Thursday, June 30, 2011

eh nak tanya

kenapa dalam banyak-banyak tempat kerja pekerja dengan bahagian HR tak boleh jadi kawan baik?

HR department yang suka main fb 24 jam, tgk youtube 24 jam atau menonton cerita kegemaran kah yang dapat menaikkan syarikat?

peluh ketiak pun tak keluar.

tak pernah aku jumpa rakan-rakan yang suka dan puji dan sayang dengan HR department dorang.

sekali pon tak penah.serius tak tipu.












HR department awak ada keja kosong tak?

*f to the u to the c to the k*

Wednesday, June 29, 2011

i've had my say

situasi 1

"eh pakteh kenapa isap rokok? rokok ni macam-macam ada.ada racun tikus,racun ular,ubat nyamuk,jalan tar,kalau hisap nanti bahaya untuk kesihatan,,tahu."

"rokok ni pakteh hisap sebab nak halau nyamuklah,tikus,ular,boleh buat jalan tar,bla bla bla bla bla....."

*berpeluh

situasi 2

"seluar mamat ni besar sangatlah.kenapa tak pakai macam adam.tengok dah kotor dekat bawah ni."

"eh maktam kalau pakai macam adam nanti nampak lutut. kan aurat lelaki kena tutup sampai lutut. jaga aurat lah pakai seluar pendek berdosa,tahu."

budak darjah 2 kata berdosa.

dosa,

tahu?


*terbakar

Tuesday, June 28, 2011

2x5=20


dari kecik hidup aku mmg hancur dgn nombor. seawal 6tahun aku dah boleh membaca dengan lancar tapi aku masih tak boleh hafal 1-100. betapa bangangnya.kebangangan terbawa hingga aku ambil upsr. disebabkan matematiklah jahanam upsr aku.3a 1c-

masa sekolah menengah jangka hayat memori pada matematik segala atuk nenek formula pengiraan terhad hanya dalam kelas. homework matematik jaja buat untuk aku.jaja memang terer matematik.lagi-lagi matematik tambahan selalu dapat a++++. dulu dia suka makan kismis cerdik dengan examo. sebagai balasan aku siapkan homework english untuk dia takpun karangan.dia memang malas nak fikir kalau bab-bab menulis. masa exam pmr pun sebenarnya aku pernah passing kertas math dengan jaja yang selang 4 meja.result jangan tanya mestilah gempak.

bila dapat keputusan spm aku lega. tuhan memang sayang pada aku sebab kasi aku lulus matematik.cukup-cukup makan yang melayakkan aku untuk masuk uitm sahaja. riwayat matematik cukup setakat di uitm. lagi-lagi bila jadi budak art&design bebas dari kelas matematik yang aku kira tak menjamin kebahagiaan hidup aku. dan tak perlu nak berahsia untuk beritahu matematik kau dapat C atau D masa spm. pasti diorang akan jawab,"perghh kau lulus! perghh!! kau adalah terpandai, perghh kau mesti ade pakwe kelas akaun dekat sekolah."

memang bangang.roxy lagi bangang tawarkan aku jadi akauntan dekat tempat dia kerja. aku rasa itu satu penghinaan.

namun pada harini aku bersyukur sebab pandai mengira masa berbelanja dan berkira-kira bila duit habis.

dan dah dapat syak salah seorang perintis.


selain ada persamaan yang unik atau cacat,punya pusar rambut di dahi hadapan,aku rasa nadia juga benci matematik.



buku latihan matematik dengan kata-kata yang boleh menyesatkan dan muka surat yang lain penuh dengan figura imiginasi.

Monday, June 27, 2011

Mimpi Dalam mimpi

memang payah nak percaya pada mimpi sebenarnya. sejak dua tiga menjak ni aku selalu sangat mimpi bukan-bukan.mimpi bukan-bukan tu bukan macam mimpi basahlah. tapi mimpi berangkai rangkai. tempat yang sama orang yang sama tapi cerita lain-lain.dah mcm drama bersiri.

perempuan. asik nak marah-marah nak benci-benci. aku tak pernah kenal dia pon.kadang-kadang lepas mimpi rasa macam sedih rasa macam bersalah macam menyesal.memang rasa.kalau sekali dua tak apalah ni dah sepuloh kali.

kompius awok.

pagi tadi mimpi dengan artis kembali lagi.

mimpi kawen dengan hazama yawwwwwwwwwwww. sebab mimpi hazama pukul 11 baru masuk opis. 1 jam lewat.

kalau ajak kawen betul-betul i sudi je.


auuuuuwwwm.

Tuesday, June 21, 2011

kalau bagi bonus 14 bulan pun ok

semalam dan tadi lagi sekali bos panggil dan puji team ke melaka tempoh hari punya angle story & visual terbaik. dan harap jadi contoh pada yang lain. dan dia kata aku ada potensi untuk pergi lebih jauh lagi.

ikut hati memang nak pergi jauh-jauh.lama dah.

farez dah senyum meleret-leret . aku tak pasti nak senyum puas hati atau tak.





tahniah dan terima kasih editor.

"Boy London"


ganjaran dapat no 1 hingga 5 dalam kelas masa darjah 1 sampai 6 hadiah yang aku tuntut mesti jam tangan. dalam banyak jam tangan babah hadiahkan paling aku ingat jam tangan "boy london." masa tu giler gempak kau pegi sekolah pakai jam tangan boy london. perghhh! jalan penuh bergaya tangan di dada. 4 beradik masa tu pakai jam tangan boy london pegi sekolah. pagi-pagi sebelum pegi sekolah abang aku masukkan dalam peti ais dulu nak tukar warna,.. jam boy london ni boleh tukar-tukar warna ikut suhu. dah kira habis gempaklah masa tu. balik sekolah letak lagi dalam peti ais.riwayat jam ni pun berakhir dalam peti ais.



tapi paling bangang aku pernah mintak jam tangan batman masa darjah 5 dekat kazen yang jadi cikgu aku. masa tu dapat tempat ke3 dalam kelas. ape jadah entah nak jam batman masa darjah 5 pulak tu.
haih nasib tak akil baliqh lagi masa tu kalau tak malu nak mengaku dekat mikael yang suka pakai jam ben10.


haih,,nostalgia.

*senyum

Monday, June 20, 2011

Merajok

Segala mantera dan tangkal aku rasa dah tak berfungsi bila setiap hari aku perlu hidup dalam kemurungan. proses nak mencari identity diri walau bunyi macm tahi. aku tahu agak macam kepala hotak akulah baru nk cari identity dlm umur yg dah tua bangka.atau mengharap ihsan kasih sayang berganda.lagilah macam,ah bajetlah kau. Ah ah aku tak peduli yang paling penting skrg ni aku mahukan pekerjaan yang awesome.hidup yang lebih awesome.

seriously sekarang aku mcm benci melihat kau yang ada semuanya. Semua yang kau nak tuhan dah kasi. semua yang macam aku nak.

seronoknya jadi macam kau.

Entah ke mana doa-doa aku berterabur. moga Dia makbulkan semua.memang penat asyik meminta-minta dan mengharap benda yang belum sudah. Aku rasa Dia dah dengar tapi tak sempat lagi nak beri.

****************************************************

rasa mcm nk tukar muka mcm liyana fizi.

Thursday, June 16, 2011

Daging Kisar kucing.


Kejadian bunuh kucing di rumah bukan satu hal yang terbaru. kejadian kucing dilenyek kerete,mati terjerut leher dekat enjin, langgar lari dan terbaru pagi tadi,,kucing terkisar dalam enjin kereta.sangat pilu dan sungguh menyayat hati. masih gerun dan trauma dengan bunyi hentakan kuat dalam enjin kereta yang aku pandu laju di laluan kanan. tuhan beri petanda dengan memancitkan tayar belakang. turun dari kereta mengucap panjang bila nampak ekor terjuntai. subhanallah.lebih kurang 10 km dari rumah dia duduk dalam enjin. sebagai seorang perempuan yang gagah aku perlukan bimbingan dari sang lelaki yang macho. lelaki macho yang selalu diharapkan bertugas di luar kawasan. yang tinggal separuh macho.

selama 1jam setengah aku menjadi penunggu di tepi mrr2.mcm2 hal. ada yang prihatin.tapi tak boleh buat apa-apa. abg towing car muka ganas pakai gelang tebal ac mizal pun tak sanggup nak keluarkan mayat kucing dalam enjin.boleh muntah hijau katanya. tak terkecuali jugak abang-abang lori yang bersuit2.masa tu gua kasi tendang bontot lori.geram.mamat separuh macho muncul pun tak boleh buat apa-apa. dia boleh kata,"aku mmg kalau tgk darah nk pengsan ni kan pulak nk kutip cebisan daging kisar kucing." time tu macam menyesal tak call wonderpets. tayar spare pula takada angin. mau berangin mamat tu.harharharhar. perlahan-lahan aku bawa kereta menuju ke bengkel di greenwood.dan setiap kali kereta berjalan terdengar dan rasa hentakan kepala kucing berpintal dekat tayar.air mata yang berjujuran pun tak dapat nak tahan bunyi tu. dan baru tahu aku memang tak layak menjadi pembunuh upahan.sedih teramat.


ah tak sanggup nak tengok kepala dia



yang boleh menjadi penyelamat adalah abang pomen.satu-satunya hero yang boleh keluarkan mangsa.walaupun cubaan beberapa kali hampir termuntah masa buka tayar depan,,tapi abang pomen tabahkan hati. dengan upah rm20 abang pomen buat muka macho tarik mayat yang terkulai dan buang tepi longkang. arghh masa tu aku baru nak bersuara niat nak kebumikan jenazah dekat sebelah kubur adik beradik dia. tak sempat.redha.


walau dah basuh enjin kereta bau masih lagi melekat dekat baju.bukak aircond menusuk satu kereta.rihanna maafkan saya.kamu adalah kucing paling tercomel di hati saya. puas saya menangis rasa bersalah ke atas ibu dan satu-satunya adik kamu yang tinggal, si justin biber. akanku kirim doa buatmu.jangan lupa tunggu aku di pintu syurga.

terima kasih juga untuk farez si separuh macho yang terpaksa ikut laluan jauh nak ke opis dari puchong ke sri damansara dan sudi membacakan talkin buat arwah .kau memang tak boleh jadi ahli forensik tapi layak jadi jurugambar forensik .

bagi yang ada kucing di rumah

1.pastikan kucing anda berada di dalam sangkar.
2.cek tayar kereta.kucing suka duduk dalam tayar untuk panaskan badan serta bermain hide & seek di waktu pagi.
3.buka semua enjin dan pastikan tiada sebarang haiwan tidur di dalam enjin.
4.jangan bela haiwan peliharaan kecuali gajah.

al-fatihah rihanna syg.

::ini adalah kejadian kucing ke 2 yang mati dlm enjin kereta aku. yg pertama opah si arwah.terjerut sendiri dlm enjin kereta yang tak berjalan. macam kena tukar kereta nampaknya.

ehem.

Wednesday, June 15, 2011

perlu kerja baru

aku lebih suka memperjudikan hidup aku dgn sesuatu yang indah dan lebih bermakna.

letih sebenarnya buat kerja yang tak ada makna apa-apa.

dan sedih dengan peluang yang ada.





Tuesday, June 14, 2011

1

Jika mesti betul pada semua yang dikata, mesti sempurna semua yang kau minta,

apa yang tinggal untuk kau pelajari tentang hidup?




tanpa luka dan parut hidup kau mmg tak awesome.

Friday, June 10, 2011

melaka kali ke seratus lapan puloh lima


kalau ke melaka biasanya mesti orang akan cakap-cakap makan seafood dekat umbai selain pegi melawat a famosa di tengah2 panas terik.atau naik beca atau pegi museum atau jonker street atau makan cendol,,atau jumpa baba nyonya,..ah klise sangat.

tapi kalau anda ke melaka cuba cari kelainan menjelajah untuk menikmati coconut shake. kali ke berapa ntah kena kerja dekat melaka perkara yg kesatu dan memang kena cari adalah coconut shake.kalau diikutkan kene hantar bekerja di melaka memang nak muntah dah tapi fikirkan coconut shake ni terus semangat nak ke melaka. *mcm nk kena penampa.



coconut shake yang menambat hati adalah di alai. coconut shake juara. masa ni kali ke 3 minum di sini.apa?tak pernah minum coconut shake??hurmmmm.commonlah ni bukan zaman hang tuah dah minum air kelapa kosong.


coconut shake yang tak berapa sedap atau jatuh di tempat ke 2 adalah di abc tanjung.sebelum simpang masuk pantai tanjung puteri. so-so je. tak capai tahap klimaks.


dan palinggg tak sedap depan pantai puteri. yang ini jatuh tempat ke 3.rasa minum soda je. kalau ada tempat lain sila roger.

dah dapat coconut shake baru boleh buat kerja.


dan tanya soalan ,berapa kilo berat badan abg boleh turun dalam sebulan?"

mesti ambil gambar menunjukkan datang dan buat kerja dengan ketiak bau macam cuka.

uniform baru jpa 2030.

remaja zaman sekarang mmg rosak akhlak.songsang.


maju??ok.lepas ni nak cerita dekat orang kampung dah pernah pegi melaka 185 kali dan makan di umbai 415kali.



tapi tak pernah msk museum kapal.

Wednesday, June 8, 2011

kisah benar

smlm gua pegi buat spe-sial report yang tak sudah-sudah. pasal simbah asid. dan berjumpa dgn mangsa. melihat keadaan mangsa,,ya allah sedihnya.kasihan sama dia. seperti yg akak ni cerita dia selalu macam kita,sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dengan kes asid ni. sekali tak sangka dia yang kena. kawan yang temankan dia ke parking sebab takut jlan sorang pun kena jugak tapi syukur,sikit je.

video

separuh muka dah melecur teruk,tapi syukur muka dah pulih 70% tapi masih tinggal parut macam bekas jerawat besar yang hitam. nasib baik cecair yang dia kena tu alkaline.menurut kakak ni doktor beritahu kalau cuka getah lagi teruk lecur die. mahu tertanggal pipi. nauzubillah.

paling sedeyh cuping telinga dah terhakis sedikit.mata tak pulih sepenuhnya lagi. leher lecur teruk. apa jadahnya ntah nak main simbah-simbah asid ni.

video

~semasa kejadian saksi yang lihat kejadian tak nak tolong mangsa termasuk 3 klinik dan beri alasan "tak ada doktor." apa die punya jururawat tu budak lepasan pmr kot sampai tak boleh nak pikir alternatif lain. dan doktor balik minum petang jam 530 petang? dan saksi kejadian buat endah tak endah langsung. tak nak tolong.-apa ingat ini main renjis2 air mawar ke lu ingat. gampang.

disebabkan lambat bertindak (jirus air ke anggota yang disimbah&ke hospital.)cuping mangsa terhakis sedikit.


"nasib akak dah kawin dik,,baru je 6 bulan,.kalau tak kawen lagi,,..hadooooo."- perbualan akhir dengan mangsa buat kami terdekah-dekah gelak. dan masuk dalam kereta,terfikir pulak,yelah aku tak kawen lagi.


cepat-cepat pakai helmet dalam kereta.