Wednesday, August 7, 2013

Sebab hari raya

 bila tiba raya kita dah biasa dimomok pengarah pengarah drama dengan cerita sedih sedih. cerita mak tunggu anak balik beraya. cerita keluarga terpisah lepastu bersama balik masa raya. cerita anak tak kenang budi cerita konflik keluarga, cina mualaf berbaik masa raya dan semua tu akan jadi happy ending sebab hari raya.

yang aku dh jadi anak yatim ni mcmana pula? 2 kali raya tak ada bapak.

entah dah boleh sentuh lemang dgn ketupat palas ke tidak raya kali ni.nak makan kenang dia.tiap kali raya itu makanan wajib dia.

haih raya aku tak akan pernah ada happy ending. 

selamat hari raya.maaf zahir batin.

Wednesday, July 17, 2013

whyla sms takde profile picture.why!why!

gua yang hot: weyy gemok! tq eh bagi hadiah dekat anak aku! dah dapat semalam.!

halimunan: sapa ni?

gua yang hot: akula ejan aka fareezan yg hot

halimunan:oh ejan, ank dah besar? sihat?

gua yang hot: ah kau ni anak aku dah besar.dah pandai mintak adik
pon ahaha. ko makin gemok ke dah selim? bila nak tambah adik ekekeke

halimunan: dah monopus la sayang.

gua yang hot: aha.! ahahaahahaha! ko ni polan kelakar mcm dulula

halimunan:eh ejan acik pakai no ni si polan dah tuka no lain.

gua yang hot: oh,assalamualaikum acik.saya fareezan tapi bukan nama sebenar.


kbye.

Saturday, July 13, 2013

Lapar.tapi malas

betullah kata kawan gua bila anak dah besar kita akan rindu masa dia baby. alah belum besar mana pun anak gua baru nak masuk 3bulan.tapi perangai dia masyallah macam budak umur 6bulan. alhamdulillah.

dah pandai bersembang, kuat tengok katun (bukan kak-ton),cartoon & yang terbaru tangan dah kuat nak memegang. dia dah taw nama dia adelea! pandai buat silap mata kadang kadang masukkan puting dalam mulut sendiri! pergh powerla adik ni!

ada satu perangai yang mak tak gemor dgn kamu ni adele. kalau tgh tidur lapar nak susu mengamuk menangis tanpa bukak mata. haih. dari kecik lagi dah memang macamtu.

nasib mak sempat ambil gamba aksi pemalas susu&tidur awak masa umur sebulan dulu. mak cadang nak letak dkt montaj bila kamu kawen nanti. kalau tak nak jatuh saham sila ubah perangai dari sekarang

Friday, July 12, 2013

Murtabak dalam kenangan

bila tiba bulan romadonn mcm mcm jenis juadah la semua org nk jual. dah mcm jadi adat pulak makanan2 tertentu mesti laris banding dgn hari biasa.ah sblm romadon pon takdela pulak nak guna perkataan "juadah" ye dak?

roti john,murtabak misalnya. mesti beratur panjang. dr dl gua perati 2 jenis mknanan ni setakat ni takdela secene dia berubah mendadak mcm kuih muih yg lain. walau harga naik gua tak kesah janji makan puas. murtabak jd kecik tapi tetap ada rasa berbanding beli popia seketul 50sen tapi inti ilek. itu betui betui gua meradang.

masa kecik kecik dulu gua duduk dekat ulu bernam.ada satu restoren mamak paling fames,"mustafa restoren". scene lepak mamak sampai pagi masa tu tak menular lagi. jadi tak bersosial sangatla muda mudi dekat ladang ulu bernam tu. lagipun kedai tutup jam 9malam. takat ngopi pagi dengan petang lepas tu suit suit minah kilang balik kerja. itupon secara berhemah.

makanan feveret apak gua bihun goreng mamak dengan murtabak. istimewanya kedai ni tak payah nak tunggu bulan puasa pon murtabak ada jual. tapi kena beli sebelum jam 4petang. memang habes cepat. dulu harga murtabak 1.50 je. gua kayuh beskal pegi beli untuk babah. tak payh sebut nak beli apa. berdiri dekat kaunter tunjuk muka ha dah tahu anak kadir nak murtabak dengn teh ais.

lepas pindah, tiap kali bekunjung ke rumah lama mesti babah siap2 dh order dr dlam kereta. gua pelik rasa dan tekstur tak berubah langsung. panjang umur gamaknya pembuat murtabak restoren mustafa. tapi sekarang harga 4.50 sekeping. tak baik salahkan BN.

berbuka tadi husband gua beli murtabak. 2 keping. emak jamah sikit. gua langsung tidak. sentuh pon tidak.

husband tanya kenapa tak makan. gua jawab takut anak kembung sb susu badan. rasanya ada letak ubi kentang.

gua tanya emak kenapa tak jamah lagi. emak kata tak lalu.

"tak lalu bila terkenangkan makanan kegemaran arwah babah."

gua bangun. kesat air mata. itu sebenarnya jawapan yg gua nak bagi dekat husband tadi.


Saturday, July 6, 2013

sometimes sharing is not caring

kami ada belikan adele seekor kawan. dengan harapan anak mak ni belajar berkasih syg pada kawan awak yang apak beri nama "kate perry".

tapi nampaknya adele tak berapa selesa dgn kehadiran si kate perry. sebenarnya dah lama mak syak awak ni tak suka ke dia.

dalam diam mak nampak apa awak buat dekat kate perry.











nampaknya mak dgn apak tak jadila nak tambah adik tahun depan kalau perangai awak mcmni. T_T

Friday, July 5, 2013

kadang kadang kita perlu ucap terima kasih pada syaitan dan iblis bila mereka bagi pinjam perasaan marah,dendam,benci tu sekejap saja.

Tuesday, June 25, 2013

Emak emak

bila dah ada anak ni buat gua terfikir mana letaknya perasaan betina betina atau jantan yg suka buang anak yg suka lambung anak yang suka tglkan anak.paling sedih bf sendiri belasah anak gf.

ada satu benda magis tahu tak. kejadah lps besalin gua boleh tuka lampin anak basuh berak menetek dan skrg lagi expert mandikan anak walhal sebelum ni gua tak pernah amik tahu langsung pasal hal budak2 kecik ni. itulah magis yg tuhan beri pada gua skrg ni. atau semua ibuk ibuk di luar sana. serius dowh tak payah pegi kelas rumahtangga. latihan asas pon gua tak pernah praktik.

jaga anak ni gua buat mcm prinsip menjaga haiwan kesayangan. alah mcm kucenla gua syg2 cium2 peluk2.hoi! giler samakan anak dgn kucen. maksud gua perasaan kasih sayang tu..

emosi mak mak dah sampai. aha matila kena kutuk asik dok cerita perihal anak. skrg baru faham jadi seorang mak. setiap masa fikir anak. gua dah dapat kerja. sikit hari lagi nk masuk kerja.alhmdulillah rezki anak. ha mention anak lagi!!

adele dah masuk 2bln tapi perangai macam budak 6bulan. jangan nanti dah 6bulan awak perangai mcm budak darjah 6 pulak.yg merunsingkan gua skrg ni adele dah ada tanda tanda eczema. habes pipi dah mcm kerak nasik lpstu merah menyala. panas sikit naik satu badan. tidur manggaru. sedih

permasalahan gua sekarang ini adalah kena pantang makan. dan kena makan juga benda yg berkhasiat untuk tambah susu.tapi apa benda yg tinggal boleh makan? dilema.

dalam hidup gua pertama kali rasa dilema sebab budak kecik lagi besar dari dilema pilih boipreng. gua serius ni.