 2 kali raya tak ada bapak.

entah dah boleh sentuh lemang dgn ketupat palas ke tidak raya kali ni.nak makan kenang dia.tiap kali raya itu makanan wajib dia.

haih raya aku tak akan pernah ada happy ending. 

selamat hari raya.maaf zahir batin.

Wednesday, July 17, 2013

whyla sms takde profile picture.why!why!

gua yang hot: weyy gemok! tq eh bagi hadiah dekat anak aku! dah dapat semalam.!

halimunan: sapa ni?

gua yang hot: akula ejan aka fareezan yg hot

halimunan:oh ejan, ank dah besar? sihat?

gua yang hot: ah kau ni anak aku dah besar.dah pandai mintak adik
pon ahaha. ko makin gemok ke dah selim? bila nak tambah adik ekekeke

halimunan: dah monopus la sayang.

gua yang hot: aha.! ahahaahahaha! ko ni polan kelakar mcm dulula

halimunan:eh ejan acik pakai no ni si polan dah tuka no lain.

gua yang hot: oh,assalamualaikum acik.saya fareezan tapi bukan nama sebenar.


kbye.

Saturday, July 13, 2013

Lapar.tapi malas

betullah kata kawan gua bila anak dah besar kita akan rindu masa dia baby. alah belum besar mana pun anak gua baru nak masuk 3bulan.tapi perangai dia masyallah macam budak umur 6bulan. alhamdulillah.

dah pandai bersembang, kuat tengok katun (bukan kak-ton),cartoon & yang terbaru tangan dah kuat nak memegang. dia dah taw nama dia adelea! pandai buat silap mata kadang kadang masukkan puting dalam mulut sendiri! pergh powerla adik ni!

ada satu perangai yang mak tak gemor dgn kamu ni adele. kalau tgh tidur lapar nak susu mengamuk menangis tanpa bukak mata. haih. dari kecik lagi dah memang macamtu.

nasib mak sempat ambil gamba aksi pemalas susu&tidur awak masa umur sebulan dulu. mak cadang nak letak dkt montaj bila kamu kawen nanti. kalau tak nak jatuh saham sila ubah perangai dari sekarang

Friday, July 12, 2013

Murtabak dalam kenangan

bila tiba bulan romadonn mcm mcm jenis juadah la semua org nk jual. dah mcm jadi adat pulak makanan2 tertentu mesti laris banding dgn hari biasa.ah sblm romadon pon takdela pulak nak guna perkataan "juadah" ye dak?

roti john,murtabak misalnya. mesti beratur panjang. dr dl gua perati 2 jenis mknanan ni setakat ni takdela secene dia berubah mendadak mcm kuih muih yg lain. walau harga naik gua tak kesah janji makan puas. murtabak jd kecik tapi tetap ada rasa berbanding beli popia seketul 50sen tapi inti ilek. itu betui betui gua meradang.

masa kecik kecik dulu gua duduk dekat ulu bernam.ada satu restoren mamak paling fames,"mustafa restoren". scene lepak mamak sampai pagi masa tu tak menular lagi. jadi tak bersosial sangatla muda mudi dekat ladang ulu bernam tu. lagipun kedai tutup jam 9malam. takat ngopi pagi dengan petang lepas tu suit suit minah kilang balik kerja. itupon secara berhemah.

makanan feveret apak gua bihun goreng mamak dengan murtabak. istimewanya kedai ni tak payah nak tunggu bulan puasa pon murtabak ada jual. tapi kena beli sebelum jam 4petang. memang habes cepat. dulu harga murtabak 1.50 je. gua kayuh beskal pegi beli untuk babah. tak payh sebut nak beli apa. berdiri dekat kaunter tunjuk muka ha dah tahu anak kadir nak murtabak dengn teh ais.

lepas pindah, tiap kali bekunjung ke rumah lama mesti babah siap2 dh order dr dlam kereta. gua pelik rasa dan tekstur tak berubah langsung. panjang umur gamaknya pembuat murtabak restoren mustafa. tapi sekarang harga 4.50 sekeping. tak baik salahkan BN.

berbuka tadi husband gua beli murtabak. 2 keping. emak jamah sikit. gua langsung tidak. sentuh pon tidak.

husband tanya kenapa tak makan. gua jawab takut anak kembung sb susu badan. rasanya ada letak ubi kentang.

gua tanya emak kenapa tak jamah lagi. emak kata tak lalu.

"tak lalu bila terkenangkan makanan kegemaran arwah babah."

gua bangun. kesat air mata. itu sebenarnya jawapan yg gua nak bagi dekat husband tadi.


Saturday, July 6, 2013

sometimes sharing is not caring

kami ada belikan adele seekor kawan. dengan harapan anak mak ni belajar berkasih syg pada kawan awak yang apak beri nama "kate perry".

tapi nampaknya adele tak berapa selesa dgn kehadiran si kate perry. sebenarnya dah lama mak syak awak ni tak suka ke dia.

dalam diam mak nampak apa awak buat dekat kate perry.











nampaknya mak dgn apak tak jadila nak tambah adik tahun depan kalau perangai awak mcmni. T_T

Friday, July 5, 2013

kadang kadang kita perlu ucap terima kasih pada syaitan dan iblis bila mereka bagi pinjam perasaan marah,dendam,benci tu sekejap saja.

Tuesday, June 25, 2013

Emak emak

bila dah ada anak ni buat gua terfikir mana letaknya perasaan betina betina atau jantan yg suka buang anak yg suka lambung anak yang suka tglkan anak.paling sedih bf sendiri belasah anak gf.

ada satu benda magis tahu tak. kejadah lps besalin gua boleh tuka lampin anak basuh berak menetek dan skrg lagi expert mandikan anak walhal sebelum ni gua tak pernah amik tahu langsung pasal hal budak2 kecik ni. itulah magis yg tuhan beri pada gua skrg ni. atau semua ibuk ibuk di luar sana. serius dowh tak payah pegi kelas rumahtangga. latihan asas pon gua tak pernah praktik.

jaga anak ni gua buat mcm prinsip menjaga haiwan kesayangan. alah mcm kucenla gua syg2 cium2 peluk2.hoi! giler samakan anak dgn kucen. maksud gua perasaan kasih sayang tu..

emosi mak mak dah sampai. aha matila kena kutuk asik dok cerita perihal anak. skrg baru faham jadi seorang mak. setiap masa fikir anak. gua dah dapat kerja. sikit hari lagi nk masuk kerja.alhmdulillah rezki anak. ha mention anak lagi!!

adele dah masuk 2bln tapi perangai macam budak 6bulan. jangan nanti dah 6bulan awak perangai mcm budak darjah 6 pulak.yg merunsingkan gua skrg ni adele dah ada tanda tanda eczema. habes pipi dah mcm kerak nasik lpstu merah menyala. panas sikit naik satu badan. tidur manggaru. sedih

permasalahan gua sekarang ini adalah kena pantang makan. dan kena makan juga benda yg berkhasiat untuk tambah susu.tapi apa benda yg tinggal boleh makan? dilema.

dalam hidup gua pertama kali rasa dilema sebab budak kecik lagi besar dari dilema pilih boipreng. gua serius ni.

Saturday, May 11, 2013

atas nama cinta, lily adelea.

dilafaz janji dgn izin berwali, dikucup dahi, diikatkan hati maka bersatulah kami dengan janji janji terpatri.

setahun yang sudah.

melayari rumahtangga dengan penuh kesabaran dgn penuh ketaatan disaji dgn kasih sayang ,menyulam cinta, bukan perkara mudah.dugaan,masalah yg datang hanya pada Dia tempat kami selalu mengadu.

setiap hari kami berjanji akan menjadi pasangan yang lebih baik dari semalam. setiap hari kami berusaha jadikan kehidupan kami lebih baik dari semalam.

atas nama cinta kami, lahirlah kamu. amanah tuhan yang tak terbanding nilainya buat kami. dan paling istimewa sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mummy & daddy yg pertama. our little precious lily adelea, we love u so much!!!

daddy, mummy syg awok lama lamaaaa!ketat ketat! thanks for being a good husband & insy good daddy for adele. selamat ulangtahun perkahwinan kita yg kesatu!!! chup.chup!

Monday, April 29, 2013

hey! gua dh jadi mak mak!

i want nobadi nobadi but chuuuu!!!

sayalah lily adelea binti mohd fared
just call me adele!

gituh










kronology mak mak #2

syukurrr gua dah selamat bertarung nyawa keluarkan budak kecik dalam perut ni. walau tak tertanggung derita sakitnya perghh tuhan saja yang tahu kepuasaan dpt keluarkan seketui malaikat kecik! mcm lega lps buasir woii.

SABTU 1pm

lps induce kena tunggu 6jam untuk cek jalan berapa cm dh buka. kecewa oi masih lagi 2cm. contraction tak kuat lagi just rasa mcm senggugut tahap 2 je. then doc decide tg pkl 6 cek semula T_T

start pkl 1 contraction makin tinggi tahap senggut ke 4. masa ni bwk bejalan tawaf 1 wad. mil dtg & bg motivasi smbil
menyembangg nak hilangkan rs sakit. mmg tak layan sakitlah. husband pulak demam. kesian sangat.

6pm

ok seluk lagi. syukur bacaan dah 4cm. yippie!! boleh tolak ke labor room. malangnya bilik penuh tgla jam 8 baru masuk. masa ni sakit dah makin rasa luu!

8pm

perasaan debor tu tuhan je tahu. hukm sediakan bilik setiap satu jd tak seram sangatla dgr org sebelah mengerang sakit. agak privasi jugakla berduaan dgn suami dlm bilik. lps kasi ubat berak, mencicit gua lari berak cirit. dah setart sakit tahap 6 terus. ok rilex lagi boleh gelak gelak selang 5minit skali contraction dtg. ok nk tg bukaan lagi 4jam. husband gua dh lembik demam. ya Allah mmg ms tu gua bedoa dlm hati minta dia kuat. takde yayeed kat sebelah gua tak tawla gua boleh beranak ke tak.! dia je semnagat gua ms tu. sumpah sedih bila teringat moment moment suami gua yg lembik sb demam tp bagi gua semnagat jugak! sob sob. pinjam bahu.

AHAD 12pm

perghh masa ni hanya tuhan sahaja yang tahu gua mmg dah takada tenaga. menangis meraung semualah.contraction tahap 14 kot! sampai kena sound dgn misi kerek! kena ceramah dgn doktor beringus time2 gua tgh kritikal. "tak pernah beranak bolehla cakap." ringkas dan padu gua balas dkt doc tu. husband gua mtk buat ceaser sb dh tak tahan tengok gua sakit. lagipun gua kes induce & overdue. dr pagi dah tahan sakit. doc nak gua besalin normal jugak. tunggu bukaan last lagi 4jam. T_T pfttttt!

disebabkan bukan office hour epidural(ubat tahan sakit) takada. tragisla oi! hukm je ke mcmni? org beranak kena ikut opis hour kerr? husbnd gua bekeras jugak, dtgla pakar bius mnyelamatkan gua. lega banyak pakai epidural. nak seluk 34x pun silakanlah sila silalah masa tu. aha sebab dh tak rasa apa.

3.30 am

kami dah cuak bila dekat mesin ctg heartbeat baby dah slow& berhenti! menggelupor nurse & doc. dlm hati gua dh siap2 nk saman kalau jd apa apa. cek bukaan br 6cm. dan sebab bekeras sgt taknk belah je perut gua,, doc suruh gua push jugak. ye. push masa 6cm nk bg jln cpt bukak baby dh lemah. mmg padah tak pergi kelas nak bersalin tu. menyesal sungguh. apa yg gua taw doc suruh push mcm kena sembelit. cara pernafasan,

masa contraction dtg,sedut nafas panjang2 guna hidung, tangan pegang buku lali, hembus guna mulut sambil angkat badan cecah lutut.

malngnya gua takada kekuatan & blur tak tahu nak push masa tuh! husband gualah pendorong selain ada sorg misi kerek ni jerit2 jegil2 mata kat gua asik ulang sembelit sembelit byk kali. dgn kata kata semangat dan ayat cinta yg mndalam dr husband aha, gua berjaya teran & terpksa jugk guna vakum. tepat 430pagi.

dan amat menyedihkan baby tak menangis akibt kurang oksigen. tak terbayang gua sakit tuhan nak cabut nyawa nanti. manalah nak dapat epidural.

subhanallah. terkedu kami tgk baby tembam merah menyala mcm udang kena bakar keluar dr perut gua. 3hri baby msuk NICU bagi bantuan oksigen. sedih jangan cakapla.tapi alhamdulillah semuanya selamat.

jangan ditanya berapa jahitan berapa banyak koyak. sob sob. husband gua yg tengok dorg jahit pon ngeri. terkepitla selama sebulan gua dlm pantang ni. dan jamu mak dara sila beri kerjasama aha.

dlm pada gua tengah lalok & mamai lps setel semua, datang sorg doc cina nak tulis report agaknya,

"puan, berapa anak yg puan inginkan selepas ini? dan kaedah perancangan mcmana yg puan akan buat?"

gua tak banyak cerita, jegil mata besar besar je. husband gua yg penyayang ni boleh jawab, maaflah doc kami tak bincang lagi lps apa yg saya tengok tadi tak terfikir apa apa pon lgi.

dengan ucapan terima ksih doc cina hensem tu pon berlalu pergi.

sekian.

Saturday, April 20, 2013

kronology mak mak #1

20/4/2013
745 am

hai bersua kembali. kali ni live dari hospital. ye! gua tak bersalin lagi dari aritu dah overdue dari tarikh sebenar. maka dengan itu marilah menyerah diri untuk dipaksa bersalin.(induce)

memandangkan sudah beberapa hari overdue& baby kurg grak rahim agak tebal dan sempit(untungla sapa montot lebo) terpaksa ditahan masuk wad semalam.

now baru selesai diinduce. kelmarin gua dh rasa tanda perut tegang tegang skt mcm nk period, nak berak tak jadi, yebi yebi dh tunjal kat vagina tapi buat tak tahu je. manala tahu itu contraction. lps buat ctg jantung yebi ok dan diseluk cek jalannnnn! pergh!senak smpai ke perut luu! didapati sudah 2cm buka.

sblm induce tadi darah dah keluar. dem! mcm nk bgtw takpayah inducela tg je.tp atas faktor keselamatan takut lambat lagi ubat sebesar jari kelingking dah selamat dimasukkan. alhmdulillah bedebo kena seluk masuk ubat dah lepas. magis.tak sakit mcm seluk semalam. ok mak mak jgn nebes kalau kena seluk. tarik nafas pjg2 & bc doa nabi yunus ni. amalkan jugak ms sdg sakit nk bersalin.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

skrg ni kena tg 1jam tak boleh bergerak ke sana ke mari. contraction dah rasa (mcm senggugut) baru stage 1 kot. gulp! doakan gua dipermudahkan.

harapla sangat doktor lelaki india yg tangan berbulu lebat tu tak bertugas arini. 3jam lagi gua nk kena seluk balik!

nak main candy crush dulu. okbye

Wednesday, March 20, 2013

36weeks

berat tangan nk menaip ibarat berat membawa perut.kohkoh. entah mmg sindrom pemalas nak buat semua benda  masa mengandung ni.

alhamdulillah sedar tak sedar dah lasttt trimester!! im 36 weeks. agagaga. perasaan debor toksah kirala. tiap kali sakit perut nak berak pun rasa dh cuak.seriuslu,..gua tak tahu nk beza sakit beranak dengan sakit perut nak berak. sampai dalam tidur pun termimpi sakit beranak.cepat2 cek perut,,oh masih lagi kembung.

sepanjang mengandung ni hanya teruk di 1st trimester.alhmdulillah lepas tu syukurrrrr takde apa yg kronik melainkan bleeding. gua mmg selalu cpt bleeding.walau setetes adalah dinasihatkan bergegas ke spital wahai ibu menandung sekalian. punya manja drive sendiri pun tak boleh T_T pasti bedarah setompok dua.

penat jadi surirumah ni sebenarnya.penat tidurr.kehkeh. akhir akhir mengandung ni selera makan makin berkurangan & berat pun turun. oh my! tahu tak berat naik berapa puluh kilo? 47-63kg! adakah selepas ini akan rasa menyesal sebab bencikan produk pelangsingan? nampaknya kena cari kakton comeyy punya produkla. kasi repair. aha

dikesempatan ini yang sebenanrnya nk mohon keampunan sebab nk beranak. walau kita tak pernah mengenali apatah lagi berjumpa bersua tapi pasti ada yg annoying dgn gua. pleasla maafkan gua dan katakanlah "aku maafkan kamu tak perlu kita bertemu cukup kau tahu,,."

ok.bye wassalamu.

doakan gua selamat dan dipanjangkan umur.lebiu


jauh sungguh hanyut dengan angau cinta. bukan lagi angan.

Wednesday, February 20, 2013

Pintu masa

dulu kepala hotak dah set & dah order nak hidup dalam masa 10tahun lagi begitu begini nak semuanya perfect. matlamat hidup katanya.! tapi bila tiba 10 tahun yang begini barulah terfikir siapalah kita sebenarnya nak tentukan apa yang kita mahu dalam beberapa tahun akan datang.

usaha itu perlu.tapi macam aku cakaplah siapalah kita nak tentukan semuanya tu. kalau patah balik ke belakang betapa bencinya perasaan nak ambil SPM lagi lagi duduk asrama pegi tuisyen ah mengadap buku siang malam. dan masa yg sama nak cepat jd dewasa nak msuk
universiti nak jd student yg tak payah beruniform, study dgn boyfren dkt library & bebas dgn perhimpunan sekolah.

masuk universiti hati dah tak sabar nak jadi wanita bekerjaya. nak pakai kereta,shopping itu ini, cari lelaki kaya dan fikir kahwin. masa ni dah target nak kawen umur berapa.

bila dh kahwin. inilah. yang mcm inilah. eh eh bangun tidur terkejut ada orang dekat sebelah. tengok perut dah makin buncit bergerak gerak pulak. kena ambil tahu perihal masak memasak kemas mengemas sayang menyayang. banyaknya bahagian! kehidupan aku yg ini. yg 10tahun dl dalam angan semuanya pelsu. yg sebenarnya tak terfikir akan jalani hidup yg macamni. cuma aku bersyukur diberi nafas dan berpeluang rasa semua nikmat.

10tahun yg akan dtg dari sekarang? ah aku mls nk fikir. biar tuhan tentukan segalanya. apa yg aku tahu 10tahun akan dtg pastinya body akan mcm rozita che wan. Katakoo!

okbye.

