Wednesday, April 18, 2012

Besok hari baru

bila aku selalu sakit dgn ujian yg tuhan turunkan tiap kali itulah aku menangis nangis merayu depan tuhan.

tapi bila tuhan dgr salah satu doa aku dan sekelip mata dia ganti dgn rezki yg bergnda aku pula rasa tak bersyukur.

aku mahu yg itu tuhan beri yang ini. manusia. tak pernah bersyukur dan lupa pada janji masa merayu rayu pada Dia bila ada masalah. kalau ini jalan tuhan bukakan pada aku maka permudahkanlah semuanya.

kadang kadang walau kita mengharap sangat pada apa yang kita mahukan tapi tuhan tak benarkan pasti ada sesuatu yg lebih baik utk kita yg Dia standby.maka besok aku akan belaja cuba mnghargai apa yg tuhan kurniakan. doakan aku.

besok hari baru.


tapi, shah alam?

:(

Friday, April 13, 2012

Awak adalah badut saya

hidup ini sebenarnya magis tapi aku perlukan badut dalam hari hari aku bkn ahli silap mata.

Thursday, April 12, 2012

Ini serius

tiap kali aku cuba bertindak jadi seorang yang serius aku mesti kalah dengan tangisan.

sebab itu aku tak pernah bercita cita nak jadi seekor polis, eh seorang polis maksud aku.

Monday, April 9, 2012

Monolog dalaman

perkahwinan bukanlah satu ending story yang bahagia tapi satu permulaan hidup yang baru sebenarnya.

dalam keadaan kusut masai serabut skrg ni setelkan semua hal di saat genting Allah tak lupa selitkan mcm mcm dugaan dan ujian. aku dah kebas. dari awal tahun aku dh lalui. jadi aku tak perlu nak tanya tuhan lagi kenapa mesti aku dan aku dan aku yg dia pilih. senang, jawapannya sb akukan kuat mcm mask rider.

soal rezeki aku yg tak sampai sampai walhal aku selalu dgr org sebut rezeki kawen. selagi aku cukup makan dan pakai aku kira masih berezkilah. alhamdulillah.

aku bukan nk merungut sebenarnya. tapi merenung hidup yg bakal aku lalui nanti. dgn pasangan hidup yg aku pilih aku rasa aku harus buat satu pilihan untuk hidup. yang boleh beri ruang utk pasangan aku hidup bahagia sebab aku dah habis selfish skrg ni. dari segi hati.

dan aku memilih pasangan aku yg ini sebab aku yg begini. aku mahu hidup aku lengkap dan dilengkapi walhal kasihan dia.

sehidup semati susah senang sama sama memang ikrar aku dr dulu lagi.alhamdulillah spnjang 8 tahun tak pernah ingkar.aku kira satu pencapaian yg hebat.


tapi untuk kali ini aku tak berjanji apa apa dan takut untuk mengharap,


sememangnya yang bahagia itu cuma satu tapi akan datang untuk yg kedua.




ya untuk kamu.

Friday, April 6, 2012

Si Loser yang gagah

sepanjang 3 bulan mengganggur kebanyakan kerja kawen dari a sampai z gua usaha sendiri. dr mendesign, melipat, buat bunga telur sampailah membuat doorgift sendiri. disebalik kejantanan gua adalah sedikt bernaluri macam azwan hj ali. ah gua belum hebat lagi mcm blog blog bride to be mcm hazlynda tuh.tapi dia sumber inspirasi tahu. dan baik hati buatkan hantaran.oww! CBL taw yg taja. tgl baju je yg bukan gua jahit. maklumlah sbgai seorang yg kedekut mcm gua ni haruslah kene kerja kuat. Semua di bawah bajet menteri kewangan gua.

dan dengan bangga gua nak lahirkan di sini adalah sebagai penghargaan untuk diri sendiri. hurm dan sebenarnya gua nak cakap gua adalah seorang penganggur yg loser tapi gagah!

sama mcm hal rumah kecik bakal
gua beteduh nanti. kasihan dgn bakal suami nak keluarkan wang upah orang cat. apalah gunanya mengaji art n design tapi upah orang cat. malu gua dgn mat mat endon tu nanti. dgn rela hati gua mtk izin mengecat rumah sendiri sambil menunjukkan muscle di lengan gua. ah lagi sekali gua si loser yang gagah!

gua dah abes cat 3 dinding ni. tapi dah dekat 4 jam gua cuba bukak tong cat yang ke 3 tak boleh jugak. celaka!

gagah wak lu.

Wednesday, April 4, 2012

KAN DAH KATA BYK KALI AKU DH TAK OSEM

aku lama tak menulis sebab takada benda yg osem dlm hidup aku nak pamerkan dkt sini.

btw aku masih menganggur lagi.

sejak akhir akhir ni deria lucu aku dh tercabut.

otak aku pegi hantar dry cleaning dkt dobi. jadi suis otak tak menentu emosinya.

mulut tak sakit lagi. jadi makan bolehla kuat kuat.

kalau jadi aku akan kawen dlm ms tedekat ni.

akhir kata belajalah matematik dgn betui. no talipon sendiri pon tak hapal.boleh salah letak dan kad sudh diprint.

hati aku dh berkelemumur ni.


amacam hidup awak dh cukup osem tak? bahagia tak skrg?

tahniah.

p/s: aku taip guna kaki bkn hati. im sorry.