Monday, July 16, 2012

#edisi pantang memantang

yang sebenarnya memang tak tahu menahu langsung walau keguguran kena berpantang macam orang bersalin.kalau ikut darah muda yang mengalir panas ni, memang takan berpantang,mana nak dapat zat nak sihatkan balik badan yang lemah kalu itu ini tak boleh makan dan tak boleh buat. bila emak + ibu mertuaku dah senseng lengan beri ceramah kesedaran dan takut-takutkan aku pasal rahim & libatkan amalan pantang toknek tokcit, baiklah aku harus menyerah kalah.

haruslah makan apa yang boleh dan tinggalkan apa yang tak boleh. 2 3 hari awal pantang aku buat main-main sehinggalah google beberapa artikel, umanggggaih pantang gugur sebenanrnya lagi payah dari orang bersalin. mengeletar lutut sekejap.cepat-cepat cari setokin dan ikat rambut tinggi-tinggi mcm samurai.

paling sedih lauk kegemaran semua tak boleh makan.kejam sungguh siapa yang cipta pantang memantang ni.
menu harian adalah sawi sawi sawi sawi.benci dah makin mendalam. dan ikan ikan ikan. sekali sekala makanlah ayam. ikan tidaklah boleh jenis yang sembarangan.

*setakat ini aku hanya tahu, ikan gelama mak iloy iloy-ikan tenggiri-ikan merah-ikan siakap-ikan cencaru -ikan bilis & ayam. kesemua makhluk itu haruslah kukus-grill-panggang-kukus-grill-panggang. dan aku dah pandai bezakan rupa paras ikan melalui pembelajaran amalan berpantang nih.oh yeah

*mandi harus air panas jangan sampai melecur.

*pakai setoking(sblm tu pakai mnyak angin) dan juga baju sejuk setiap masa. -nanes!

*kunyit dan halia harus jadi bestfriend samada minum atau letak dalam masakan.

*jangan angkat benda berat

*elakkan makan makanan yg sejuk dan berangin.buah oren je boleh.

*ambil jamu untuk panaskan badan.(aku makan jamu mak dara gold.)

tempoh berpantang ni aku agak kompius.mungkin ikut pada ketahanan masing-masing.eceh. ada yg sebulan dan ada yang 2 minggu. disebabkan aku gugur kandungan dalam 6 minggu, aku akan bertahan dalam 2 minggu sajalah bagi edisi pantang memantang nih. kehkehkeh

air halia rare!
musuh sebenar adalah sawi
ayam masak halia emak palin tip top
total keseluruhan isi dan lemak hanya 48kg.ehem.amacam?ada macam mak dara tak?.