Monday, June 20, 2011

Merajok

Segala mantera dan tangkal aku rasa dah tak berfungsi bila setiap hari aku perlu hidup dalam kemurungan. proses nak mencari identity diri walau bunyi macm tahi. aku tahu agak macam kepala hotak akulah baru nk cari identity dlm umur yg dah tua bangka.atau mengharap ihsan kasih sayang berganda.lagilah macam,ah bajetlah kau. Ah ah aku tak peduli yang paling penting skrg ni aku mahukan pekerjaan yang awesome.hidup yang lebih awesome.

seriously sekarang aku mcm benci melihat kau yang ada semuanya. Semua yang kau nak tuhan dah kasi. semua yang macam aku nak.

seronoknya jadi macam kau.

Entah ke mana doa-doa aku berterabur. moga Dia makbulkan semua.memang penat asyik meminta-minta dan mengharap benda yang belum sudah. Aku rasa Dia dah dengar tapi tak sempat lagi nak beri.

****************************************************

rasa mcm nk tukar muka mcm liyana fizi.

Thursday, June 16, 2011

Daging Kisar kucing.


Kejadian bunuh kucing di rumah bukan satu hal yang terbaru. kejadian kucing dilenyek kerete,mati terjerut leher dekat enjin, langgar lari dan terbaru pagi tadi,,kucing terkisar dalam enjin kereta.sangat pilu dan sungguh menyayat hati. masih gerun dan trauma dengan bunyi hentakan kuat dalam enjin kereta yang aku pandu laju di laluan kanan. tuhan beri petanda dengan memancitkan tayar belakang. turun dari kereta mengucap panjang bila nampak ekor terjuntai. subhanallah.lebih kurang 10 km dari rumah dia duduk dalam enjin. sebagai seorang perempuan yang gagah aku perlukan bimbingan dari sang lelaki yang macho. lelaki macho yang selalu diharapkan bertugas di luar kawasan. yang tinggal separuh macho.

selama 1jam setengah aku menjadi penunggu di tepi mrr2.mcm2 hal. ada yang prihatin.tapi tak boleh buat apa-apa. abg towing car muka ganas pakai gelang tebal ac mizal pun tak sanggup nak keluarkan mayat kucing dalam enjin.boleh muntah hijau katanya. tak terkecuali jugak abang-abang lori yang bersuit2.masa tu gua kasi tendang bontot lori.geram.mamat separuh macho muncul pun tak boleh buat apa-apa. dia boleh kata,"aku mmg kalau tgk darah nk pengsan ni kan pulak nk kutip cebisan daging kisar kucing." time tu macam menyesal tak call wonderpets. tayar spare pula takada angin. mau berangin mamat tu.harharharhar. perlahan-lahan aku bawa kereta menuju ke bengkel di greenwood.dan setiap kali kereta berjalan terdengar dan rasa hentakan kepala kucing berpintal dekat tayar.air mata yang berjujuran pun tak dapat nak tahan bunyi tu. dan baru tahu aku memang tak layak menjadi pembunuh upahan.sedih teramat.


ah tak sanggup nak tengok kepala dia



yang boleh menjadi penyelamat adalah abang pomen.satu-satunya hero yang boleh keluarkan mangsa.walaupun cubaan beberapa kali hampir termuntah masa buka tayar depan,,tapi abang pomen tabahkan hati. dengan upah rm20 abang pomen buat muka macho tarik mayat yang terkulai dan buang tepi longkang. arghh masa tu aku baru nak bersuara niat nak kebumikan jenazah dekat sebelah kubur adik beradik dia. tak sempat.redha.


walau dah basuh enjin kereta bau masih lagi melekat dekat baju.bukak aircond menusuk satu kereta.rihanna maafkan saya.kamu adalah kucing paling tercomel di hati saya. puas saya menangis rasa bersalah ke atas ibu dan satu-satunya adik kamu yang tinggal, si justin biber. akanku kirim doa buatmu.jangan lupa tunggu aku di pintu syurga.

terima kasih juga untuk farez si separuh macho yang terpaksa ikut laluan jauh nak ke opis dari puchong ke sri damansara dan sudi membacakan talkin buat arwah .kau memang tak boleh jadi ahli forensik tapi layak jadi jurugambar forensik .

bagi yang ada kucing di rumah

1.pastikan kucing anda berada di dalam sangkar.
2.cek tayar kereta.kucing suka duduk dalam tayar untuk panaskan badan serta bermain hide & seek di waktu pagi.
3.buka semua enjin dan pastikan tiada sebarang haiwan tidur di dalam enjin.
4.jangan bela haiwan peliharaan kecuali gajah.

al-fatihah rihanna syg.

::ini adalah kejadian kucing ke 2 yang mati dlm enjin kereta aku. yg pertama opah si arwah.terjerut sendiri dlm enjin kereta yang tak berjalan. macam kena tukar kereta nampaknya.

ehem.

Wednesday, June 15, 2011

perlu kerja baru

aku lebih suka memperjudikan hidup aku dgn sesuatu yang indah dan lebih bermakna.

letih sebenarnya buat kerja yang tak ada makna apa-apa.

dan sedih dengan peluang yang ada.





Tuesday, June 14, 2011

1

Jika mesti betul pada semua yang dikata, mesti sempurna semua yang kau minta,

apa yang tinggal untuk kau pelajari tentang hidup?




tanpa luka dan parut hidup kau mmg tak awesome.

Friday, June 10, 2011

melaka kali ke seratus lapan puloh lima


kalau ke melaka biasanya mesti orang akan cakap-cakap makan seafood dekat umbai selain pegi melawat a famosa di tengah2 panas terik.atau naik beca atau pegi museum atau jonker street atau makan cendol,,atau jumpa baba nyonya,..ah klise sangat.

tapi kalau anda ke melaka cuba cari kelainan menjelajah untuk menikmati coconut shake. kali ke berapa ntah kena kerja dekat melaka perkara yg kesatu dan memang kena cari adalah coconut shake.kalau diikutkan kene hantar bekerja di melaka memang nak muntah dah tapi fikirkan coconut shake ni terus semangat nak ke melaka. *mcm nk kena penampa.



coconut shake yang menambat hati adalah di alai. coconut shake juara. masa ni kali ke 3 minum di sini.apa?tak pernah minum coconut shake??hurmmmm.commonlah ni bukan zaman hang tuah dah minum air kelapa kosong.


coconut shake yang tak berapa sedap atau jatuh di tempat ke 2 adalah di abc tanjung.sebelum simpang masuk pantai tanjung puteri. so-so je. tak capai tahap klimaks.


dan palinggg tak sedap depan pantai puteri. yang ini jatuh tempat ke 3.rasa minum soda je. kalau ada tempat lain sila roger.

dah dapat coconut shake baru boleh buat kerja.


dan tanya soalan ,berapa kilo berat badan abg boleh turun dalam sebulan?"

mesti ambil gambar menunjukkan datang dan buat kerja dengan ketiak bau macam cuka.

uniform baru jpa 2030.

remaja zaman sekarang mmg rosak akhlak.songsang.


maju??ok.lepas ni nak cerita dekat orang kampung dah pernah pegi melaka 185 kali dan makan di umbai 415kali.



tapi tak pernah msk museum kapal.

Wednesday, June 8, 2011

kisah benar

smlm gua pegi buat spe-sial report yang tak sudah-sudah. pasal simbah asid. dan berjumpa dgn mangsa. melihat keadaan mangsa,,ya allah sedihnya.kasihan sama dia. seperti yg akak ni cerita dia selalu macam kita,sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dengan kes asid ni. sekali tak sangka dia yang kena. kawan yang temankan dia ke parking sebab takut jlan sorang pun kena jugak tapi syukur,sikit je.



separuh muka dah melecur teruk,tapi syukur muka dah pulih 70% tapi masih tinggal parut macam bekas jerawat besar yang hitam. nasib baik cecair yang dia kena tu alkaline.menurut kakak ni doktor beritahu kalau cuka getah lagi teruk lecur die. mahu tertanggal pipi. nauzubillah.

paling sedeyh cuping telinga dah terhakis sedikit.mata tak pulih sepenuhnya lagi. leher lecur teruk. apa jadahnya ntah nak main simbah-simbah asid ni.


~semasa kejadian saksi yang lihat kejadian tak nak tolong mangsa termasuk 3 klinik dan beri alasan "tak ada doktor." apa die punya jururawat tu budak lepasan pmr kot sampai tak boleh nak pikir alternatif lain. dan doktor balik minum petang jam 530 petang? dan saksi kejadian buat endah tak endah langsung. tak nak tolong.-apa ingat ini main renjis2 air mawar ke lu ingat. gampang.

disebabkan lambat bertindak (jirus air ke anggota yang disimbah&ke hospital.)cuping mangsa terhakis sedikit.


"nasib akak dah kawin dik,,baru je 6 bulan,.kalau tak kawen lagi,,..hadooooo."- perbualan akhir dengan mangsa buat kami terdekah-dekah gelak. dan masuk dalam kereta,terfikir pulak,yelah aku tak kawen lagi.


cepat-cepat pakai helmet dalam kereta.

Tuesday, May 31, 2011

nak bebel macam mak-mak

dulu masa dekat asrama,makanan ruji selain nasi dan roti keras adalah manggi atau nama yang lebih tepat dan betul adalah mee segera. setiap sorang kalau tengok dalam loker manggi mesti dan kene ada paling tak kurang 1 pek atau 2 pek besa. kalau tak ada memang tak in langsunglah jadi budak hostel masa tu. dan rugi takda kenangan nak cerita dekat anak masak manggi dalam baldi. budak asrama makan manggi selain proses tumbesaran adalah kerana buruk lantak. dah sarapan pagi,makan tengahari,minum petang,makan malam,supper.dan tengah-tengah malam masih lagi makan manggi. kalau menu dewan makan tak berapa nak jiwa,,manggi mmg laris dekat koop.(koperasi sekolah). dan paling tidak yang ade 2 ,3 pek besar manggi jana pendapatan bukak kedai runcit dalam dorm.

bila dekat u, manggi masih punya follower yang ramai.lagi-lagi bagi yang dah pokai guna ptptn beli handphone baru. selain tu yang rajin menyiapkan artwork dan asgmnt last minit jugak perlukan stamina dengan makan manggi di tengah-tengah malam hari. yang tinggal dekat rumah sewa masa ni sardin dalam tin menu paling sedap.

zaman manggi & sardin mampu milik.

ok,cuba pergi mapley dan order maggie goreng biasa sekarang. harga rm3.50-4.00. atau pergi kedai beli sebungkus mee segera apa-apa jenama. harga sepeket rm1+++. atau sebungkus mencecah rm5. jgn lupa tgk ikan sardin dalam tin,yg kecik harga berapa.mesti dah taknak tengok harga tin yang besar.

dan kini sekarang manggi bukanlah satu makanan mampu milik di malaysia. siapa makan manggi dan juga sardin dalam tin bukan lagi miskin tegar.

jadi makanan apakah yang tinggal untuk orang yang miskin tegar zaman sekarang ni ?