Monday, April 29, 2013

kronology mak mak #2

syukurrr gua dah selamat bertarung nyawa keluarkan budak kecik dalam perut ni. walau tak tertanggung derita sakitnya perghh tuhan saja yang tahu kepuasaan dpt keluarkan seketui malaikat kecik! mcm lega lps buasir woii.

SABTU 1pm

lps induce kena tunggu 6jam untuk cek jalan berapa cm dh buka. kecewa oi masih lagi 2cm. contraction tak kuat lagi just rasa mcm senggugut tahap 2 je. then doc decide tg pkl 6 cek semula T_T

start pkl 1 contraction makin tinggi tahap senggut ke 4. masa ni bwk bejalan tawaf 1 wad. mil dtg & bg motivasi smbil
menyembangg nak hilangkan rs sakit. mmg tak layan sakitlah. husband pulak demam. kesian sangat.

6pm

ok seluk lagi. syukur bacaan dah 4cm. yippie!! boleh tolak ke labor room. malangnya bilik penuh tgla jam 8 baru masuk. masa ni sakit dah makin rasa luu!

8pm

perasaan debor tu tuhan je tahu. hukm sediakan bilik setiap satu jd tak seram sangatla dgr org sebelah mengerang sakit. agak privasi jugakla berduaan dgn suami dlm bilik. lps kasi ubat berak, mencicit gua lari berak cirit. dah setart sakit tahap 6 terus. ok rilex lagi boleh gelak gelak selang 5minit skali contraction dtg. ok nk tg bukaan lagi 4jam. husband gua dh lembik demam. ya Allah mmg ms tu gua bedoa dlm hati minta dia kuat. takde yayeed kat sebelah gua tak tawla gua boleh beranak ke tak.! dia je semnagat gua ms tu. sumpah sedih bila teringat moment moment suami gua yg lembik sb demam tp bagi gua semnagat jugak! sob sob. pinjam bahu.

AHAD 12pm

perghh masa ni hanya tuhan sahaja yang tahu gua mmg dah takada tenaga. menangis meraung semualah.contraction tahap 14 kot! sampai kena sound dgn misi kerek! kena ceramah dgn doktor beringus time2 gua tgh kritikal. "tak pernah beranak bolehla cakap." ringkas dan padu gua balas dkt doc tu. husband gua mtk buat ceaser sb dh tak tahan tengok gua sakit. lagipun gua kes induce & overdue. dr pagi dah tahan sakit. doc nak gua besalin normal jugak. tunggu bukaan last lagi 4jam. T_T pfttttt!

disebabkan bukan office hour epidural(ubat tahan sakit) takada. tragisla oi! hukm je ke mcmni? org beranak kena ikut opis hour kerr? husbnd gua bekeras jugak, dtgla pakar bius mnyelamatkan gua. lega banyak pakai epidural. nak seluk 34x pun silakanlah sila silalah masa tu. aha sebab dh tak rasa apa.

3.30 am

kami dah cuak bila dekat mesin ctg heartbeat baby dah slow& berhenti! menggelupor nurse & doc. dlm hati gua dh siap2 nk saman kalau jd apa apa. cek bukaan br 6cm. dan sebab bekeras sgt taknk belah je perut gua,, doc suruh gua push jugak. ye. push masa 6cm nk bg jln cpt bukak baby dh lemah. mmg padah tak pergi kelas nak bersalin tu. menyesal sungguh. apa yg gua taw doc suruh push mcm kena sembelit. cara pernafasan,

masa contraction dtg,sedut nafas panjang2 guna hidung, tangan pegang buku lali, hembus guna mulut sambil angkat badan cecah lutut.

malngnya gua takada kekuatan & blur tak tahu nak push masa tuh! husband gualah pendorong selain ada sorg misi kerek ni jerit2 jegil2 mata kat gua asik ulang sembelit sembelit byk kali. dgn kata kata semangat dan ayat cinta yg mndalam dr husband aha, gua berjaya teran & terpksa jugk guna vakum. tepat 430pagi.

dan amat menyedihkan baby tak menangis akibt kurang oksigen. tak terbayang gua sakit tuhan nak cabut nyawa nanti. manalah nak dapat epidural.

subhanallah. terkedu kami tgk baby tembam merah menyala mcm udang kena bakar keluar dr perut gua. 3hri baby msuk NICU bagi bantuan oksigen. sedih jangan cakapla.tapi alhamdulillah semuanya selamat.

jangan ditanya berapa jahitan berapa banyak koyak. sob sob. husband gua yg tengok dorg jahit pon ngeri. terkepitla selama sebulan gua dlm pantang ni. dan jamu mak dara sila beri kerjasama aha.

dlm pada gua tengah lalok & mamai lps setel semua, datang sorg doc cina nak tulis report agaknya,

"puan, berapa anak yg puan inginkan selepas ini? dan kaedah perancangan mcmana yg puan akan buat?"

gua tak banyak cerita, jegil mata besar besar je. husband gua yg penyayang ni boleh jawab, maaflah doc kami tak bincang lagi lps apa yg saya tengok tadi tak terfikir apa apa pon lgi.

dengan ucapan terima ksih doc cina hensem tu pon berlalu pergi.

sekian.

No comments: