Thursday, June 16, 2011

Daging Kisar kucing.


Kejadian bunuh kucing di rumah bukan satu hal yang terbaru. kejadian kucing dilenyek kerete,mati terjerut leher dekat enjin, langgar lari dan terbaru pagi tadi,,kucing terkisar dalam enjin kereta.sangat pilu dan sungguh menyayat hati. masih gerun dan trauma dengan bunyi hentakan kuat dalam enjin kereta yang aku pandu laju di laluan kanan. tuhan beri petanda dengan memancitkan tayar belakang. turun dari kereta mengucap panjang bila nampak ekor terjuntai. subhanallah.lebih kurang 10 km dari rumah dia duduk dalam enjin. sebagai seorang perempuan yang gagah aku perlukan bimbingan dari sang lelaki yang macho. lelaki macho yang selalu diharapkan bertugas di luar kawasan. yang tinggal separuh macho.

selama 1jam setengah aku menjadi penunggu di tepi mrr2.mcm2 hal. ada yang prihatin.tapi tak boleh buat apa-apa. abg towing car muka ganas pakai gelang tebal ac mizal pun tak sanggup nak keluarkan mayat kucing dalam enjin.boleh muntah hijau katanya. tak terkecuali jugak abang-abang lori yang bersuit2.masa tu gua kasi tendang bontot lori.geram.mamat separuh macho muncul pun tak boleh buat apa-apa. dia boleh kata,"aku mmg kalau tgk darah nk pengsan ni kan pulak nk kutip cebisan daging kisar kucing." time tu macam menyesal tak call wonderpets. tayar spare pula takada angin. mau berangin mamat tu.harharharhar. perlahan-lahan aku bawa kereta menuju ke bengkel di greenwood.dan setiap kali kereta berjalan terdengar dan rasa hentakan kepala kucing berpintal dekat tayar.air mata yang berjujuran pun tak dapat nak tahan bunyi tu. dan baru tahu aku memang tak layak menjadi pembunuh upahan.sedih teramat.


ah tak sanggup nak tengok kepala dia



yang boleh menjadi penyelamat adalah abang pomen.satu-satunya hero yang boleh keluarkan mangsa.walaupun cubaan beberapa kali hampir termuntah masa buka tayar depan,,tapi abang pomen tabahkan hati. dengan upah rm20 abang pomen buat muka macho tarik mayat yang terkulai dan buang tepi longkang. arghh masa tu aku baru nak bersuara niat nak kebumikan jenazah dekat sebelah kubur adik beradik dia. tak sempat.redha.


walau dah basuh enjin kereta bau masih lagi melekat dekat baju.bukak aircond menusuk satu kereta.rihanna maafkan saya.kamu adalah kucing paling tercomel di hati saya. puas saya menangis rasa bersalah ke atas ibu dan satu-satunya adik kamu yang tinggal, si justin biber. akanku kirim doa buatmu.jangan lupa tunggu aku di pintu syurga.

terima kasih juga untuk farez si separuh macho yang terpaksa ikut laluan jauh nak ke opis dari puchong ke sri damansara dan sudi membacakan talkin buat arwah .kau memang tak boleh jadi ahli forensik tapi layak jadi jurugambar forensik .

bagi yang ada kucing di rumah

1.pastikan kucing anda berada di dalam sangkar.
2.cek tayar kereta.kucing suka duduk dalam tayar untuk panaskan badan serta bermain hide & seek di waktu pagi.
3.buka semua enjin dan pastikan tiada sebarang haiwan tidur di dalam enjin.
4.jangan bela haiwan peliharaan kecuali gajah.

al-fatihah rihanna syg.

::ini adalah kejadian kucing ke 2 yang mati dlm enjin kereta aku. yg pertama opah si arwah.terjerut sendiri dlm enjin kereta yang tak berjalan. macam kena tukar kereta nampaknya.

ehem.

No comments: