Tuesday, June 2, 2015

Adele, anak aku yang sulung-(ye sudah dua orang anak.) sudah pandai berimiginasi. kejap kejap ambil anak patung dan suakan ke tetek. "syhh jangan nangis mama ada."

kadang ketawa kadang geram bila aksi aku menjadi emak emak dilakonkan semula oleh anak.

sejak akhir-akhir ni, bila malam menjerit-jerit tengok kelibat langsir.momok!! momok!! sampai 2, 3 pagi menangis , pujuk dan heret nak tidur di ruang tamu.

suami pujuk,- 'kakak, kenapa kakak nangis? ada apa dekat langsir tu?'
adele- "ada momokkkkkkkk!'(jerit)
suami- 'macamana rupa momok tu?'
adele- 'wuarggggggggggggh! wuaarghh! (besarkan besarkan mulut buat aksi vampire) 
            macam mummy.
suami- "errk, ok,ok."



aku perhatikan saja dua beranak tu dari jauh.

K!



kalau diterbangkan balik dalam tempoh 15 tahun lepas yang mana angan-angan menjadi seorang isteri- bangun pagi, ikatkan tali leher suami, sediakan sarapan pagi-ada fresh orange & susu (walau tak minum susu). semua itulah yang dimomokkan oleh drama-drama kekeluargaan atau percintaan pada aku.

ada lagi,- bangunkana anak2 siapkan ke sekolah, sisir rambut rapi-rapi dan lambai anak naik bas sekolah. tapi wajah tetap maintain jadi emak emak paling cantik..

haih indahnya fantasi.

,................. ouch, darah mengalir jari terhiris pisau. 

6.00 pagi.

teruskan memotong sandwich buat bekalan suami.sayup-sayup dengar anak yang kecil sekali  uwek uwek mahu upah susu. terkejar kejar siapkan baju kerja suami, sambil tangan capai tuala untuk mandi- dengan bekalan mental yang tinggi sudah siap sedia hadapi kesesakan trafik.

alah bisa tegal biasa.


itulah fantasi dan realiti.



Friday, January 9, 2015

Arjuna Uqael Zaffran panggil kita remy ishak je.

style budak zaman sekarang, tak hipster langsungla nak kena bedung bedung ni. leceh dia kata.

Saturday, December 13, 2014

#emakkuasadua

satu lagi rasa nikmat cinta yang berganda. 

alhamdulillah. terima kasih Allah. 

sudah jadi emak kuasa dua. 

Monday, October 13, 2014

entah last aku menulis dgn pjg lebar rasanya waktu nak bersalinkan adele dulu. punya panjang kronology aku saat saat nk berankkan adele. lepas tu stop. sibuk. dan payah nak sesuaikan diri jadi mak walau dekat 2tahun.

rasanya waktu praktik untuk kembali menulis adalah semasa ditahan di wad hospital, kot. ye sekali lagi di dalam tahanan wad. belum sampai masa lagi kronology bersalin salin eh.

aku yang istimewa pilihan tuhan. Dia tahu aku lama dah tak merembes air mata merayu rayu pada dia dlm doa tiap kali 5 waktu, Dia bagi aku peluang aku ingat balik pada Dia. 'syukur aku di sini syukurrrr bernafas lagii (lagu)'. Ditakdirkan aku terkena virus kencing tikus. betapa tuhan maha mengetahui betapa sakit tak tertanggung jadah penyakit ni. alhmdulillah makin sihat dan dalam proses pelupusan sisa sisa bakteria. 

walau dalam keadaan yg lemah sakit tak boleh berjalan diiringi jangkitan pada hati, hati aku tak pernah sakit sebenarnya. mentaliti aku dh sihat dengan adanya keluarga & kawan-kawan yg posiif. yang setiap hari bertanya khabar dengan cara yang berbeza. ada rupa kawan yg membebel mcm mak mak ,yang mangkok hayun yang mcm nak tibai je pungkok pon semualah..! tapi semua yg buat hati girang. kalau sampai waktunya aku dah diambil pergi, tak menyesal ada kamu semua. terima kasih. 

aku kan kuat power ranger pink mana boleh sakit! doakan aku. 

okay jumpa lagi bulan 12 dengan kronology terbaharu. 

Thursday, August 28, 2014

assalammualaikum,, eh salam ehh.,,  starting nak berblogging zaman kereta terbang ni macamana? 

jahanam punya aplikasi telefon pintar zaman sekarang ni tahu! instegeremlerr, facebooklerr, wechatlerr, wassaplerr.. twitterlerrr.... bikin gua menjadi kacang lupakan kulit pada blog. dialah penyebab blog dimamah anai anai. terdampar layu dan gua jadi kayu sangat nak menulis dekat sini.  ahh! 

kbye. jumpa lagi tahun 2020. 

Monday, December 30, 2013