Tuesday, June 28, 2011

2x5=20


dari kecik hidup aku mmg hancur dgn nombor. seawal 6tahun aku dah boleh membaca dengan lancar tapi aku masih tak boleh hafal 1-100. betapa bangangnya.kebangangan terbawa hingga aku ambil upsr. disebabkan matematiklah jahanam upsr aku.3a 1c-

masa sekolah menengah jangka hayat memori pada matematik segala atuk nenek formula pengiraan terhad hanya dalam kelas. homework matematik jaja buat untuk aku.jaja memang terer matematik.lagi-lagi matematik tambahan selalu dapat a++++. dulu dia suka makan kismis cerdik dengan examo. sebagai balasan aku siapkan homework english untuk dia takpun karangan.dia memang malas nak fikir kalau bab-bab menulis. masa exam pmr pun sebenarnya aku pernah passing kertas math dengan jaja yang selang 4 meja.result jangan tanya mestilah gempak.

bila dapat keputusan spm aku lega. tuhan memang sayang pada aku sebab kasi aku lulus matematik.cukup-cukup makan yang melayakkan aku untuk masuk uitm sahaja. riwayat matematik cukup setakat di uitm. lagi-lagi bila jadi budak art&design bebas dari kelas matematik yang aku kira tak menjamin kebahagiaan hidup aku. dan tak perlu nak berahsia untuk beritahu matematik kau dapat C atau D masa spm. pasti diorang akan jawab,"perghh kau lulus! perghh!! kau adalah terpandai, perghh kau mesti ade pakwe kelas akaun dekat sekolah."

memang bangang.roxy lagi bangang tawarkan aku jadi akauntan dekat tempat dia kerja. aku rasa itu satu penghinaan.

namun pada harini aku bersyukur sebab pandai mengira masa berbelanja dan berkira-kira bila duit habis.

dan dah dapat syak salah seorang perintis.


selain ada persamaan yang unik atau cacat,punya pusar rambut di dahi hadapan,aku rasa nadia juga benci matematik.



buku latihan matematik dengan kata-kata yang boleh menyesatkan dan muka surat yang lain penuh dengan figura imiginasi.

No comments: