Monday, October 31, 2011

pasword awak apa?

gua nampak zaman sekarang ni semua benda sangat mudah. nak beli baju tak payah start enjin kereta, nak tgk wayang tak payah nk beratur panjang,nak belajar masak takpayah nak mengadap mak, ah semua dihujung jaris. mudah.dan ambil mudah.walau kita tak tahu kesannya kepada tumbesaran bontot yang akan menjadi lebaq.dan badan menjadi gajah.hanya jari sahaja yang terus meruncing, eh.

ah itu bukan penyebab yang menjurus kepada kegemukan sangatlah.tapi kadang-kadang dalam kesenangan kemudahan yang diciptakan tu boleh mendatangkan kesan kepada otak dan urat saraf.misalnya server down atau lembab.atau penipuan atau ah macam-macamlah yang boleh menaikkan amarah yang tidak terlepas dari carutan.

benda gua paling lemah bila kena isi form guna online. tulisan tangan cantik dah tak releven lagi. lagi lemah bila tanya upsr kau dapat berapa, pmr berapa.lagi-lagi slip pmr gua dah kasi kamben makan.satu2 nak menekan. kelemahan beronline ni gua dapat detect masa zaman belajar di uitm. semua nak kena isi guna online.jaduallah,subjeklah,kalau leka sikit abes kau kena repeat sem sebab tak update.dan dalam sem 1 hingga habes gua tak pernah isi borang sendiri.semua p.a gua yang uruskan. ehem. tugas gua hanya mengingat pasword dan id. kelas tak i maria?


kalau dah nama pon sistem dalam talian ah banyaklah dia punya songeh dengan macam-macam kesilapan teknikal. macam kawan gua,aida gabra nama dia. dhla takada p.a semua kena buat sendri.isi borang,isi subjek,pilih group,pilih kelas. kalau dh isi borang dalam keadaan gabra sentiasa,,fikir sendirilah jadi apa.walau pon begitu bf dia muka macam yusri kru. serius ni bai! satu hari dia hempok-hempok keyboard komputer.tak cukup tu dia nangis-nangis dekat bahu gua. ah tak boleh jadi ni. 2hari lagi tarikh last daftar subjek dengan kelas. tak boleh log in id tak sah. beratus kali dia mencoba. biasalah dah nasib badan memang ditakdirkan selalu geng dengan kawan-kawan yang suka last minit. demi uitm dihatiku dan tak mahu tengok kawan kecundang di akhir sem gua gagahkan juga kaki ke bahagian hal ehwal pelajar. ahkak uitm tak bengis taw.


sampai di hep gua dah tenangkan aida.bahawa dia takkan repeat keseorangan sebab umangggaih engko tahu tak berapa orang beratur?adela dalam 137 orang. kan dah boleh buat 3 kelas tu. kegusaran di hati aida semakin hilang.smpai turn ke 59 gua tolong aida menyetelkan dengan ahkak hep. aida memang tak boleh bersoal jawab,,kan dah kata nama die aida gabra. sampai satu soalan,,memang aida kena jawab.

"awak punya pasword apa.?" tanya ahkak hep.
"err kak kasila kertas saaya eerr saya saya tulis."seperti kebiasaan aida menjawab dlm keadaan gabra.
"eh takpe saya nk reset balik pasword awak.apa ye awak punya pasword." ahkak hep mendesak.
"ermmmmmm aida ermm aida love rizal sangat."aida menjawab sambil menundukkan kepala.
"ha apa?aida love rizal sangat?!!!!!!!!!!!" pekik ahkak hep sambil menahan gelak.
"aah aida love rizal sangat."jawab aida lagi sambil menutup mulut tanda malu.

gua? lu taw gua buat pe masa tu? pelan-pelan gua seret kaki kiri menuju ke pintu keluar bila dengar suara berdekah-dekah bergema dalam pejabat hep.

jahanam kau aida gabra.dalam gabra-gabra lu taw jugak ungkapkan kata cinta.


dan aida dah menjadi isteri pun sekarang ini.tetapi bukan dengan rizal muka yusri kru.

Friday, October 21, 2011

Penjara janji 2

hai. jumpa lagi kita. -panjang

eh awak yang aritu eh. -macha

terima kasih datang. assalamualaikum insyaalah kita jumpa lagi. -imam

laa pakdin dgn abg akauntan tu dah bebas dah bulan lepas.-haji


perkara yang membuka mata dan minda aku di sini adalah melalui sejarah hitam hidup mereka, keinsafan, persahabatan dan kemesraan yang ditunjukkan.

oh dan juga banduan-banduan yang comel.

Wednesday, October 19, 2011

Ruangan Kesihatan


ah memang aneh kalau mahu berbicara tentang peluh & ketiak. tapi agak aneh kalau kau berpeluh ada bulatan besar atau corak lup lup di ketiak kau akibat peluh. euwwwwwwwwwww. dari sekolah sampailah lewat 20an saya jarang pakai ubat ketiak,,err deodorant. memang ajaib dah akhil baligh tak ada bulu ketiak apatah lagi ketiak tidak berpeluh berlebihan.

namun kini tidak lagi. faktor umur mungkin.sejak usia nk beranjak ke 30 ni peluh ketiak mencurah bagaikan air terjun. dan pastinya tidak selesa bila bekerja ketika panas terik. pelbagai ubat ketiak digunakan namun kurang berkesan. ah macam nak cabut jeh ketiak. sehinggalah suatu hari bila terpinjam yayeed punya spray ketiak berbangsa nivea man ,,terus mcm kagum owhhh! ketiak tak berpeluh 3 hari yawww!



ok dan dengan itu sehingga kini ketiak berbau maskulin.peluh pun tiada lagi.ehem!









tetapi adakah dengan memakai deodarant lelaki boleh merubah hormon perempuan kepada lelaki? maksudnya errr macam,... tumbuh bulu ketiak selebat lelaki! yuccks.atau sebenarnya saya adalah lelaki?????err, harap doktor boleh beri penjelasan.



gadis risau,
F bukan nama sebenar.

Sekarang

aku macam bersalah sebab harus bercakap benar.tapi kalau bercakap benar sekarang boleh menjatuhkan orang. tapi kalau tak bercakap benar boleh memakan diri sendiri. arghh celaka sungguh situasi sekarang.

walau sekering mana & sekeras batu hati aku,namun masih ada terselit perasaan kasihan.

ah baru harini aku tahu.

tapi dah tercakap benar.harap awak pun kasihankan situasi saya.

DIPAKSA DAN TERPAKSA.

Thursday, October 13, 2011

kalau mengantuk dekat opis ini makanan gua



ah simple sangat step yg gua ikut ni.

Sunday, October 2, 2011

dag dig dug





jam sudah dekat 4pg. mata taknak pejam memikio benda-benda merepek. bila ditinggalkan kejam keseorangan begini oleh housemate barulah nk kumat kamit bc ayt kursi ltk yassin ltk alquran dkt sebelah. 

jahanam punya imaginasi.

tak pasal-pasal pisau bawang pun gua bwk tidur skali. 


-Sent from my iPhone