Monday, December 30, 2013

Emo is elmo

yang sebenarnya semua orang tak tahu.akibat daripada putusnya urat masa bersalin kaum emak-emak ni ada tinggal satu kesan emosi yang maha power kalau orang bercakap pasal anak dia. *percaya.tolong.

sensitip sangat orang kata anak kurus. sentap memanjangggg kata anak takde rambut. sentap bertahun orang kata anak lambat berjalan,, ha kau cubalah cakap mcmtu dekat perempuan berstatus emak. tengok dahi dia kerut berapa lapis.

hal aku:

pergila berjalan jauh mana pon ke hujung dunia pon semua orang akan kata kenapa anak kau putih? aku ni maha gelapnya. senang je nak jawab,

"aku ni sebenanrnya putih tapi main panas banyak, itu yang hitam." atau "hey! suami i mix tahu dengan cina.dia main rugby sebab tu hitam jugak sekarang."

oklah hal anak putih hitam ke itu tak kesah sangat sebab dah besar nanti entah tak tahu tona warna apa pulak terhasil.

tapi bila ada yang mengata belakang-belakang dan terang-terangan, anak aku entah ikut muka sapa entah. bapak tak emak apatah lagi.

itu memang bukan sentap je tapi merentap jantung.

"dah anak aku tuhan nk bagi macam muka emma maembong,, nak salahkan aku pasaipa."- selepas puas mencarut.



*urut dada!