Monday, August 6, 2012

jemah oh jemah

dari jauh melenggang lenggang kakak admin bawa beberapa pucuk surat.

tok,tok,tok,  pintu diketuk.

"fareezan ni surat offer letter awak.sorrylah lambat sangat masing-masing bz sampai terlupa. sorrylah ye."

balasan terima kasih aku ucapkan dikepil dengan senyuman .malas nak bersuara.sebab aku bersuaralah baru nak ambil tindakan.2bulan baru dapat offer letter kejadahnya. lepas aku email bahagian atasan barulah nak kasi.huh, herdik dalam hati.

tok,tok,tok, pintu diketuk lagi.

kelihatan kak jemah masam mukanya. "ah nak jual barang apa lagi ni,"bisik hati.

"dia nak apa cari awak? surat apa tu?"

"offer letter. pihak pengurusan bz itu yang baru serah harini,"balas aku malas.

"kalau awak nak tahu dia memang lambat buat kerja, malas sangat..semua orang tak geng dengan dia.cuba awak tengok dia duduk dalam bilik tu pun sorang-sorang," jemah cuba menggoda aku menjoyah.

"saya tak kenal sangat orang dekat sini kak,tak apalah janji dia dah siapkan surat saya.hal lain-lain saya tak ambil tahu pun."

"itula kau,kalau nak tahu semua orang tak suka dia sebab dia kawen dengan laki orang,.jadi no2! tergamak dia lukakan hati bini si datuk polan polan tu.baik orangnya.sebab perangai menngatal dia tu laki orang pun dia sebat! bini tua si polan polan tu lagi cantik.muda dari dia. pelikla akak. ko janganla rapat dengan dia," terjegil-jegil mata kak jemah bercerita dekat aku.

"la kak, bukan dia kebas suami saya pun biarlah dia,"ujar aku ringkas tanda malas nak melayan.

"eh kau dah kawen ke? la yang selalu hantar ambil kau tu suami?bukan boyfriend? mudanya.laki kau kerja apa? umur berapa? bawakla kenal-kenal dekat kami sini,janganlah kedekut sangat,.." kak jemah mengakhiri perbualan dengan ketawa kecil dibelakang.



selepas gua karate komputer dan meja terbelah dua barulah kak jemah keluar dari bilik gua.