Tuesday, June 2, 2015



kalau diterbangkan balik dalam tempoh 15 tahun lepas yang mana angan-angan menjadi seorang isteri- bangun pagi, ikatkan tali leher suami, sediakan sarapan pagi-ada fresh orange & susu (walau tak minum susu). semua itulah yang dimomokkan oleh drama-drama kekeluargaan atau percintaan pada aku.

ada lagi,- bangunkana anak2 siapkan ke sekolah, sisir rambut rapi-rapi dan lambai anak naik bas sekolah. tapi wajah tetap maintain jadi emak emak paling cantik..

haih indahnya fantasi.

,................. ouch, darah mengalir jari terhiris pisau. 

6.00 pagi.

teruskan memotong sandwich buat bekalan suami.sayup-sayup dengar anak yang kecil sekali  uwek uwek mahu upah susu. terkejar kejar siapkan baju kerja suami, sambil tangan capai tuala untuk mandi- dengan bekalan mental yang tinggi sudah siap sedia hadapi kesesakan trafik.

alah bisa tegal biasa.


itulah fantasi dan realiti.



No comments: