Tuesday, August 9, 2011

Bukan lagi bulan sedekah

rasanya sepanjang 9hari berpuasa tahun ni baru sekali pergi bazar ramadhan. akibat keracunan makanan yang kronik tahun lepas terus dapat keinsafan. lagi bersyukur bila ruang perut dah tak besar sangat.nafsu membeli dan makan pun tak berapa mahu.


akibat teringin nak makan pau goreng atau lebih popular dengan nama komersilnya burger malaysia pergilah ke bazar.dalam kepala dah set 10 ketul.makan sorang.ruang perut kecikla sangatkan.ok test dl tanya berapa seringgit mana tahu boleh tambah lagi 10 ketul kalau-kalau dihasut saitan. dalam kegirangan berjumpa dengan burger malaysia tu mood teringin tiba-tiba sikit lagi bertukar menjadi angin ahmar. boleh makcik jual tu sound singgit tak dapat dik, seketul 40sen. umaaaaaanggggaaaihhh! cekodok pisang pun lagi besar kot.dan kau tu meniaga burger malaysia bukan burger king.ah lupakan.


sambil menjeling acik muka pau sambal,hidung secara automotik menuju ke aroma yang paling memukau dan menyetimkan.


"kak bagi 2hengget kak cempedak goreng."
"2 hengget 6 ketul dik."

apa? ok tak tahulah pulak sejak tahun ni atau tahun lepas cempedak goreng besar guli dah dikira sekali harga dengan biji cempedak. kalau dl seringgit 5-6 ketul sekarang 3ketui. pffft! kepala lutut betul. mengarut!


ok next gerai air tebu. terang-terang tulis sebungkus 5 ringgit. kalau dilihat pada saiz plastik,2 kali teguk. apa tebu import dari uganda ke hapa. sambil berkata cis kau kepada brader air tebu aku berlalu dengan penuh kehampaan dan kekecewaan lalu


masuk dapur menguli tepung belajar membuat burger malaysia ala-ala saiz whopper di burger king, try resepi baru cempedak goreng pakej kulit cempedak dan memerah tebu menggunakan skill kaki.



gua dah get ready.tahun depan set nak bukak gerai dekat bazar ramadhan. untung-untung boleh beli rumah sebijik cash hadiah hari raya tahun depan kalau macam tu lah harga kuih muih di bulan ramdhan zaman sekarang.




No comments: