Tuesday, June 25, 2013

Emak emak

bila dah ada anak ni buat gua terfikir mana letaknya perasaan betina betina atau jantan yg suka buang anak yg suka lambung anak yang suka tglkan anak.paling sedih bf sendiri belasah anak gf.

ada satu benda magis tahu tak. kejadah lps besalin gua boleh tuka lampin anak basuh berak menetek dan skrg lagi expert mandikan anak walhal sebelum ni gua tak pernah amik tahu langsung pasal hal budak2 kecik ni. itulah magis yg tuhan beri pada gua skrg ni. atau semua ibuk ibuk di luar sana. serius dowh tak payah pegi kelas rumahtangga. latihan asas pon gua tak pernah praktik.

jaga anak ni gua buat mcm prinsip menjaga haiwan kesayangan. alah mcm kucenla gua syg2 cium2 peluk2.hoi! giler samakan anak dgn kucen. maksud gua perasaan kasih sayang tu..

emosi mak mak dah sampai. aha matila kena kutuk asik dok cerita perihal anak. skrg baru faham jadi seorang mak. setiap masa fikir anak. gua dah dapat kerja. sikit hari lagi nk masuk kerja.alhmdulillah rezki anak. ha mention anak lagi!!

adele dah masuk 2bln tapi perangai macam budak 6bulan. jangan nanti dah 6bulan awak perangai mcm budak darjah 6 pulak.yg merunsingkan gua skrg ni adele dah ada tanda tanda eczema. habes pipi dah mcm kerak nasik lpstu merah menyala. panas sikit naik satu badan. tidur manggaru. sedih

permasalahan gua sekarang ini adalah kena pantang makan. dan kena makan juga benda yg berkhasiat untuk tambah susu.tapi apa benda yg tinggal boleh makan? dilema.

dalam hidup gua pertama kali rasa dilema sebab budak kecik lagi besar dari dilema pilih boipreng. gua serius ni.

Saturday, May 11, 2013

atas nama cinta, lily adelea.

dilafaz janji dgn izin berwali, dikucup dahi, diikatkan hati maka bersatulah kami dengan janji janji terpatri.

setahun yang sudah.

melayari rumahtangga dengan penuh kesabaran dgn penuh ketaatan disaji dgn kasih sayang ,menyulam cinta, bukan perkara mudah.dugaan,masalah yg datang hanya pada Dia tempat kami selalu mengadu.

setiap hari kami berjanji akan menjadi pasangan yang lebih baik dari semalam. setiap hari kami berusaha jadikan kehidupan kami lebih baik dari semalam.

atas nama cinta kami, lahirlah kamu. amanah tuhan yang tak terbanding nilainya buat kami. dan paling istimewa sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mummy & daddy yg pertama. our little precious lily adelea, we love u so much!!!

daddy, mummy syg awok lama lamaaaa!ketat ketat! thanks for being a good husband & insy good daddy for adele. selamat ulangtahun perkahwinan kita yg kesatu!!! chup.chup!

Monday, April 29, 2013

hey! gua dh jadi mak mak!

i want nobadi nobadi but chuuuu!!!

sayalah lily adelea binti mohd fared
just call me adele!

gituh










kronology mak mak #2

syukurrr gua dah selamat bertarung nyawa keluarkan budak kecik dalam perut ni. walau tak tertanggung derita sakitnya perghh tuhan saja yang tahu kepuasaan dpt keluarkan seketui malaikat kecik! mcm lega lps buasir woii.

SABTU 1pm

lps induce kena tunggu 6jam untuk cek jalan berapa cm dh buka. kecewa oi masih lagi 2cm. contraction tak kuat lagi just rasa mcm senggugut tahap 2 je. then doc decide tg pkl 6 cek semula T_T

start pkl 1 contraction makin tinggi tahap senggut ke 4. masa ni bwk bejalan tawaf 1 wad. mil dtg & bg motivasi smbil
menyembangg nak hilangkan rs sakit. mmg tak layan sakitlah. husband pulak demam. kesian sangat.

6pm

ok seluk lagi. syukur bacaan dah 4cm. yippie!! boleh tolak ke labor room. malangnya bilik penuh tgla jam 8 baru masuk. masa ni sakit dah makin rasa luu!

8pm

perasaan debor tu tuhan je tahu. hukm sediakan bilik setiap satu jd tak seram sangatla dgr org sebelah mengerang sakit. agak privasi jugakla berduaan dgn suami dlm bilik. lps kasi ubat berak, mencicit gua lari berak cirit. dah setart sakit tahap 6 terus. ok rilex lagi boleh gelak gelak selang 5minit skali contraction dtg. ok nk tg bukaan lagi 4jam. husband gua dh lembik demam. ya Allah mmg ms tu gua bedoa dlm hati minta dia kuat. takde yayeed kat sebelah gua tak tawla gua boleh beranak ke tak.! dia je semnagat gua ms tu. sumpah sedih bila teringat moment moment suami gua yg lembik sb demam tp bagi gua semnagat jugak! sob sob. pinjam bahu.

AHAD 12pm

perghh masa ni hanya tuhan sahaja yang tahu gua mmg dah takada tenaga. menangis meraung semualah.contraction tahap 14 kot! sampai kena sound dgn misi kerek! kena ceramah dgn doktor beringus time2 gua tgh kritikal. "tak pernah beranak bolehla cakap." ringkas dan padu gua balas dkt doc tu. husband gua mtk buat ceaser sb dh tak tahan tengok gua sakit. lagipun gua kes induce & overdue. dr pagi dah tahan sakit. doc nak gua besalin normal jugak. tunggu bukaan last lagi 4jam. T_T pfttttt!

disebabkan bukan office hour epidural(ubat tahan sakit) takada. tragisla oi! hukm je ke mcmni? org beranak kena ikut opis hour kerr? husbnd gua bekeras jugak, dtgla pakar bius mnyelamatkan gua. lega banyak pakai epidural. nak seluk 34x pun silakanlah sila silalah masa tu. aha sebab dh tak rasa apa.

3.30 am

kami dah cuak bila dekat mesin ctg heartbeat baby dah slow& berhenti! menggelupor nurse & doc. dlm hati gua dh siap2 nk saman kalau jd apa apa. cek bukaan br 6cm. dan sebab bekeras sgt taknk belah je perut gua,, doc suruh gua push jugak. ye. push masa 6cm nk bg jln cpt bukak baby dh lemah. mmg padah tak pergi kelas nak bersalin tu. menyesal sungguh. apa yg gua taw doc suruh push mcm kena sembelit. cara pernafasan,

masa contraction dtg,sedut nafas panjang2 guna hidung, tangan pegang buku lali, hembus guna mulut sambil angkat badan cecah lutut.

malngnya gua takada kekuatan & blur tak tahu nak push masa tuh! husband gualah pendorong selain ada sorg misi kerek ni jerit2 jegil2 mata kat gua asik ulang sembelit sembelit byk kali. dgn kata kata semangat dan ayat cinta yg mndalam dr husband aha, gua berjaya teran & terpksa jugk guna vakum. tepat 430pagi.

dan amat menyedihkan baby tak menangis akibt kurang oksigen. tak terbayang gua sakit tuhan nak cabut nyawa nanti. manalah nak dapat epidural.

subhanallah. terkedu kami tgk baby tembam merah menyala mcm udang kena bakar keluar dr perut gua. 3hri baby msuk NICU bagi bantuan oksigen. sedih jangan cakapla.tapi alhamdulillah semuanya selamat.

jangan ditanya berapa jahitan berapa banyak koyak. sob sob. husband gua yg tengok dorg jahit pon ngeri. terkepitla selama sebulan gua dlm pantang ni. dan jamu mak dara sila beri kerjasama aha.

dlm pada gua tengah lalok & mamai lps setel semua, datang sorg doc cina nak tulis report agaknya,

"puan, berapa anak yg puan inginkan selepas ini? dan kaedah perancangan mcmana yg puan akan buat?"

gua tak banyak cerita, jegil mata besar besar je. husband gua yg penyayang ni boleh jawab, maaflah doc kami tak bincang lagi lps apa yg saya tengok tadi tak terfikir apa apa pon lgi.

dengan ucapan terima ksih doc cina hensem tu pon berlalu pergi.

sekian.

