Tuesday, August 28, 2012

Yebi yebi!!

alhamdulillah tuhan beri rezki skali lagi. moga dipermudahkan semuanya.

dugaan plg mncabar. sedikit sebanyak terasa bagaimana arwah babah yg dl hnya bergntung pada susu menahan lapar. perit. baru sikit aku rasa. rimas dgn wayar air berbotol botol setiap masa. muntah sepjg masa.

demi yebi yebi aku kena kuat.

hai husband saya mngidam itik pangganglah. kehkeh

Monday, August 13, 2012

79265872873932460 tahun GBS bertemu kembali!

tiada apa yang dapat menggembirakan selain makan. dan makan. tapi ada yg lebih gembira semalam bila Geng Bus Sekolah berkumpul dan bersama menikmati keriangan berbuka puasa.

agak lama aku tak bersosial. pleas. iols taknak bercita cita nak jadi makcik lepas kawen, kawan semua takde yang tinggal kak joyah jiran rumah.ahhh!

kenny rogers memang selalu menjadi pemenang di hati.


barisan pemakan berjaya

barisan kaver cun

harap dah ada keluarga mcmni nanti boleh makan dgn tenang.cacha budak baik!

bergamba bersama peminat

huru hara bila perut lapar
renungan kasih syg seorang ayah

pencuri tumpuan.omey!omey!omey!dia tuh!ding geding ding ding ding(baca dgn loghat org dewasa yg gedik bila jmp kanak2)


adakah ini cara pegang kanak-kanak dgn betui? mcm pencabul T___T


tidak hadir: amelia & zara demok.anda didenda supaya buat makan makan bakar mcm ayam kenny rogers kuah sos blck pepper lebih! untuk jamuan hari raya nanti.

p/s: peha ayam mesti sama besar mcm peha zara!


Friday, August 10, 2012

Antara salah satu sebab mata boleh menjadi bengkak




kegemaran

minggu depan dah raya.how time flies. satu persiapan pun tak buat.baju baru kasut baru.dah tak penting.moga bertemu lagi ramadhan.

apa yang terfikir, macamana nak berdepan dengan lemang, ketupat palas, pulut, masa hari raya nanti.

semua makanan kegemaran arwah babah.




Tuesday, August 7, 2012

kami budak art design benci excell

sepanjang 2 bulan dekat sini entah macam-macam kerja aku buat. kadang-kadang entah pekebenda aku buat pon aku tak taw. tinggal tak jadi tea lady je. kerja dengn enviroment yang hamat melemaukan. lagi lagi dengan acik-acik yang dah 20 tahun kerja nk tunggu pencen.

memang tak hip langsung semua nak manual. data pun nak manual.grrr. aku bukan merungut tapi tak puas hati. whyla?whyla? perempuan patutnya kerja sampai umur lewat 40 cukup aku rasa. pencen.sebab kalau lepas dari umur tu boleh menimbulkan banyak masalah. lepas 40an mesti kuat bebel, gemok dan penat nak berjalan,jadi kena arah orang buat kerja. cukup time berlumba balik nak masak nk amik anak-anak, suami dh jemput, kerja tinggal dekat budak muda.aku pun nanti sama jugak .lepas 40 mcmnilah keadaan aku.

kalau dulu aku kata aku multitasking semua benda aku belajar aku cuba dlm journalism, sekarang ni aku dah ke arah 40an tu. multitasking untuk benda benda yang tak berfaedah.bgtaw aku,apa relevannya buat minit & laporan tiap kali meeting lepas tu perap dalam fail dan berabuk.kalau ada 40 fail dalam ada 746898935 helai minit, muntah tak.shit! bila suruh cari nk refer tak jumpa.ah ubahla gaya kerja. kamonla.cr enviroment baru. tingkatkan prestasi bukan mengikut panduan dan cara kerja tradisi turun temurun.

sebenarnya aku malas nak merungut sangat. tapi aku benci diri aku sebenarnya sekarang ni. walau makcik tu umur 50 pandai guna excell.

aku tahu guna potoshop,illustrator,etc,..tapi tak tahu guna excell.tengah belajar dekat youtube. kesian.eh sekian.


                              masa ni lah nk guna suami.jangan sia-siakan kawen dgn org akaun.yes!

Monday, August 6, 2012

jemah oh jemah

dari jauh melenggang lenggang kakak admin bawa beberapa pucuk surat.

tok,tok,tok,  pintu diketuk.

"fareezan ni surat offer letter awak.sorrylah lambat sangat masing-masing bz sampai terlupa. sorrylah ye."

balasan terima kasih aku ucapkan dikepil dengan senyuman .malas nak bersuara.sebab aku bersuaralah baru nak ambil tindakan.2bulan baru dapat offer letter kejadahnya. lepas aku email bahagian atasan barulah nak kasi.huh, herdik dalam hati.

tok,tok,tok, pintu diketuk lagi.

kelihatan kak jemah masam mukanya. "ah nak jual barang apa lagi ni,"bisik hati.

"dia nak apa cari awak? surat apa tu?"

"offer letter. pihak pengurusan bz itu yang baru serah harini,"balas aku malas.

"kalau awak nak tahu dia memang lambat buat kerja, malas sangat..semua orang tak geng dengan dia.cuba awak tengok dia duduk dalam bilik tu pun sorang-sorang," jemah cuba menggoda aku menjoyah.

"saya tak kenal sangat orang dekat sini kak,tak apalah janji dia dah siapkan surat saya.hal lain-lain saya tak ambil tahu pun."

"itula kau,kalau nak tahu semua orang tak suka dia sebab dia kawen dengan laki orang,.jadi no2! tergamak dia lukakan hati bini si datuk polan polan tu.baik orangnya.sebab perangai menngatal dia tu laki orang pun dia sebat! bini tua si polan polan tu lagi cantik.muda dari dia. pelikla akak. ko janganla rapat dengan dia," terjegil-jegil mata kak jemah bercerita dekat aku.

"la kak, bukan dia kebas suami saya pun biarlah dia,"ujar aku ringkas tanda malas nak melayan.

"eh kau dah kawen ke? la yang selalu hantar ambil kau tu suami?bukan boyfriend? mudanya.laki kau kerja apa? umur berapa? bawakla kenal-kenal dekat kami sini,janganlah kedekut sangat,.." kak jemah mengakhiri perbualan dengan ketawa kecil dibelakang.



selepas gua karate komputer dan meja terbelah dua barulah kak jemah keluar dari bilik gua.


Friday, August 3, 2012

resepi Ayam goren kasih sayang

alhamdulillah ramadhan sudah hampir separuh. bagaimana prestasi kita? selain tiap hari fikir menu untuk penuhkan perut jgn lupa penuhkan juga hati dan diri dgn amalan :)

perut dah makin berlapis. makan kueh dan ringan ringan masa berbuka, sahur balas dendam bina lemak tepu ok. kadang kadang masak kadang kadang beli saja.

kadang kadang goyang kaki. keh keh. bila ada yg baik hati nk masak sekali sekala. harus jerit yeay yeay 568x. maka terimalah ayam goren berempah suami yg osem woooo! lagi sedap dr kehepsi.

apa kata kita berkongsi resepi. ok mmg gua dh mcm mak mak. lantaklah anggap saja ini latihan asas ekonomi rumahtangga.

bahan bahannya:
ayam beberapa ketul
kunyit
*cili padi
sedikit tepung gandum
serai dititik
*bawang putih 3ulas diketuk
sedikit garam.
putih telur

1.tumbuk semua bahan yg betanda *
2.gaul ayam dgn kunyit, garam dan serai serta bahan yang ditumbuk.
3. gaul sebati dgn putih telur & tpg gandum
4.perap beberapa minit.
5.panaskan api dan goren!

semudah ABC. rasalah kalau tak sedp maka anda tidak cukup kasih syg.

syhh suami tak tahu gua ltk resepi dia dkt sini. rahsia katanya!