Wednesday, December 21, 2011

Menantu pilihan

aku bukan suka budak-budak sangat.
tapi dululah. sekarang bila dah tua ganyut mcmni baru tersedar budak-budak adalah mkhluk paling comel walau menangis dan suka berak tak bagitaw.

cikjan sayang syume syume muahh!



*random gamba from my phone.yg lain pon kita sayang.nanti letak lagi eh <3

Tuesday, December 13, 2011

ong bak rindu

ok memang aku tak pernah baca novel ombak rindu dan bila orang kecoh pasai ombak rindu aaronlah mayalah menangeslah lagu dia sedaplah,..ok kena tengok. lagipun sebab karya osman ali aku tak ralat sangatlah nak pergi tengok.baru sampai part aaron usap kepala maya, aha dah menangis! bayangkan lah bayangkanlah aaron usap kepala kau yang memang mintak simpati. pergh! belum lagi part aaron menagis dan cium tangan maya.OMG itu adalah suit. the.

sebab tak baca novel dia aku tak tahu nak agak jalan cerita yang sebenanya. yang boleh aku cakap aaron & maya agak selfish nak dapatkan cinta. cinta suci bront palare tak berbalas, lisa yang sanggup jadi hamba cinta untuk aaron pun sikit tak nampak dihargai. mungkin watak sebenar lisa dalam novel tak cukup kuat dalam filem ni.ok ada yang kata cinta aaron macam cinta nafsu. dan pak dollah adalah hero sebenarnya bila semua rahsia terbongkar :P

btw nice songs semua dalam movie ni. bawa tisu 2 kotak ok :)




"pasrah itu menyerah,redha itu ikhlas."

Wednesday, November 30, 2011

sekarang boleh ketawakan aku

sebab aku sedang terima hukuman, karma.bunyi mcm klise? benar. karma betul terjadi. baik kau hati-hati ok.setiap perbuatan kau tuhan dah get ready nak kasi kau rasa pula. hukuman yang kau akan dapat 5x ganda.serius.


dah tak ada apa yang tinggal. aku pilih untuk jadi sampah sampai bila-bila. tak payah jadi yang baik-baik sebab aku tak akan pernah dapat untung.tapi aku akan memperjudikan diri terus memberi dan menerima takdir tuhan. terima kasih Sang pencipta sebab kau beri aku peluang lagi. walau sempit tapi aku masih boleh bernafas.at least.


tiada apa yang boleh mengembirakan aku selain melihat kamu gembira. itu janji aku.
sayang kamu lama-lama.


sumpah.


:)

Hafiz memang comel yaw

Friday, November 25, 2011

Hidup macam dah tak osem di penghujung 20an ini

titik

bukti kau adalah perempuan

adalah satu perkara yg memalukan bila pakguard di mid valley tergelak-gelak bila selongkar beg terjumpa sampah sarap dan sos cili.

"i malu bukan sebab dia tuduh curi barang bila pintu tu berbunyi tapi ada sos cili dalam beg."


hei beg kite pon macam doraemon lewww!


Saturday, November 19, 2011

Sungguh

adalah perkara paling celaka buat aku bila menonton kebahagiaan dan merasai kesedihan,

Thursday, November 17, 2011

Budak Hingusan


kalau diberi pilihan aku lebih rela terkena cirit birit dari dapat selsema. kalau cirit birit boleh tidur dan baring sebelum sampai masa kena berak. tapi kalau selsema tak boleh tidur hingus menderas laju tekak sakit ditambah dengan asma. lagi-lagi suara sengau tune lari dah macam pondan.

masalah selsema dan budak hingusan memang sudah sebati dari dulu lagi.dan sampai dah lali hingus keluar pun tak perasan. smpai kene tegur,"eh ingus keluar!' ok.malu. dan kalau bf awak lapkan air mata awak bf saya lapkan hingus tahu! suit mcm tahi hidung.pheww! ok itu kelebihan selsema dalam sejuta.bai.

atau saya lebih dikenali. "oh reporter u yang comel-comel tapi selsema tu eh." hewhew! ketua pengarah ingt i sebab hingus.pffffft! selalunya setiap pagi aku akan bersin dan selsema selama sejam. yes itu rutin seharian. atau dalam keadaan panas selsema juga boleh berlaku. pelbagai rawatan dah buat.macam-macam ubat dah sumbat dalam hidung. dan paling benci minggu lepas pergi check up hospital ampang katanya takada kena mengena dengan paru-paru. tapi asma dan resdung.

takpe next year aku buat appoinment jumpa pakar hidung. dan pakar bedah plastik sebab



Kim kardashian kata dia derma hidung dekat aku. pakej bulu mata sekali. tq kim muah.



Thursday, November 10, 2011

Pentipu

banyak medium sekarang ni yang boleh membuatkan orang menipu dan tertipu.kadang-kadang kita tak sedar pun menipu secara halus ni.ok antaranya sah-sahla di saluran internet. hal guna gambar orang lain dah tak trendlah.


nak muat turun gambar mesti nak pilih gambar cantik-cantik. gamba mulut ternganga jangan harapla nk letak.lagi-lagi kalau lemak tersepit kalau orang tagged mesti remove cepat-cepat. wah muka nk letak yang flawless aje. tahi lalat berbulu dekat hidung pon hilang*photoshop*. dan ade 368 komen campur 'like', "wah cantek nya!" . ok kira berdosa tak?

dekat status fb contohnya umangggaihh ayat-ayat pujangga kau letak, kalau begaduh dengan orang mesti nak keluar ayat-ayat baik beserta dengan hadis. dan kawan-kawan yang komen semua menyokong dan beri kata-kata semnagat walhal tak tahu pun siapa yang benar siapa yang salah. dan lagi-lagi kita tahu orang tu memang suka cari gaduh dengan orang dan satu tempat kerja. atau! ni aku paling benci,ayat pujangga bunga-bunga dia seorang je perempuan muslimah sejati dalam fb,,tapi dekat luar membabi-babikan orang.mksdnya mulut celupar. ha berdosa tak tu jadi hipokrit?

paling senang nak menipu, guna blog. semua ayat tentang diri sendiri baik,belum lagi puji diri sendiri. ayat positif kemain. semuanya tentang cerita orang suka awak dan ayat macam berinteraksi dengan peminat.perkataan babi pun tak pernah taip. pengalaman hidup semua yang terindah. apa perasaan awak kalau yang blog awak baca tu kawan baik awak. atau awak pernah kawan dengan dia dan tahu almari baju dia, baju kotor dia banyak mana,cara makan dia macamana atau dia suka mandi atau tak. tapi bila baca blog dia wahhh sangat perfecto! apa yang ditulis bercanggah dengan perlakuan.ayat manis dan mulut manis memang benar sama.


apa yang boleh dirumuskan di sini adalah orang yang takada facebook dan blog pastinya orang yang selamat dari menambah dosa menipu secara halus.


aku pun sama terberdosa.maafkan aku ye tipah.


Tuesday, November 8, 2011

Mastercheflah sangat

rancangan masterchef malaysia ni memang tak bagi feel langsunglah. paling bengang barisan pengadil entah hapa-hapa becakap macam kena hapal skrip. dahla macam warden asrama kasi arahan.kalau dh program bercorak realiti dekat malaysia ni air mata dan drama tok sah ceritalah wajib ada. ek eleyh!! kamonlah weyh!

ah itu semua tak penting janji gua dah hapal cara potong bawang dan perah kelapa dengan betui.

tapi gua hapal je lah.sebab nampaknya macam masa depan di dapur gua cerah je. ehem!


Friday, November 4, 2011

Rawatan bulan terkena sabit

berapa ramai antara kita yang pernah masuk persatuan bulan sabit merah masa sekolah dulu? ok kalau masuk pun gerentilah tak hingat bantuan kecemasan dah sebab tak makan kismis cerdik selama 16 tahun. tak payah tunggu masuk persatuan ok. memang kena perlu tahu. kalau terjadi kes-kes kecemasan yang kecik dah tak payah nak nak gelabah puyuh.

ok kesedaran ini timbul selepas menggelupur puyuh semalam. sedang leka memotong kotak utk projek d.i.y bagi orang yang kedekut,maka tergores dan menanglah tangan terkena cutter yang tajam.dan terus mcm errrr ok luka kena pisau je,..padahal darah dah bercucuran di lantai . dan mcm gelabah puyuh tak tahu buat apa bila darah macam ayo paip. nak call sapa pon tak keruan dah.dan mcm tak logik bila call kata kena pisau dan menjerit tolong!!


apa yg perlu anda buat? ewaah

> bila darah keluar basuh jari dekat air yang mengalir, lap then compress guna kain. balut dan tekan lama-lama dalam 5 minit . jangan buka. ok kalau oozing blood most likely dari vein. tapi kalu arteri darah akan memancut. ok mcm kes aku adalah dari vein. jangan bukak balutan tadi sebab kalau kita bukak die akan berdarah lagi. balut dan tekan lama-lama.

tips ini adalah dari penyelamat wonderpet saya,aen. nasib kebetulan dia nak ke rumah dan tips ini dari kakak iparnya yang seorang doktor,. tq aen!

.

memang kita akan kata ah takat terkena pisau basuh then guna hansaplast sudah. eh eh syilap ok!jangn lupa dapatkan rawatan susulan di klinik. dapatkan suntikan att bagi mengelakkan kancing gigi kerna risau pisau berkarat dan kuman. oh ya suntikan ini bertahan selama 6 bulan. katakanlah pulak lepas jari kaki, then jari tangan ,then lepas ni aku terkena gergaji pulak dekat leher,,ok tak payah amik suntikan att sebab masih dalam tempoh 6 bulan.

pil antibiotik perlu dimakan ok.




taraa! ini hasilnya! ok selamat mencuba!


dan pastinya raya haji tahun ini salam guna kaki.





Wednesday, November 2, 2011

Diskotik

bala datang menimpa-nimpa nampaknya. lepas kes minah rempit now budak diskotik pulakkk! ah stress betui hidup membujang ni. macam-macam kerenah manusia zaman sekarang. jadah bukak lagu disco dr pukul 6 petang sampai subuh. jangan kata azan maghrib subuh pun dia tak heran. takkan nak tegur 78x kot. lagu yg sama uols! sampai kdg p kerja pon kepala dok hangguk-hangguk sekali bila musik dia dah sebati dalam kepala otak.

kalau marah kata kita perempuan tua tak hip :(
memang tak tido la mlm ni sebab dah terjaga :( dahla besok pagi pukul 7 dah kena ada dekat penjara kajang jumpa abg hishamuddin.

tsssk


tsssk


tsssk

heyyy dh tak bunyi.!!!nk tido laju-laju. tapi apasal kepala tak habes dok begoyang dr td ni haih.

kbai!

-Sent from my iPhone

Monday, October 31, 2011

pasword awak apa?

gua nampak zaman sekarang ni semua benda sangat mudah. nak beli baju tak payah start enjin kereta, nak tgk wayang tak payah nk beratur panjang,nak belajar masak takpayah nak mengadap mak, ah semua dihujung jaris. mudah.dan ambil mudah.walau kita tak tahu kesannya kepada tumbesaran bontot yang akan menjadi lebaq.dan badan menjadi gajah.hanya jari sahaja yang terus meruncing, eh.

ah itu bukan penyebab yang menjurus kepada kegemukan sangatlah.tapi kadang-kadang dalam kesenangan kemudahan yang diciptakan tu boleh mendatangkan kesan kepada otak dan urat saraf.misalnya server down atau lembab.atau penipuan atau ah macam-macamlah yang boleh menaikkan amarah yang tidak terlepas dari carutan.

benda gua paling lemah bila kena isi form guna online. tulisan tangan cantik dah tak releven lagi. lagi lemah bila tanya upsr kau dapat berapa, pmr berapa.lagi-lagi slip pmr gua dah kasi kamben makan.satu2 nak menekan. kelemahan beronline ni gua dapat detect masa zaman belajar di uitm. semua nak kena isi guna online.jaduallah,subjeklah,kalau leka sikit abes kau kena repeat sem sebab tak update.dan dalam sem 1 hingga habes gua tak pernah isi borang sendiri.semua p.a gua yang uruskan. ehem. tugas gua hanya mengingat pasword dan id. kelas tak i maria?


kalau dah nama pon sistem dalam talian ah banyaklah dia punya songeh dengan macam-macam kesilapan teknikal. macam kawan gua,aida gabra nama dia. dhla takada p.a semua kena buat sendri.isi borang,isi subjek,pilih group,pilih kelas. kalau dh isi borang dalam keadaan gabra sentiasa,,fikir sendirilah jadi apa.walau pon begitu bf dia muka macam yusri kru. serius ni bai! satu hari dia hempok-hempok keyboard komputer.tak cukup tu dia nangis-nangis dekat bahu gua. ah tak boleh jadi ni. 2hari lagi tarikh last daftar subjek dengan kelas. tak boleh log in id tak sah. beratus kali dia mencoba. biasalah dah nasib badan memang ditakdirkan selalu geng dengan kawan-kawan yang suka last minit. demi uitm dihatiku dan tak mahu tengok kawan kecundang di akhir sem gua gagahkan juga kaki ke bahagian hal ehwal pelajar. ahkak uitm tak bengis taw.


sampai di hep gua dah tenangkan aida.bahawa dia takkan repeat keseorangan sebab umangggaih engko tahu tak berapa orang beratur?adela dalam 137 orang. kan dah boleh buat 3 kelas tu. kegusaran di hati aida semakin hilang.smpai turn ke 59 gua tolong aida menyetelkan dengan ahkak hep. aida memang tak boleh bersoal jawab,,kan dah kata nama die aida gabra. sampai satu soalan,,memang aida kena jawab.

"awak punya pasword apa.?" tanya ahkak hep.
"err kak kasila kertas saaya eerr saya saya tulis."seperti kebiasaan aida menjawab dlm keadaan gabra.
"eh takpe saya nk reset balik pasword awak.apa ye awak punya pasword." ahkak hep mendesak.
"ermmmmmm aida ermm aida love rizal sangat."aida menjawab sambil menundukkan kepala.
"ha apa?aida love rizal sangat?!!!!!!!!!!!" pekik ahkak hep sambil menahan gelak.
"aah aida love rizal sangat."jawab aida lagi sambil menutup mulut tanda malu.

gua? lu taw gua buat pe masa tu? pelan-pelan gua seret kaki kiri menuju ke pintu keluar bila dengar suara berdekah-dekah bergema dalam pejabat hep.

jahanam kau aida gabra.dalam gabra-gabra lu taw jugak ungkapkan kata cinta.


dan aida dah menjadi isteri pun sekarang ini.tetapi bukan dengan rizal muka yusri kru.

Friday, October 21, 2011

Penjara janji 2

hai. jumpa lagi kita. -panjang

eh awak yang aritu eh. -macha

terima kasih datang. assalamualaikum insyaalah kita jumpa lagi. -imam

laa pakdin dgn abg akauntan tu dah bebas dah bulan lepas.-haji


perkara yang membuka mata dan minda aku di sini adalah melalui sejarah hitam hidup mereka, keinsafan, persahabatan dan kemesraan yang ditunjukkan.

oh dan juga banduan-banduan yang comel.

Wednesday, October 19, 2011

Ruangan Kesihatan


ah memang aneh kalau mahu berbicara tentang peluh & ketiak. tapi agak aneh kalau kau berpeluh ada bulatan besar atau corak lup lup di ketiak kau akibat peluh. euwwwwwwwwwww. dari sekolah sampailah lewat 20an saya jarang pakai ubat ketiak,,err deodorant. memang ajaib dah akhil baligh tak ada bulu ketiak apatah lagi ketiak tidak berpeluh berlebihan.

namun kini tidak lagi. faktor umur mungkin.sejak usia nk beranjak ke 30 ni peluh ketiak mencurah bagaikan air terjun. dan pastinya tidak selesa bila bekerja ketika panas terik. pelbagai ubat ketiak digunakan namun kurang berkesan. ah macam nak cabut jeh ketiak. sehinggalah suatu hari bila terpinjam yayeed punya spray ketiak berbangsa nivea man ,,terus mcm kagum owhhh! ketiak tak berpeluh 3 hari yawww!



ok dan dengan itu sehingga kini ketiak berbau maskulin.peluh pun tiada lagi.ehem!









tetapi adakah dengan memakai deodarant lelaki boleh merubah hormon perempuan kepada lelaki? maksudnya errr macam,... tumbuh bulu ketiak selebat lelaki! yuccks.atau sebenarnya saya adalah lelaki?????err, harap doktor boleh beri penjelasan.



gadis risau,
F bukan nama sebenar.

Sekarang

aku macam bersalah sebab harus bercakap benar.tapi kalau bercakap benar sekarang boleh menjatuhkan orang. tapi kalau tak bercakap benar boleh memakan diri sendiri. arghh celaka sungguh situasi sekarang.

walau sekering mana & sekeras batu hati aku,namun masih ada terselit perasaan kasihan.

ah baru harini aku tahu.

tapi dah tercakap benar.harap awak pun kasihankan situasi saya.

DIPAKSA DAN TERPAKSA.

Thursday, October 13, 2011

Sunday, October 2, 2011

dag dig dug





jam sudah dekat 4pg. mata taknak pejam memikio benda-benda merepek. bila ditinggalkan kejam keseorangan begini oleh housemate barulah nk kumat kamit bc ayt kursi ltk yassin ltk alquran dkt sebelah. 

jahanam punya imaginasi.

tak pasal-pasal pisau bawang pun gua bwk tidur skali. 


-Sent from my iPhone

Friday, September 23, 2011

berita baik untuk stalker ALOY!

sebenarnya nak tumpang bangga sampai menangis dan lap hingus berdarah bila tengok kejayaan rakan-rakan yang dah berjaya menjadi manusia. lagi-lagi kalau dulu memang sampah sekolah. walau dulu sering dihina di euwwww euwwkan oleh budak kelas A akibat duduk di kelas Z. walaulah aku tak kaya macam dr Rozmey dan gagal jadi cantek macam Lisa surihani tapi kebanggan tetap tersemat bila kawan-kawan dari golongan sampah dan kelas Z lebih berjaya dari kelas A. puii.



masa aku tingkatan 1 ada cikgu kata bodoh bodoh bodoh kelas komputer tak pernah ambil.lagi-lagi bila tahu aku berhijrah dari kawasan pedalaman. dan bila terjumpa balik tahun lepas tapi tak sampai hati nak cakap bodoh bodoh la kau cikgu dah tua baru tehegeh-hegeh nak datang kursus belajar kendali website. nasib aku sempat mendabik dada jalan hentak-hentak simen sambil buat muka garang.


bukan saja kawan-kawan yang buka bisnes pegang duit lebat je,,tapi yang sedang menempah nama lagi buat aku bangga.macam aloy. dulu dia memang sampah. dahla sampah ada hati dia cakap dekat aku dah habes sekolah nak jadi pengarah filem.stpm pun ambil 2x. dan sekarang bila tengok kejayaan dia setapak demi setapak aku pulak rasa kena makan sampah.

pengarah teater,pengarah filem,penulis skrip,pelakon teater dan sekarang penulis.


walau dia bukanlah hensem dan terkenal macam aaron ajis tapi dia berani tulis novel pasal kehidupan diri dia. ok,mesti macam nak cakap,.."wtf! nak taw pasai die buat pa. bukan becinta dengan jejari runcing pun nak kena amik taw." tetapi apa yang perlu kamu tahu adalah kejujuran dan keberanian dia bercerita kisah kehidupan suka duka dia dalam buku dan bagi orang baca tanpa memprivasikan diri. jadi baiklah kamu beli sebelum dia dah glamour macam aaron ajis. masa tu tak payah nak cari aku nak pjm novel "NURUL ASYIKIN" . tunggu apa lagi! buat stalker aloy yang minat dia dari darjah 6 pun ini masanya untuk awak ambil peluang kenali aloy dengan lebih dekat lagi.cepat order di sini!





dan jangan tanya siapa nurul asyikin kalau tak baca sampai habes kalau nak kene sepak dengan dia.




kalau dulu dia berebut nak ambil gambar dengan aku dan sekarang terpaksa buat muka peminat ambil gmbar dengan retissssss.




gosip bercinta dengan retisssss jugak? eh eh terupload


dan skrg ni boleh face to face jumpa dia mintak no phone. pergilah tengok teater juta-juta. jangan lupa beli tiket untuk bf sekali dekat sini.


bagi sapa yang dah baca novel nurul asyikin, ini gamba eksklusif gua kasi tayang.



"jaja"



gua gerak dulu sebelum jaja terajang curi gamba dia.


bai!.

Monday, September 12, 2011

haih serba salah betul nak kasi penampa ke penyepak.


hai samat ari raya! hew hew masih bermood raya? mood makan-makan dengan lahapnya, setahun hanya sekali ja sebulan makan free( ayat pemahaman sendiri),.kenduri kawen pun hamboihh kemain. sabtu ahad open house sana sini jalan jem teruk terus boleh bertukar kepada bad mood.


tak habes raya lagi ni mana boleh cerita pasal raya.


dari kurang 4kg naik balik 2kg. haih perut dah buncit sangat. jom aerobik sama-sama!







p/s: jangan lupa lap muntah lontong tu.kikikikihihihihihihihihihi.( gelak pondan pleas). sorry y'all kalau terspoilkan mood raya :P

Tuesday, August 30, 2011

nak tuju lagu boleh?

saya fareezan ingin membuat ucapan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakan- rakan yang mengenali diri ini secara jualan langsung dan tidak langsung. semoga bergembira menyambut aidilfitri dan jangan dilupa kepada mereka yang sudh pergi serta berada di dalam serba tiada. kepada adik-adik maafkan ahkak jugak sebab tiada duit raya mahupun sampul raya pada tahun ini. semoga adik-adik memahami keadaan diri yang amat memerlukan ini. kepada bos juga maaf dipinta di atas ketidak ikhlasan dalam menunaikan tugasan harian.

semoga kita selamat sampai ke destinasi dan kembali bekerja dengan berat badan baru.

kenang daku dalam doamu.

-Sent from my iPhone

Friday, August 19, 2011

waklu ahkak

dekat-dekat nak raya ni memang macam-macam org tag dekat fb. biskut rayalah,dodol raya lah,tudung ular senduklah, kasut 8 inci, dan kalau bukan raya pun sama.

masalah tak besar kot untuk aku. sebab malas nak bising nak marah pun paham orang meniaga. kalau berkenan order.dan remove. dan kalau tak berkenan pun lagilah cepat-cepat remove.

tapi macam agak jadi masalah besar pulak bila ada yang tag baju bayi. eh eh anak buah aku semua dah besar-besar.ok mungkin tersilap tag. dimaafkan.


selepas itu dikejutkan pula dengan pil perapat manjakani. tertanya-tanya pulok apa gunanya ni. sekali tengok textline, " suami pasti puas." OMG. mmg piggylah ahkak yang tag ni. REMOVE! malu i kawan-kawan nampak ish.


dan paling latest breast pump . kau nak suruh aku pam tetek lembu ke tetek kucen ke hapa. ah hangin. terus msg ahkak tu.


"kehadapan ahkak yang meniaga mencari rejeki siang dan malam di dalam fb ini saya dengan ini faham dengan tuntutan kerja ahkak.tapikan ahkak saya rasa ahkak tak payahlah nak tag saya dengan jualan yang tak ada kene mengena langsung dengan saya. bukan pada saya sahaja tapi pada semua kenalan ahkak di fb. harap ahkak dapat menjaga sensitiviti masyarakat.tq ahkak. pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. oh ye lepas ahkak balas saya unfriend taw page ahkak.harap tak berkecil hati sangatlah."

yang benar,
pengguna teraniaya.


dan ini balasan ahkak tu.


"maaf dik akak ni meniaga je. tak ada niat pun nak buat adik marah.kalau tak suka adik bolehlah remove.maaf lagi sekali akak ingat adik ni dah kahwin ada anak."


ha tengok tu tengok! dahla meniaga dalam fb tak ada lesen pastu tak jaga sensitiviti masyarakat.
sentap mak! penat-penat aku pasang badan dia boleh kata aku mcm dah ada anak.





ok bai!bai bai bai bai!

Wednesday, August 17, 2011

Tak berapa nak fast sangatlah

bekerja di restoren makanan segera bagi aku salah satu kaedah yg tepat membina jati diri dan akhlak yg mulia.
bonus untuk kau belajar erti kesabaran dan menjadi manusia patung yg sentiasa memenangkan org yg salah.

customer maki kau senyum
customer mengamuk lambat kau kata maaf zahir batin
customer ludah pun kau kena ucp terima kasih
customer tinggi suara kau kena melekap dekat dinding
customer hensem kau kena bg makanan percuma


soal ikhlas letak tepi.


dalam byk-byk agensi,restoren mknan segera aku rasa yg berjaya sahut seruan rakyat didhululan pencapaian diutamakan. walau tak pernah dpt bonus setengah bln.

aku pernah berpengalaman bekerja di sebuah restoren mknan segera. benda paling aku ingt bila aku maki blk customer dan panggil die bodoh. akibatnya aku diminta memohon maaf secara terbuka depan org ramai dan hampir dibuang kerja. saat itu baru aku tahu erti penyesalan.


masalah skrg ni dkt 2jam makanan tak sampai. jangan sampai aku ajar pekerja restoren ni pulak erti penyesalan yg sebenar.


-Sent from my iPhone

Thursday, August 11, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Bukan lagi bulan sedekah

rasanya sepanjang 9hari berpuasa tahun ni baru sekali pergi bazar ramadhan. akibat keracunan makanan yang kronik tahun lepas terus dapat keinsafan. lagi bersyukur bila ruang perut dah tak besar sangat.nafsu membeli dan makan pun tak berapa mahu.


akibat teringin nak makan pau goreng atau lebih popular dengan nama komersilnya burger malaysia pergilah ke bazar.dalam kepala dah set 10 ketul.makan sorang.ruang perut kecikla sangatkan.ok test dl tanya berapa seringgit mana tahu boleh tambah lagi 10 ketul kalau-kalau dihasut saitan. dalam kegirangan berjumpa dengan burger malaysia tu mood teringin tiba-tiba sikit lagi bertukar menjadi angin ahmar. boleh makcik jual tu sound singgit tak dapat dik, seketul 40sen. umaaaaaanggggaaaihhh! cekodok pisang pun lagi besar kot.dan kau tu meniaga burger malaysia bukan burger king.ah lupakan.


sambil menjeling acik muka pau sambal,hidung secara automotik menuju ke aroma yang paling memukau dan menyetimkan.


"kak bagi 2hengget kak cempedak goreng."
"2 hengget 6 ketul dik."

apa? ok tak tahulah pulak sejak tahun ni atau tahun lepas cempedak goreng besar guli dah dikira sekali harga dengan biji cempedak. kalau dl seringgit 5-6 ketul sekarang 3ketui. pffft! kepala lutut betul. mengarut!


ok next gerai air tebu. terang-terang tulis sebungkus 5 ringgit. kalau dilihat pada saiz plastik,2 kali teguk. apa tebu import dari uganda ke hapa. sambil berkata cis kau kepada brader air tebu aku berlalu dengan penuh kehampaan dan kekecewaan lalu


masuk dapur menguli tepung belajar membuat burger malaysia ala-ala saiz whopper di burger king, try resepi baru cempedak goreng pakej kulit cempedak dan memerah tebu menggunakan skill kaki.



gua dah get ready.tahun depan set nak bukak gerai dekat bazar ramadhan. untung-untung boleh beli rumah sebijik cash hadiah hari raya tahun depan kalau macam tu lah harga kuih muih di bulan ramdhan zaman sekarang.




Monday, August 8, 2011

Perempuan

mesti kuat kawal hati kawal nafsu kawal diri kawal perasaan,

jual mahal.

Lelaki curang sebab perempuan.

jangan pasang motto tak boleh hidup tanpa lelaki dan tanpa mengira


suami siapa.


kasihanilah perempuan wahai perempuan.



-sent from my iPhone

Friday, August 5, 2011

Bobby brown


manusia sekarang memang betul-betul hati kering. buat salah sikit nekad membunuh. pergh memang semangat komunis. kalau tak bunuh bakar hidup-hidup. bunuh bunuh kerat kerat bakar bakar dah jadi hal biasa. kus semangat.

cemerlang macamana pun kita tinggi mana pun
pangkat kita kalau tak semai tak bina sahsiah dalam jiwa dan rohani itulah jadinya. walau dari lahir dah dicanai ibu bapa dah diazan diqamat.

kalau dah bunuh orang pon tak payah nak pikir panjang apatah lagi haiwankan?eh ini bukan merujuk kepada kes terbunuh kucing aritulah. ini kes kucing terbaru. mesti nak tuduh kitew terbunuh kucen lagi lewww tewww.

bukan.

ini lagi azab dan sedih.bobby beranak lagi. memang produktif dengan jantan mana pon die layan.sampailah 6 ekor anak luar nikah selamat dilahirkan minggu lepas. akibatnya jiran sebelah tak dapat nak terima anak haram dan ibu pelacur macam bobby direportnya kepada tuan rumah kami. dan tuan rumah terus kate, no pets allowed! akibat bau tahi kucen melampau walau berak dalam pasir khas.


maka dengan berat hati diana si pemilik kucing memikirkan jalan untuk selamatkan kucing kesayangannya.satu tempat penjagaan dan perlindungan kucing popular di ampang telah dirujuk.dan amatlah terkejut sebab kucing perlu disaring dan kalau ada penyakit kucing akan dibunuh dengan suntikan.OMG!kalau kucing ok akan dijaga dan tunggu penjaga angkat. apa makna tempat perlindungan dan penjagaan kalau macam tu?seharusnya buatlah rawatan bagi kucing yang ada penyakit. adopt and save a life? ah pentipu!

dahlah hantar kucing pun bayar ratusan.kebetulan ada seorang apek(bukan BEKAS tunang jejari tembam mengigit jari) pun hantar anjing terbiar ke pusat tu. mau tak kene maki kalau nk selamatkan haiwan sampai sana kau kena bayar dan kene tunggu keputusan haiwan tu kena bunuh atau tak. mungkin ada reason pihak penjagaan kucin tu sendiri tapi mungkin boleh ambil alternatif lain.


kasihan nasib bobby dan anak-anaknya menunggu keputusan antara hidup dan mati.kalaulah bobby pandai bercakap mcm catdog kan senang. ketuk pintu dan tumpang berak kat tandas rumah jiran-jiran.


Tuesday, August 2, 2011

kalaulah boleh

sesekali macam nak pergi buat lawatan sambil belajar je macamana proses kerja mereka ni. "akibat" daripada alasan pengarah tak ada semua benda tergendala. hold dan hold walau berjanji 3 hari waktu bekerja akan respond. dah masuk sebulan.dan 2 bulan.

teringin nak tengok cara lengah-lengahkah atau lenggang-lenggangkah pergi hantar surat dekat pengarah.

atau tengah sibuk ambil order kain raya atau biskut raya. eh katalog avon jangan dilupa.

nak tanya juga apa masalah pengarah payah nak buat kerja cepat-cepat dan tanya kenapa tak masuk pejabat sampai sebulan. ok fine pergi kursus sampai berbulan.


ah letih sial kalau asik-asik nak letak persepsi negatif je dekat golongan orang yang berjanji dahulukan rakyat dan utamakan pencapaian. kesianlah sikit pada yang ikhlas dan komited bekerja tu terkena sama.


tak pahamke bulan puasa tak boleh mencarut lebeyh?

Monday, August 1, 2011

marhaban ya ramadhan


alhmdulillah masih lagi berjumpa dan harap berkesempatan bersama ramadhan hingga ke penghujung.

perkara-perkara yang sinonim dalam bulan puasa sepanjang 22 tahun : bertarawih,tepung pelita,moreh,membazir,pasar ramadhan, yusuf taiyoob,jejak rasul,biskut semperit,batang buruk,baju raya,kasut raya,dan di akhir ramadhan selain lailatul qadr benda paling penting yang memang suka tunggu sejak kecik dengan perasaan penuh bedebar,


penyimpan mohor besar raja-raja.


tapi rasanya pengumuman raya nanti mesti tak bedebar dah. tak feel. orang baru sofa pun baru.







Monday, July 25, 2011

dah jadi mak-mak dan abah-abah


hey hey dengan ini mempersembahkan.........


amber batrisya hanis.puan intangemok&zaidi yang punya.

zara medina. puan amelia abu bakar &azlisan yang punya.


ayris danisha.tuan azmirul farez&azrina yang punya.


kemain nama budak-budak sekarang.nak hafal pun payah.lambat kawen lambat dapat anak dah abes semua nama cantek dan indah-indah korang kebas.haha. congrates rakan sesengalku di atas kelahiran orang baru yang bukan main comel lagi.tsk tsk tsk tsk dah berjaya dapat anak dah pun. dan


yang ini masih lagi ............. tsk tsk tsk. menumpang kasih anak orang lebih baik dari menumpang kasih kekasih orang atau suami orang.bye.


mari kita raikan dengan daun saderi!

ini adalah percobaan pertama.*berpeloh


mcm biasa. nenek-nenek yang posing lebeyh.nasib bayi yang baru lahir tak boleh bercakap.

cuba merakam photo seakan keluarga salleh yaakob.

syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dan kurniakan zuriat yang paling comel berbanding ibu bapanya.bahahahahaha. selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa.dan aku adalah orang yang palingggggggggg gembira :) dengan itu aku mohon doa kalian untuk bahagian aku pula :)


*menangisi kegembiraan.dan aku adalah seorang makcik tua yg emo. bye!

Friday, July 22, 2011

hey

Keikhlasan dan kejujuran bukan lagi jaminan dalam mana-mana ikatan.Prinsip persahabatan yang didasari keikhlasan dan kasih sayang, akan melahirkan keabadian dalam ikatan.

Cinta hanya untuk saling melengkapi. kejujuran dan kesetiaan sulit untuk diekspresikan dengan kata-kata.Kasih sayang itu sederhana. tetapi cinta itu adalah kebijaksanaan dari setiap kebaikan,satu-satunya kehangatan, dan juga kedamaian.


tapi kejujuran tidak pernah merugikan.



anissa,cerita kau mmg semat.tak klise sangat macam cerita melayu yang suka duduk dekat kerusi CEO memanjang dan rebut-rebut tender.goda-goda bos.datin-datin berjambul yang annoying.



tapi bulu mata semasa tidur dan high heels semasa mengandung macam tak sesuai :P

Thursday, July 21, 2011

Penjara janji


setelah kuciwa tak sempat masuk penjara pudu sebelum dirobohkan maka simpanlah hasrat terpendam untuk menjejakkan kaki ke penjara suatu hari nanti. bukan senang nk masuk penjara kalau dah terbunuh kucing di dalam enjin kereta pun menangis teresak-esak henjut-henjut bahu ni kan pulak nak tikam orang macam "botak". simpang melaikat 44.


ok sekarang dah boleh cerita pernah masuk kawasan penjara.dan jakun sangat.


tapi tak puas hati sebab ini penjara baru.bukan penjara tahanan yang besar tu. tapi takpe selagi bersama kementerian dalam negeri pasti boleh masuk penjara lagi kalau ada event. "kita dh kenal nak masuk penjara hari-hari pun boleh" . itu adalah dialog PR Jabatan Penjara bukan banduan penjara.

ini abang kameraman bukan abang banduan.


actually penjara ni dipanggil pusat pemulihan pemasyarakatan di kem batu 10 kuantan.banduan yang masuk dekat sini ada baki lagi 2 tahun nak dibebaskan dan terpilih.kira macam feveret banduanlah :P jadi inilah masanya untuk beri dorang keyakinan diri dan bergaul dengan masyarakat. mereka tak dipanggil banduan tapi "orang yang diselia,ODS." mereka buat kerja kemasyarakatan macam gotong-royong,potong rumput,dan kerja-kerja lain di luar pusat ni. dan dibayar gaji. yelah kalau takada pusat macam ni tak biasakan diri dengan masyarakat mestilah susah mereka nak hidup bila keluar nanti.


tercari-cari jugak cikgu zakiah,daim dan cikgu ripin.aha.ok sebenarnya cerita juvana takada kene mengena dengan jabatan penjara dan bukan macam tu kehidupan sebenarnya dekat penjara. agak marahlah orang-orang penjara dorang kene hentam sebab cerita juvana yang best tu.makan pakai tempat tidur semua dijaga. seingat aku dulu parent aku pernah sediakan makanan untuk orang-orang dalam penjara setiap hari. hey makan mewah ok. bukannya ikan masin. paling koman pon ikan jaket.

ha tunggu apa lagi? penyimbah asid baik awak serah diri masuk dalam penjara hidup terjamin tahu. ayam masak kari pakej papadom dan air sirap pun ada.


sumpah takut masa mula-mula masuk.before masuk memang ada taklimat keselamatan lagi-lagi kaum wanita. masuk je dalam mata dorang tak lepas-lepas usha atas bawah atas bawah..takut! dah lama tak jumpa dan tak dapat perempuan. gulp!

tapi bila sesi int bedeba deba deba jantungku lagi-lagi ber eye contact. dan sebenarnya terus jadi tak takut dan sedeyh dan nak menangis. lagi-lagi yang tua macam baya kader baba,,macam baya atok-atok. dengar rintihan sesalan dorang je dah tertusuk di qalbu. kasihan.

semoga dosa mereka diampunkan dan berjaya buka lembaran kehidupan yang baru.



"ah sesuai nyah kau pakai baju belang banduan antarabangsa gitu,"ujar seorang repoter pondan.



Monday, July 18, 2011

jombori pengakap ke gunung nuang

ini adalah buat kali pertama selepas tingkatan 5 pergi mendaki.eh tipu.kali ke 2 selepas broga yang macam jahanam. jangan harap aku nk ke broga lagi semata2 ambil gamba naik buaian angkawasan,gmbar lompat atas batu, gambar lalang,..ah cukuplah dengan tahan berak turun naik broga. broga kau bukan dihati. yang benar-benar dihati adalah gunung nuang sekarang ni.

sham & yem kaki gunung

gunung daik bercabang tiga gunung nuang jalannya rata.ewah.itu yang suka tewwww.ah.suka tak sukalah 3jam nak smpai kem lolo. walau pada awalnya diperdayakan oleh yem,,si guider terhebat. dah gerak baru dia kata 4jam naik ke atas.dem.



dahlah 3 jam sesak nafas dengan jalan raya.3jam dari batu 9 langat nak ke nuang. 3jam tu dah penat mencarut dekat orang-orang bersih. rasa macam nak tumbuk je perut ambiga masa nih sebab dia roadblock jadah.

get ready.mengambil kesempatan beronok ronok ronok dulu.disebabkan amy tak boleh pergi terpaksalah mengagahkan diri menjadi lelaki.

nampak tak ketinggian tu? hey hey i kata ketinggian gununglah!

dan masa ni nak senyum pon tak larat. al mklumlah pegi secara mengejut warm up pon tak. tekezutlah kesemua organ dalaman kena bekerja keras.


sebenarnya taklah mendaki sangat..jalan mendatar dan berbukit-bukit..setiap tempat ada cekpoint. bila dah smpai ke cekpoint ke 6 kira dh nak smpailah ke kem lolo.


sandal kickers yang pelbagai guna.naik dan turun dgn selamat. disebabkan ingat camping ala-ala pengakap tahun 6 pakai pun ala-ala bruno mars tetapi ini adalah hiking.hiking hiking guna sandal tanpa melecet u rawk kickers! :P


tapi salah seorang peserta terkena sengatan dari kayu arang.ahah aha aha ahaha ahaha. nasib keadaan terkawal dan takda siapa yang berpatah balik turun. pfft! gila ka hapa nk turun balik. tak kira teruskan jugak!


dari cekpoint 6 penderitaan bermula. sesi panjat memanjat.pesanan dari yem jalan terus tengok laluan jalan .jangan pandang depan dan kiri kanan khuatir akan memudaratkan mental bila tengok keadaan di hadapan.ok berjaya!alah 15 minit je.



kalau dah dekat ampangan ni kira dekat dah.



sudah dapat tapak, pasang flyers.takada khemah.ye takada khemah.tekalah tidur ke tak atau tidur mcmana.aha.rabak mata. sesi masak memasak dimulakan.

master chef.kailan ikan masin perghh!


menu makan malam: nasi putih.air bandung cincau.ayam bakar dan daging burger.petai.kailan ikan masin.papadom.buah tembikai.duriansss. kesemua adalah dibawa dari bawah.can u imagine tembikai?4biji durian? di dalam 1 beg. ah yem kau mmg adalah lelaki gagah hebat.


menikmati suasana malam dan suasana di dalam hutan bukan semua orang selalu dapat rasa. seronok takut semua ada.tapi makhluk tuhan kan pelbagai buat apa nak takut kitakan 1 malaysia. pokok daun sungai burung katak cengkerik semut pacat makhluk halus kena anggap satu geng dan berjiran ok!dan mulut pasti akan ucap subhanallah subhanallah bila jumpa pokok daun benda pelik-pelik dan cantik-cantik.

contoh saya dan orang takada kepala.kiteww kool jewww.

siap breakfast mandi sungai memancing dan turun balik!turun memang laju.


sampai cekpoint 1 hujan lebat!berhenti masak manggie dan cari buluh buat tabung sebagai hadiah saguhati dan simpanan hari tua yayeed.haha


kalau tanya seronok penat atau letih.pastinya seronok! kali ni nak pergi lagi nk lagi nk lagi. selain latihan stamina hiking ni kita boleh tengok siapa yang manja,siapa yang kuat,sapa yang caring dan penyayang,.sapa yang rajin.dan disebabkan semua sifat terpuji sahaja yang nampak dekat mereka,,hiking 5x seminggu pon sanggup.harharhar. dah 2 minggu berlalu tapi bila jumpa tetap jadi bahan ketawa. kenangan sebelum tulang patah riuk dan jalan bongkok.

mulai dari 2minggu lepas i love hiking.dan sangat ajaib saya bebas asma yeayhh!