Saturday, April 20, 2013

kronology mak mak #1

20/4/2013
745 am

hai bersua kembali. kali ni live dari hospital. ye! gua tak bersalin lagi dari aritu dah overdue dari tarikh sebenar. maka dengan itu marilah menyerah diri untuk dipaksa bersalin.(induce)

memandangkan sudah beberapa hari overdue& baby kurg grak rahim agak tebal dan sempit(untungla sapa montot lebo) terpaksa ditahan masuk wad semalam.

now baru selesai diinduce. kelmarin gua dh rasa tanda perut tegang tegang skt mcm nk period, nak berak tak jadi, yebi yebi dh tunjal kat vagina tapi buat tak tahu je. manala tahu itu contraction. lps buat ctg jantung yebi ok dan diseluk cek jalannnnn! pergh!senak smpai ke perut luu! didapati sudah 2cm buka.

sblm induce tadi darah dah keluar. dem! mcm nk bgtw takpayah inducela tg je.tp atas faktor keselamatan takut lambat lagi ubat sebesar jari kelingking dah selamat dimasukkan. alhmdulillah bedebo kena seluk masuk ubat dah lepas. magis.tak sakit mcm seluk semalam. ok mak mak jgn nebes kalau kena seluk. tarik nafas pjg2 & bc doa nabi yunus ni. amalkan jugak ms sdg sakit nk bersalin.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

skrg ni kena tg 1jam tak boleh bergerak ke sana ke mari. contraction dah rasa (mcm senggugut) baru stage 1 kot. gulp! doakan gua dipermudahkan.

harapla sangat doktor lelaki india yg tangan berbulu lebat tu tak bertugas arini. 3jam lagi gua nk kena seluk balik!

nak main candy crush dulu. okbye

Wednesday, March 20, 2013

36weeks

berat tangan nk menaip ibarat berat membawa perut.kohkoh. entah mmg sindrom pemalas nak buat semua benda  masa mengandung ni.

alhamdulillah sedar tak sedar dah lasttt trimester!! im 36 weeks. agagaga. perasaan debor toksah kirala. tiap kali sakit perut nak berak pun rasa dh cuak.seriuslu,..gua tak tahu nk beza sakit beranak dengan sakit perut nak berak. sampai dalam tidur pun termimpi sakit beranak.cepat2 cek perut,,oh masih lagi kembung.

sepanjang mengandung ni hanya teruk di 1st trimester.alhmdulillah lepas tu syukurrrrr takde apa yg kronik melainkan bleeding. gua mmg selalu cpt bleeding.walau setetes adalah dinasihatkan bergegas ke spital wahai ibu menandung sekalian. punya manja drive sendiri pun tak boleh T_T pasti bedarah setompok dua.

penat jadi surirumah ni sebenarnya.penat tidurr.kehkeh. akhir akhir mengandung ni selera makan makin berkurangan & berat pun turun. oh my! tahu tak berat naik berapa puluh kilo? 47-63kg! adakah selepas ini akan rasa menyesal sebab bencikan produk pelangsingan? nampaknya kena cari kakton comeyy punya produkla. kasi repair. aha

dikesempatan ini yang sebenanrnya nk mohon keampunan sebab nk beranak. walau kita tak pernah mengenali apatah lagi berjumpa bersua tapi pasti ada yg annoying dgn gua. pleasla maafkan gua dan katakanlah "aku maafkan kamu tak perlu kita bertemu cukup kau tahu,,."

ok.bye wassalamu.

doakan gua selamat dan dipanjangkan umur.lebiu


jauh sungguh hanyut dengan angau cinta. bukan lagi angan.