Tuesday, June 26, 2012

Menjoyah dengan kak joyah

sebelum kawen aritu gua bercuti panjang selama 3bulan bila company melayu yg gua kerja terpaksa tutup lepas 4 tahun beroperasi. siang malam gua berdoa supaya dicurahkan rezeki nak kawen mcm air hujan. Sebulan lepas tu gua dapat kerja dekat satu company portal politik. alhamdulillah memang rezeki kawen tuh betui-betui wujud. 2kali ganda gaji dari tempat lama gua dapat.dekat 2bulan sedap makan gaji gua dapat lagi satu offer, yang tempat gua kerja sekarang ni.wah tengok, rezeki kawen lagi!

disebabkan pengurusan masa untuk "berkeluarga" lagi penting, husband gua suruh fikir masak-masak. ikut hati gua memang sayang nak lepaskan jawatan sebelum ni walaupun macam agak bersalahlah melagakan orang guna kuasa penulisan,harharhar. atas dasar keinsanan dan ketakwaan pada suami,gua pun berhenti.

apa yang gua runsing di sini hanya 3 orang sahaja,ye 3 orang sahaja yang berumur 20an. bayangkan gua kena berdepan dengan berapa puluh orang makciks. walaupun ini bukan sektor kerajaan tapi enviroment dah banyak mempengaruhi. beberapa persoalan bermain di minda,

> wajibkah berbaju kurung?bila gua pakai sekirt makciks sini tegur gua, amboi melaram.padahal pemakaian opis mcm biasa takada undang-undang mengatakan baju kurung adalah baju wajib dan menutup aurat yang sempurna. ah gua gelabah ni, gua ada baju kurung 10 helai je.
> skop kerja ala-ala rtm. ini lagi gua runsing.tengok portal dia gua nak menangis.departmnt gua sorang je yang nak kena handle.bagi format kata gua melampau tak ikut kata senior,.ibarat gua nak bershuffle makciks di sini ajar gua berpoco-poco. ah bikin ribut betui. hari pertama gua dah kena jeling & sound. ewah kau makcik!

macamnilah gamaknye ye kalau gua dh berumur.tiap hari nak pergi kerja termenung gua nak sembang apalah dgn makcik-makcik ni karang.

sekarang ni gua buat bodoh je lah.buat hal sendiri buat kerja sendiri. itupun dah ada bunyi-bunyi bengkek kata gua kera sumbang ddk dalam bilik tak nk bertegur orang.

gua kalau nak ajak menjoyah kena lepak mamak.baru style.