Monday, June 21, 2010

::KEHADAPAN KADER BABA YANG MERAJUK PADA HARI BAPA::

hai.hai.hai.

selamat hari apak-apak.pasti seronok sambut ari bapak mcm ari mak-mak.tapi rasenya xsemeriah mak-mak kan?:P hari minggu lepas hanya habeskan masa jaga makngah yang baru lps operation mata. berbulan-bulan makngah kene rehat, masak pon xboleh.kasihan.sebagai anak saudara feveret makngah, aku hanya mampu tolong yang mane patutlah.bosan-bosan duduk dekat rumah kami habeskan nonton cerita-cerita di tv selain melayan aksi mikael dengan ultraman cosmosnye.

ade satu cerita menariks lakonan rosyam noor mlm sabtu lepas.ok mmg sedeyh.sob,sob. pakngah kate kenapa hari bapa mcm biasa2 je xla sekecoh hari ibu.gulp~yeke ade perbezaan.alah xsemestinya nak smbut hari bapa kena makan besar dan ada kek.atau beli hadiah.biasa sangat,. aku sempat cal kader baba tapi terborak hal lain dan lupa nak wish hari bapa,terus cakap dengan mak lps aku berkecil hati bila kader baba kata"sgt dispointedlah.." atas hal aku buat.ok xpela.xnk kawan sudah.

apa kata kita tulis surat untuk bapa kesayangan kita dan beritahu dia rahsia yang kamu simpan semasa kecil hingga sekarang.macam boleh buat peraduan menulislah.

kehadapan kader baba yang merajuk di hari bapa,

hai abah.orang-orang yang tua dari abah kata kalau merajuk muka cepat berkedut.ok sekarang senyum sikit.ermmm payahla nak bagitaw ayat mcmana yg kami memg sayang abah sangat-sangat. walau kadang-kadang kami memang suka buat hal yang xmasuk akal.ok pertama sekali kami mintak maap.memang kami pergi tak bersungguh interview aritu dan main-main.dan berdoa hari-hari agar interview tak lulus.ok sekarang dah mengaku.sebab kami xsuka kerja tu walau abah ske paksa-paksa.

abah tawkan kami memang payah nak berterus terang dalam segala hal.oklah buat pertama kalinya harini kami nak bocorkan rahsia masa kecik-kecik dulu.harap abah tenang dan tak marah.alah mcmla abah ingat sangat walau kami memang anak feveret abah.

masa kami umo 7 sampai 12 tahun dulu sebenarnya kami memang suke tido dekat depan tv.setiap malam tgk jam pukul 10 kami buat-buat terlentok atas kusyen.sebab kami nak hari-hari abah angkat masuk bilik.serius hari-hari tu kami tipu.ok sori. lagi satu kami buat-buat kewl belagak bile abah kena keje dekat kapal kena pegi 2 minggu atau sebulan dekat pelabuhan. tiap-tiap malam kami cium baju abah sebelum tido.kami pernah sorok baju kotor abah bawah bantal.itu namanya rinduke bah.abah kadang-kadang buat kami macam anak terbiar.selalu takada masa bersama.so kami tipu kata kami demam semata-mata nak minum air laici dengan abah berdua dekat mapley.sebab abah memang akan bagi kami minum air laici setiap kali demam kan.abah ingat x? kami selalu marah-marah abah kalau abah terlupa nak ambik kami dekat sekolah.sebenarnya kami tak kesah balik jalan kaki tapi kami ada habit.nak cium bau badan abah masa peluk abah balik sekolah.sebab tu kami menangis kalau kena balik jalan kaki. kami tak pernah balut buku sekolah sendiri, tulis nama dekat buku teks sendiri sebab kami selalu nak showoff dekat kawan-kawan,abah kami ada tulisan cantek dan nak belagak buku kami kemas je xmacam buku kawan-kawan.masa sukan kami kalah lumba lari.abah ingat tak kami menagis abah datang pelok kami kate xapa nanti abah belikan hadiah lain.sebenarnya kami dah tengok hadiah tu yg abah beli masa pergi sabah.kami risau abah kasi dekat ila kami buat-buat menagih simpati smpai sanggup buat-buat kalah.walau rantai tu akhirnya putus sebab ila masa kecik-kecik memang ske kunyah barang termasuk taik cicak tapi kami ingat rantai tu bah.

rasenya itu saja rahsia yang sempat memori kami simpan buat masa ni.bersambunglah hari bapa tahun depan kalau ingat.kami sayang kader baba.selamat hari abah.

xmtk bls pon,. dah-dahla merajuk ok.

bai.sape merajuk dia tua.

anakmu yang berdosa,
FAREEZAN



aku xpasti nak send atau tak sebenarnya,.takut merajuk kader baba lagi panjang.

5 comments:

Aku Memang BeGiNi said...

hahha.saya pulak tulis entry psl surat saye dulu2 ngan bapak..kebetulan plak, ni baru abis baca entry awak..menarik2

fareezan said...

awak memang begitu: eh eh kebetulanlah :P thnx sebab singgah cni n sudi link blog ni.

Tukang cerita said...

hahhahha...lucu...
akak gelak (campur sayu) baca surat awak ni....
:)

IMAN'S UMI said...

TD X SMPT BC ABIS EN3 NI KT BLK AKU MMG BEGINI TU, SO MSK BILIK SENDIRI KOREK BACA BALIK...SERONOK SUNGGUH BACA SURAT UTK KADER BABA NI...

FareeZan said...

kak nurul:lahai kak sayula plak? heehehehe

imans umi:kader baba saya mmg kuat merajuk :P