Tuesday, January 29, 2013

surat untuk bulan #2

salam babah. kita rinduulah sangat! moga babah sentiasa di dalam lindunganNya.

hurm mcmni. entah mcmna nk mula. tapi janji babah jgn sedih ok??! nak mengadu hal emak ni. baru2 ni emak kena gigit tikus besar masa tidur. dh lebih 20hari tapi kan mak baru bagitaw arini. nangesla mcmni mak mmg suka berahsiakan dr dl lagi.syukur mak ok. abisam ada ms mlm tu. mak menjerit tgn berdarah :( mak dh dpt injection dgn ubat. alhmdulillah mak ok.

emak kata, dl arwah ada tak pernah ada tikus dtg serang mak. sekarang mak tidur sorg entah tak psl tikus gigit. mentang2 mak tidur sorg tak berteman. pilunya hati dgr sb selama ni mak anggap babah hero dia. ok sedih. walaumcmna pon mak tetap ingat babah.

mak dh tukar tempat tidur. tidur bilik atas. rindu lagi tidur bawah katanya. tempat babah. kalau boleh mak tak nak beralih. tapi sebab keselamatan.

maafkan ejan bah tak dpaat jaga mak sb jauh. rasanya mcm tak boleh sambung lagi. tekak dh ketat mata mcm nk panas.

i lebiu babah. i mis u. muaaaaaah!

Friday, January 18, 2013

Emosi ibu mengandung serupo pondey

tahu tak tahu tak tahu tak perempuan mengandung sinonim dgn perkataan emosi. emosi marah emosi menangis emosi gedik dan sebagainya. ghairah termasuk emosi ke? bahaha

ok. again. awal tahun dgn penyeksaan dan nasib yg malang seperti tahun yg sudah. jadi kaitkan diri perempuan mengandung ini dgn nasib yg malang :(
kehilangan kerja sekali lagi. cuma kali ni tak boleh mencarut lebat sangat.,ank dlm perut masih suci. binatang sungguh kampeni melayu yang makin layu.

maka jadilah surirumah yang selalu mengahrap bertukar wajah seperti surihani- lisa. namun ada hikmahnya mungkin. pertambahan berat badan dan ank yg makin aktif membuatkan tune tido sudah lari. sesudah subuh baru masuk waktu tido yg nyenyak. sindrom apakah ini! berehatla sepuas puasnya smbil menonton rancangan disney junior setiap hari di rumah.

anak pun rezeki. ye tahu. tapi teringin sangat nk dpt kerja di tmpat yg kukuh dan stabil kewangannya. apa jadah malaysia ni semua jawatan "kontrak"! emosi marah dh datang. melihat suami yg kepenatan mencari sesuap nasi utk keluarga lagi bertambah pilu. nangesla mcmni. nak lps geram entah dekat siapa psl kampeni bangang tu. bygkan surat tawaran "tetap" ditarik balik jadi "kontrak" lepas dh sain. mcm bangang. lpstu main tamatkan kontrak suka hati.siapa nak amik org mengndung kerja oi! at least bgla surt lps
3bln ke. mencurahkan pasir di dalam rice cooker. melayu haprak nkntlg org melayu??! defakkkkk

dgn org yg tak berwibawa pegang jawatan. entah makcik gila kuasa bos yg nyanyuk merapu. berpuak puak kalahkan org asli. aku sorg kena handle keja lps tangan xde guideline eeee mmg terukla.! kalau ada jwatan kosong dpmm pusat pleas jgnlah engkau sekali kali memperbodohkan diri kerja di sana. semua tidak berhati perut. dan tidak profesional. lagi2 bos mcm pakcik
kfc tu xboleh pakai. - ok skrg ini emosi apa?

ha nampak tak nampak tak plot emosi aku tibe2 kan! skrg nk pegi menangis pulak. barulah lengkap emosi ibu mengandung.

kbai.

Thursday, January 3, 2013

Grand Opening!!

agar dapat memupuk semangat menjadi ibu yg lebih penyayang dan cintakan kanak-kanak kini secara kecil kecillan aku coba untuk menjual barangan kanak-kanak!

mari dekat rapat-rapat!


3D socks baby 0-6month!
RM8 (3pair RM20)

angrybird-SOLD
ladybird-SOLD
frog-SOLD









6-12month RM8 (3pair RM20)








untuk pembelian boleh email
adeleshop6@gmail.com

*will upload more baby stuff!