Saturday, June 23, 2012

we mis you babah

kalau dulu bila memikirkan bagaimana keadaan kalau kedua ibu bapa aku takada cepat-cepat aku alihkan fikiran. kalau boleh tak mahu terlintas langsung. tapi janji Allah pada setiap mkhluknya buat aku tewas harini. semua akan kembali kepadaNya.

sebulan yang lalu dia kawenkan aku. beriya-riya dia nak tgk aku kawen. marah sgt dia bila aku tangguhkan mjlis dr mac ke mei. apa yang terjadi semuanya secara mengejut.sebulan yang lalu dia sihat walafiat. ke sana sini mnguruskan hal kawen aku dan hadiri mesyuarat sana sini. dan apabila genap sebulan perkahwinan aku, dia sakit.

bila diserang strok kali ke2 aku kira keadaan strok yg 4thn dl lagi teruk.emak cal kata babah kena serang strok lps makan mlm.dia duduk tengok tv dan takada respond pada emak. dan sejak itu matanya tak buka dan tak boleh bercakap. sesekali dia cuba celik bila ada sahabat dan saudara yang ziarah. dia sedar. kaki tangan kepala semua bergerak. cuma saraf motor yang gerakkan mata dan mulutnya rosak. tapi doktor bagi tempoh 3 bln utk sembuh. melihat keadaan dia yang berhari hari berusaha buka mata dan bangun. benar babah memang kuat, semnagat dia lain. apa yang doktor kata semua betul.

puas hati aku dapat lihat dia celik luas luas kali terakhir aku jaga dia
minggu lepas. genggaman tgn dia, apa yang cuba dia nak beritahu, itu yang aku paling sedih skrg ini. kali ke2 emak cal beritahu babah koma aku lemah. alhamdulillah aku dikurniakan adk beradik yg sangat memahami dan menyanyangi mak & babah. dari awal babah sakit hingga dia koma, dan babah pergi kami berada dengannya. aku sangat bersyukur pd tuhan.

Allah permudahkan urusan babah. dari awal dia sakit, 1 hari saja dia bertarung nyawa. melihatkan keadaannya beroksigenkan mesin aku berdoa pada Allah bahawa aku redha dgn apa yang ditetapkan.tak bermakna kami sekeluarga putus asa. kami berusaha minta pihak hospital cari uabt paling kuat walau terpksa berpindah mana-mana hospital.

apa yang aku ralat dari jam 5ptg hingga 10mlm ubat babah masih lagi gagal hospital dptkan. setahu aku kesemua agensi kerajaan sudah maju dgn kemajuan teknology tapi pihak hospital masih lagi belum meneraju. jauh ketinggalan. semuanya dibuat dalam manual. data pesakit tidak direkodkan dalam sistem dan agak payah untuk berhubung dgn hospitl-hospital lain. keadaan itu yang menyebabkan buang masa dan babah terpaksa bernafas menggunakan sistem manual. subhanallah. perit untuk aku lihat babah saat itu. linangan air mata tak tertahan. doa tidak putus-putus minta dipermudahkan urusan.

kuasa tuhan, babah ditransfer ke ipoh unutk dapatkan ubat. keadaan babah kritikal bukanlah disebabkan strok tapi lung infection dan juga telah meresap ke dalam darah. hanya ubat antibiotik yang paling kuat itu hanya mampu buat dia sedar semula. percentage utk sedar masih ada. jam 2pagi dimasukkan ke wad dan kami pulang ke rumah irin untuk tumpang tidur.

rasa lega dan tenang hanya bebarapa jam.panggilan emak jam 430 pagi buat dada kami kencang. bila mak minta kami dtg semula mengadap babah aku hampir pengsan. tapi tetap redha dgn ketentuanNya.

lepas ajar mengucap, cpr 2x, babah tak berjaya juga. alhamdulillah aku nampak dia pegi dgn tenang. apa yang aku kagum, emak. emak yang tenang hanya membacakan babah yasin dan menenangkan kami buat aku terkejut. terima kasih ya Allah kau beri kekuatan pada emak.tiada ratapan dan raungan dari emak.

dari awal babah masuk ke hospital, hinggalah ke liang lahad, aku ucapkan syukur yang teramat bila semua sahabat handai dan sanak saudara mengiringinya. pelbagai bangsa. dan mendoakan kesejahteraan dia di sana.bagaimana aku melihat kehadiran semasa hari perkahwinan aku begitulah juga samanya dengan kejadian babah dikebumikan. alhamdulillah. cuma jika dulu aku dipamer dgn pelamin yang indah, babah dipamer di dalam keranda dan dihiasi dgn kain kafan. jika sebulan yg dulu hilai tawa dan ucapan tahniah yang aku terima, tetapi tangisan dan ucapan takziah yang aku terima. aku sebak yang itu. sebak yang hamat.

maafkan babah andai sesiapa yang mengenalinya. saat ini dan sekarang ini baru aku sedar yang aku harus terima babah sudah tiada. mohon diberi kesejahteraan buat emak pula.

doakan babah tenang di sana dan ditempatkan di syurga. amin

No comments: