Thursday, May 28, 2009

::Jgn MaNdi MalaM::

aku gagal uruskan satu perkara
aku xmampu berdikari
saat ini aku mahu kader baba
dia saja blh bantu aku tanpa merungut
aku mmg xkewl
benda kecik pon xblh setel
smpai kene jthkan 2 titik air mata
aku lgsung xkewl
bile sume hal aku kene paut pd yayeed saja.
die pon naik letih.aku taw.
besok aku mula berdikari ok.


aku kurang sihat.
cuaca bahang buat aku
mandi tiap2 ari tgh mlm
skrg selsema sudah dtg.
mau demam.
saat2 ginih mmg emosi kuasai aku.



oh jgn risau
aku yakin aku bkn pembw H1N1
insy aku yakin.
sb aku xpernah ke mexico
atau dkt dgn org2 yg punya simptom2 itu.



insy.tidak.xmahu.

Monday, May 25, 2009

::nak DuiT tapi malas.gila.::

skrg baru aku akui subjek karangan masa di sekolah amat penting.
samada bahasa melayu atau bahasa omputih.

membaca jugak amat penting utk membahan.
tapi aku lebih suke google, cntrl a,cntrl c lalu cntrl v.(cpt&benar.)

knpla cikgu aku dl xbgtaw kat aku.
kalau x aku dh jd penulis novel dh skrg nie.
xder la dr td dok menung,..delete,, backspace aje.

t
i
n
g
t
o
n
g
.
.
.
z
z
z
z
z
$
$
$
$
$
$
$
ok2. sb aku tpk duit py psl aku smbung blk buat keje.
*semangat cari duit poket.

Sunday, May 24, 2009

::VacUm ::

selamat ujung minggu kembali.
cptnya mase berlalu.
bulan pon dh nk abes dh.
pk blk ntah apa yg aku dh buat spjg bulan ni.
xde kemajuan langsung.
rekod baru pon xder.

xder ape yg mahu dikongsi.
kehidupan pon xder yg di luar tabii.
sb tuh aku mls nk menulis.

selamat jalani hidup dgn indah.

Sunday, May 17, 2009

::MiNum gaJi buTe::

dalam 1 ari aku boleh buat marathon taip 3 entri,
ini menunjukkan aku mmg bosan tahap gaban.
takder asgmnt utk aku kelua maka kene ddk opis ckp 8jam br blk.
berangan termenung berpk~semua aku dh ulang 589x
spttnya masa terluang ni aku boleh buat skrip dokumentari yang baru.
tapi mud tiada di sisi.idea larik sdg shopping di klcc.

***************************************
seloka di ari cuti mengabeskan letrik opis.

scene dlm kete keluar dari port kalu ct, midvalley.

"kalu pandai jwb ek, nk kasik teka teki nie."- yayeed
"ha pe die..bosan!"-aku
"ape die msk terang bila keluar dh gelap?"-yayeed
"mende?mm terowong?-aku
"salah.pk la"-yayeed
"mmm ntah.mls nk pk jawapan plez!"-aku
"ejan dan fared keluar dr midvalley berpoya-poya tgk wayang."-yayeed

*bangang punya teka-teki.

~teka teki itu mengingatkan aku arinih ahad.indah kalu dapat teka-teki tu skrg.walau bangang, tercuit ati kala ini.wuaaaaa! arinih juga aku telah mengecewakan impian yayeed yang agak mau kuwus sedikit itu."jom teman g klcc.isetan ader sale utk membe card."..................... "yeke?kejela.g la ajk sape2 temankan."


*************************************
seloka 2

"ko pernah dgr x kalu solat pakai sepende haram."-farez
"memandai jeh.kalu sepende ko xkoto xpela."-aku
"xla mane boleh. ko penah buatla tuh."-farez
"mmgla penah."-aku
"lantak.kalu pakai sepende mmg solat ko xsah."-farez
"ko ni suke ati jeh nk bagi hukum hakam sendirik.betobatlah weyh."-aku
"ko penah tgk ker org pakai sepende jeh time solat?aderker?aurat takat mane?-farez
"bongok!lawakla sgt!"-aku

*lawak2 gak.bile sdg menulis seloka ni aku br teringat.akibat leka dgn angan2 mat jenin
beserta mengabehkan letrik opis di kala ni, tadi aku xsolat zohor dan kini asar juga dh nk abeh.

mmg bedosela kalu xde keje ni.haiih*


::ari2 dose dtg bergolek2.

::berbaLoi-BaLoi::

sedikit info ttg konsert search di AWAN BIRU. berbaloi-baloi~

2 Mei 09, Tapak Ekspo Seberang Jaya, P Pinang.
9 Mei 09, Stadium MBJB, J Bharu.
16 Mei 09, Stadium Mini Jengka, Pahang.
22 Mei 09, Stadium Sultan Nasiruddin Shah, K Terengganu.
5 Jun 09, Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu. 27 Jun 09, Stadium Sarawak, Kuching.
4 Julai 09, Stadium Tertutup Miri.
11 Julai 09, Kompleks Sukan Sandakan. 18 Julai 09. Kompleks Sukan Tawau.
1 Ogos 09. Stadium MBPJ atau Stadium Shah Alam – akan ditentukan kemudian.



aku peminat search&wings.korg igt pompuan kene minat siti nurhalijah jeh ker?
xdapekla.choila!pesanan penaja: sape pakai fesyen selendang ala mak-mak datin siti tuh sila msk blk sekolah agama rakyat semula ye.freehair lagi baik. ini bukan hal siti tapi search.siti lu boleh blah.


aku akan heret bdk gemok yg ngorat aku 4thn lalu.(pengangkutan+duit tiket + mkn)
geng syirap mungkin.itupun kalu mereka xpakai tudung mcm siti.
bdk2 sengaL sekantor.aku akan pastikan tiada yg berkahwin dlm bulan itu.(termasuk jambu+intan gemok)
geng gagak itam seri perak.itupun kalu mak apak akak abg mereka kasi kelua mlm.leceh.


mulai sekarang kene apal semua lagu2 search.
mau blk perak. selongkar seluar2 lusuh yg mak aku sorok.
(tapi kene kurus dl.compem xmuat.)
sape ckp2 blkg xske itu lu punya psl.boleh blah.


tapi sebelum itu, ini ringan-ringan sebelom smpai ke awan biru.


amy search - sural...


Getar senandung Suralaya menggamit Di ruang sanubari rindu menghimpit Wajah kasih ku melirik senyum tangis Sukar untuk ku tangkis Getar senandung Suralaya menggamit Di sudut perasaan cinta menjerit Bisik kasih ku gemersik makin jelas Makin rasa sebegitu ikhlas Kata kata mu bagaikan sinar yang ditelan kabus Yang sempat ku dengar Hanya madah Hanya kata Selamat tinggal Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak ku mendakap kau pun hilang Dari pandangan Getar senandung Suralaya menggamit Di sudut perasaan cinta menjerit Bisik kasih ku gemersik makin rangsang Makin rasa sebegitu terang Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak ku mendakap kau pun hilang Bukan beralah kecewa kerana cinta Tapi berjuta kecewa kerana rindu Berjuang ku hanya satu pegangan hidup Dan mati ku ingin terasa kau bersama Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak ku mendakap kau pun hilang Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak ku mendakap kau pun hilang Dari pandangan...

Saturday, May 16, 2009

::ciKgu saYa::

jika dity pada aku faktor apa yg buat aku rajin ke sekolah
pastinye aku akan senaraikan 2 perkara ini-cikgu dan membe.
nk jawab sebab nk tuntut ilmu?jangan arap.

membe sudah pastinyelah.sama2 buat jht, sama2 menanggung balasan.
byk perkara indah buat aku kalu dity psl "geng" kat sekolah nie.
baik sekolah rendah smpailah sekolah menengah perkataan geng, puak
mmg sinonim dgn aku yg akan setia mnjdi salah seorg ahli.

kalu dipilih subjek kegemaran,jgn arap subjek math akan terkeluar dr mulut aku.
ye.aku mmg bebal dalam mengira.jaja adalah penyelamat aku.
die kan anak cucu cicit dr keturunan cino.bab kire2 nie kacang je bg die.
sume subjek libatkan kire2 die pulun.aku mmg kagum.
kalu x xkan lah tiap kali ader homework kami akan bertukar buku.
aku buat homewrk bahasa inggeris die n die buat math utk aku.
kami mmg selalu bertolak ansur..

"ja ko jgnla buat cantek2 ko tirula cara aku tulis.kang kantoi."

memang selama ini aku hanya buat kelas math kelas yg wajib aku msk.
time exam toksah ckp.org yg kua awal itu adalah fareezan namenye.tapi aku lulusla math dlm pmr n spm.cikgu math aku garang kot.cikgu halimaton.muke garang gile sekali die cobit adoi.menanah! tapi aku xpenah kenela,sb jaja dengan jayanya menyiapkan homework aku dgn 100% btl.bangga gile.

bila disuruh undi cikgu sekolah rendah,pastinya rakan2 sedarjah dengan aku sekitar 1993-1996 (darjah 3-6) akan undi cikgu fauzi. mugkin akan dpt peratusan yg tinggi dari hafiz mahupun isma AF7. :P cikgu paling garang.bwk rotan dkt tangan walau ke tandas.gile kuasa btl! subjek bm aje jantung aku mesti berdegup dengan xnormal.laju kuasa kuda. tatabahasa n peribahasa antara subjek glamer cikgu fauzi.gile ape nk kene apal 1 buku mksud tiap2 tatabhasa n peribahasa.sorg2 cikgu pozi akan cubit smpai terkopek kulit kat bahagian pinggang kalu xdpt jwb.gile seram.itu belum lagik die hayun rotan kat tgn.terkopek gak kulit.kiteorg xkecoh pon.berbanding bdk2 zmn skrg mk apak nk g saman menyaman cikgu.xphm akula.xmati pon rotan jeh.xkebal ah lu ngadu kat mak lu.aku mengaku kesan cubitan yg mendalam hampir merosakkan buah pinggang aku meninggalkan kesan.kerana cikgu pozi, aku rajin mengapal 1 buku n dgn jayanya n dpt bm A dlm upsr.oh aku gak tak lupa pada sir faizal lim.cikgu bahasa inggeris aku.aku slalu tuang kelas die homework jrg2 nk buat.sekali die bestfren apak aku daa... menggelupur aku blaja sungguh2 demi menjg imej apak aku hahaha.akhirnya BI pon termasok dlm deretan 3A mase upsr.yg xdpt A tuh phm2la subjek ape.

msuk sekolah menengah meluas sket otak.manyak cikgu yg menjadikan aku pujaan mereka.kahkah.xboleh blah.cikgu mazni antara cikgu yg aku pangkah.muke cntek tapi sombong.mase form 1 aku manela taw sgt psl IT nie.clas IT jeh aku manyak tuang.sb cikgu tuh suke ajo bdk yg pandai jeh.baik xyah jd cikgu.huh!aku yg bengap ni terusla bengap.sb tuh aku jmp cikgu mazni ms confrence sekolah-sekolah bestari arituh aku xtego.lantaklah.sape suwuh dl sombong dgn aku,kan aku dh bls.gile.

cikyang antara cikgu feveret bagi semua murid kat sekolah di seri perak.guru cemerlang kesayangan kami. pendekatan pembelajaran n pengajaran yang sgt kreatif beri kesan pada aku.cemerlang dlm geografi. A dalm tgn ms pmr.naik tingkatan 4 aku agak fobia pada cikgu sorg nie.cikgu khairi seingat aku namenye. sepnjng kelas dia sepenuh tumpuannya pada aku. semua yg baik aku, eceh!yg jd contoh pon aku.gilo. nk dtg sekolah pon seram kalu ader subjek bm. bdk2 kelas jgn ckpla berbakul2 hangin n bengang sama gua.especially ex-bf gua yg sekelas.kuangkuang. aku xsiap keje pon xapa.kalu budak lain mmg dh kena.sehinggalah aku dipanggil ke bilik guru secara personal oleh cikgu khairi.

" awak ader bf?" -cikgu
"knp cikgu tanye" -aku
"idokle nanye aje kamu jawable betoi-betoi" -cikgu dgn loghat peraknya.
"mmm kene jwbker?cikgu ckpla dl knp." -aku
"mmm ginih, saya ader anak sedaghe blajo kat u nk tp abeh blajo dh,
saya mcm berkenan kat kamu, kamu nk dok kalu saya kenenkan die dgn kamu?" -cikgu
"haha?saya pon xtpk nk berkapel2 ni cikgu.xpela.terima kseh je." -aku

gile ape.xdptla.mau cikgu tuh kene terajang ngn bf aku ms kat skolah dl,..sb tuh aku xpernah bgtaw insiden tu.akhirnya spm aku dpt gakla A dlm bm.sb cikgu khairi dh smbung blajo kat upsi.
selamat aku.

bagi aku tugas cikgu ni sgt mulia.antara slh satu impian apak aku nk ank2 die sorg jd cikgu pon jadilah.percubaan pertama kader baba pada aku.suka suki jeh isi borg maktab utk aku. buat ujian bertulis jeh dh fail sb ada MATH.bengong.punah arapan apak aku.boleh jeh smbung kpli,dpli ker, tp manyak alasan aku kasik.ampun pak.

terima kasih buat cikgu-cikgu yang pernah sedekah ilmu pada saya.
selamat ari cikgu!


::rindula plak ms zmn skolh dl musti nk kasik adiah kat cikgu2 feveret kalu ari guru.

Tuesday, May 12, 2009

::"B,aKu saYaNg ko"

"b, aku dh smpai."

*atau

"mmg mcm piggyla pangai ko ni sayang."

*atau

"babe aku rindu ko la."

*itu bunyik mcm biasa je.kalau yang mcmnie plak

"b jgnla,bodola"

*atau sms yang berbunyik

" katne?jage diri leklok.bye.aku syg ko."


kesemua ayat di atas antara ayat2 cth yang dpt dikesan .ada pasangan kekasih memakai bahasa seperti ini.soalannya ini normal atau separa normal?ada yang mengangap kurang sopan sb kekasih perlu ditatang atinye walau bopren or guprennye berpangai mcm berok.kalu bagi aku,ader aku kesah?


*kalu bercinta kene idup dlm dunia plastik kene buat baik jeh boleh ek?THE?


ada sang suami dan isteri memanggil dengan nama gelaran.ye betul aku pernah dengar sendirik.tapi mereka bahagia smpai sang suami sudah meninggal dunia.


"man,oo man!.jom mkn same."


*xder mslh pon.ada org kata sebab kite org melayu so wajib pggl dgn panggilan "abg" ek kalu dh kawen?ah bosan.aku lagi tua dr laki aku.so jgn harap :P


bagi aku sume tuh xpenting. xmendatangkan efect apa-apa pon.hormat ttp hormat tapi pglan2 sebegitu perlu dilihat dari sdut keserasian dan keselesaan jika dua2 pasangan "berkepala satu."(jangan pk kepala lain please.)

tapi aku perlu tekankan di sini panggilan2 di atas hanya layak utk mereka yang sudah dikategorikan sebagai orang dewasa dan sila berbual dihadapan orang dewasa jugak.

perbualan yang aku pernah dengar sendirik:

(*dialog dibwh boleh tukar perkataan abg dgn syg,hubby,baby..dan lain-lain.ikut selesa.)

ISTERI: "abang, bwkla kerol ni skali.dia nk ikut nie.
SUAMI: "ala mlsla kang die buat perangai sape nk jaga.saya sibukla.
ISTERI: "abang tuh memang kalu jaga anak ada jeh alasan.
KEROL: "ala abang,...kerol nk ikut jugak.kerol nk ikut jugak.uuuuwaaaaa! mama abang xnk bwk kerol!!uwaaaaaa!
ISTERI DAN SUAMI : *terpinga.



tapi btllah.bahasa.jiwa.bangsa.
berbahasa itu indah.
sekian.

*KADANG-KADANG NORMAL

Sunday, May 10, 2009

::iNi RAHSIA::

ini rahsia taw.
ganbo zaman dolu-dolu.



yg xder rambut itu aku.aku n gf,jaja. waktu ni umo 8 bulan kalu xsilap.comey?itu sudah mesti.

sekolah menengah.form1 mase nie.ha manela aku?hahaha jgn arap aku nk bgtaw.dl aku sekolah kene pakai tudung labuh taw. maklumlah sekolah bdk2 arab.tp aku bukan budak arab :P aku rawk!kan aloy kan?



zaman uitm. ms diploma nie.gile ramping aku.itu yg penting.sgt keding ok,"rata" jeh kehkehkeh pinggang saiz 24 mase nie.


zaman dip dulu xtivela dgn kesatria.sume program aku join.ms ni trekking.asma pon aku sanggup taw.nk dpt a+ semata.gile skema.npk x aku?carilah dok dpn tuh. kelu: warne kunin.


zaman degree.letih nk mnjwb.ini buktinya.aku lulusan ijazah fotografi.bkn masscom.jgn ty mcmner aku blh jadi BJ.akukan krisis identiti.eh serba boleh~eceh.


apa yg penting aku nk dptkan blk badan mcmnie.lantaklah org kata aku ketot dr org kate aku gemok!pic ni ms test lighting poto shoot utk studio,zaman degree taw.zaman degree dgn skrg bknnye dh lame sgt.tapi knp aku cpt gemok!! ala at least aku pernah kurus kan,kan.(penyedap ati.)

dah.ini je rahsia aku kasik.gnbo sekolah rendah aku xscan.gnbo zaman diploma tu pon aku cuik dari yana.

TAMAT.

::SuperwOmen saYa::

rubiah shaari nama mak saya.mak saya merupakan wanita terhebat bagi saya.xder klon seperti dia malah saya pon xdpt warisi apa-apa darinya.

1.masakannya
mak aku seorang chef bagi keluarga abd kadir hormuzullah.
serius mskannya xsama dgn sape2.mskan utama yg akan diorder
kalu sanak saudara dtg bertandang -kari dan smbal tumis.serta teh tarik kow!xder sape
dpt chalenge.
~aku ank perempuan yg sgt xleh harap.msk memsk mmg fail.arini rase ok bsk rase lain.
aku tak dpt mewarisi kelebihan ini dan sering berpegang dgn alasan kukuh: tggl di asrama 5thn,smbung ke uitm 5thn lagi, maka dlm msa 10 thn tuh mmg aku xsmpat nk blaja.

"kamu jwbla mcm tuh kat mak mertua kamu nanti"-mak
*haihh hal berkaitan mak mertua sensitip ok :P


2.lemah lembut
mmg mak aku seorg lemah lembut.kdg2 kader baba pggl mak "lemah lembab"
aku pon sokong kdg2 hehe bygkan msk paso smpai 2jam.msk nk tggu.msk explore race
compem kalah.nak dgr mak aku melenting pon susah.mmg keibuan abesla.
~kalu aku dok diam jeh sumthing wrongla kat aku tuh. sore aku jeh memekak kat opis
or kat mane2la.kalu gelak xmcm syaiton xsah.ckp dlm telipon xpenah nk romantik2 sebatu dh dgr.sifat lemah lembut aku xtimbul lagi kot kalu x, xkan pemegang pintu kete farez patah, cermin kete pog patah,beg lapotop yayeed putus, talipon aku hancos..dan bermacam2 lagik haha. dlm proses ok. aku akan pastikan.akulah pencarian gadis melayu itu hehe.


3.teliti
aku seorng hentam kromo.mak kalu nk msk dia ader siap kiraan die.cth: bunga lawang 3,bwg putih 31/2 sampai mcm tuh skali.kalu terlebih xboleh mmg kene ckp2 ikut kiraan yg ditetapkan. bsh baju semua xdibenarkan mak aku akan bsh baju.sebab die was2 xbersih.patutla bil air umah aku melambung.
~aku jenis nk buat keje pantas janji siap kualiti lain cite.bab bsh bj kat mak aku plg ske hehe tabiat aku dr dok asrama smpai la nie kalu blk kmpg musti 'bwk adiah'~baju kotor.sb kalu mak aku bsh kotor yg xleh ilang pasti akan ilang.betoi weyh! lagi satu rindu air tgn basuhan mak aku hahaha.buka alasan ok.mak aku akan cek setiap bj aku dan dia akan pastikan kotoran degil akan tanggal.


4.jage imej
mak seorang yang mementingkan imej.eceh.tapi dulula skrg dh slow sket sb katenya body dh xmcm dulu.:P bk lemari mak aku mcm2 pesen ado.zaman dulu mak aku up to date dowh.skrg dh tua mls katenya.asal ader kenduri kawen ader function musti nk buat bj.xphm akula.material jgn ckpla.xkose aku nk beli kain mhl2 tdg mhl2 huh!
~aku pakai ikut selesa aje.asal ader aku pakai.berpesen2 ni xyahla ty aku.kompom aku xgeng.walau aku taw impian mak utk aku~ berkebaya ketat bertumit tinggi bertas tangan.
mimpila.mmg itu yg mak aku pernah suarekan dkt kwn2 aku yg agak pndai bergaya. intan salah seorang idola mak aku.cantek intan pakai ni ishh kalu ejan pakai mcm nie..blablabla..nshtkanlah kat die suruh..blablablabla. yela anak org sume cantek.


5.penasihat utama
mak mmg penasihat tetap aku.ayat2 mak buat aku luluh.tabik spring buat mak sifat sabar n tabah die.mak pandai. kalu die ader prob die diam.kalu org lain abes-abesan die korek. nasihat tambah dgn bebel mak kdg2 buat aku pusing.2bulan lps py nasihat mak aku blh ulang blk utk bulan ke yg 3.hehe.
~aku manusia xmakan nasihat.apelagi nk dgr prob org,nk nasihat org?aku tgk dr aku dl heh.aku xpakar.sb tuh aku xnk jadi doktor sakit jiwe.


ini superwomen saya.bukan yg kanan tapi yg kiri.

SELAMAT HARI IBU.MAK TETAP HEBAT SAMPAI BILA-BILA.


::entah bile saya dapat warisi semua perkara tentang emak.

Thursday, May 7, 2009

::JutawaN jaLanaN::

khas utk peragot~pangai korg mmg celaka baik jadi babi walau ada seseme.
pegila rompak bank negara kalu hebat sgt.bangang! ingat semua org bwk duit dlm hndbeg ker?
igt sume org pakai enpon mahal ker?dengan untung tak seberapa cilanat nie sume sgp bunuh org.nthla.same jeh mcm israel nun.

sedeyh aku berita2 lately nie ader aje mgse korban sb ragut.xcukup bunuh peragot, baby dlm kandungan pon terlibat same.bygkan awek korgker bini korgker mak korgker opah korgker yang kene ragot smpai mati katak tgh jln mcm tuh, wahai peragot sekalian.~oh aku silap peragot mane ade perasaan merekakan syaiton durjana.ati dh bebal lagi bengap.

mcmne nk atasi mslh nie?hrmkan naik motor?oh xbleyh, jln jem gile babi nanti sb sume org pakai kete.mmm jgn pakai hndbeg?rmai plak xsetuju kate nye xladiesla!xbergaya.brg2 nk simpan mane.simpan duit dlm kocek seluar?kang kaki lak kene pancung.apa kata simpan duit dlm kocek bra?mcm mak2 opah2 zaman dolu2?ishh bdk2 skrg pedulik hape, kes ragot + kes cabol la plak kang. xyah pakai duitla sng.sume pakai kad gores ajo.nk beli nasik lemak pon gores ajo. ok x?

hukuman yg aku syorkan: kita seret dieorg atas jalan sejauh 60km paling dekat.kasik pecah muka.kalu penjara, bayar denda apela sgt.

*geram*

mamposla kalu peragot carik aku lps bc en3 nie hehe.eh aku xske pakai hndbeg.kalu "terpakse" aje pakai. jadi tlg jangan ragot aku.

bertaubat ah.kalu ko tkr profesion juai berger mlm2, aku janji aku beli .taubat ek?

Sunday, May 3, 2009

::ah Long SudaH kutiP utaNg::


aku telah langsaikan beberapa utang.


utang pada dua gadis syirap ini.
ulish "memaksa"utk menonton teater.
mahsuri~hurmm cam ok la~

aku xberapa rase nk kagum sgtla ngn cite nie.
walaupon pade mulenya jenuh aku mengingat blk cmnerla cite mahsuri nie?
hehe aku memang sedikit keji. xpernah nk minat ngn cite2 yg aku kira xberapa penting. ya xpenting utk aku tapi mgkin penting utk rakyat jelata di langkawi.*dush!dush! utk aku.


rombongan cikgu ulish membawa anak muridnya dari cosmopoint.

skrip die cm biase2 aja.arahan fauziah nawi n vanida imram jadik mahsuri.skrip vanida pon xbanyak sgtla.tapi sedeyh r gak kalu masa part akhir2 tuh.aku xnanges pon.ulish n aween poyo nangeh. betulla! :P

nama saya ulish

nama saya aween.

mereka panggil saya bijan.

kami gadis syirap.bukan sewel.

utang kedua dengan yayeed.bijak sungguh dia mengatur masa utk aku yg jarang-jarang ada utk die :P 2 pihak berkepentingan bagi die dalam satu masa.aku pon dengan rela menjoin xtvt keluarganye.maka sama rata ok.

xtvt bowling.aku juara bagi kaum wanita.xder motip pon nk bgtaw.

sebahagian anak buahan yayeed..mm kalu raye agak2 kopak jugak ah kalu dicmpur didarab dgn ank2 buah-buahan aku :P

aleya maisara. muke yayeed x?aku-"adakah aku berperatusan tinggi nk dpt ank berkulit sebegini?yayeed-"muahahahaha.tlg bangun dari mimpi.kawen dgn mat salleh pon belom tentu dpt kaler mcmnie taw".

*kecik ati*

makan malam di restoren "merana"..heh restoren cerana.yayeed n kakak mmg baik ati sb melanje kami.


utang tgk wyg dgn yayeed pun dh setel.hurm kesianla dari movie upin ipin lagi aku berutang bygkanlah dh bape cite dah.zaman tok kadok dh berlalu baru dpt g tgk wayang dgn yayeed.sgt kasehan sape jadi bf aku :P

cite die semat ah.wolverine mmg idola aku. tingat zaman skolah kumpul galaxie magazine edisi x-men semata2 nk poster wolverine.tp ble blk dari asrama apak aku dah bakar magazine2 tuh.kader baba mmg skema huh!

ok utang waktu dan segala janji dah bayar ek.

::oh baru tingat utang kat orang perak nun..adeh..bolyhker ct 15hb nie?blhker?blhke

Friday, May 1, 2009

::SelaMaT ari Pekerja buat sayA::

pastinya kamu semua seronok dgn agenda masing2.
seronok blk ke kmpg halaman.
cuti sakan sane sini.
xpon abeskan masa membute di rumah.


ucapan selamat ari pekerja aku tujukan utk aku saja.
sebab aku je bekerja arinih kamu semua cuti.
maka aku adalah pekerja terbaek.





::parti apa agaknye adik badik aku buat dirumah masa
nie ...agak2 dieorg rindu kat aku x?mereka sgt kejam sb balik tanpa aku :(

::parti BogEL::



dah lama xbuat xtvt sosyial bersama jadi kami decide buat mkn2 lps kerja. asik ngadap kerja jeh jadik kami nk merehatkan otak dengan menambah lemak agar tepu.

menu makan-makan kami mlm tuh mudah aja.. laksa penang..nany punya resepi. lihatlah kami yang sgt rajin.nany tukang msk aku tukang ptong2 aja..:P hilmi sebagai tuan empunya rumah harus adala kan ms masak2 ni berlangsung.ye hilmi ko lagi rajin dari aku ok.
makcik pizza dh dtg.dh nk abes msk barula makcik2 n pakcik sekalian sampai sb dieorg kene selesaikan tugas kat opis nun.

menunggu farez yg selalu lelems!


ok makan time!! aku xtaw pon laksa penang kene mkn ngn smbal sotong oo mmg ek? pelik2.heh.
farez dan anak-anaknye eh silap adik beradiknye.*konpius berdsarkan umo ko,sepatutnya dipanggil anak-anak.sila sentap.


kakak2 yang sentiasa cantek..kan dayat kan?kan taufik kan?

umur bukan penghalang kami.-kata rita rudaini.



parti bogel bermula.


taufik nanti dh besar bk blog ni taw. dun wori akak xsebarkan gnbo nie hehehe.


ends.