Tuesday, August 30, 2011

nak tuju lagu boleh?

saya fareezan ingin membuat ucapan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakan- rakan yang mengenali diri ini secara jualan langsung dan tidak langsung. semoga bergembira menyambut aidilfitri dan jangan dilupa kepada mereka yang sudh pergi serta berada di dalam serba tiada. kepada adik-adik maafkan ahkak jugak sebab tiada duit raya mahupun sampul raya pada tahun ini. semoga adik-adik memahami keadaan diri yang amat memerlukan ini. kepada bos juga maaf dipinta di atas ketidak ikhlasan dalam menunaikan tugasan harian.

semoga kita selamat sampai ke destinasi dan kembali bekerja dengan berat badan baru.

kenang daku dalam doamu.

-Sent from my iPhone

Friday, August 19, 2011

waklu ahkak

dekat-dekat nak raya ni memang macam-macam org tag dekat fb. biskut rayalah,dodol raya lah,tudung ular senduklah, kasut 8 inci, dan kalau bukan raya pun sama.

masalah tak besar kot untuk aku. sebab malas nak bising nak marah pun paham orang meniaga. kalau berkenan order.dan remove. dan kalau tak berkenan pun lagilah cepat-cepat remove.

tapi macam agak jadi masalah besar pulak bila ada yang tag baju bayi. eh eh anak buah aku semua dah besar-besar.ok mungkin tersilap tag. dimaafkan.


selepas itu dikejutkan pula dengan pil perapat manjakani. tertanya-tanya pulok apa gunanya ni. sekali tengok textline, " suami pasti puas." OMG. mmg piggylah ahkak yang tag ni. REMOVE! malu i kawan-kawan nampak ish.


dan paling latest breast pump . kau nak suruh aku pam tetek lembu ke tetek kucen ke hapa. ah hangin. terus msg ahkak tu.


"kehadapan ahkak yang meniaga mencari rejeki siang dan malam di dalam fb ini saya dengan ini faham dengan tuntutan kerja ahkak.tapikan ahkak saya rasa ahkak tak payahlah nak tag saya dengan jualan yang tak ada kene mengena langsung dengan saya. bukan pada saya sahaja tapi pada semua kenalan ahkak di fb. harap ahkak dapat menjaga sensitiviti masyarakat.tq ahkak. pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. oh ye lepas ahkak balas saya unfriend taw page ahkak.harap tak berkecil hati sangatlah."

yang benar,
pengguna teraniaya.


dan ini balasan ahkak tu.


"maaf dik akak ni meniaga je. tak ada niat pun nak buat adik marah.kalau tak suka adik bolehlah remove.maaf lagi sekali akak ingat adik ni dah kahwin ada anak."


ha tengok tu tengok! dahla meniaga dalam fb tak ada lesen pastu tak jaga sensitiviti masyarakat.
sentap mak! penat-penat aku pasang badan dia boleh kata aku mcm dah ada anak.





ok bai!bai bai bai bai!

Wednesday, August 17, 2011

Tak berapa nak fast sangatlah

bekerja di restoren makanan segera bagi aku salah satu kaedah yg tepat membina jati diri dan akhlak yg mulia.
bonus untuk kau belajar erti kesabaran dan menjadi manusia patung yg sentiasa memenangkan org yg salah.

customer maki kau senyum
customer mengamuk lambat kau kata maaf zahir batin
customer ludah pun kau kena ucp terima kasih
customer tinggi suara kau kena melekap dekat dinding
customer hensem kau kena bg makanan percuma


soal ikhlas letak tepi.


dalam byk-byk agensi,restoren mknan segera aku rasa yg berjaya sahut seruan rakyat didhululan pencapaian diutamakan. walau tak pernah dpt bonus setengah bln.

aku pernah berpengalaman bekerja di sebuah restoren mknan segera. benda paling aku ingt bila aku maki blk customer dan panggil die bodoh. akibatnya aku diminta memohon maaf secara terbuka depan org ramai dan hampir dibuang kerja. saat itu baru aku tahu erti penyesalan.


masalah skrg ni dkt 2jam makanan tak sampai. jangan sampai aku ajar pekerja restoren ni pulak erti penyesalan yg sebenar.


-Sent from my iPhone

Thursday, August 11, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Bukan lagi bulan sedekah

rasanya sepanjang 9hari berpuasa tahun ni baru sekali pergi bazar ramadhan. akibat keracunan makanan yang kronik tahun lepas terus dapat keinsafan. lagi bersyukur bila ruang perut dah tak besar sangat.nafsu membeli dan makan pun tak berapa mahu.


akibat teringin nak makan pau goreng atau lebih popular dengan nama komersilnya burger malaysia pergilah ke bazar.dalam kepala dah set 10 ketul.makan sorang.ruang perut kecikla sangatkan.ok test dl tanya berapa seringgit mana tahu boleh tambah lagi 10 ketul kalau-kalau dihasut saitan. dalam kegirangan berjumpa dengan burger malaysia tu mood teringin tiba-tiba sikit lagi bertukar menjadi angin ahmar. boleh makcik jual tu sound singgit tak dapat dik, seketul 40sen. umaaaaaanggggaaaihhh! cekodok pisang pun lagi besar kot.dan kau tu meniaga burger malaysia bukan burger king.ah lupakan.


sambil menjeling acik muka pau sambal,hidung secara automotik menuju ke aroma yang paling memukau dan menyetimkan.


"kak bagi 2hengget kak cempedak goreng."
"2 hengget 6 ketul dik."

apa? ok tak tahulah pulak sejak tahun ni atau tahun lepas cempedak goreng besar guli dah dikira sekali harga dengan biji cempedak. kalau dl seringgit 5-6 ketul sekarang 3ketui. pffft! kepala lutut betul. mengarut!


ok next gerai air tebu. terang-terang tulis sebungkus 5 ringgit. kalau dilihat pada saiz plastik,2 kali teguk. apa tebu import dari uganda ke hapa. sambil berkata cis kau kepada brader air tebu aku berlalu dengan penuh kehampaan dan kekecewaan lalu


masuk dapur menguli tepung belajar membuat burger malaysia ala-ala saiz whopper di burger king, try resepi baru cempedak goreng pakej kulit cempedak dan memerah tebu menggunakan skill kaki.



gua dah get ready.tahun depan set nak bukak gerai dekat bazar ramadhan. untung-untung boleh beli rumah sebijik cash hadiah hari raya tahun depan kalau macam tu lah harga kuih muih di bulan ramdhan zaman sekarang.




Monday, August 8, 2011

Perempuan

mesti kuat kawal hati kawal nafsu kawal diri kawal perasaan,

jual mahal.

Lelaki curang sebab perempuan.

jangan pasang motto tak boleh hidup tanpa lelaki dan tanpa mengira


suami siapa.


kasihanilah perempuan wahai perempuan.



-sent from my iPhone

Friday, August 5, 2011

Bobby brown


manusia sekarang memang betul-betul hati kering. buat salah sikit nekad membunuh. pergh memang semangat komunis. kalau tak bunuh bakar hidup-hidup. bunuh bunuh kerat kerat bakar bakar dah jadi hal biasa. kus semangat.

cemerlang macamana pun kita tinggi mana pun
pangkat kita kalau tak semai tak bina sahsiah dalam jiwa dan rohani itulah jadinya. walau dari lahir dah dicanai ibu bapa dah diazan diqamat.

kalau dah bunuh orang pon tak payah nak pikir panjang apatah lagi haiwankan?eh ini bukan merujuk kepada kes terbunuh kucing aritulah. ini kes kucing terbaru. mesti nak tuduh kitew terbunuh kucen lagi lewww tewww.

bukan.

ini lagi azab dan sedih.bobby beranak lagi. memang produktif dengan jantan mana pon die layan.sampailah 6 ekor anak luar nikah selamat dilahirkan minggu lepas. akibatnya jiran sebelah tak dapat nak terima anak haram dan ibu pelacur macam bobby direportnya kepada tuan rumah kami. dan tuan rumah terus kate, no pets allowed! akibat bau tahi kucen melampau walau berak dalam pasir khas.


maka dengan berat hati diana si pemilik kucing memikirkan jalan untuk selamatkan kucing kesayangannya.satu tempat penjagaan dan perlindungan kucing popular di ampang telah dirujuk.dan amatlah terkejut sebab kucing perlu disaring dan kalau ada penyakit kucing akan dibunuh dengan suntikan.OMG!kalau kucing ok akan dijaga dan tunggu penjaga angkat. apa makna tempat perlindungan dan penjagaan kalau macam tu?seharusnya buatlah rawatan bagi kucing yang ada penyakit. adopt and save a life? ah pentipu!

dahlah hantar kucing pun bayar ratusan.kebetulan ada seorang apek(bukan BEKAS tunang jejari tembam mengigit jari) pun hantar anjing terbiar ke pusat tu. mau tak kene maki kalau nk selamatkan haiwan sampai sana kau kena bayar dan kene tunggu keputusan haiwan tu kena bunuh atau tak. mungkin ada reason pihak penjagaan kucin tu sendiri tapi mungkin boleh ambil alternatif lain.


kasihan nasib bobby dan anak-anaknya menunggu keputusan antara hidup dan mati.kalaulah bobby pandai bercakap mcm catdog kan senang. ketuk pintu dan tumpang berak kat tandas rumah jiran-jiran.


Tuesday, August 2, 2011

kalaulah boleh

sesekali macam nak pergi buat lawatan sambil belajar je macamana proses kerja mereka ni. "akibat" daripada alasan pengarah tak ada semua benda tergendala. hold dan hold walau berjanji 3 hari waktu bekerja akan respond. dah masuk sebulan.dan 2 bulan.

teringin nak tengok cara lengah-lengahkah atau lenggang-lenggangkah pergi hantar surat dekat pengarah.

atau tengah sibuk ambil order kain raya atau biskut raya. eh katalog avon jangan dilupa.

nak tanya juga apa masalah pengarah payah nak buat kerja cepat-cepat dan tanya kenapa tak masuk pejabat sampai sebulan. ok fine pergi kursus sampai berbulan.


ah letih sial kalau asik-asik nak letak persepsi negatif je dekat golongan orang yang berjanji dahulukan rakyat dan utamakan pencapaian. kesianlah sikit pada yang ikhlas dan komited bekerja tu terkena sama.


tak pahamke bulan puasa tak boleh mencarut lebeyh?

Monday, August 1, 2011

marhaban ya ramadhan


alhmdulillah masih lagi berjumpa dan harap berkesempatan bersama ramadhan hingga ke penghujung.

perkara-perkara yang sinonim dalam bulan puasa sepanjang 22 tahun : bertarawih,tepung pelita,moreh,membazir,pasar ramadhan, yusuf taiyoob,jejak rasul,biskut semperit,batang buruk,baju raya,kasut raya,dan di akhir ramadhan selain lailatul qadr benda paling penting yang memang suka tunggu sejak kecik dengan perasaan penuh bedebar,


penyimpan mohor besar raja-raja.


tapi rasanya pengumuman raya nanti mesti tak bedebar dah. tak feel. orang baru sofa pun baru.